Exclusive Agarwood Insence Burner

0

Labels: ,

Salam Isnin.

Kita sudah berada di penghujung tahun 2015. Semoga tahun 2016 memberikan lebih kejayaan dan kecemerlangan kepada semua. Ok, short entri untuk promote incense burner exclusive yang baru masuk stok. Cantik sangat kan? Boleh buat hiasan dekat rumah juga. Promosi beli burner percuma Muattar masih berlangsung ye. Jom usha-usha di www.lestarybrand.com. Harga bermula RM 60- RM 150.












Nanti posting akan datang kita tulis pasal Azam 2016 nak? Azam nak kurus saya dh berapa tahun carry forward kenapalh lemak degil ni susah sangat nak dinyahkan. Hmmm.


Santai Gaharu Penutup 2015

0

Labels: , , ,

Salam semua,

Lama betul tak update. Bila tulis masuk draft. Penuh dengan draft je. Hari ni pun saya bukannya nak tulis panjang-panjang. Just entri untuk hebahan program Santai Gaharu pada 12 Disember 2015 ini. Jom jemput datang memeriahkan majlis. Macam-macam ada tau. Refresh balik fikiran bila berjumpa dan saling bertukar-tukar maklumat dengan pengusaha-pengusaha lain. Free je tau bukan kena bayar. Dapat makan free lagi. Ahli atau bukan Ahli PENGHARUM dijemput datang. Kepada yang masih baru dan ingin mencari maklumat juga anda boleh datang. Tak rugi tau.


Kepada yang berminat boleh SMS nama, IC dan no tel anda ke Encik Roslan 019-2275886. Yang nak bertanyakan berkenaan penginapan berhampiran lokasi program juga boleh SMS kepada En Roslan. Kami tidak menyediakan penginapan tetapi kepada peserta yang memerlukan penginapan kami boleh bantu memberikan maklumat berkenaan tempat penginapan berhampiran lokasi program.

Terima kasih.

Jumpa di sana !!

Produk Baru Lestarybrand - Muattar

0

Labels:

Salam semua,

Hari ini tak nak membebel tulis panjang-panjang. Just nak share promosi oktober produk terbaru Gaharu Lestari. Cekidaut :)

Kepada yang berminat untuk memiliki Pembakar Gaharu Elektrik dan PERCUMA satu botol Muattar (30g), jangan malu-malu segan-segan untuk membuat pembelian di laman web kami www.lestarybrand.com










Kaedah Tuaian Pokok Gaharu

0

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Doakan saya juga sihat-sihat juga. Boleh buat kerja dengan semangat dan juga boleh update blog selalu. Hehe. Memang 2,3 minggu ni fokus kerja di kilang Teh sahaja. Banyak betul kerja. Tu belum masuk lagi dengan kerja-kerja site yang tertangguh. Ok jom berbalik kepada topik asal sebelum saya melalut entah apa2. 

Bagaimanakah kaedah tuaian Pokok Gaharu yang akan dilakukan?

Persoalan ini sebenarnya juga sangat menganggu fikiran saya. Bagaimana ingin menyusun kaedah tuaian yang bersesuaian apabila kita menuai pokok gaharu kelak. Kaedah pembayaran yang akan dilakukan. Setakat ambil daripada kebun sendiri mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi apabila pokok yang dituai daripada kebun orang lain. Bagaimanakah kaedah marking pokok yang bersesuaian sebelum dinilai dan pembayaran dilakukan. Hmmm...agak mencabar saya rasa.


Jika sasaran utama bagi penanam ialah menghasilkan teras, pastilah teras perlu dibersihkan dahulu sebelum ia boleh dinilai. Seperti yang kita sedia maklum proses membersihkan teras ini juga bukan sesuatu yang mudah dan cepat selesai. Ia mengambil masa. Adakah pemilik pokok akan bersabar dan percaya kepada pengusaha? Sejauh mana kejujuran pengusaha dalam menyelesaikan tugasan-tugasan membersihkan teras ini. Hmmm...



Gambar di atas gambar dari kawan saya di Thailand. Nampaknya saya pun kena tanya beliau lebih lanjut bagaimana kaedah yang beliau gunakan ketika menuai gaharu. Adakah bayar secara pukal tanpa melihat hasilnya dahulu? Atau bayar setelah tugasan membersihkan gaharu selesai. Tolak bayaran carving gaharu dan bayar selebihnya kepada pemilik pokok.

Jika sasaran utama adalah menjual sebagai kayu minyak adakah proses menimbang dilakukan ketika pokok masih basah atau kering? Berapakah tempoh yang bersesuaian. Saya sedang buat SOP bagi proses penuaian ini bagi memudahkan syarikat beroperasi dimasa akan datang. Nampaknya tempoh tuaian sudah semakin hampir. Masih banyak kekeliruan yang belum terungkai. Moga Allah berikan ilham agar saya dapat menyelesaikan semua kekusutan ini sebelum masanya tiba. InshaAllah, saya yakin pasti ada cara yang terbaik bagi memastikan semua pihak berpuas hati. Jika ada cadangan-cadangan sila ajukan diruangan komen.

Cadangan Saya :-

Tuaian Teras

1) Pengusaha akan ke site untuk marking pokok yang akan dituai. Sambil tu check dahulu adakah betul gaharu telah terbentuk di dalam pokok yang telah di tanda. Pokok ditanda menggunakan kod tertentu bagi memudahkan pihak pengusaha memahami kod tersebut. Atau boleh marking secara random dan kemudian masukkan kod ke dalam sistem komputer. Contoh marking No.1, kod pokok ialah PRK2230001

PRK : Perak
223 : Kod Client (Pemilik Pokok)
0001 : No pokok

Jika kita dapat masukkan koordinat pokok sekali adalah lebih baik. Maklumat-maklumat lain juga perlu diambil ketika proses marking dilakukan seperti diamater pokok, ketinggian pokok dan juga spesis. Ini bagi memudahkan proses rujukan di masa akan datang.

2) Setelah pokok dimarking, tebang pokok mengikut saiz tertentu dan tandakan PRK2230001-T1 (merujuk kepada tual 1 pokok no 1). Jumlah tual bergantung kepada ketinggian pokok.

3) Setelah pokok ditanda, masukkan pokok ke dalam lori untuk dihantar ke tempat pembersihan gaharu. Kayu akan diturunkan ke dalam gudang sebelum tiba masanya ia di bersihkan. Selalunya kayu di biarkan kering supaya lebih mudah mengasingkan bahagian putih dan hitam teras gaharu.


Persoalannya, adakah pemilik pokok percaya kepada pengusaha? Berapakah tempoh yang perlu mereka tunggu lagi untuk menikmati hasil gaharu tersebut?

Tuaian Kayu Minyak

Jika tujuan kita menanam pokok gaharu adalah bagi mendapatkan kayu minyak mungkin ia tak sekomplikated teras kerana melibatkan proses carving. Mungkin ia lebih mudah kerana pokok ditebang, dihantar ke kilang, di timbang dan dinilai, seterusnya proses pembayaran sudah boleh dilakukan.

InshaAllah, kita pasti akan dapat membangunkan SOP yang bersesuaian sebelum tempoh tuaian berlaku. Bantulah hambamu ini Ya Allah. Berikan kami petunjuk.

A moment to remember :)

Puan Aminah Saad

Hari Malaysia

0

Labels: , ,

Selamat Hari Malaysia semua :)

Hargai Negara Tercinta. Jangan banyak komplen je tapi tak kerja sembang dekat kedai kopi je. Please, teguran membina boleh tetapi yang paling penting pastikan kita usahakan untuk kehidupan yang lebih baik untuk kita, keluarga, orang-orang terdekat. Mulakan perubahan dari rumah kita sendiri dulu. Tak payah lah sibuk nak jadi keyboard worrior. Penyelamat yang sebenarnya lebih memudaratkan. Peace yo !!



Kalau siapa yang kerja pada hari ini memanglah sangat hebat. Sebenarnya pujian ini ditujukan untuk diri sendiri tau. Rasa macam dah lama betul tak ambil cuti. Hari merdeka hr tu pun masuk kerja. Ahad pun tapau sekali. Memang kategori tamak kerja okeh. Sila jangan jadi macam saya. Hehe. 

Memang agak sibuk minggu ni sebab banyak daun masuk. Ada tugasan menyiapkan Teh Gaharu yang banyak. Pekerja pula serentak 2 orang berhenti. Sorang dapat sambung degree. Sorang lagi dapat kerja yang lebih baik. Walaupun agak kelam kabut, tapi saya rasa happy sebab mereka dapat peluang yang lebih baik. InshaAllah saya sentiasa mendoakan mereka menjadi orang yang berjaya. Dapat peluang pekerjaan yang lebih baik. Atau dapat create lebih banyak ruang dan peluang pekerjaan kepada orang-orang yang memerlukan. 

Hari ini dah berapa orang datang tanyakan kerja kosong. Cepat betul tersebar berita ada orang berhenti kat sini. Saya pun sebenarnya blur nak terima atau tak. Memang kerja tengah banyak. Tapi bila masuk pekerja baru dalam keadaan kelam kabut ni saya akan jadi lebih stress. Sebab ambil masa nk sesuaikan buat kerja. Kadang-kadang kerja lambat sangat. Bagi saya yang sangatlah multitasking ni akan jadi double stress. So mungkin saya hold sahaja dulu. Kalau keadaan dah tak terkawal baru saya fikirkan semula. So far, bila masa saya banyak di sini memang banyak kerja yang saya boleh cover. Tengok ni percaya tak sambil berblog sambil grind daun sambil buat selection daun. Sambil belajar untuk ambil gambar produk dan buat video. Dengan kemelesetan ekonomi sekarang ni, saya kena kurangkan kos dengan belajar buat semua benda-benda ni. Siapa yang ambil saya kerja memang untung tau ...Haha

Di kampung ni memang ramai yang memerlukan pekerjaan. Sebab selalu sangat orang datang dan tanya ada kerja kosong tak. Saya sangat sedar itu dan berharap dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk kampung ini. Dan mampu untuk menyediakan pekerjaan yang sebanding dengan kelulusan masing-masing. InshaAllah sedikit masa lagi apabila Gaharu Lestari Resources dah mula eksport produk2 gaharu yang dihasilkan maka lebih banyak peluang yang dapat saya sediakan buat penduduk yang memerlukan. Tolong doakan saya ye. InshaAllah nanti bukan setakat peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar sini sebaliknya mungkin seluruh Malaysia. Ok bab berangan ni Aminah memang carta Top 10. Hehe.

Esok kena attend online training untuk marketing produk. InshaAllah, bulan Oktober nanti produk-produk Lestary Brand boleh juga didapati daripada satu online website yang terkemuka di Malaysia. So nantikan kemunculan kami di sana dengan harga yang sangat menarik. Produk-produk baru dan juga promosi-promosi yang kedababoooommmm. Kalau nampak gambar-gambar menarik tu sayalah yang tangkap. Dan video-video tu semua saya juga yang kena buat. Haha. Bila lagi nak bersusah payah kan, waktu sekarang lah. Masih muda dan energy masih tinggi. Tapi sebenarnya saya memang suka buat benda-benda yang baru. Kalau tak saya cepat boring. Tak boleh kerja jenis yang rutin. So setiap hari masuk office ada je benda baru yang akan saya explore. Stress tapi best !!


Ok, finally saya rindu dua orang ni plus sorang lagi En Mohamad Ridzuan. Sila balik cepat ye. Love you all :)

Exclusively by,
Aminah Saad


Gaharu Suam Suam Kuku

2

Labels: , ,

Perasan tak??



Demam gaharu nampaknya semakin reda. Dah kembali suam suam kuku. Orang dah tak excited sangat bila berbicara tentang gaharu. Mungkin banyak pengalaman hitam yang dilalui menjadikan orang serik untuk bercakap-cakap lagi tentang gaharu. 2-3 tahun yang lepas, demam gaharu tahap demam denggi. Sangatlah rancak di sana sini orang memperkatakan tentang gaharu. Semua orang excited menanam gaharu. Pergi seminar sana sini. Seminar dan kursus juga tak henti-henti diadakan. Boleh kata hampir setiap bulan pasti ada yang menganjurkan. Kalau bukan agensi kerajaan, syarikat-syarikat persendirian juga banyak yang menganjurkan. GLR pun termasuk lah tu kan? Hehe.


Kenangan kursus Mei 2012
Blog-blog gaharu juga banyak yang sudah tidak aktif. Mungkin terlalu sibuk dengan komitmen gaharu atau tidak berminat lagi dengan gaharu. Atau mungkin juga lebih aktif di media sosial atau platform yang lain. Tak update tak semestinya tiada progress kan? Saya juga lah yang masih setia dengan blog. Oh My Blog. Saya lebih suka blog kerana saya boleh baca semula dan rujuk perkara-perkara yang pernah saya tulis sebelum ini. Sebenarnya memang ada udang disebalik batu saya menulis di sini. Saya berharap andai kata suatu hari nanti saya telah tiada, masih ada catatan ilmu yang saya coretkan untuk dibaca oleh orang yang memerlukan. Semoga ia menjadi salah satu ilmu yang bermanfaat yang digunakan terus menerus.

Kadang-kadang kita ini "hangat-hangat tahi ayam". Jadi Pak Turut sahaja. Tengok dan dengar-dengar orang buat ini hasilnya lumayan, tanpa kaji selidik terus join sekaki. Lain-lain hal belakang kira. Bila ada masalah sikit, langsung tak mahu ambil tahu dan mula menunding jari kepada orang lain. Hmmm. Situasi ini sangat menyedihkan. Dan sejak awal saya terlibat dengan industri gaharu ini, orang selalu kata begini ;

" Tak takut ke industri gaharu ni jadi macam lintah, ikan keli, serai dan sebagainya?" 

Semua itu saya letakkan pada Yang Maha Berkuasa. Bagi saya sendiri, saya berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap langkah. Cari ilmu banyak-banyak. Buat perancangan rapi. Bukan terjun dalam lubang duduk diam-diam. Kalau Allah dah takdirkan apa yang saya usahakan ini tidak berjaya, saya redha. Tapi jangan mengalah sebelum mencuba. Dan jangan negatif sebelum bermula. Tapi waktu awal-awal saya terlibat dengan gaharu, serius saya memang tak pernah fikir pasal industri ini akan jadi macam mana suatu hari nanti. Tak fikir pasal pasaran. Tak fikir pasal perniagaan yang beronak duri ni. Memang bermula dengan innocent sangat-sangat. Fresh graduate. Tak ada pengalaman berniaga. Jenis orang yang tak de nak fikir complicated sangat sebab memang tak tahu pun apa yang perlu difikirkan. Saya buat je. Dan saya rasa dua je kelebihan saya iaitu semangat yang sangat kuat dan sangat positif. Walaupun tak tahu saya redah je (Sila jangan contohi sikap main redah ni ye). Dan saya terlibat dengan gaharu bukan kerana eager nak jadi jutawan (atau kerana duit) sebab waktu tu saya tak tahu pun orang tanam gaharu boleh jadi jutawan. Haha.

Mungkin kerana sebab-sebab di atas saya masih bertahan sehingga ke hari ini. Alhamdulilah, saya bermula dengan hanya menanam 50 pokok dibelakang rumah. Kini, walaupun belum berjaya lagi Gaharu Lestari Resources semakin berkembang dan dikenali. Waktu tu nak beli 50 pokok pun susah sangat. Saya memang keluarga susah. Dan bermula dengan tiada modal yang banyak. Modal diri je yang kuat. Jadi saya sangat faham bila sekarang ada orang kampung datang membeli seminggu satu dua pokok. Menanam sikit-sikit. Yang penting memulakan sesuatu. Daripada yang nak bermula besar tapi akhirnya langsung tidak bermula. Semangat dah hilang. Dengar pula orang cakap macam-macam. Hmmm....



So kepada yang nak bermula, dont give up. InshaAllah jika keinginan anda kuat, Allah akan bantu. Ujian demi ujian tu memang akan ada. Kalau senang je memang semua orang akan buat. Benda yang tak senang ni selalunya ganjarannya lumayan.

Exclusively By,
Aminah Saad


Channel Pasaran Gaharu

3

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua,

Rindunya nak update blog. Rindu nak menulis. Rindu nak bercerita. Husband cakap saya ni kaki cerita. Ada je benda yang nak diceritakan. Tapi kalau dah sebulan tak update blog, itu tandanya apa? Mungkin sbb saya pemalas atau memang tiada idea nak tulis. Sekarang pun memang jarang sangat update apa-apa di social network. Konon nak jadikan hidup ni lebih exclusive la kan, dulu setiap detik kalau boleh nak update di facebook. So sekarang dengan kesibukan, jadikan alasan hidup lebih exclusive untuk tak selalu update. Haha. Tapi blog ni memang tak boleh tinggal. Its my life journey diary. Lagipun sekarang ini kebanyakkan masa saya ialah di Sungkai. Memang jarang-jarang sangat dah keluar. So saya rasa tak ada apa sangat yang saya nak update. Serius saya sangatlah rindu untuk start travel again.


I miss to travel again :)

Sejak kebanyakkan masa saya di kampung, rupanya telah ramai sangat yang menanam gaharu di sekitar kawasan kampung dan kawasan berhampiran dengan kampung saya ini. Ramai yang mula datang ke GLR Trolak untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan apa seterusnya yang boleh mereka lakukan. Mereka rasa "lost", hilang punca dan tak tahu kemana harus di tuju. Menjadi salah satu syarikat yang sedang berada dalam industri ini menyedarkan saya tentang tanggungjawap saya kepada orang-orang disekitar saya ini. Dan tekanan semakin tinggi, saya rasa seolah-olah semua tanggungjawap itu terletak di bahu saya sendiri. Seolah-olah saya yang memulakan semua ini. Tetapi saya tak salahkan siapa-siapa pun. Let just plan to move forward and dont look back. Dari fikir sapa yang perlu bertanggungjawap (which is none) lebih baik kita buat langkah penyelesaian. 

" Pakcik dah tanam sepuluh tahun lepas tapi tak tahu nak buat apa? Sampai bila nak tunggu"

It's sad but true. Memang banyak sangat terjadi. Bukan satu tapi terlalu ramai yang menghadapi masalah ini. Sebagai player-player gaharu jom kita sama-sama fikir untuk membantu mereka-mereka ini untuk menyelesaikan permasalahan yang telah menjadi satu trauma dan barah yang semakin parah. Dan menyebabkan bakal-bakal penanam berfikir 808 kali untuk menanam atau tidak. Industri ini tidak salah pun, mungkin kita dipertemukan dengan orang yang salah. Orang yang mengambil kesempatan. Akhirnya kita rasa lost dan terduduk. 


Menanam dan terus menanam adalah sangat penting. Jika anda anda dan anda tidak menanam, akhirnya industri gaharu akan collapse. Kalau yang dah ada tanah dan tidak diusahakan, saya cadangkan untuk anda menanam. Yes, tanam dari sekarang. Follow syarikat yang aktif dan boleh dipercayai, inshaAllah anda akan nampak arah tuju dengan lebih jelas. Dan sentiasa tambah ilmu dalam bidang ini. Dan jangan hadkan diri anda berfikir untuk gaharu sahaja, cari sumber-sumber lain juga. Jangan obses sangat. Macam dikebun GLR, gabungkan dengan kelapa matak dan kelulut sekali. Alhamdulilah sinergi yang baik.Hasil kelapa dan madu pun sudah mula dituai. InshaAllah, tanah yang diusahakan akan sangat berbaloi. Berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya. Kepada yang sangat suka bercucuk tanam, boleh usahakan secara integrasi. Sesuai kepada yang ingin menceburi diri secara full time. Tetapi jika ada tidak mempunyai terlalu banyak masa dikebun, pemantauan hujung minggu dikebun gaharu anda sudah memadai. Atau sekadar 50 pokok di sekitar rumah juga sudah pasti akan lebih berbaloi, selain menjadikan anda bertambah sihat di hujung minggu. 

Rumah lebah kelulut

Kelulut Honey 100% Lestary Brand. Harga RM 65 (250ml)


Kalau akhirnya tiada pasaran bagaimana?

Pasaran memang sentiasa ada. Serius. Bukan nak kelentong. Bukan nak auta. Bukan kerana tiada pasaran menyebabkan gaharu kita tidak terjual. Banyak sebab lain. Cuba kita lihat kepada industri lain. Ada orang yang menanam cili tetapi tidak dapat menjual. Sedangkan ada juga yang menanam cili tetapi dapat menjual walaupun berpuluh puluh tan sampaikan tidak mencukupi. Adakah cili kita tidak terjual kerana tiada pasaran?? Jawapannya tidak. Kerana kita tidak mempunyai channel pasaran yang betul. Dan jika kita mempunyai channel pasaran yang betul, adakah kita mampu membekalkan jumlah yang mereka kehendaki? Exporter/Importer ini pasti mempunyai volume tertentu supaya transaksi dapat dijalankan. Walaupun cili dan gaharu adalah dua entiti yang sangat berbeza, point utama yang ingin saya sampaikan disini ialah bukan kerana tiada pasaran gaharu kita tidak terjual. 


Kalau begitu, macam mana kita nak pastikan kita mendapat channel pasaran yang betul ? Orang-orang Gaharu ini cakap je pandai sedangkan apa pun tak de...

Ok, sejujurnya membina channel pasaran yang betul bukanlah mudah. Perlukan perancangan yang tersusun dan rapi. Tak boleh kita bergerak sendiri. Kita perlu berada dalam pasukan yang kuat disokong oleh pelbagai agensi. Rasanya banyak kali saya sentuh bab kerjasama ni. Kalau kita masih di dalam Malaysia, jangan risaulah antara kita bukan pesaing langsung. Tak perlu nak tikam dari belakang. Tak perlu nak menipu. The market is too big and never last. Industri gaharu di Malaysia ini masih baru n kecil, sekali kita buat taik, sekejap je orang lain dah boleh tahu. Dan tak perlu mendabik dada kitalah hero dalam industri ini kerana kita tidak tahu usaha yang dilakukan oleh orang lain. Jangan memandang rendah pada orang lain.Tak update di facebook/blog tak semestinya tiada progress kn?? --> Puan Aminah buat alasan tak aktif facebook sebab nak hidup lebih exclusive kononnya. Haha. 


Ok, Selamat Maju Kaya :)

Exclusively By,
Aminah Saad

Boleh Ke Jadi Kaya Dengan Gaharu ?

2

Labels:

"Boleh jadi kaya ka tanam gaharu ni?"

Soalan biasa bila sembang-sembang dan perkenalkan diri sebagai usahawan gaharu. Usahawan la sangat kan? Hehe. Alhamdulilah walaupun belum "kaya" lagi tapi saya masih lagi bertahan dalam bidang ini. Bidang gaharu. Rasa macam insan terpilih bila berada dalam industri ini. Bukan apa sebab cabarannya tu bukan sedikit dan perlukan keteguhan hati yang tinggi lah orang kata. Dengan modal dan ilmu pengetahuan yang terhad. Tapi alhamdulilah Allah beri kekuatan hati untuk masih berada di sini. InshaAllah jika kita berusaha Allah akan beri. Cuma kena banyak bersabar.

Untuk soalan kt atas tu, kita kena serahkan 100% kepada pemilik kekayaan seluruh alam. Kita berusaha dan selebihnya serah pada Yang Maha Kuasa. Kalau belum rezeki kita, buat petrol pam 2,3 biji pun belum tentu berjaya. Betul, rezeki tu rahsia Allah. Paling penting kita cuba. Kalau dah sampai masanya untuk Allah beri, dia akan beri. Yakin lah. Kalau Allah nak tarik balik apa yang dia beri pun itu hak dia. Semuanya pinjaman sahaja.

Muka berkerut sememeh dalam feri waktu ke Lampong, Indonesia satu masa dahulu. Waktu ni nampak macam kurus sikit. Rindunya nak jalan2 gaharu lagi :)


Sebenarnya kalau saya betul-betul hanya ingin menjual (anak pokok, suntikan, produk gaharu dll) saya mestilah kena cerita yang best-best sahaja kan. Barulah orang teruja. Melompat excited. Yakin. Ini saya selalu cerita benda-benda yang kurang best. Kena bertahanlah (mcm dah azab sangat kan dalam industri ini..haha). Kena bersabarlah. Banyak ujianlah. Banyak cabaranlah. Pelaburan jangka panjanglah. Semua keyword-keyoword yang kebanyakkan orang "kita" agak alergik. Kalau boleh tanam hari ni esok dah boleh suntik tulat dah boleh jual minggu depan dah jadi jutawan. Yeehuuu...Tapi bagi saya berpijaklah di bumi yang nyata. Berkatalah benar walaupun pahit. Hehe.

Bila kita dah cerita kenyataan sebenar dalam industri ini maka orang akan mendapat maklumat yang lebih tepat. Hanya yang betul-betul kental jiwa yang akan sahut cabaran ini. Yang dh set dalam kepala otak bahawa perniagaan ni tak mudah. Perlu banyak sabar. Perlu selalu terbakar tangan. Langgar pokok jatuh longkang tergolek terguling semualah mesti kena lalui. Haa...yang ini saya lagi bersedia untuk bekerjasama. Bukan sebab apa, kerana mereka telah sediakan satu benteng yang kuat untuk melalui apa jua cabaran yang berada di hadapan. Betul x??

Ini yang dibaca pasal jadi jutawan gaharu itu mudah. Tengok lifestyle orang kaya raya rasa mcm senang je nak jadi macam tu. Tak pernah nak ambil tahu kisah jerih payah disebalik kejayaan tersebut. Senang. Lenang. Tanam pokok tinggal lepas 5,6 tahun kembali dah jadi jutawan. Ini memang formula ajaib. Rasanya di Malaysia ni, jutawan Gaharu memang belum banyak. Dan saya yakin kebanyakkan kalau yang dh jutawan pun memang yang terlibat dengan gaharu liar. Secara perladangan masih baru. Tggu Puan Aminah kot.

Point utama saya kat atas nun nak cakap perniagaan gaharu ni tak mudah. Haha. Puan Aminah ni mmg menjatuhkan semangat betul kn? Bukanlah macam tu, sebab saya banyak dpt feedback persepsi yang buat gaharu ni untuk cepat kaya. Hello...ini bukan skim cepat kaya tau. Jangan la mudah sangat nak terpedaya dengan macam-macam cara orang nak tipu guna gaharu ni. Saya pun sampai ada satu peribahasa baru yang saya dan Aishah (Admin GLR) buat ;

" Gigih seperti scammer" 

Scammer ni memang gigih. Nak putus asa tu kurang. Jadi kita kena lebih gigih daripada si scammer ini. InshaAllah GLR akan cuba jadi syarikat yang boleh dipercayai. Ok part last ni memang saya nak promosikan sikit pasal GLR (sempat lagi kan tu). Ye lah, kalau bukan saya yang promosikan siapa lagi. Sempena birthday En Suami Bulan 8 ini (tetiba En Suami terlibat sekali), ada promosi anak pokok yang murah murah dan murah. Serendah RM 2 sahaja (Bergantung kepada tinggi dan kuantiti). Dengan pembelian 500 anak pokok dan ke atas saya buat penghantaran secara PERCUMA (Perak & Selangor SHJ). Lepas tu untuk pembelian 500 pokok dan ke atas saya pun nak bagi PERCUMA baja. PERCUMA tau. Jangan lepaskan peluang ini. Ok, terhad untuk orang-orang terpilih gigih, kental dan sado. Hihi. Mulakan langkah anda sekarang. Rugi tau kalau dah cukup kriteria usahawan/petani gaharu tu tapi belum bermula. Daripada biar tanah kosong terbiar apa kata kita start menanam sekarang.

Ini bukan gambar orang shopping pokok gaharu :(

Ok, mulakan sesuatu hari ini. Jangan menyesal dikemudian hari. Jom kita pakat-pakat menanam (ayat penutup seorang penjual anak pokok). Haha.

Salam Maju Kaya,

Aminah Saad


Gerimis di AidilFitri

1

Labels:

Salam Aidilfitri buat semua,

Rasanya masih sempat kan untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri buat semua pembaca blog ini. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya kepada kita. Pembaca boleh rasa tak perasaan saya skrg yang sangatlah suram dan kurang ceria. Itu sebab saya tak mampu nak update blog. Agak bersawang juga lah kn. Hari ini hari ahad masuk office sebab buat kerja-kerja office yang banyak tertangguh dan selit lah sikit menulis di blog. Bila menulis di sini saya dapat sedikit semangat. Sedikit lega.

Hidup ini tidak lengkap jika tidak diuji kan. Mungkin sekarang masanya ujian datang bertali arus dalam hidup saya. Yang terkadang saya rasa tidak mampu untuk menggalasnya. Tapi saya kuatkan semangat. Saya cuba slowkan perkara-perkara yang boleh menambahkan lagi tekanan. Sebab tu nampak saya semakin tidak aktif kan. Memang saya perlahankan segala aktiviti-aktiviti gaharu untuk memberi ruang kepada perkara yang lain. Perniagaan gaharu saya ini pun memanglah sangat sangat penting dalam hidup saya, cuma sekarang saya berikan tumpuan kepada urusan-urusan yang sedia ada, utk urusan-urusan baru memang saya stopkan buat seketika. Minta maaf banyak-banyak jika ada yang call tak berjawap, wasap tak berbalas, dan email yang sepi tanpa balasan. Kosong-kosong ye :)

Saya perlukan sedikit masa untuk susunatur semula segala aktiviti dan segala appoinment baru. Perlu tambah kekuatan dan semangat dalam diri. Terima kasih yang tidak terhingga buat En Suami yang sangat banyak memberikan semangat, keluarga dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa mengambil berat tentang diri ini. Waktu inilah saya kenal siapa sahabat saya yang sebenar. Yang boleh bersama-sama saya mengharungi jatuh bangun dalam menempuh hidup ini. InshaAllah selagi sy masih bernafas, saya akan terus mengemaskini blog ini untuk pembaca yang sudi membaca blog ini.

Apa pun saya belajar banyak perkara ketika ujian demi ujian datang. Redha. Syukur. Kesepakatan. Kasih Sayang dan banyak lagi. Allah datangkan kita ujian untuk kita belajar sesuatu yang baru. Mana mungkin kita belajar teori sakitnya jatuh basikal jika kita sendiri belum pernah merasainya. Itulah kehidupan yang sebenar. Bila kita melaluinya sendiri barulah kita dapat rasakan pedih, sakit, lega dan sebagainya. Jika kita terima segala ketentuan ini dengan perasaan yang redha, Allah akan gantikan dengan perkara-perkara yang lebih baik. Bersangka baik dengan Allah.

Ok lah, ramai yang cakap saya xde perkembangan terbaru. InshaAllah doakan saya cepat pulih semangat, boleh kerja lebih gigih. Saya akan kongsikan perkara-perkara yang boleh dimanfaatkan bersama nanti.

Tahniah buat kawan-kawan yang semakin berjaya dalam bidang ini. Doa saya sentiasa bersama kalian. InshaAllah kalau sy tak mampu untuk bantu anda yang berada dalam bidang ini, saya harap kawan-kawan saya ini akan dapat membantu anda.

Salam Kasih Sayang,
Aminah Saad

Wangian Gaharu New Edition Lestary Brand

0

Labels: ,

Semakin hampir nak raya semakin rancak pula Lestary Brand buat iklan macam-macam. Hehe. Sempena Syawal yang semakin menghampiri, Lestary Brand keluarkan beberapa wangian baru untuk anda semua. Boleh cuba. Bau memang sedap dan tahan lama. Semua wangian kami ini adalah berasaskan gaharu. Semua harga promosi tau sehingga 31 Julai 2015. Selepas tu harga kembali ke harga biasa. Jangan nangis bucu katil pula kalau dah habis promosi ni :P


Untuk promosi wangian Kasturi bersama cebisan kayu gaharu dengan bau yang sangat mengasyikkan hanya RM 30 (SM) dan RM 35 (SS) sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba. Habis je 31 Julai 2015, harga kembali ke RM 40. Mungkin pada sesetengah orang RM 10 apa de hal lah, tapi pada sesetengah orang RM 10 boleh dijadikan duit raya untuk pulang berhari raya nanti. Kan best wangi dan ada duit raya. 




Promosi kedua untuk rangkaian wangian Oud Women dan Oud Men. Harga jualan bagi produk ini ialah RM 100 untuk 30 ml. 10% kandungan Minyak Gaharu Asli. Sempena promosi kali ini, harga bagi wangian ini hanyalah RM 50. Pembelian 2 botol dan ke atas percuma PENGHANTARAN ke seluruh Malaysia. Rugi kalau tak beli sekarang. Boleh juga dijadikan sebagai hadiah buat yang tersayang atau sebagai hantaran perkahwinan.

Hubungi Kami segera :
+605-4321002
+6016-2335394
+6013-4335541

Mulai esok boleh buat pembelian di www.lestarybrand.com. Jika inginkan wangian ini sampai sebelum hari raya, anda perlulah membuat tempahan sebelum atau pada 10 Julai 2015.

Di samping kita mengejar kejayaan di dunia, jangan dilupa untuk mengutamakan kehidupan kita di sana kelak. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan di bulan yang penuh keberkatan ini.


Teh Gaharu Herba Lestary Brand

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Alhamdulilah sekejap je dah hampir separuh Ramadhan kita lalui. Moga dengan kehadiran bulan Ramadhan ini dapat mengajar kita lebih dari sekadar menahan lapar dan dahaga. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai ladang pahala untuk mengumpul sebanyak-banyak pahala yang boleh. InshaAllah.

Bersempena bulan Ramadhan ini, saya juga ingin mencadangkan anda berbuka puasa dengan Teh Gaharu Herba yang sangat menyegarkan. Minum panas-panas tanpa gula atau dengan gula. Memang terasa nikmatnya. Bukan sekadar melepaskan dahaga sebaliknya banyak manfaat dan khasiat yang bakal anda perolehi. Teh Gaharu Lestary Brand bukan sekadar teh biasa. Ia lebih daripada kebiasaan :)


Apa kata sempena Ramadhan kali ini kita cuba buat pilihan yang lebih baik dan lebih menyihatkan. InshaAllah seluruh keluarga boleh menikmatinya. Kepada yang telah mencuba pasti sudah tahu rasanya. Betul tak? Hehe. Dan sempena Ramadhan ini, untuk pembelian secara online kami berbesar hati memberikan penghantaran secara PERCUMA. Namun tempahan perlu dilakukan paling lewat pada 10/7/2015 jika ingin produk sampai sebelum raya. Haa..kan boleh juga dihidangkan ketika raya. Kebaikan mestilah selalu dikongsikan kan ? 


Promosi ini valid juga untuk Kopi Gaharu Aprikot. Cepat cepat sebab promosi ini hanya sah sehingga 10 Julai 2015 sahaja. Selepas itu harga kembali kepada harga biasa ye. Untuk agen/stokis juga promosi ini valid dengan harga agen/stokis. Nyum nyum :)

Untuk sebarang urusan pembelian, anda boleh menggunakan medium-medium ini :

1) Pembelian secara online di www.lestarybrand.com

2) Whatsapp/SMS ke 016-2335394

3) Call direct office kami di talian 05-4321002

Senang kan?

Ok, akhir kata Semoga Ramadhan kali ini memberikan rahmat yang tidak terhingga kepada kita.



Miracles of OUD Agarwood (English Version)

0

Apakah Bakhoor?

0

Labels:

Salam Ramadhan Karem buat semua yang beragama Islam, Alhamdulilah di beri kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah ini. Semoga kita dapat menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah dengan sepenuh hati. Syukur ya Allah.

Hari ini saya nak menulis sedikit berkenaan dengan Bakhoor. Ada tak yang tidak tahu apakah itu bakhoor? Kalau semua dah tahu pun saya tetap hendak menulis berkenaan bakhoor ni. Bakhoor ialah cebisan kayu (wood chip) yang direndam di dalam wangian (fragrance) untuk di bakar bagi mendapatkan haruman yang lebih lama dan wangi. Bakhoor digunakan secara meluas di Negara-negara Timur Tengah ketika perayaan-perayaan dan juga ia digunakan setiap hari bagi memberikan haruman yang baik di dalam rumah. Kaum wanita di Saudi membakar bakhoor dan dibawa kesetiap ruang dan bilik bagi memberikan bau yang menyenangkan. Pembakar bakhoor yang unik dan berbagai bentuk juga boleh dijadikan sebagai hiasan di rumah juga. Rumah lebih wangi, cantik dan pastilah penghuninya juga akan lebih sihat dengan bau-bauan yang segar ini. 

Imam Bukhari menyatakan bahawa oudh ialah bauan yang dapat menguatkan fizikal dan juga mental seseorang. Dengan kehidupan yang semakin sibuk dan stress, anda boleh jadikan membakar bakhoor sebagai satu terapi kepada badan dan otak anda. InshaAllah, bauan yang harum ini memberikan aura-aura positif di sekitar kawasan rumah dan yang terpenting dalam diri kita. Bakhoor boleh dibeli pada harga yang lebih murah untuk digunakan sebagai kegunaan harian berbanding membeli gaharu wood chip yang pastinya lebih mahal harganya. Kalau mampu apa salahnya :)

Bersempena Ramadhan yang mulia ini, apa kata kita cuba menggunakan bakhoor di rumah kita. Jika anda belum pernah memiliki set bakhoor ini apa kata anda cuba dapatkan satu untuk rumah anda. Kepada yang baru ingin mencuba, boleh cuba menggunakan pembakar elektrik kerana ia lebih mudah, pilih bakhoor yang bersesuaian dan anda sudah boleh memcubanya di rumah. 


Question :
It is true that burning of Bakhoor, Oudh and otehr incense to fragnate the air through its smoke is Sunnah ?

Answer :
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

It is Sunnah for one to burn Bakhoor, Oudh, Incense and Other fragrances. There are many virtues of burning Bakhoor and other fragrances mentioned in the Hadeeth. Some are : 

1. Translation : Hadhrat Ibn Umar used to burn pure oudh and camphor mixed with oudh as incense fragrance. He said "Likewise, Rasullullah SAW used to burn incense." (Saheeh Muslim, Hadeeth #2254)

2. Translation : Hadhrat Umm Qais Bint Mihsan narrated that " I heard the Prophet saying " Treat with the Indian incense, for it has healing seven diseases; it is to be sniffed by one having throat trouble, and to be put into one side of the mouth of one suffering from pleurisy." (Saheeh al-Bukhari, Hadeeth #5368, Kitab al-Tibb). 

Semoga perkongsian ini kita dapat manfaatkan. Terima kasih :)

Jom dapatkan pelbagai produk gaharu di sini 

Salam Sayang,
Puan Aminah Saad
Pengurus Pemasaran Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd

Mari Menanam Gaharu

0

Labels: ,

Musim-musim hujan ini memang lah sangat sesuai menanam pokok gaharu ni kan? Jadi kepada yang ingin menanam tu ini adalah masa yang bersesuaian. Hari tu saya dah berkongsi kaedah semaian menggunakan biji pokok karas kan. So bila sudah menyemai marilah kita menanam pula. Jika kita menanam ketika musim hujan, pokok akan mendapat air yang cukupi. Jadi kita tak perlu nak risau sangat peringkat awal jika pokok dapat air yang mencukupi. Ye lah kan, pokok dari polibeg di alihkan ke kawasan lapang akan mengalami sedikit culture shock. Nak bersaing sumber nutrien. Nak bersaing sumber air. Jika pokok telah mendapat keperluan yang mencukupi, InshaAllah peratus untuk pokok tersebut membesar sebagai juara adalah lebih tinggi :)

Orang cakap kaedah menanam gaharu ini simple sahaja. Macam menanam pokok lain-lain juga. Memang betul namun begitu, bagi pokok karas kita perlulah menanam lebih dalam sedikit bagi mengelakkan pokok tumbang. Kaedah menanam langkah demi langkah boleh rujuk di entri ini.




Jika anda malas hendak menanam sendiri dan malas nak serabut-serabut dengan pelbagai urusan penanaman pokok gaharu ni boleh hubungi kami di Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd ( 05-4321002/ 013-4335541) untuk kami bantu anda menyelesaikan permasalahan ini. Jangan pening-pening kepala lagi ye. Tapi selepas itu, anda kena lah jaga. Buat masa ini kami tidak menyediakan perkhidmatan pemantauan (monitoring) pokok selepas di tanam. InshaAllah harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan. Perkhidmatan yang kami tawarkan ialah :

1)Pembekalan anak pokok ( spesis dan ketinggian boleh pilih : A.malaccencis, A.subintegra dan A.sinensis)
2) Perkhidmatan penamanan yang merangkumi membuat lubang , pembajaan awal, pancang, dan juga menanam. 



Ala kenapa tulis pasal menanam pokok gaharu, tanam tak susah yang susah ialah nak suntik pokok, nak proses dan nak jual di mana. Lebih baik Cik Aminah tulis berkenaan hal tersebut bukan asyik-asyik tulis pasal menanam. --> Mungkin ramai yang cakap dalam hati macam ni kan, tambah2 pembaca-pembaca blog ini yang telah mengikuti blog ini dari awal dan sudah menanam mungkin sudah sampai masa untuk tuai :P 

Kalau yang dah menanam, terdetik di hati berkenaan hal ini saya anggap ia logik.
Tapi kepada yang belum buat apa-apa, saya cadangkan pergi tanam dulu ye :)

Bermulalah walaupun sedikit. Kalau tak menanam sekarang, bila lagi kan? 

Adakah Pasaran Harga Gaharu Akan Turun ?

0

Labels: ,

Pasaran Gaharu memang bukan perkara yang mudah dan di anggap remeh. Sejak akhir-akhir ini, banyak berita-berita yang kurang menyenangkan di dengar. Ada yang kata hanya spesis A yang laku dan spesis lain tidak. Ada yang kata pasaran sudah tepu dan harga akan merudum jatuh. Macam-macam kisah di dengar. Yang nyata ramai yang menangis dalam diam. Hati gundah gulana. Duit sudah banyak di laburkan mana mungkin pengakhirannya begini. Semakin banyak orang yang kita jumpa, hati semakin tidak keruan. Mengaku sajalah sebab saya sendiri pun kadang-kala rasa begitu. Haha.



Sedikit sebanyak emosi saya juga terganggu dengan pelbagai soalan-soalan yang diajukan. Nampak je cool namun begitu, otak terus berfikir dan berfikir mencari kaedah penyelesaian yang terbaik. Jawapan yang menenangkan hati. Selepas pulang dari China pada bulan lepas, saya amat yakin bahawa pasaran gaharu ini masih sangat besar. Jika hendak di bandingkan jumlah tanaman gaharu di China dan Malaysia dari segi jumlah memang kita sangatlah ke belakang. Mereka menanam bersungguh-sungguh. Dan kebanyakkan spesis yang mereka tanam ialah Aquilaria sinensis kerana itulah spesis tempatan bagi Negara mereka.

"Jika di China mereka menanam Aquilaria sinensis, nanti pastilah harga bagi chip/minyak sinensis akan jatuh apabila Negara China mula mengeluarkan secara besar-besaran" - Penanam Sinensis

Jawapan : Janganlah terlalu cepat berputus asa. Tanaman gaharu ini mengambil masa sebelum dituai. Perlu disuntik. Perlu di racik dan beberapa proses lagi yang perlu dilalui. Jika kita mengambil tindakan yang lebih pantas, pokok kita akan lebih cepat dituai dan dijual berbanding hasil daripada China. Fast Action, Fast Result. Bagi saya penanam Gaharu spesis ini mestilah ambil tindakan yang segera. Pilih jenis inokulan yang bersesuaian, suntik, tuai (chip/minyak). Jika tunggu-tunggu lagi mungkin anda perlu bersaing dengan pengeluaran besar-besaran daripada Negara China. Saya jangkakan pengeluaran besar-besaran dari Negara China akan berlaku bermula pada tahun 2017.

"Alamak pokok saya baru berusia 2 tahun, tak kan nak suntik sekarang?"  - Penanam Sinensis 2 tahun

Jawapan : Anda janganlah terlalu risau dan kecewa. Bagi pandangan peribadi saya, masih ada perbezaan bagi hasil yang dikeluarkan oleh Negara China dan Malaysia walaupun jenis spesis adalah sama. Iklim dan persekitaran yang berbeza menghasilkan chip/minyak yang berbeza. Saya yakin setiap satunya membuat segmen pasaran yang tersendiri. Bina kelebihan tersendiri bagi produk kita, InshaAllah ada pasaran yang menanti. Jangan sekadar bergantung kepada pasaran tradisional, saya melihat dalam kontek yang lebih luas. Banyak pasaran-pasaran baru yang akan muncul dengan penghasilan gaharu secara lebih konsisten. Kadang-kala kita terlalu terikat dengan pasaran tradisional menjadikan kita terlalu mengikut corak pasaran tersebut. Berfikirlah di luar kotak, anda akan menemui jawapannya.

Kalau boleh berfikir tanpa kotak lebih baik :)


"Apakah spesis yang paling bagus untuk ditanam? Yang harganya paling mahal bila waktu menuai nanti?"

Jawapan : Setiap spesis ada kelebihan tersendiri. Seperti yang saya katakan sebelum ini, jangan terlalu limitkan diri anda untuk berfikir secara pasaran tradisional. Come on, cuba fikir secara lebih terbuka. Hadiri program-program untuk membuka fikiran anda. Berfikir secara kretif dan kritis. Pelik saya dengan orang yang kerjanya mengutuk program orang lain, jika tidak dapat hadir atau rasa jelik untuk hadir lebih baik duduk diam-diam. Ilmu ini terlalu luas, jika kita rasa kita sudah tahu semuanya mungkin ada orang lain yang masih dahagakan ilmu-ilmu baru. Saya sendiri jika diberi kesempatan masa dan kewangan, mahu hadiri semua program-program berkaitan gaharu yang dianjurkan. Mahu meneroka ke setiap pelosok Negeri untuk mencari lebih banyak ilmu.

Saya akui walau berkali-kali hadir pada program yang sama, setiap kali itulah saya akan dapat idea-idea baru. Akan dapat ilmu baru. Kadang kala hanya satu perkara je yang betul2 memberi kesan kepada saya dalam sesuatu program tersebut tetapi kesannya sangatlah bagus. Alhamdulilah saya enjoy cara begini. Jadi janganlah pelik kalau asyik-asyik muka saya yang muncul di program-program gaharu ini.

Jika anda belum menanam maka pilihkan spesis yang anda rasa sesuai dengan objektif anda menanam pokok gaharu tersebut. Jika anda dapat bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang akan membeli semula hasil daripada perladangan anda kelak ia adalah lebih baik. Seorang sahabat saya berkata " Waktu hendak promote menanam orang hanya cerita yang best-best, tetapi bila dah menanam baru lah rasa sakit pening memikirkan macam-macam" Haha. True indeed.

Jadi saya bagitau sedikit selepas menanam, anda perlu juga fikir macam mana hendak menjaga sakit pening pokok gaharu ni, selepas 5 tahun anda perlu fikir untuk suntikan inokulasi pula, selepas 1 atau 2 tahun sila pening sekali lagi mencari pasaran. Haha. InshaAllah, saya berharap Gaharu Lestari Resources akan berada di posisi tersebut apabila masanya tiba membantu anda menyelesaikan segala kekusutan fikiran :)

"Saya dah tanam spesis X, En A cakap spesis ini tidak laku. Apa perlu saya lakukan ?"

Jawapan : Hentikan kerisauan anda. Fokus kepada penyelesaian. Jika anda terus terusan berpegang kepada satu pendapat sahaja, memang anda akan terus terusan sakit jantung. Saya tidak katakan En A tersebut salah, mungkin pasaran beliau sedia ada menerina Spesis Y jadi beliau menyatakan bahawa Spesis X tidak laku. Mungkin beliau belum berjumpa lagi dengan pasaran bagi spesis X. Setiap trader mempunyai kelebihan dan rangkaian yang berbeza, jadi luaskan networking anda. Jangan sedih ya, jika En A tidak mahu ambil masih ada En. B, C, D, E ......Z yang mungkin akan bersedia menerima spesis X tersebut. Life is too short, enjoy every moment of it :)

Kadang kala saya agak kecewa dengan penyampaian-penyampaian yang begini. Bekerjasama dan berilah semangat antara satu sama lain. Kita akan jadi lebih kuat. Jangan lah sokmo nak tunjuk hero paling hebat segalanya. Rasa hebat ke bagi orang hidup dengan penuh kerisauan? Kepada anda-anda yang terus terusan risau, saya nasihatkan hentikanlah kerisauan anda itu. Kerisauan anda itu tidak akan mengubah apa-apa. Atur strategi baru untuk menyelesaikan permasalahan ini :)

Walaupun saya sendiri pun masih belum mampu melegakan hati anda semua, but right now I am working on it. Saya akui ia bukanlah satu kerja yang mudah. Tetapi jika kita tidak mulakan, bila ianya akan menjadi mudah. Bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Saya bergerak apa adanya. Gaharu Lestari bukanlah satu syarikat yang mempunyai dana yang cukup untuk melakukanya semuanya, tetapi saya mempunyai semangat dan keinginan yang sangat sangat kuat bagi merealisasikan nya. Walaupun perlahan tetapi saya tidak berhenti. I'm keep moving. Bukan mudah hendak yakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan geran atau pinjaman tentang satu industri yang masih lagi baru. Yang lebih banyak cerita buruk berbanding kisah yang baik. Dengan kewujudan pelbagai skim gaharu yang tidak tulen. Memang kadang kala saya sendiri tidak dapat menjawap begitu banyak persoalan tentang industri ini. Tetapi di sudut hati saya, saya meletakkan keyakinan 100% bahawa industri ini akan menjadi boom satu hari nanti. Saya sandarkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa. Di situlah kekuatan saya. Saya yakin Allah dorongkan hati saya masih terus dalam industri ini dengan sebab tersendiri. Yang saya sendiri belum tahu :)

Yang Benar,
Aminah Saad
Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd

Sembang Gaharu 2 oleh Bio Benua Sdn Bhd

0

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Pada 2 Mei 2015 ini (Sabtu), syarikat Bio Benua Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Hj Razak Ali akan menganjurkan satu program Sembang Gaharu 2. Program ini akan berlangsung dari jam 10 pg sehingga 1 tengahari. Masuk adalah PERCUMA dan makan adalah disediakan. Jika anda ada sebarang masalah jemputlah datang. Datuk Hj Razak adalah penerima medal silver bagi Inovasi Inokulan Gaharu.



Kepada yang masih ragu-ragu berkenaan industri gaharu ini jemputlah datang ke program ini. InshaAllah, banyak maklumat yang akan anda perolehi di samping dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan dalam industri gaharu ini. InshaAllah jika tiada aral saya juga akan hadir ke program tersebut. Jom jom jumpa :)



Ok, sampai sini dulu hebahan ringkas saya. Kepada sesiapa yang berkelapangan jemput datang. Bukan senang nak dapat ilmu-ilmu percuma macam ni. Daripada orang berpengalaman pula. Dapat jumpa Cik Aminah juga tau (budget famous macam artis). Sesiapa yang nak dapatkan produk-produk gaharu daripada Lestary Brand jemput datang juga. Ada banyak juga produk baru lain. Jangan menyesal kalau tak dapat beli. Haha.

Produk baru di pasaran. Balm Gaharu. Harga hanya RM 15 :)


Ok, bye :)


Bunga Bunga Gaharu

0

Labels: , ,

Ini bukan tajuk lagu ye. Bukan juga tajuk drama TV :)


Nampaknya pokok gaharu sudah mula berbunga. Ada juga yang sedang berbuah. Tak lama lagi boleh la kita mula menyemai biji-biji gaharu yang terhasil daripada pokok-pokok gaharu ini. Ok, jadi kepada yang berminat untuk membuat semaian biji gaharu ini saya kongsikan sedikit langkah demi langkah untuk semaian gaharu ini. Anda boleh mencuba di rumah masing-masing ye :)

Langkah Semaian Biji Benih Gaharu

1) Pastikan anda telah menyediakan medium semaian dan pot yang bersesuaian. Kami di GLR menggunakan peat moss dan juga tray semaian bagi memudahkan proses ini. Ada juga yang menyemai di atas pasir secara rawak dan memilih anak pokok yang tumbuh dan terbaik sahaja untuk proses seterusnya.



2) Letakkan peatmoss di dalam tray. Tidak perlu terlalu padat kerana ia akan menganggu perkembangan akar yang baru tumbuh. Buatkan lubang menggunakan lidi. Setiap pot buatkan 3 lubang supaya 3 biji benih boleh dimasukkan dalam setiap pot. 1 tray = 108 pot X 3 biji = 324 biji. Boleh juga nak letak lebih cuma jika terlalu banyak dalam satu pot ia juga akan menganggu percambahan biji benih.


3) Masukkan biji benih dengan bahagian ekor di sebelah atas ( Lemah gemalai menyusun biji benih dalam tray semaian..Haha) 


 4) Sesudah siap menyusun biji benih di dalam tray siram kan. Proses siraman perlu dilakukan 2 kali sehari bagi memastikan peat moss sentiasa lembap. Gunakan water spray supaya air yang disiram tidak terlalu kuat dan proses siraman menjadi lebih sekata.



5) Tunggu biji benih bercambah. Dalam tempoh 4 minggu, biji benih yang sudah bercambah boleh dipindahkan ke dalam polibeg. Pilih saiz polibeg yang bersesuaian. Jika sasaran untuk disimpan dalam tempoh melebihi 8 bulan ke atas, pilihkan saiz polibeg yang lebih besar.




Siap...:)

Semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Ingin kurangkan bercakap, tetapi banyak menulis yang baik-baik untuk di manfaat oleh orang ramai. Diberikankan kelapangan untuk menyumbang lebih banyak kepada persekitaran. Di permudahkan menyelesaikan segala hutang piutang yang berbaki. Dapat berbakti kepada ibu, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.



Nampaknya urusan saya yang lalu kurang berhasil. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tapi inshaAllah saya tidak berputus asa. Masih ada ruang dan peluang untuk saya menjadikan ia satu kenyataan. Yang paling berhasil hanyalah pertambahan berat badan yang sangatlah efisien. Haha. Walaupun saya kerja banyak, tetapi makan pun sangatlah banyak. Sangat lah berkadar langsung. Ok, bulan oktober ni saya target untuk ke sini lagi dan tangkap gambar di tempat yang sama dengan baju, tudung dan beg yang sama cuma yang lain dengan berat 50kg. Kenapa la perempuan sangat obses dengan berat badan?? Itu sapa rajin silalah buat kajian lanjut. Saya nak fokus pada kajian gaharu sahaja :P

Bye.


Salam Sayang,
Aminah Saad
Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd