Gaharu Suam Suam Kuku

Labels: , ,

Perasan tak??



Demam gaharu nampaknya semakin reda. Dah kembali suam suam kuku. Orang dah tak excited sangat bila berbicara tentang gaharu. Mungkin banyak pengalaman hitam yang dilalui menjadikan orang serik untuk bercakap-cakap lagi tentang gaharu. 2-3 tahun yang lepas, demam gaharu tahap demam denggi. Sangatlah rancak di sana sini orang memperkatakan tentang gaharu. Semua orang excited menanam gaharu. Pergi seminar sana sini. Seminar dan kursus juga tak henti-henti diadakan. Boleh kata hampir setiap bulan pasti ada yang menganjurkan. Kalau bukan agensi kerajaan, syarikat-syarikat persendirian juga banyak yang menganjurkan. GLR pun termasuk lah tu kan? Hehe.


Kenangan kursus Mei 2012
Blog-blog gaharu juga banyak yang sudah tidak aktif. Mungkin terlalu sibuk dengan komitmen gaharu atau tidak berminat lagi dengan gaharu. Atau mungkin juga lebih aktif di media sosial atau platform yang lain. Tak update tak semestinya tiada progress kan? Saya juga lah yang masih setia dengan blog. Oh My Blog. Saya lebih suka blog kerana saya boleh baca semula dan rujuk perkara-perkara yang pernah saya tulis sebelum ini. Sebenarnya memang ada udang disebalik batu saya menulis di sini. Saya berharap andai kata suatu hari nanti saya telah tiada, masih ada catatan ilmu yang saya coretkan untuk dibaca oleh orang yang memerlukan. Semoga ia menjadi salah satu ilmu yang bermanfaat yang digunakan terus menerus.

Kadang-kadang kita ini "hangat-hangat tahi ayam". Jadi Pak Turut sahaja. Tengok dan dengar-dengar orang buat ini hasilnya lumayan, tanpa kaji selidik terus join sekaki. Lain-lain hal belakang kira. Bila ada masalah sikit, langsung tak mahu ambil tahu dan mula menunding jari kepada orang lain. Hmmm. Situasi ini sangat menyedihkan. Dan sejak awal saya terlibat dengan industri gaharu ini, orang selalu kata begini ;

" Tak takut ke industri gaharu ni jadi macam lintah, ikan keli, serai dan sebagainya?" 

Semua itu saya letakkan pada Yang Maha Berkuasa. Bagi saya sendiri, saya berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap langkah. Cari ilmu banyak-banyak. Buat perancangan rapi. Bukan terjun dalam lubang duduk diam-diam. Kalau Allah dah takdirkan apa yang saya usahakan ini tidak berjaya, saya redha. Tapi jangan mengalah sebelum mencuba. Dan jangan negatif sebelum bermula. Tapi waktu awal-awal saya terlibat dengan gaharu, serius saya memang tak pernah fikir pasal industri ini akan jadi macam mana suatu hari nanti. Tak fikir pasal pasaran. Tak fikir pasal perniagaan yang beronak duri ni. Memang bermula dengan innocent sangat-sangat. Fresh graduate. Tak ada pengalaman berniaga. Jenis orang yang tak de nak fikir complicated sangat sebab memang tak tahu pun apa yang perlu difikirkan. Saya buat je. Dan saya rasa dua je kelebihan saya iaitu semangat yang sangat kuat dan sangat positif. Walaupun tak tahu saya redah je (Sila jangan contohi sikap main redah ni ye). Dan saya terlibat dengan gaharu bukan kerana eager nak jadi jutawan (atau kerana duit) sebab waktu tu saya tak tahu pun orang tanam gaharu boleh jadi jutawan. Haha.

Mungkin kerana sebab-sebab di atas saya masih bertahan sehingga ke hari ini. Alhamdulilah, saya bermula dengan hanya menanam 50 pokok dibelakang rumah. Kini, walaupun belum berjaya lagi Gaharu Lestari Resources semakin berkembang dan dikenali. Waktu tu nak beli 50 pokok pun susah sangat. Saya memang keluarga susah. Dan bermula dengan tiada modal yang banyak. Modal diri je yang kuat. Jadi saya sangat faham bila sekarang ada orang kampung datang membeli seminggu satu dua pokok. Menanam sikit-sikit. Yang penting memulakan sesuatu. Daripada yang nak bermula besar tapi akhirnya langsung tidak bermula. Semangat dah hilang. Dengar pula orang cakap macam-macam. Hmmm....



So kepada yang nak bermula, dont give up. InshaAllah jika keinginan anda kuat, Allah akan bantu. Ujian demi ujian tu memang akan ada. Kalau senang je memang semua orang akan buat. Benda yang tak senang ni selalunya ganjarannya lumayan.

Exclusively By,
Aminah Saad


Comments (2)

tanam dan tinggal satu pelaburan berisiko.

Gambar yg disertakan dgn artikel ni sebagai sesuatu yg simbolik bagi kita..kan

Post a Comment