Pameran Gaharu di Terengganu Trade Center (TTC) 12 -16 Nov 2014

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga sihat-sihat selalu. Saya pun alhamdulilah bertambah-tambah sihat ni. Hehe. Nampaknya menjelang ke hujung tahun ini, kesibukan makin berganda. Memang sibuk jadi saya mohon maaf jika ada yang menghubungi saya dan saya terlupa untuk call semula. Saya cadangkan anda SMS/Email saya kerana bagi saya itu kaedah yang lebih santai untuk saya membalas segala pertanyaan Tuan/Puan. Jika Urgent boleh SMS/Email dengan perkataan URGENT untuk dibalas. InshaAllah saya akan balas dengan segera. Salah satu langkah untuk mengurangkan kesibukan ini, saya telah deactivate semua account social networking saya. Jadi saya berharap segala pertanyaan boleh di email ke gaharulestary@gmail.com atau boleh menghubungi no telefon Pejabat 05-4321002 atau 013-4335541 untuk pertanyaan lanjut. InshaAllah kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Tuan/Puan semua.



Pada 12-16 November 2014 yang lalu, pihak Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd telah sama-sama menyertai program Seminar & Pameran Gaharu 2014 bertempat di Terengganu Trade Center. Walaupun dalam keadaan cuaca yang hujan berturut-turut sepanjang minggu pameran tersebut, alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Gembira dapat bersua muka dengan orang-orang hebat dalam industri gaharu ini, walaupun masih ramai yang tidak menyertai program ini sekurang-kurangkan saya dapat mengenali sebahagian yang sebelum ini mungkin tidak kenal atau hanya mengenali melalui alam maya. Ramai juga jumpa pembaca blog. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya sepanjang saya berada dalam industri ini. Kepada yang mengikuti facebook saya, selepas ini mungkin perlu follow blog pula kerana buat sementara waktu saya akan hanya kemaskini aktiviti Gaharu Lestari Resources di blog.





Untuk maklumat berkenaan produk gaharu, anda boleh juga melihat di laman web kami www.lestarybrand.com. InshaAllah kami akan mengemaskini produk-produk baru yang akan dipasarkan di bawah jenama lestary brand. Kami juga akan mengemaskini koleksi baru Lestary Perfume dengan botol-botol kristal berkualiti tinggi. Untuk tempahan lebih cepat boleh WA/Wechat : +016-2335394 / +60169039266. 
 



Kepada yang ingin menanam pokok Gaharu juga boleh buat tempahan anak pokok sekarang. Promosi serendah RM 2 termasuk penghantaran ke lokasi tanaman (bagi kuantiti 1000 pokok ke atas dengan ketinggian 4 inchi). Buat masa ini, Gaharu Lestari Resources tidak menerima tempahan untuk perkhidmatan menanam.




Ok, sampai sini dulu update saya buat masa ini. InshaAllah saya akan update setiap minggu.

Sekian, Wassalam.

Aminah Saad



Minyak Gaharu Berkualiti Tinggi

0



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Saya tengah mengantuk ni. Nak tidur rasa macam tak produktif la pula, so ambil peluang menulis di blog kesayangan hati ni :)

Selalunya apabila kita bercakap tentang pokok gaharu apakah perkara
yang paling sinonim akan orang perkatakan? Orang kaitkan gaharu dengan apa?
Ok ini soalan paling kacang goreng. Bila buka je topik gaharu orang akan kaitkan dengan perfume. Dengan wangian. Maksudnya berkaitan dengan wangi-wangian. Walaupun ramai yang tidak pernah bau Pati Minyak Gaharu (PMG) yang asli namun semuanya dikaitkan dengan wangian. Kebanyakkan kawan-kawan saya yang tidak pernah bau PMG dan bila diberikan untuk bau PMG ni pasti akan kata baunya sangat busuk :P

Hai, busuk busuk pun harganya tidak busuk okey. Dan ia digunakan untuk menghasilkan minyak wangi bertaraf antarabangsa dengan harga yang mahal. Di Negara Arab juga Oudh Perfume adalah wangian yang sangat disukai dan harganya juga tinggi. Weee

Untuk mendapatkan PMG yang berkualiti tinggi bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak proses yang perlu dilalui sebelum PMG dihasilkan. Tidak pelik lah jika harga PMG juga sangat mahal. Bermula daripada sumber bahan yang sukar diperolehi dan langkah demi langkah menghasilkan PMG ini bukan satu yang mudah.

Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd kini sudah kembali memulakan operasi penyulingan PMG. Walaupun saya bukanlah yang memantau proses ini namun sedikit sebanyak saya tahu jugalah kan?. Tak kan tak nak ambil tahu langsung. Hari ini sambil saya ngantuk-ngantuk ni, jom saya kongsikan serba sedikit langkah menghasilkan PMG yang bernilai tinggi ini.

Langkah 1: Mengumpul bahan mentah dan meracik. Keringkan kayu sebelum ke langkah seterusnya.




Langkah 2 : Grind kayu sehingga hancur dan halus.

Langkah 3 : Rendam kayu gaharu yang sudah di grind ke dalam tong drum. Biarkan selama 2 minggu.




Langkah 4 : Setelah 2 minggu diperam, pindahkan ke dalam dapur memasak gaharu. Tutup dengan kemas di sekitar dapur tersebut.

Langkah 5 : Proses memasak PMG ini mengambil masa selama 3 hari. Ia di masak secara berterusan sehingga titisan minyak dihasilkan. Bagi setiap 10 kg bahan mentah boleh menghasilkan 1 tola (12ml) PMG. Gigih tak orang yang buat PMG ni? Hihi :)

Langkah 6 : PMG yang terhasil akan diasingkan daripada air sulingan. PMG yang di simpan lebih lama di dalam tempat yang gelap akan menghasilkan PMG yang lebih berkualiti.

Langkah 7 : Keluarkan hampas kayu gaharu yang telah disuling. Keringkan dan boleh di bungkus untuk jualan juga. Buat masa ini harga bagi sekilo hampas gaharu kering ialah RM 5. Untuk kuantiti banyak mestilah boleh murah lagi kan :)



Proses pengeringan hampas kayu gaharu yang telah disuling


Taddaaa.. PMG sedia untuk dijual. Lai lai...Harga PMG kami ialah RM 450- RM 600/tola (bergantung kuantiti). Beli lagi banyak lebih berbaloi-baloi. Buat masa ini kami hanya mampu untuk membekalkan 1.08 liter sahaja setiap bulan. Kepada pengusaha-pengusaha PMG yang menghadapi masalah untuk mencari pasaran PMG sila hubungi saya. Saya tidak menjanjikan akan membeli PMG anda tetapi inshaAllah jika ada peluang untuk membekalkan PMG tersebut dalam kuantiti yang banyak maka saya akan hubungi anda. Boleh email quotation syarikat anda ke gaharulestary@gmail.com 


Ini contoh botol yang dijual secara runcit. 
Untuk belian borong kami gunakan botol tola yang biasa sahaja.

Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd merupakan Gold Supplier di Alibaba.com. InshaAllah kami boleh dipercayai dan tidak perlu ragu-ragu berurusan dengan kami. Kami juga sentiasa mencari trusted business partner. 



Akhir kata, saya ingin menjemput anda semua sahabat-sahabat gaharu dan bukan gaharu sekalian untuk ke Seminar Gaharu Kebangsaan di Kuala Terengganu pada 13-14 November 2014. InshaAllah, Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd juga akan berada di program tersebut. Rasanya ini lah kemunculan pertama kami dengan menyertai program-program sebegini. Dan kami memang jarang-jarang ke Terengganu. Boleh la kita berjumpa dan bertukar-tukar menu masakan..eh silap bertukar-tukar pengalaman dalam gaharu :)


Sekian, Semoga berjumpa lagi.

Aminah Saad

Rahsia Jutawan Gaharu

0

Labels: ,

Salam Jumaat buat semua,

Semoga kita mendapat manfaat dan keberkatan di hari Jumaat yang mulia ini. Kerja lebih kuat. Rezeki menjadi lebih berkat. Hidup lebih bahagia dan tenang. Sebenarnya entri ini sudah lama tersimpan dalam draft. Dari hari ke sehari masih belum dapat menyudahkan penulisan. Hanya tergantung diperenggan pertama. Memang saya agak sibuk. Rasanya itu memang alasan yang biasa saya gunakan kn? Sibuk..sibuk..semua pun orang sibuk. Mungkin pengurusan masa yang masih lemah :(

Di pagi Jumaat yang sangat indah ini, saya ingin menulis berkenaan tajuk Jutawan Gaharu. Iye Rahsia Jutawan Gaharu. Bukan Jutawan Gaharu menulis berkenaan Jutawan Gaharu. Boleh ke ye? Kalau tak boleh pun saya boleh kan sahaja.

Pada awal-awal penglibatan saya dalam bidang gaharu saya tak tahu pun berkenaan tanam gaharu boleh jadi jutawan. Tak ada dalam fikiran saya pun berkenaan hal itu. Saya bukan orang yang berminat dengan hal-hal pertanian ni walaupun ayah saya seorang peneroka (menanam kelapa sawit). Dan saya tak pernah ingin ambil tahu berkenaan perniagaan yang berasaskan pertanian ini. Saya lebih berminat dengan teknologi. Internet. Dengan kehidupan saya yang berkisar sebagai pelajar memang minat saya lebih kepada hal-hal yang saya nyatakan tersebut. Sesungguhnya Allah yang mengetahui yang terbaik buat hambanya. Kini saya berada dalam industri yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.

Walaupun saya orang yang sangat naif dalam bidang ini, tetapi saya tetap meneruskan juga. Cari ilmu sikit sikit. Cari ilmu sana sini. Belajar dan terus belajar. Mungkin saya ni amat lurus orangnya. Jenis tak pandai nak prasangka buruk pada orang. Jenis tak pandai nak tipu-tipu orang. Jenis anggap industri gaharu tu senang ja. Haha. Bila dah masuk baru tahu sepak terajang industri ini yang rupanya penuh dengan pancaroba. Tapi InshaAllah saya tetap bertahan.

* Sedang belajar carving dari Cikgu yang sangat-sangat berilmu penuh di dada
Tn Hj Ismail Kassan


Apabila saya sudah menceburi industri ini baru saya tahu yang pokok ini sangat-sangat bernilai tinggi. Ada yang menanam dengan perancangan menjadi jutawan dalam tempoh 7 tahun. Ada yang menanam untuk menunaikan Haji. Dengan pelbagai lagi perancangan. Saya naif, tanam gaharu belakang rumah pun sekali sekala je datang menjengok. Pada awalnya memang ini jauh sangat dari minat saya sebelum ini. Kalau boleh nak siram pokok pun guna application dalam smartphone. Dalam keadaan belum yakin dengan industri ini pun waktu tu saya tetap daftar syarikat bagi menjalankan perniagaan ini. Syarikat awal Gaharu saya ialah Rahmat Hijau Enterprise. Semoga sentiasa mendapat rahmat yang seluas-luasnya. Dengan modal yang sangat terhad, saya bina Nursery kecil belakang rumah untuk penjualan kecil-kecilan di kalangan orang kampung. Untuk pembelian yang lebih besar, saya minta deposit dulu dan kemudian barulah membuat pembelian.

*Tempat parking yang sangat luas di Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd di Felda Trolak Utara. Buat expo pun boleh tapak parking ni 


Ketika itu, hendak mencari maklumat punyalah susah. Masih ramai yang menyimpan erat rahsia gaharu ini. Paling-paling pun orang promosi online untuk penjualan anak pokok. Daripada pencarian maklumat di internet, saya pun menghubungi partner perniagaan saya sekarang iaitu En Shuib Bin Yatim. Kami bermula dengan kerjasama antara 2 syarikat. Setelah setahun bekerjasama, kami menubuhkan Gaharu Lestari Resources yang memberikan fokus kepada industri gaharu secara khusus. Dari semaian anak pokok, pembangunan ladang, suntikan pokok, penyulingan minyak gaharu dan kini kami mula menghasilkan produk gaharu dengan jenama Lestary Brand. Alhamdulilah syukur kami pun tidak sangka sehingga ke tahap ini kami mampu pergi. Dengan dana yang sangat limited dan sumber yang terhad kami bergerak perlahan-lahan tetapi tidak pernah berhenti. Kami yakin dengan doa-doa daripada orang sekeliling inilah kami mampu untuk bertahan.

Bukan senang nak senang. Dengan kekurangan modal kewangan dan pengalaman menjadikan jalan yang saya lalui bertambah perit. Hanya orang sekeliling je yang mengetahui kesusahan yang saya dilalui. Hanya yang melalui merasai. Daripada luaran mungkin semuanya tampak sempurna. Tetapi saya akui ia perjalanan yang sangat-sangat berliku. Cuma modal diri saya sangat kuat. Saya bertahan dalam apa jua keadaan. Saya yakin satu hari nanti saya akan berjaya. Dan yang penting, saya dapat membantu industri gaharu di Malaysia. Nampak macam poyo je kan hasrat saya ni tetapi memang itulah kenyataan nya. Saya berharap industri ini betul-betul dapat memberikan pulangan yang lumayan bukan sahaja kepada syarikat saya tetapi kepada semua penggiat/penanam/pengusaha gaharu.

*Perbincangan untuk tahun hadapan. InshaAllah satu perancangan yang sangat HEBAT


Bercerita tentang jutawan memang best. Lagi best tanam gaharu confirm jadi jutawan.

Dalam apa jua perniagaan, kepercayaan adalah perkara pokok yang perlu di bina terlebih dahulu. Tanpa kepercayaan kita tidak akan dapat menonjolkan diri kita. Saya yakin sesiapa yang mengikuti blog ini daripada awal sedikit sebanyak dapat membaca karakter saya. Dan sesiapa yang pernah berurusan dengan saya juga. Saya lebih suka orang berurusan dengan orang yang yakin dengan saya. Percaya dengan saya. Tak ada ragu-ragu saya akan melepaskan tanggungjawab yang telah saya terima.

Penanam membina kepercayaan dengan pengusaha.
Penanam membina kepercayaan dengan penjual inokulan.
Penanam membina kepercayaan dengan pengilang.
Penanam membina kepercayaan dengan pembeli.

Bila orang percaya kepada kita, InshaAllah setiap urusan menjadi lebih mudah. Mulakan membina kenalan rangkaian gaharu anda sekarang. Buangkan dalam hati yang orang itu ini akan menipu kita. Bersangka baik. Jika dari awal kita asyik risau orang akan menipu kita memang akhirnya itulah yang akan datang kepada kita. Mohon di jauhkan.

* Bahan mentah untuk pemprosesan Teh Gaharu Herba

Tanam Gaharu 1000 pokok selepas 7 tahun anda memang boleh jadi jutawan. Tetapi ada syaratnya :

Anda sudah kenal pasti syarikat mana yang anda boleh bekerjasama. Kenali mereka. Buat hubungan dengan mereka. Lawati dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka. Jangan hanya mengharapkan mereka ke tempat anda, luangkan masa untuk ke tempat mereka dengan waktu yang mereka ada. 

Senang je kan? Kecuali anda memang sudah mempunyai pasaran sedia ada. Tetapi yakinlah bergerak secara berkumpulan ini pasti lebih kuat. Janganlah selepas 7 tahun, anda main terjah dan paksa pengusaha membeli hasil daripada ladang anda. Gunakan budi bahasa itu kan budaya kita.

Ok rasanya sampai sini dahulu penulisan saya pada hari ini.

"Eh, mana Rahsia Jutawan Gaharu Cik Aminah?

Dah namanya rahsia mana boleh beritahu. Babai :)"



Aminah Saad
Pengurus Pemasaran
Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd
+605-4321002
+60134335541

Orang Kata Tanam Gaharu Boleh Jadi Jutawan....

1

Labels: ,

Yeay, maknanya Cik Aminah dah jutawan la ye?


*Pondok bertangga pokok gaharu. Canggih kan?..Haha

Siapa cakap mudah begitu je nak jadi jutawan. Tapi orang kita memang suka bab-bab jutawan ekpress ni. Dah tak nak kaji dah betul atau tidak. Bagaimana proses secara lengkap. Apa faktor-faktor lain. Ada risiko tak. Hmm, yang penting aku tanam lepas 7 tahun aku jadi jutawan. Yang lain aku tak mahu ambil kira. Siapa yang promote dekat aku tentang pokok gaharu jadi jutawan ni WAJIB bertanggungjawab. Aish, pelik bin ajaib kan. Keputusan dia tapi orang lain pula yang kena bertanggungjawab.

Hehe.

Sebenarnya saya tidaklah menyokong segelintir penjual anak pokok yang mengambil kesempatan atas kelemahan orang-orang kita yang mudah teruja ini. Saya juga tidaklah mengatakan bahawa tanam gaharu ini tidak boleh jadi jutawan. Memang boleh tapi ada langkah-langkahnya, ada kaedah nya. Bukan setakat tanam lepas tu lepas tangan tak mahu ambil tahu dah. Itu namanya memang terjun gaung. Bila pokok gaharunya tak terjual semua orang terkena tempias. Pengusaha gaharu lain yang tiada kaitan pun sama-sama kena. Eh tak baik lah macam tu Cik Abg Cik abg semua (sebab yang tanam ni kebanyakkannya lelaki, perempuan lebih suka guna je produk gaharu tu terutama perfume..hihi). Dan janganlah kerana tanam 10 pokok kita dah berharap jadi jutawan. Hmm,masalah negara nih.

Saya pun rasanya tak layak lagi nak menulis pasal jutawan gaharu ini sebab saya bukanlah jutawan lagi. Nanti ajaran sesat pula. Namun begitu, saya boleh kongsikan Beberapa Langkah Menjadi Jutawan Gaharu pada entri saya akan datang. Boleh timbang-timbangkan. Entri hari ini saya ingin membincangkan tentang penghasilan gaharu yang boleh dijana jika kita terlibat secara sampingan atau kecil-kecilan. Rujuk entri saya sebelum ini.

Pada hari ini kita buat pengiraan bagi yang membuat penanaman gaharu sebanyak 40 pokok (bergantung kepada pengiraan modal bagi entri yang lepas). Yang buat besar-besar kita kira lain hari ye. Sebab bagi pengusaha besar-besaran kos yang terlibat juga berbeza dengan yang membuat penanaman secara kecil-kecilan. Hari ini kita buat pengiraan yang modalnya kurang daripada RM 1000.


Ihsan Gambar : Puan Zuraidah (Stokis Temerloh) yang telah mulakan penanaman Gaharu disekeling rumah. Tahniah !!


Anggaran Hasil Untuk 40 Pokok (Kaedah Bamboo Stick)

Anggaran Suntikan 1 pokok

Jumlah Stikc yang digunakan = 50 stick
Jumlah lubang yang dihasilkan = 150 lubang
Setiap lubang menghasilkan = 10 g teras
Jumlah teras yang terhasil = 1.5 Kg

Harga pasaran teras selepas suntikan 2 tahun ialah RM 1500 x 1.5kg = RM 2250
Jika kita membuat penanaman sebanyak 40 pokok = RM 90,000 (Jualan)
(Anggaran pada kadar paling minimum)

Kos Suntikan 

1 paket 100 stick = 2 pokok
40 pokok = 20 paket
Harga pasaran Bamboo Stick = RM 150 x 20 paket = RM 3000
Upah suntikan RM 50/paket = Rm 50 x 20 = RM 1000
Upah tebang dan Carving = RM 80/pokok x 40 = RM 3200
Jumlah Kos Suntikan = RM 7200

Modal bagi 40 pokok bagi kaedah 1 entri yang lepas = RM 820
Modal Keseluruhan = RM 8020 ( tempoh 7 tahun sehingga Tuai)

Keuntungan = RM 81,980

Ok tak ? Dengan penanaman sekitar kawasan rumah kita boleh menjana sehingga RM 81,980 dalam tempoh 7 tahun. Kalau kita tanam bunga, dapat cantik. Tapi kalau kita tanam gaharu, dapat hasil juga. Hehe. Jangan lah balik rumah buang semua pokok bunga-bungaan pula ya sebab nak tanam gaharu. Ikut kesesuaian rumah anda. Bunga-bungaan pun perlu juga kan untuk kecerian rumah. Jika anda mampu menanam 10 pokok sahaja potensi pulangan anda ialah RM 20,495. Rasanya dah ok la tu kan walaupun belum boleh capai status jutawan. Hehe.

Boleh la order pokok sekarang ye hantar WA/Wechat ke 0134335541 --> promote sat.

InshaAllah Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan gaharu secara telus dan konsisten. Kami mempunyai Nursery (Sungai Serdang, Kapar), Tempat Pemprosesan Produk (Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak) dan Pemprosesan Minyak Gaharu, Tanah Merah, Kelantan. Kami juga menghasilkan inokulan bagi tujuan penghasilan minyak dan teras gaharu.


5 Kaedah Memulakan Penanaman Gaharu Dengan Modal Rendah

1

Labels:

Assalamualaikum semua,

Apa khabar semua, lama betul saya tak menulis di blog. Semoga kita semua dalam keadaan yang terbaik dan sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik.

Memulakan Penanaman Gaharu Dengan Modal Rendah - Memang ramai yang bertanyakan kepada saya bagaimana untuk memulakan penanaman gaharu dengan modal yang sangat-sangat terhad. Iyelah kan, bagi generasi muda dan sedang membina kerjaya, penglibatan dalam bidang penanaman gaharu memerlukan modal yang tinggi. Mereka melahirkan rasa minat dan keterujaan untuk sama-sama terlibat dengan penanaman gaharu namun pada fikiran logik mereka penanaman gaharu mesti memerlukan modal puluhan malahan mungkin ratusan ribu ringgit. Untuk beli atau pajak tanah, untuk pembelian anak pokok, kos penjagaan lagi dan yang mungkin paling memeningkan kepada mereka ialah kos suntikan pokok kelak. Bagi yang tidak mempunyai latar belakang pertanian perkara ini pastilah lebih merumitkan keadaan. Akhirnya impian tersebut terkubur begitu sahaja. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsikan 5 Kaedah Memulakan Penanaman Gaharu Dengan Modal Yang Rendah.

1. Menanam Gaharu di Sekitar Kawasan Rumah

Mungkin ada yang memandang sebelah mata bagi individu-individu yang menanam pokok di sekitar kawasan rumah mereka. Ye lah kan, macam tak de kelas je. Namun begitu, memulakan penanaman gaharu di sekitar kawasan rumah adalah langkah yang sangat bijak. Tambahan bagi mereka yang kurang modal dan kurang ilmu. Walaupun ilmu penanaman adalah sama sahaja namun setiap pokok mempunyai keunikan dan permasalahan yang tersendiri. Jiwai dulu pokok gaharu yang ditanam di sekitar rumah. Anda akan rasa lebih dekat dan belajar sedikit demi sedikit ragam pokok gaharu ni. Dan yang paling penting anda sudah boleh bermula walaupun pada modal yang begitu rendah.

Kos Penanaman Gaharu Sekitar Rumah 
Anak Pokok 40 x 8 (pokok 2 kaki) = RM 320
Baja (untuk tempoh 7 tahun) = RM 500
Upah Siram = FREE (sebab buat sendiri)
Merumput = FREE (sebab buat sendiri)
Pruning + Maintenance = FREE (sebab buat sendiri)
JUMLAH = RM 820

Dengan modal tidak sampai RM1000, anda sudah boleh terlibat dengan penanaman Gaharu. Yeay..Kalau anda rasa kaedah pertama ini sudah bersesuaian dengan anda, jangan tunggu lagi boleh buat tempahan anak pokok anda sekarang (Promote sat Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd ada membekalkan anak pokok gaharu pelbagai spesis dan ketinggian).

2. Membeli Anak Pokok Yang Masih Kecil

Ini kaedah kedua yang boleh anda lakukan iaitu membeli anak pokok dengan saiz yang lebih kecil daripada yang sepatutnya. Jika anda ingin menanam pada hujung tahun, anda boleh mula membeli anak pokok bersaiz kecil untuk dibesarkan sendiri. Jika anda membeli saiz anak pokok yang lebih kecil, anda membuat penjagaan sendiri iaitu penyiraman sehingga pokok sesuai untuk dipindahkan ke kebun/kawasan yang ingin ditanam.

Saiz Pokok 4inch = RM 2 
Tempahan SEKARANG WA/Wechat/Line ke 013-4335541

Kos Penanaman 
Anak Pokok 40 x RM 2 (pokok 4inch) = RM 80
Baja di Nursery = RM 40
Baja (untuk tempoh 7 tahun) = RM 500
Upah Siram = FREE (sebab buat sendiri)
Merumput = FREE (sebab buat sendiri)
Pruning + Maintenance = FREE (sebab buat sendiri)
JUMLAH = RM 620

3. Buat Sistem Sharing 

Aik Tanam Gaharu pun boleh buat konsep Sharing ek? Mestilah boleh. Nak atau tak nak je. Hehe. Jika anda mempunyai sebidang tanah contohnya satu ekar anda boleh membuat penanaman pokok sebanyak 1000 pokok. Pecahkan kepada untuk disertai oleh (10+ anda =11 orang)  bermakna setiap orang perlu membayar untuk 100 pokok. Anda sebagai pemilik tanah dan yang akan mengusahakan tanah tersebut. Combinekan konsep sharing dan konsep anak pokok kecil maka anda boleh dapatkan anggaran RM800 untuk 1 lot (100 pokok) bagi tempoh 7 tahun. Tetapi konsep sharing ini tidaklah dapat hasil serta merta. So dengan bermodalkan RM 800 sahaja bagi setiap orang anda sudah boleh memiliki 100 batang pokok gaharu. Kaedah ini dianjurkan dijalankan antara sahabat handai atau kaum keluarga terdekat. Jadi proses penjagaan boleh dilakukan bersama-sama. Hujung minggu boleh ke kebun beriadah sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. Wee :)

4. Program Kerjasama Penanaman Gaharu Dengan Sekolah

Buat cadangan kepada pihak sekolah untuk membuat projek penanaman pokok gaharu di sekitar kawasan sekolah. Alamak, kaedah ni kalau anda cikgu atau pelajar yang mungkin berpindah atau bertukar kerja tidak dapat menikmati hasilnya kelak. Ok kita cancel point ini (nampak sangat pemalas cari idea kan, point cancel pun masih dikekalkan..Haha).



5. Mulakan Dengan Apa Yang Anda Ada

Inilah kaedah yang terbaik sebenarnya. Kerana persepsi setiap orang mungkin berbeza. Ada yang menganggap RM10,000 adalah nilai yang kecil dan ada yang menganggap RM 500 modal yang besar. Jadi sebaiknya kita ukur baju di badan sendiri. Mana yang kita selesa, mana yang kita mampu. Jika kita memang tidak mampu untuk terlibat dengan penanaman mungkin kita boleh mencuba bidang gaharu yang lain. Iya industri ini banyak cabangnya. Banyak peluang dan ruang yang boleh kita gunakan.

Contohnya jika anda mendaftar sebagai Agen Lestary Brand, hanya RM 300 sahaja anda sudah meletakkan sebelah kaki dalam bidang ini. Anda buat betul-betul maknanya anda telah meletakkan kedua-dua belah kaki dalam bidang ini. Daripada keuntungan jualan bagi pakej agen ini, anda boleh mulakan untuk menanam 10 pokok paling kurang. Mulakan dari rumah dan InshaAllah semakin anda melangkah jauh anda pula bakal memiliki kawasan yang lebih luas untuk melaksanakan penanaman gaharu anda dengan jumlah yang lebih banyak.

Tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini. Bekalkan diri dengan keberanian untuk melalui onak duri dihadapan. Jika kita tidak bersedia untuk menghadapinya, jangan mulakan langkah.

" Setakat tanam banyak tu berapa je hasil saya nak dapat Cik Aminah?"

Kalau nak tahu potensi hasil yang kita boleh hasilkan walaupun dengan menanam hanya 10 pokok disekitar rumah, jangan lupa ikuti entri saya akan datang. InshaAllah, semangat dan kerterujaan anda akan lebih berganda :)

p/s : Anda rasa macam pelik tak baca entri saya kali ni. Setelah 5 tahun menulis blog, minggu lepas saya baru belajar menulis blog jadi menulis penuh sopan santun rasanya :P


Ikhlas,
Aminah Saad
Pengurus Pemasaran
Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd


Perjalanan Gaharu : 5 Tahun Berlalu 6 Ogos 2009

0

Labels:

Lamanya saya tak menulis di blog. Memang agak sibuk akhir-akhir ini. Alhamdulilah hari ini berkesempatan masuk office dan dapatlah mencoret serba sedikit di blog kesayangan ini. 6 Ogos 2014 yang lalu, genaplah perjalanan penulisan di blog saya ini selama 5 tahun. Mungkin ada post-post merepek atau yang bermanfaat untuk kegunaan para pembaca sekalian. Rasa cepat sangat berlalu. Banyak yang saya pelajari sepanjang tempoh ini. Suka duka jatuh bangun. Masih banyak perkara yang perlu saya pelajari berkaitan gaharu, perniagaan, pemasaran, produk dan banyak benda-benda baru yang lain. Namun saya yakin kejayaan menanti di penghujungnya.

Mak saya selalu berpesan " Jadilah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang sekeliling". InshaAllah saya cuba berpegang kepada pesanan tersebut. Blog ini merupakan salah satu usaha kecil saya untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat sekeliling. Anda kata saya tiada nanti pun, InshaAllah ia masih boleh terus di baca oleh generasi akan datang.

Kopi Gaharu Aprikot (15 sachet)
RM 28

Kalkasi Oudh (Pure)
RM 180

Teh Gaharu Herba (20 tea bag)
RM 12


Bagi produk Lestary Brand pula, syukur Alhamdulilah sejak di lancarkan pada bulan Ramadhan yang lalu sambutan amatlah menggalakkan. Pendaftaran Agen dan Stokis yang kami mulakan selepas Ramadhan juga mendapat sambutan yang baik. Untuk merujuk senarai nama Agen/ Stokis anda boleh ke Page Senarai Stokis & Agen.

SENARAI STOKIS & AGEN

SELANGOR

Kawasan : Dengkil
Nama : Tuan Faizul Ikram Mohd Ramly
No Tel : 019-2052750

Kawasan : Rantau Panjang, Klang
Nama : Tuan Shaharuddin Bin Mohd Isa
No Tel : 019-2052750

Kawasan : Seri Kembangan
Nama : Cik Puan Alwani Bin Mohd Kasim
No Tel : 016-3320377

Kawasan : Sungai Buloh
Nama : Tuan Nor Azlan Ramli
No Tel : 019-6961927

Kawasan : Kajang
Nama : Puan Norhasnie Abdullah
No Tel : 012-3661480

Kawasan : Ampang/Hulu Langat
Nama : Puan Radziah Hassan
No Tel : 019-3370088

PAHANG

Kawasan : Jengka/Maran
Nama : Tuan Razi Zainon
No Tel : 013-6204943

Kawasan : Temerloh
Nama : Puan Zuraida Binti Abdul Manap
No Tel : 012-2589346

Kawasan : Kuala Lipis
Nama : Tuan Yusree Bidin
No Tel : 012-9653271

PERAK

Kawasan : Ipoh
Nama : Tuan Syazwan Musa
No Tel : 012-5585129

KEDAH

Kawasan : Pendang/Alor Setar
Nama : Tuan Taufik Bin Md Saad
No Tel : 017-4028120

PERLIS

Kawasan : Arau
Nama : Puan Shazlin Shariff
No Tel : 017-4028120

JOHOR

Kawasan : Johor Bahru
Nama : Puan Safiza Selamat
No Tel : 02-7933546

Kawasan : Muar
Nama : Puan Habsah Yusoff
No Tel : 017-6672678

SARAWAK

Kawasan : STOKIS Kuching
Nama : Tuan Mohd Zairee Bin Zainal Abidin
No Tel : 012-2275692

Kawasan : Kuching
Nama : Tuan Aizan Helmi
No Tel : 019-8366886

INDONESIA

Syarikat : Gaharu Plaza
Nama : Pak Budi Hamidi
No Tel : +6281268239666

Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi untuk bersama-sama dengan Lestary Brand dalam meningkatkan industri gaharu Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. InshaAllah, saya yakin kita mampu untuk berjaya bersama-sama. Saya masih mengalu-alukan pendaftaran Stokis & Agen. Pada penghujung tahun 2014 ini, kita akan mengadakan program KHAS bersama dengan Agen/Stokis.

Setanggi Gaharu
RM 48

Gelang Gaharu
RM 99

Wangian Gaharu Kasturi Syifa
RM 25


Jika anda sudah berada dalam industri gaharu kami sangat mengalu-alukan untuk anda turut serta menjadi sebahagian daripada Gaharu Lestari Resources. Saya juga sangat bersyukur kerana lebih ramai yang mula berminat untuk terlibat sama dengan industri gaharu ini. Walaupun mereka zero berkenaan gaharu. Kami sentiasa bersedia untuk merangka program-program sokongan untuk membantu para Agen dan stokis agar lebih memahami berkenaan gaharu dan potensi untuk dikembangkan.  Dengan idea-idea yang lebih segar dan baru, InshaAllah kita sentiasa merancangkan sesuatu untuk kejayaan bersama.


Industri Gaharu Untuk Semua !!


Lestary Brand

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua,

Saya memang tengah menulis blog ni waktu pagi. Awal datang ofis sebab semalam outstation jadi banyak urusan yang perlu disiapkan sambil curi masa sedikit tulis blog. Mata masih mengantuk sebab malam tadi pun sampai rumah dah lewat. Huaahhaa ( menguap jap). Cepatnya masa berlalu. Ramadhan bakal berakhir Syawal pula akan menjelma. Kadang-kadang rasa malu sebab terlalu mengejar urusan dunia menguruskan hal-hal syarikat. Banyak terlepas untuk melakukan ibadah di bulan mulia ini sedangkan kita tahu ganjaran yang Allah tawarkan bukan sedikit :(

Dan kerana kesibukan juga saya jarang update blog dengan info-info yang terkini. Kalau boleh rasa nak update bergambar je sebab punya lah beku otak nak menulis. Dan sejak akhir-akhir ini juga saya selalu update berkenaan produk memandangkan sekarang saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala urusan berkaitan produk di Felda Trolak Utara. Disebabkan sekarang saya bergelumang dengan produk maka saya pun lebih banyak update berkenaan produk. Tak mengapalah kan?

Alhamdulilah semalam saya telah melancarkan laman web e-commerce kami yang memfokuskan kepada produk-produk berasaskan gaharu sama ada yang dihasilkan oleh Gaharu Lestari sendiri atau pun produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain. Produk-produk ini telah berkumpul di bawah satu bumbung "Lestary Brand". Laman web kami ialah --> www.lestarybrand.com 

Di kesempatan ini, kami juga ingin membuka ruang dan peluang kepada mana-mana pengusaha yang ada menghasilkan produk berasaskan gaharu untuk sama-sama bergabung dengan pihak kami. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tidak kira anda pengusaha produk, pencari kayu gaharu, pemproses minyak gaharu dan sebagainya anda boleh berhubung langsung dengan pihak kami untuk mendapatkan penerangan bagaimana untuk terlibat dengan Lestary Brand.

Hubungi Kami :
Email : gaharulestary@gmail.com
Tel (P) : 054321002
HP : 0134335541 / 0162335394 ( Whatsapp/LINE/Telegram/Weechat)


Kaedah yang mudah untuk anda membuat sebarang pembelian barangan dengan kami. Hanya beberapa klik yeahhaa anda sudah berjaya dan kami akan membuat penghantaran produk dalam tempoh 24 jam. Sebarang pembayaran yang dibuat sebelum jam 2 petang akan dipos pada hari yang sama manakala pembayaran yang dibuat selepas jam 2 petang akan diposkan pada keesokan harinya. Buat masa ini kami menggunkan perkhidmatan Pos Laju dan Skynet untuk membuat penghantaran barang kepada pelanggan kami yang sangat-sangat ohsem ini.

Terima Kasih kerana sudi mencuba produk kami ini.



Alhamdulilah kami berjaya melangkah sedikit demi sedikit. Tanpa rasa jemu dan putus asa. Moga Allah permudahkan segala perancangan kami :)

*Rina sedang sibuk membungkus produk untuk di pos kepada pelanggan

InshaAllah selepas ini saya akan lebih kerap mengemaskini berkenaan dengan info-info gaharu yang lain. Untuk produk saya akan update di web atau blog produk http://gaharulestary.com :)

Selain produk kami juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti pembekalan anak pokok, penanaman, menyuntik pokok dan juga pemprosesan minyak.




* Stok anak pokok yang di semai :)

Sekian.

Aminah Saad
Usahawan Gaharu Malaysia
018-2306585