Pembuka Tahun 2019- Trip Gaharu Shenzhen

Labels: , ,

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Wahhhh dah bersawang berhabuk dah blog saya ni. Ye lah, hampir setengah tahun tak berupdate. Mohon maaf kepada pembaca yang rajin nak membaca maklumat tetapi blog terbiar sepi tanpa coretan. InsyaAllah, saya cuba menanam keazaman untuk terus mengemaskini blog dengan lebih kerap selepas ini (jangan janji tinggal janji dah la ya...)

Hari ni saya nak update berkenaan Trip Gaharu ke Shenzhen pada 24-27 Januari 2019 yang lalu. Alhamdulilah trip berjalan lancar dan banyak ilmu-ilmu baru yang peserta perolehi. Pengalaman yang tidak dapat dijual beli. Ye la, kita selalunya tahu bahawa pasaran Gaharu ini diluar Negara tetapi kita sendiri tidak pernah tengok dengan mata kita sendiri. 

" See to believe" 

Bila dah tengok sendiri barulah lebih berkeyakinan. Barulah rasa yakin untuk meneruskan bidang Gaharu ni. Its matter of time. Buat gaharu ni kena banyak banyak bersabar. 








Sebenarnya gambar banyak sangat tapi kita upload yang ini dulu buat kenangan. Ini poasting refreshing so tak boleh tulis banyak-banyak. InsyaAllah, nanti saya akan update lag secara lebih details berkenaan trip kali ni. 

Yang rindu menulis blog dan juga rindu nak merepek, 
Puan Min

Comments (0)

Post a Comment