Apakah Gaharu?

0

Labels:


Assalamualaikum,

Pada hari ni saya ingin menulis tentang pokok Gaharu. Mungkin ada sesetengah yang sudah mengetahui berkenaan pokok gaharu dan mungkin ada sesetengah pula yang tidak pernah mendengar dan mengetahui kewujudan pokok Gaharu ini. Saya juga begitu sebelum ini, tidak pernah mengetahui dan tidak cuba mengetahui apakah dia pokok Gaharu sehingga saya sendiri terlibat secara langsung dalam bidang ini. Pada permulaannya, niat saya adalah lebih kepada untuk membantu abang saya yang sangat berminat untuk mengusahakan industri Gaharu ini, namun atas pendedahan yang berterusan dan sedikit kajian, saya kini juga sudah mula meminati sedikit demi sedikit.

" Tak kenal maka tak cinta" Betul tak?

Ok, apa kata saya teruskan perkongsian hari ini tentang " Apakah itu pokok Gaharu?". Mungkin penerangan secara ringkas ini mampu memberikan sedikit gambaran berkenaan Gaharu kepada anda yang sedang mencari-cari maklumat berkaitan pokok gaharu.

Pokok Gaharu dikenali dengan beberapa nama yang digunakan disekitar Malaysia dan namanya juga berbeza-beza mengikut Negara. Di Malaysia, ada orang memanggil pokok gaharu, pokok karas atau pokok depu. Gaharu juga dikenali sebagai Agarwood ( untuk carian di google kebanyakkan menggunakan perkataan Agarwood), Jengkoh dan nama sainstifiknya ialah Aquilaria sp. Pokok Gaharu merupakan pokok hutan yang tumbuh secara liar di sekitar hutan-hutan yang terdapat di Malaysia. Spesis yang sering terdapat di Malaysia ialah Malaccencis dan Crassna. Penerokaan Gaharu secara tanpa kawalan ( kerana harganya yang lumayan) menyebabkan kebanyakkan spesis ini hampir pupus dan ada juga yang telah pupus.

Sebagai inisiatif mengekalkan industri Gaharu, gaharu mula di tanam secara perladangan sama ada perladangan monokultur atau perladangan selingan. Dengan inisiatif ini, spesis yang kian terancam di dalam hutan dapat diselamatkan dan sumber bekalan mentah bagi gaharu tidak akan putus.

Di Malaysia, penglibatan individu dan korporat dalam penanaman gaharu semakin meluas dan mendapat liputan sejak kebelakangan ini. Namun Negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Kemboja telah lama menjalankan industri ini secara besar-besaran. Penggunaan teknologi penanaman gaharu dan ubat suntik pokok matang juga sangat jauh kehadapan berbanding dengan Malaysia. Namun, jangan jadikan ia alasan untuk tidak mengambil peluang keemasan ini. Berdasarkan statistik daripada Traffic International 2002, kita hanya mampu menyediakan 20% daripada jumlah permintaan dan pasaran dunia. Itu menunjukkan peluang yang sangat besar dalam industri ini.

Semoga dengan perkongsian secara ringkas ini dapat memberikan anda gambaran awal perkenaan pokok gaharu ini. Berjumpa lagi pada perkongsian akan datang.


Selamat menanam.




Perintis Usahawan Gaharu Malaysia