Jalan-jalan Dubai Part 1

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya mood agak ke laut dalam ni. Rasa macam-macam sangat yang perlu difikirkan. Tapi alhamdulilah masih cool dalam mengharungi segala ujian dan cubaan yang mendatang. Alhamdulilah semakin tenang menghadapi sebarang permasalahan yang berlaku dalam kehidupan peribadi dan juga syarikat. I am so proud of myself, I am getting matured in solving problems. I can handle stress in better way I guess. Its totally a new me. Ye ah, dah tua tau. 32 tahun sudah...Walaupun perangai childish tu masih ada dalam diri. Hehe.


First time saya berkesempatan ke sebelah Timur Tengah memberikan gambaran suasana sebenar disana. Syukur sangat-sangat, walaupun diuji dengan pelbagai ujian sebelum pergi namun saya masih ada kekuatan untuk meneruskan misi kali ni. Alhamdulilah. Syukur sangat pada Yang Maha Esa. Semuanya dengan izinNya. Terima kasih En suami yang memberikan keizinan walaupun tidak dapat turut serta. No words can describe how lucky I am to have you in my life.

Ye la kan, orang selalu kaitkan Gaharu dengan Timur Tengah. Tapi saya sebagai player Gaharu sendiri tidak pernah melihat secara real keadaan disana. Saya yakin sekali pergi InsyaAllah lepas ini akan ada rezeki lagi untuk datang. Doakan saya dapat pergi umrah tahun depan ye. Target nak pergi dalam bulan Ramadhan. Seronok sangat tengok begitu banyak kedai-kedai Gaharu di sini. Mall besar. Di tempat borong. Di tepi-tepi jalan. Ada yang murah. Ada yang mahal. Masuk hotel pun bau gaharu semerbak. I am so excited.

Sempat snap gmbar dekat Al-Jumeirah sekejap


Selain chip kayu gaharu, bakhoor juga banyak dijual di sini. Pelbagai wangian yang berbeza. Tekstur dan harga pun berbeza. Saya pun banyak dapat idea untuk improved produk muattar saya sedia ada. InsyaAllah banyak manfaatnya saya ke sini.


Gambar bakhoor ketika Transit di Muscat, Oman

Kedai perfume pun banyak sangat-sangat. Dan banyak kedai perfume yang juga membakar bakhoor atau kayu gaharu dikedai mereka. Walaupun mereka menjual perfume. Dan mereka memberikan banyak pilihan perfume berasaskan Gaharu dan non-alcohol. Best betul kalau saya dapat berkomunikasi dalam bahasa Arab kan? Tengah belajar sekarang. Haha. Poyo kan saya ni. Bahasa Mandarin pun tak lepas-lepas walaupun dah ke China banyak kali. Tapi start blaja bahasa Arab ni saya rasa mungkin lebih mudah untuk saya menuturkan bahasa Arab berbanding bahasa mandarin. Tambahan kita pun dah familiar dengan tulisan Arab (baca al quran).

Okeylah, nanti lah saya sambung lagi entri berkenaan Dubai ni ye.

Salam Sayang,
Puan Aminah

Pengedar Teh Gaharu Botol

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Semoga anda semua yang baca blog ini dalam keadaan sihat sejahtera. Entri pasal Dubai Halal Expo 2017 nanti saya update ye. Saya update berkenaan dengan Teh Gaharu ni dulu. Alhamdulilah balik hari tu tak delah jetlag pun, sampai-sampai Malaysia pergi pos barang dan masuk office dulu. Lepas tu baru balik rumah tidur kejap. Entri kali ni saya nak cari untuk pengedar Teh Gah. Teh Gaharu yang boleh terus minum. Senang sangat kalau rasa malas nak cari air panas tunggu 2 minit pastu baru boleh minum. Hehe.

Si kecik molek di Burj Khalifa, Dubai :)

Teh Gah dalam botol 300ml
1 Carton 20 botol


Kami ingin mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan Teh Gah ini. Sasaran pasaran ke kedai-kedai makan, mini market, pasaraya dan jualan terus kepada pengguna. Jika anda berminat untuk memasarkan produk ini boleh terus berhubung dengan Pegawai Produk kami iaitu Pn Janatul Firdaus di talian 014-3494734. 

InsyaAllah, Teh Gah ini pilihan Teh RTD yang lebih sihat dan berkhasiat untuk anda sekeluarga. 

Teh Gah di Guangzhou, China

Teh Gah di Hari Peneroka, Putrajaya 

Kami sentiasa bersedia untuk membekalkan Teh Gah terus kepada anda. Hubungi kami segera.

InsyaAllah, kami dalam usaha memasarkan produk di bawah koperasi Gaharu. Semoga Allah permudahkan. 

ALK Koperasi Gaharu 


Ok rasanya sampai sini dulu coretan saya. Nanti kita sambung lagi ye. 


Yang tidak jemu menulis,
Puan Aminah yang slim melim :)