Minyak Gaharu Berkualiti Tinggi

0



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Saya tengah mengantuk ni. Nak tidur rasa macam tak produktif la pula, so ambil peluang menulis di blog kesayangan hati ni :)

Selalunya apabila kita bercakap tentang pokok gaharu apakah perkara
yang paling sinonim akan orang perkatakan? Orang kaitkan gaharu dengan apa?
Ok ini soalan paling kacang goreng. Bila buka je topik gaharu orang akan kaitkan dengan perfume. Dengan wangian. Maksudnya berkaitan dengan wangi-wangian. Walaupun ramai yang tidak pernah bau Pati Minyak Gaharu (PMG) yang asli namun semuanya dikaitkan dengan wangian. Kebanyakkan kawan-kawan saya yang tidak pernah bau PMG dan bila diberikan untuk bau PMG ni pasti akan kata baunya sangat busuk :P

Hai, busuk busuk pun harganya tidak busuk okey. Dan ia digunakan untuk menghasilkan minyak wangi bertaraf antarabangsa dengan harga yang mahal. Di Negara Arab juga Oudh Perfume adalah wangian yang sangat disukai dan harganya juga tinggi. Weee

Untuk mendapatkan PMG yang berkualiti tinggi bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak proses yang perlu dilalui sebelum PMG dihasilkan. Tidak pelik lah jika harga PMG juga sangat mahal. Bermula daripada sumber bahan yang sukar diperolehi dan langkah demi langkah menghasilkan PMG ini bukan satu yang mudah.

Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd kini sudah kembali memulakan operasi penyulingan PMG. Walaupun saya bukanlah yang memantau proses ini namun sedikit sebanyak saya tahu jugalah kan?. Tak kan tak nak ambil tahu langsung. Hari ini sambil saya ngantuk-ngantuk ni, jom saya kongsikan serba sedikit langkah menghasilkan PMG yang bernilai tinggi ini.

Langkah 1: Mengumpul bahan mentah dan meracik. Keringkan kayu sebelum ke langkah seterusnya.




Langkah 2 : Grind kayu sehingga hancur dan halus.

Langkah 3 : Rendam kayu gaharu yang sudah di grind ke dalam tong drum. Biarkan selama 2 minggu.




Langkah 4 : Setelah 2 minggu diperam, pindahkan ke dalam dapur memasak gaharu. Tutup dengan kemas di sekitar dapur tersebut.

Langkah 5 : Proses memasak PMG ini mengambil masa selama 3 hari. Ia di masak secara berterusan sehingga titisan minyak dihasilkan. Bagi setiap 10 kg bahan mentah boleh menghasilkan 1 tola (12ml) PMG. Gigih tak orang yang buat PMG ni? Hihi :)

Langkah 6 : PMG yang terhasil akan diasingkan daripada air sulingan. PMG yang di simpan lebih lama di dalam tempat yang gelap akan menghasilkan PMG yang lebih berkualiti.

Langkah 7 : Keluarkan hampas kayu gaharu yang telah disuling. Keringkan dan boleh di bungkus untuk jualan juga. Buat masa ini harga bagi sekilo hampas gaharu kering ialah RM 5. Untuk kuantiti banyak mestilah boleh murah lagi kan :)



Proses pengeringan hampas kayu gaharu yang telah disuling


Taddaaa.. PMG sedia untuk dijual. Lai lai...Harga PMG kami ialah RM 450- RM 600/tola (bergantung kuantiti). Beli lagi banyak lebih berbaloi-baloi. Buat masa ini kami hanya mampu untuk membekalkan 1.08 liter sahaja setiap bulan. Kepada pengusaha-pengusaha PMG yang menghadapi masalah untuk mencari pasaran PMG sila hubungi saya. Saya tidak menjanjikan akan membeli PMG anda tetapi inshaAllah jika ada peluang untuk membekalkan PMG tersebut dalam kuantiti yang banyak maka saya akan hubungi anda. Boleh email quotation syarikat anda ke gaharulestary@gmail.com 


Ini contoh botol yang dijual secara runcit. 
Untuk belian borong kami gunakan botol tola yang biasa sahaja.

Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd merupakan Gold Supplier di Alibaba.com. InshaAllah kami boleh dipercayai dan tidak perlu ragu-ragu berurusan dengan kami. Kami juga sentiasa mencari trusted business partner. 



Akhir kata, saya ingin menjemput anda semua sahabat-sahabat gaharu dan bukan gaharu sekalian untuk ke Seminar Gaharu Kebangsaan di Kuala Terengganu pada 13-14 November 2014. InshaAllah, Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd juga akan berada di program tersebut. Rasanya ini lah kemunculan pertama kami dengan menyertai program-program sebegini. Dan kami memang jarang-jarang ke Terengganu. Boleh la kita berjumpa dan bertukar-tukar menu masakan..eh silap bertukar-tukar pengalaman dalam gaharu :)


Sekian, Semoga berjumpa lagi.

Aminah Saad

Rahsia Jutawan Gaharu

0

Labels: ,

Salam Jumaat buat semua,

Semoga kita mendapat manfaat dan keberkatan di hari Jumaat yang mulia ini. Kerja lebih kuat. Rezeki menjadi lebih berkat. Hidup lebih bahagia dan tenang. Sebenarnya entri ini sudah lama tersimpan dalam draft. Dari hari ke sehari masih belum dapat menyudahkan penulisan. Hanya tergantung diperenggan pertama. Memang saya agak sibuk. Rasanya itu memang alasan yang biasa saya gunakan kn? Sibuk..sibuk..semua pun orang sibuk. Mungkin pengurusan masa yang masih lemah :(

Di pagi Jumaat yang sangat indah ini, saya ingin menulis berkenaan tajuk Jutawan Gaharu. Iye Rahsia Jutawan Gaharu. Bukan Jutawan Gaharu menulis berkenaan Jutawan Gaharu. Boleh ke ye? Kalau tak boleh pun saya boleh kan sahaja.

Pada awal-awal penglibatan saya dalam bidang gaharu saya tak tahu pun berkenaan tanam gaharu boleh jadi jutawan. Tak ada dalam fikiran saya pun berkenaan hal itu. Saya bukan orang yang berminat dengan hal-hal pertanian ni walaupun ayah saya seorang peneroka (menanam kelapa sawit). Dan saya tak pernah ingin ambil tahu berkenaan perniagaan yang berasaskan pertanian ini. Saya lebih berminat dengan teknologi. Internet. Dengan kehidupan saya yang berkisar sebagai pelajar memang minat saya lebih kepada hal-hal yang saya nyatakan tersebut. Sesungguhnya Allah yang mengetahui yang terbaik buat hambanya. Kini saya berada dalam industri yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.

Walaupun saya orang yang sangat naif dalam bidang ini, tetapi saya tetap meneruskan juga. Cari ilmu sikit sikit. Cari ilmu sana sini. Belajar dan terus belajar. Mungkin saya ni amat lurus orangnya. Jenis tak pandai nak prasangka buruk pada orang. Jenis tak pandai nak tipu-tipu orang. Jenis anggap industri gaharu tu senang ja. Haha. Bila dah masuk baru tahu sepak terajang industri ini yang rupanya penuh dengan pancaroba. Tapi InshaAllah saya tetap bertahan.

* Sedang belajar carving dari Cikgu yang sangat-sangat berilmu penuh di dada
Tn Hj Ismail Kassan


Apabila saya sudah menceburi industri ini baru saya tahu yang pokok ini sangat-sangat bernilai tinggi. Ada yang menanam dengan perancangan menjadi jutawan dalam tempoh 7 tahun. Ada yang menanam untuk menunaikan Haji. Dengan pelbagai lagi perancangan. Saya naif, tanam gaharu belakang rumah pun sekali sekala je datang menjengok. Pada awalnya memang ini jauh sangat dari minat saya sebelum ini. Kalau boleh nak siram pokok pun guna application dalam smartphone. Dalam keadaan belum yakin dengan industri ini pun waktu tu saya tetap daftar syarikat bagi menjalankan perniagaan ini. Syarikat awal Gaharu saya ialah Rahmat Hijau Enterprise. Semoga sentiasa mendapat rahmat yang seluas-luasnya. Dengan modal yang sangat terhad, saya bina Nursery kecil belakang rumah untuk penjualan kecil-kecilan di kalangan orang kampung. Untuk pembelian yang lebih besar, saya minta deposit dulu dan kemudian barulah membuat pembelian.

*Tempat parking yang sangat luas di Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd di Felda Trolak Utara. Buat expo pun boleh tapak parking ni 


Ketika itu, hendak mencari maklumat punyalah susah. Masih ramai yang menyimpan erat rahsia gaharu ini. Paling-paling pun orang promosi online untuk penjualan anak pokok. Daripada pencarian maklumat di internet, saya pun menghubungi partner perniagaan saya sekarang iaitu En Shuib Bin Yatim. Kami bermula dengan kerjasama antara 2 syarikat. Setelah setahun bekerjasama, kami menubuhkan Gaharu Lestari Resources yang memberikan fokus kepada industri gaharu secara khusus. Dari semaian anak pokok, pembangunan ladang, suntikan pokok, penyulingan minyak gaharu dan kini kami mula menghasilkan produk gaharu dengan jenama Lestary Brand. Alhamdulilah syukur kami pun tidak sangka sehingga ke tahap ini kami mampu pergi. Dengan dana yang sangat limited dan sumber yang terhad kami bergerak perlahan-lahan tetapi tidak pernah berhenti. Kami yakin dengan doa-doa daripada orang sekeliling inilah kami mampu untuk bertahan.

Bukan senang nak senang. Dengan kekurangan modal kewangan dan pengalaman menjadikan jalan yang saya lalui bertambah perit. Hanya orang sekeliling je yang mengetahui kesusahan yang saya dilalui. Hanya yang melalui merasai. Daripada luaran mungkin semuanya tampak sempurna. Tetapi saya akui ia perjalanan yang sangat-sangat berliku. Cuma modal diri saya sangat kuat. Saya bertahan dalam apa jua keadaan. Saya yakin satu hari nanti saya akan berjaya. Dan yang penting, saya dapat membantu industri gaharu di Malaysia. Nampak macam poyo je kan hasrat saya ni tetapi memang itulah kenyataan nya. Saya berharap industri ini betul-betul dapat memberikan pulangan yang lumayan bukan sahaja kepada syarikat saya tetapi kepada semua penggiat/penanam/pengusaha gaharu.

*Perbincangan untuk tahun hadapan. InshaAllah satu perancangan yang sangat HEBAT


Bercerita tentang jutawan memang best. Lagi best tanam gaharu confirm jadi jutawan.

Dalam apa jua perniagaan, kepercayaan adalah perkara pokok yang perlu di bina terlebih dahulu. Tanpa kepercayaan kita tidak akan dapat menonjolkan diri kita. Saya yakin sesiapa yang mengikuti blog ini daripada awal sedikit sebanyak dapat membaca karakter saya. Dan sesiapa yang pernah berurusan dengan saya juga. Saya lebih suka orang berurusan dengan orang yang yakin dengan saya. Percaya dengan saya. Tak ada ragu-ragu saya akan melepaskan tanggungjawab yang telah saya terima.

Penanam membina kepercayaan dengan pengusaha.
Penanam membina kepercayaan dengan penjual inokulan.
Penanam membina kepercayaan dengan pengilang.
Penanam membina kepercayaan dengan pembeli.

Bila orang percaya kepada kita, InshaAllah setiap urusan menjadi lebih mudah. Mulakan membina kenalan rangkaian gaharu anda sekarang. Buangkan dalam hati yang orang itu ini akan menipu kita. Bersangka baik. Jika dari awal kita asyik risau orang akan menipu kita memang akhirnya itulah yang akan datang kepada kita. Mohon di jauhkan.

* Bahan mentah untuk pemprosesan Teh Gaharu Herba

Tanam Gaharu 1000 pokok selepas 7 tahun anda memang boleh jadi jutawan. Tetapi ada syaratnya :

Anda sudah kenal pasti syarikat mana yang anda boleh bekerjasama. Kenali mereka. Buat hubungan dengan mereka. Lawati dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka. Jangan hanya mengharapkan mereka ke tempat anda, luangkan masa untuk ke tempat mereka dengan waktu yang mereka ada. 

Senang je kan? Kecuali anda memang sudah mempunyai pasaran sedia ada. Tetapi yakinlah bergerak secara berkumpulan ini pasti lebih kuat. Janganlah selepas 7 tahun, anda main terjah dan paksa pengusaha membeli hasil daripada ladang anda. Gunakan budi bahasa itu kan budaya kita.

Ok rasanya sampai sini dahulu penulisan saya pada hari ini.

"Eh, mana Rahsia Jutawan Gaharu Cik Aminah?

Dah namanya rahsia mana boleh beritahu. Babai :)"



Aminah Saad
Pengurus Pemasaran
Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd
+605-4321002
+60134335541

Orang Kata Tanam Gaharu Boleh Jadi Jutawan....

1

Labels: ,

Yeay, maknanya Cik Aminah dah jutawan la ye?


*Pondok bertangga pokok gaharu. Canggih kan?..Haha

Siapa cakap mudah begitu je nak jadi jutawan. Tapi orang kita memang suka bab-bab jutawan ekpress ni. Dah tak nak kaji dah betul atau tidak. Bagaimana proses secara lengkap. Apa faktor-faktor lain. Ada risiko tak. Hmm, yang penting aku tanam lepas 7 tahun aku jadi jutawan. Yang lain aku tak mahu ambil kira. Siapa yang promote dekat aku tentang pokok gaharu jadi jutawan ni WAJIB bertanggungjawab. Aish, pelik bin ajaib kan. Keputusan dia tapi orang lain pula yang kena bertanggungjawab.

Hehe.

Sebenarnya saya tidaklah menyokong segelintir penjual anak pokok yang mengambil kesempatan atas kelemahan orang-orang kita yang mudah teruja ini. Saya juga tidaklah mengatakan bahawa tanam gaharu ini tidak boleh jadi jutawan. Memang boleh tapi ada langkah-langkahnya, ada kaedah nya. Bukan setakat tanam lepas tu lepas tangan tak mahu ambil tahu dah. Itu namanya memang terjun gaung. Bila pokok gaharunya tak terjual semua orang terkena tempias. Pengusaha gaharu lain yang tiada kaitan pun sama-sama kena. Eh tak baik lah macam tu Cik Abg Cik abg semua (sebab yang tanam ni kebanyakkannya lelaki, perempuan lebih suka guna je produk gaharu tu terutama perfume..hihi). Dan janganlah kerana tanam 10 pokok kita dah berharap jadi jutawan. Hmm,masalah negara nih.

Saya pun rasanya tak layak lagi nak menulis pasal jutawan gaharu ini sebab saya bukanlah jutawan lagi. Nanti ajaran sesat pula. Namun begitu, saya boleh kongsikan Beberapa Langkah Menjadi Jutawan Gaharu pada entri saya akan datang. Boleh timbang-timbangkan. Entri hari ini saya ingin membincangkan tentang penghasilan gaharu yang boleh dijana jika kita terlibat secara sampingan atau kecil-kecilan. Rujuk entri saya sebelum ini.

Pada hari ini kita buat pengiraan bagi yang membuat penanaman gaharu sebanyak 40 pokok (bergantung kepada pengiraan modal bagi entri yang lepas). Yang buat besar-besar kita kira lain hari ye. Sebab bagi pengusaha besar-besaran kos yang terlibat juga berbeza dengan yang membuat penanaman secara kecil-kecilan. Hari ini kita buat pengiraan yang modalnya kurang daripada RM 1000.


Ihsan Gambar : Puan Zuraidah (Stokis Temerloh) yang telah mulakan penanaman Gaharu disekeling rumah. Tahniah !!


Anggaran Hasil Untuk 40 Pokok (Kaedah Bamboo Stick)

Anggaran Suntikan 1 pokok

Jumlah Stikc yang digunakan = 50 stick
Jumlah lubang yang dihasilkan = 150 lubang
Setiap lubang menghasilkan = 10 g teras
Jumlah teras yang terhasil = 1.5 Kg

Harga pasaran teras selepas suntikan 2 tahun ialah RM 1500 x 1.5kg = RM 2250
Jika kita membuat penanaman sebanyak 40 pokok = RM 90,000 (Jualan)
(Anggaran pada kadar paling minimum)

Kos Suntikan 

1 paket 100 stick = 2 pokok
40 pokok = 20 paket
Harga pasaran Bamboo Stick = RM 150 x 20 paket = RM 3000
Upah suntikan RM 50/paket = Rm 50 x 20 = RM 1000
Upah tebang dan Carving = RM 80/pokok x 40 = RM 3200
Jumlah Kos Suntikan = RM 7200

Modal bagi 40 pokok bagi kaedah 1 entri yang lepas = RM 820
Modal Keseluruhan = RM 8020 ( tempoh 7 tahun sehingga Tuai)

Keuntungan = RM 81,980

Ok tak ? Dengan penanaman sekitar kawasan rumah kita boleh menjana sehingga RM 81,980 dalam tempoh 7 tahun. Kalau kita tanam bunga, dapat cantik. Tapi kalau kita tanam gaharu, dapat hasil juga. Hehe. Jangan lah balik rumah buang semua pokok bunga-bungaan pula ya sebab nak tanam gaharu. Ikut kesesuaian rumah anda. Bunga-bungaan pun perlu juga kan untuk kecerian rumah. Jika anda mampu menanam 10 pokok sahaja potensi pulangan anda ialah RM 20,495. Rasanya dah ok la tu kan walaupun belum boleh capai status jutawan. Hehe.

Boleh la order pokok sekarang ye hantar WA/Wechat ke 0134335541 --> promote sat.

InshaAllah Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan gaharu secara telus dan konsisten. Kami mempunyai Nursery (Sungai Serdang, Kapar), Tempat Pemprosesan Produk (Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak) dan Pemprosesan Minyak Gaharu, Tanah Merah, Kelantan. Kami juga menghasilkan inokulan bagi tujuan penghasilan minyak dan teras gaharu.