Jarak Tanaman

0

Labels:

Sering menjadi persoalan pihak-pihak yang berminat menjalankan perladangan gaharu berkenaan dengan jarak penanaman yang paling efektif bagi membangunkan perladangan karas yang baik. Berikutan persoalan ini, banyak pihak yang memberikan cadangan berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui sendiri. Setiap pihak yang melontarkan pandangan mempunyai alasan tersendiri. Mereka menjalankan teknik cuba jaya bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.

Secara peribadinya, saya memilih jarak penanaman 3m x 3m bagi perladangan monokultur iaitu hanya penanaman pokok karas sahaja. Jika anda berminat untuk menjalankan perladangan karas secara integrasi maka jarak penanaman adalah berbeza. Dan ia juga bergantung kepada jenis tanaman apakah yang akan digabungkan sekali dengan pokok karas tersebut.

Bagi penanaman monokultur dengan jarak 3m x 3m ,

Formula Pengiraan 

10000/ jarak tanaman = 10000/ 9 
                                  = 1111 pokok per hektar

Oleh itu, untuk seekar tanah 440 pokok karas boleh ditanam. 

Kaedah Menanam Pokok Karas

0

Labels:


Pada hari ini saya ingin berkongsikan dengan semua berkenaan dengan kaedah menanam pokok karas. Kaedah menanam amat penting sebagai permulaan kepada penghasilan pokok yang berkualiti. Gambarajah di atas menunjukkan secara jelas kaedah penanaman pokok karas. Jarak penanaman yang dicadangkan buat masa ini ialah 3m x 3m. 

Langkah-langkah :

1. Untuk permulaan, anda perlulah mengorek tanah  dengan kedalaman dan lebar sekaki.
2. Kemudian, masukkan baja organik sebanyak 200g ke dalam lubang yang telah disediakan. Anda bolehlah menggunakan baja organik yang bersesuaian. Contohnya, tahi ayam yang telah diproses dan sebagainya.
3. Selepas itu, masukkan 40g penggalak akar (CIRP) dan furadan sebanyak 20g. Campurkan bahan-bahan tersebut dan biarkan selama beberapa hari.
4. Kambus semula setengah dari lubang tersebut, kemudian baru letakkan anak pokok yang telah dikeluarkan daripada polibeg. Pastikan anak pokok yang dipilih untuk penanaman adalah sihat.
5. Anda dinasihatkan menganggarkan selepas selesai menanam maka akan tiba musim hujan (tengkujuh). Pemilihan waktu yang sesuai akan membantu proses pertumbuhan anak pokok karas yang baru mula ingin belajar hidup dikawasan terbuka seperti yang dilakukan secara perladangan.


Selamat Mencuba !!

* credit to En Wan Suhaimi for picture.

Ikhlas,
Aminah Saad

Industri Gaharu

1

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua, Alhamdulillah diberi kesempatan pada hari ini untuk menulis sesuatu setelah agak lama tidak berkesempatan untuk menulis di sini. Saya baru pulang dari trip 5 hari ke Pahang. Doakan saya agar dipermudahkan segala urusan yang lainnya agar saya mampu meluangkan lebih masa untuk berkongsi sesuatu disini. Pada hari ini, walaupun tidak menyentuh satu aspek yang begitu teknikal namun saya harap ia masih mampu untuk memberikan satu ilmu baru buat anda.

Dalam menjalankan apa jua perniagaan, potensi perniagaan merupakan aspek penting yang perlu dikaji terlebih dahulu sebelum kita menceburi bidang tersebut. Begitu juga dengan industri gaharu. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, masih terdapat 80% pasaran yang tidak dapat dipenuhi oleh pengeluar gaharu dunia. Dan Malaysia merupakan salah satu pengeluar hasil gaharu terbesar di dunia. Walaupun potensi perniagaan gaharu sangat besar dan lumayan, namun di Malaysia ia seolah-olah suram dan tidaklah sehebat seperti yang digembar-gemburkan. Walaupun spesis ini mudah didapati di Malaysia dan dikenali sejak berabad lamanya namun  ia masih tidak cukup untuk menjadikan ia satu industri yang sungguh gah sehebat ia seharusnya di Malaysia.

Kisah berkenaan gaharu mula mendapat perhatian kembali apabila ia mula diberi perhatian oleh pihak media tentang pasarannya yang bernilai tinggi. Pelbagai pihak mula menunjukkan minat sama ada untuk mengusahan industri ini atau sekadar membuat pelaburan. Namun, untuk terlibat dalam bidang ini, bukan sedikit kesabaran yang perlu dipupuk. Ia perlukan begitu banyak perngorbanan sehingga menyebabkan mungkin tidak ramai yang sanggup menghadapinya. Akhirnya, kisah ini menjadi suram kembali apabila ada yang mengusahakan ia hanya separuh jalan. Ia seperti tenggelam timbul. Kejap panas dan kejap suram. Tiada satu usaha yang berterusan bagi memantapkan industri ini menyebabkan industri gaharu di Malaysia terus pada tahap yang sama. Mungkin kerana hutan kita kaya dengan pelbagai spesis yang mempunyai ekonomi yang tinggi maka kita seolah-olah merasa tidak rugi mengabaikan industri ini.

Rugilah kiranya jika spesis yang mempunyai taburan yang meluas di bumi tercinta Malaysia ini tidak diberi perhatian serius. Walaupun pendedahan meluas berkenaan dengan gaharu ini membuatkan pokok gaharu liar menghadapi ancaman serius namun disebalik satu perkara yang perlu dikorbankan kita mendapat satu kebaikan yang lain. Para pengusaha mula menyedari pentingnya membangunkan perladangan karas sama ada secara kecil-kecilan atau secara besar-besaran. Pihak-pihak universiti mula menunjukkan minat untuk membuat kajian berkaitan spesis bernilai tinggi ini. Badan-badan penyelidikan juga mula memberikan prihatian yang serius terhadap usaha membangunkan industri ini. Secara peribadinya, saya lihat ini merupakan satu titik tolak yang begitu memberangsangkan bagi pembangunan industri gaharu di Malaysia. Walaupun ada sesetangah pihak yang menganggap ia satu perkembangan yang sangat lambat, namun kita tidak mungkin terus menjadi seratus tanpa bermula dengan langkah pertama. InsyaAllah, kita akan sampai ke tahap itu satu masa nanti.

Walaupun dalam kemeriahan ramai pihak yang mula menceburi bidang ini, masih terselit rasa “kurang percaya” atau “ragu-ragu” ramai lagi pihak tentang potensi industri ini. Ia diibaratkan seperti angan-angan Mat Jenin. Indah khabar dari rupa. Dan mungkin 1001 perumpamaan lagi yang menunjukkan bahawa industri ini hanyalah cakap-cakap belakang dan omongan kosong. Mungkin kerana pasaran sebenarnya bukan di sini menyebabkan kita tidak dapat menjiwai gaharu itu sendiri. Bukan menjadi budaya kita menggunakan gaharu sebagai satu aspek penting seperti dikebanyakkan Negara-negara Arab.

Tiada siapa yang perlu disalahkan dalam hal ini. Bagi yang tidak percaya, memang mereka berhak untuk berasa begitu dan jangan mengambil risiko pada perniagaan yang anda tidak percaya. Mungkin mereka benar kerana di Malaysia sendiri kita belum mendengar satu kisah kejayaan yang sebenar-benarnya berkaitan industri ini. Bagi yang yakin bahawa industri gaharu mempunyai masa depan yang cerah, ya teruskan. InsyaAllah, dengan usaha dan keyakinan yang mantap pasti kejayaan akan menjadi milik kita. Jika tidak kita yang mulakan, siapa lagi??



Ikhlas,
Aminah Saad