Sering menjadi persoalan pihak-pihak yang berminat menjalankan perladangan gaharu berkenaan dengan jarak penanaman yang paling efektif bagi membangunkan perladangan karas yang baik. Berikutan persoalan ini, banyak pihak yang memberikan cadangan berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui sendiri. Setiap pihak yang melontarkan pandangan mempunyai alasan tersendiri. Mereka menjalankan teknik cuba jaya bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.
Secara peribadinya, saya memilih jarak penanaman 3m x 3m bagi perladangan monokultur iaitu hanya penanaman pokok karas sahaja. Jika anda berminat untuk menjalankan perladangan karas secara integrasi maka jarak penanaman adalah berbeza. Dan ia juga bergantung kepada jenis tanaman apakah yang akan digabungkan sekali dengan pokok karas tersebut.

Bagi penanaman monokultur dengan jarak 3m x 3m ,
Formula Pengiraan
10000/ jarak tanaman = 10000/ 9
= 1111 pokok per hektar
Oleh itu, untuk seekar tanah 440 pokok karas boleh ditanam.
Comments (0)
Post a Comment