Update : Kursus 23 Mac 2013

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga anda sihat sejahtera walau apa jua yang dilakukan. Alhamdulilah, saya pun sihat juga tapi rasa sangat tak produktif :(

Ok, pada hari ini pada kadar mood yang sangat tak "produktif" saya ingin berkongsi gambar-gambar sempena kursus gaharu 23 Mac 2013 yang lalu. Saya berharap para peserta mendapat sesuatu daripada kursus ini. Walaupun anda tidak terus mempraktikkan namun saya yakin satu hari ini apabila anda memerlukan anda sudah mempunyai ilmu asas berkenaan gaharu ini. InshaAllah.

*Pengenalan Gaharu


*Praktikal Menanam 

* Lunch time :)

* My assistant yang membantu dari awal...thanks my lil brother :)

*Bw anak pokok untuk praktikal menanam with my mum

*En Ismail memulakan sesi II

 *Perkongsian oleh Pak Budi

*Gambar semua peserta ( without me)

* saya ada disitu :)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta ( En Zamri, En Kasi, En Yakin, En Azahari, En Hanif, dan Pn Ronna) dan juga sahabat saya, En Ismail dan Pak Budi Hamidi bagi menjayakan kursus gaharu saya pada kali ini. 

Kepada semua peserta,
Semoga persahabatan yang terjalin berterusan :)

23 Mac 2013 juga ialah tanggal lahir saya yang ke-28. Ohh, masa berlalu begitu pantas, tak sedar saya dah almost 30. Semoga tercapai impian lagi 2 tahun.  Terima kasih atas setiap ucapan yang diterima. Saya berharap dapat terus berkongsi sesuatu berkenaan gaharu disini. Terima kasih Ya Allah, atas kurnian yang diberikan ini dan juga orang-orang sekeliling yang sangat awesome !!

Yang Menulis,
Aminah Saad

Peluang Memiliki Pokok Gaharu

7

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Pada hari ini saya ingin menulis berkenaan peluang kepada anda-anda diluar saya yang ingin memiliki pokok gaharu tanpa perlu memiliki tanah terlebih dahulu dan yang paling penting anda tidak perlu menunggu untuk satu tempoh masa yang lama. Ya, peluang yang memang tidak sewajarnya dilepaskan.

Masa kini, ramai pihak yang ingin menjual pokok yang sudah ditanam dalam satu tempoh yang agak lama ( 5tahun ke 8tahun) untuk dijual kepada pihak yang berminat. Bagi memeriahkan lagi industri gaharu ini, kami juga amat mengalu-alukan kepada individu atau syarikat yang berminat untuk memiliki pokok gaharu ini. Kepada yang serius anda boleh menghubungi pihak Gaharu Lestari Resources bagi mengatur pertemuan.

*Gambar hiasan. Hanya pada yang benar-benar serius yang akan dibawa ke kawasan sebenar

Anggaran harga pokok yang dijual adalah RM 500- RM 700/pokok. Contoh maklumat pokok adalah seperti berikut :

Usia pokok : 8 tahun
Saiz pokok (diameter) : > 15cm
Harga         : RM 600 (Negotiable)
Jumlah pokok   : 1000 pokok
Pembeli : hanya berhak kepada pokok tidak kepada tanah
Jangkamasa tuaian : 2 tahun

Jika kita pecahkan pengiraan kita kepada lebih kecil :-

Kos per pokok/tahun = RM 75/tahun
                                 = RM 6.25/bulan

Dan yang paling PENTING adalah anda jimat 8 TAHUN !!

Anda boleh memulakan suntikan pokok dan hanya perlu menunggu maksimum selama 2 tahun. Dengan kaedah stick dalam tempoh 12 bulan anda boleh tersenyum gembira menuai hasil pokok gaharu anda.

Jangan lepaskan peluang ini !!

Ok, sampai sini dahulu. Kepada yang memerlukan maklumat lanjut boleh email kepada saya aminah.mdsaad@gmail.com.

****************************************************************************

Kepada yang ingin menyertai kursus pada 23 Mac 2012 ini, anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Atau boleh baca lebih lanjut disini. Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila berhubung dengan saya.

Alamat :
Lot 20826, Kampung Sungai Serdang, Klang, Selangor
(Berhampiran Sek Keb Sungai Serdang)


* Anda boleh nampak bangunan ini disebelah kanan selepas masuk ke Kg Sg Serdang dan jumpa dengan Sek Keb Sungai Serdang dahulu.


Ini merupakan kursus terakhir yang akan diadakan oleh Gaharu Lestari Resources. Kami tidak lagi akan mengadakan kursus selepas ini kerana kekangan waktu. Mungkin selepas ini, saya akan bergerak untuk bengkel dan kursus gaharu dibawah PENGHARUM sahaja, inshaAllah.

Kepada yang memerlukan penginapan, hotel yang terdekat ialah Grand Kapar Hotel. Boleh hubungi 03-32592020.



Jumpa anda Sabtu ini :)

Kepada yang ingin membeli buku berkaitan gaharu sila klik kedai buku di sebelah. Judul akan dikemaskini dari masa ke semasa. Saya juga dalam pembangunan kedai online bagi penjualan produk-produk berasaskan gaharu mungkin selepas ini pembelian buku juga boleh dilakukan menggunakan shopping cart sahaja. Mudah bukan??

Wassalam.

Aminah Saad



Gaharu dan Syukur

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Selamat berhujung minggu kepada semua yang sedang bercuti pada hari ini. Kepada yang bekerja selamat berkerja. Semoga kita semua sentiasa dalam keredhaan Allah dalam setiap usaha yang dilaksanakan. InshaAllah.

Dalam industri gaharu ini, banyak pancaroba dan cabaran yang perlu kita lalui sebelum tiba ke destinasinya. Bermula daripada peringkat membuat keputusan membangunkan ladang atau membuat keputusan untuk terlibat dalam bidang ini memerlukan satu kekuatan dalam diri. Ramai yang bersemangat waja pada awalnya, tidak sampai pun pertengahan jalan sudah mengaku kalah. Kerana dia gagal semua orang tidak boleh berjaya. Industri gaharu tiada masa depan. Industri gaharu ini menyusahkan. Tidak boleh mendatangkan hasil yang lumayan. Dan 1001 alasan lagi. Salah satu sebabnya kerana niat kita menanam untuk cepat kaya. Jadi jutawan gaharu. Ghairah dengan perkataan jutawan sehingga kurang persediaan dari segala segi untuk menghadapi satu perjalanan menuju jutawan yang pastinya bukan semudah yang disangka. Kita diuji dahulu sebelum Allah berikan ganjaran tersebut.

Beberapa hari lepas, ketika membuat satu lawatan ke ladang pokok gaharu yang ditanam di sebuah kawasan pemilik pokok tersebut menunjukkan beberapa batang pokok yang telah disuntik hampir 2 tahun yang lepas. Saya bertanya berkenaan kewujudan kesan positif pembentukan gaharu pada pokok yang disuntik tersebut, beliau menyatakan bahawa beliau tiada kekuatan diri untuk melihat kesan kerana takut kecewa apa yang diharapkan tidak menjadi. Kebetulan saya datang, maka beliau pun mengambil keputusan untuk menakik pokok tersebut. Kesan negatif. Tiada tanda pembentukan gaharu dan batang pokok mereput. Nampak sedikit raut kecewa diwajahnya namun saya yakin beliau seorang yang sangat tabah apabila beliau mencelah,

" Allah akan uji kita dahulu sebelum diberikan sesuatu yang berharga. Saya yakin jika itu memang rezeki saya pasti saya akan mendapatnya. Jika memang bukan rezeki saya maka saya redha"


Kata-kata memang mempengaruhi perasaan, emosi dan fikiran kita. Jika apa yang dilafazkan adalah perkara yang baik, pasti secara automatiknya kita akan menjadi lebih bersyukur dan redha atas setiap percaturan yang Allah tetapkan untuk kita. Kita tidak perlu marah-marah kerana semuanya telah ditentukan. Lihatlah sesuatu dengan pandangan yang positif dan letakkan keyakinan sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Sepanjang saya terlibat dengan industri gaharu ini saya rasa bersyukur kerana saya dapat mempelajari banyak perkara daripada orang-orang yang saya jumpa. Syukur alhamdulilah, saya ditakdirkan untuk berjumpa dengan orang-orang yang baik, hebat dan baik budi pekerti. Mustahillah jika saya katakan semuanya baik, tetapi saya rasa berjumpa seorang yang baik dan jujur dapat mengatasi perasaan saya berjumpa dengan sepuluh orang yang sebaliknya. Alhamdulilah, saya yakin segala yang berlaku telah dirancang sebaik-baiknya oleh Yang Maha Berkuasa.

Jika kita berniat jahat kepada orang, maka kita akan menarik orang yang berniat jahat juga. Jadi betulkan niat, agar Allah bantu kita. Permudahkan segala urusan kita. Namun walaupun kita telah berniat baik dan ikhlas dan masih berjumpa dengan orang-orang yang sebaliknya, pasti ada sesuatu yang perlu kita belajar daripada pengalaman tersebut. Allah datangkan sesuatu perkara untuk kita berfikir dan bermuhasabah diri, bukan terus menyalahkan satu sama lain. Tanpa kejatuhan kita tidak belajar untuk bangun semula.

Oklah, lain yang hendak ditulis lain pula yang ditulis. Tiba-tiba saya menulis entri ini kerana saya rasa sangat sangat bersyukur kerana mengenali anda semua dan masih diberikan kekuatan untuk terus menulis disini.

Wslm.

Aminah Saad

Gaharu Plaza 23 Mac 2013

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Selamat Hari Isnin buat semua. Pasti ada yang bersemangat untuk ke tempat kerja tak kurang yang malas untuk ke tempat kerja. Saya kategori yang kedua. Haha. Walau apa pun keadaan anda, semoga anda diberikan kekuatan untuk menghadapi hari ini dengan cemerlang dan gembira :)

Ok, pada tanggal 23 Mac 2013 iaitu pada tarikh kursus yang akan dilaksanakan sahabat saya iaitu Gaharu Plaza (Pak Budi) akan datang ke Malaysia 22-25 Mac 2013. Jadi saya telah menjemput beliau untuk berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang beliau terlibat dalam bidang gaharu ini. Jadi kepada yang dapat meluangkan masa untuk menghadiri kursus ini maka anda mendapat peluang untuk bertemu dengan beliau dan bertanya secara langsung pengalaman beliau. Secara kasarnya, saya telah mengeluarkan satu tentatif untuk kursus kita pada hari itu, namun begitu saya akan pinda sedikit untuk memasukkan slot ini. Memandangkan sy hanya mensasarkan kumpulan yang kecil maka lebih mudah untuk kita berbincang dan melontarkan pendapat dan sebarang pertanyaan yang menganggu fikiran.

Untuk pengetahuan semua, saya mengenali Gaharu Plaza pada 29 November 2012 ketika program berlangsung di Bali tempoh hari. Walaupun pada program di Bali saya tidak berapa mengenali beliau namun nampaknya perhubungan tersebut tidak terputus di situ. Gaharu Plaza telah menghadiri Seminar Gaharu Kebangsaan di TPM Bukit Jalil 19-20 Disember 2012 menyebabkan kami terus berurusan bersama. Selepas program tersebut, saya membuat lawatan balas ke Pekan Baru pada 13-16 Januari 2013. Seterusnya program ke Kalimantan (5-10 Februari 2013), Chiang Rai, Thailand ( 19-25 Februari) dan akan datang Sungai Serdang, Klang ( 23 Mac 2013).

Bali 27-30 November 2012

TPM Raub, 19-21 Disember 2012

Rumbai 13-16 Januari 2013

Chiang Rai, 19-25 Februari 2013



??? Hehe :)

Pak Budi merupakan seorang pengusaha yang berjaya namun sangat simple, merendah diri dan suka berkongsi pengalaman dengan yang lain. Mungkin ini peluang anda untuk mendapatkan ilmu daripada beliau. InsyaAllah, program Gaharu Plaza dan Gaharu Lestari yang seterusnya akan berlangsung pada 29-30 Jun 2013. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menyampaikan dan berkongsi ilmu dengan yang lain. 

Jika anda akan menghadiri kursus ini saya berharap agar kesinambungan perhubungan persahabatan itu adalah yang terpenting. Tidak kira sama ada kita bakal berurusniaga atau tidak dalam bidang ini, namun silaturahim yang terjalin semoga dapat berkekalan. Seorang sahabat saya pernah berkata,

" Aset terpenting dalam perniagaan ialah persahabatan"

Jangan rosakkan persahabatan yang terbina kerana perniagaan. Jujur dan tepati janji, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Semoga berjumpa lagi. 



Ikhlas,
Aminah Saad

Musim Suntikan Inokulan

0

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua,

Rasa agak sukar untuk tidur malam ini. Macam-macam yang difikirkan. Sebenarnya saya sedang membaca satu buku motivasi ni, jadi terlebih semangat sampai tak boleh nak tidur. Jadi ada baiknya saya menulis sesuatu di blog ini. Kadang kala saya rasa penulisan saya agak kurang "matang" terlebih santai barangkali. Namun itulah diri saya. Saya tidak akan mengubah diri untuk menjadi seperti yang orang lain mahukan, saya menjadi diri saya sendiri. Tetapi jika ada kelemahan saya sentiasa menerima teguran dan bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik. Eh macam dah lari topik kan..Hehe.. Ok kembali kepada persoalan di atas iaitu berkenaan musim suntikan inokulan.

Ketika program di Chiang Rai tempoh hari kami ada juga melawat ke kawasan yang telah diinokulasi tetapi pokok-pokok telah tumbang. Hal ini kerana sehari selepas inokulasi dilakukan, hujan turun dengan lebatnya menyebabkan pokok yang lemah tumbang. Apabila suntikan dilakukan, pokok gaharu akan mengalami stress untuk memulihkan keadaan kepada sedia kala, apabila ditambah dengan hujan yang turun berlarutan menyebabkan pokok gaharu ini akhirnya mati atau tumbang. Terlebih stress :(

Makcik Aminah bila nak kurus pun tak tahulah...Kali ni sy pilih gambar yang tak de "peace" selama ini tak perasan kebanyakkan gambar mesti ada peace. Malu ada orang tegur ~~~

Saya lupa nama kawasan ini, masih di sekitar Chiang Rai 


Pokok gaharu yang tumbang. Sedih melihat namun pasti ada hikmahnya. Allah berikan kita pengajaran daripada kesilapan. We learn more from mistakes :)


More falling tree 

Dan kami ke satu tempat lagi, yang menunjukkan pokok mati akibat suntikan pada musim hujan. Namun begitu, kes yang kedua berbeza kerana kematian adalah disebabkan oleh pada musim hujan "caterpillar" banyak menyerang. Pokok tidak dapat bertahan, daun dimakan oleh ulat dan hujan menganggu proses pemulihan pokok menyebabkan pokok yang lemah terus mati. Namun di Malaysia, taburan hujan kita memang banyak jadi pokok mungkin kurang stress berbanding keadaan di Thailand.


Pokok mereput akhirnya mati :(

Thats real me...Haha

Kesimpulannya,

Elakkan membuat suntikan inokulan pada musim hujan untuk mengurangkan risiko kematian pokok. Namun mungkin ada kaedah yang masih boleh dipraktikkan pada musim hujan. Mungkin pada entri akan datang kita akan bincangkan :)

Akhirnya, semoga kita terus sukses dalam bidang gaharu ini. Suku tahun pertama sudah berakhir, walaupun bagi orang lain ia sekadar pencapaian biasa sahaja, namun bagi saya suku tahun ini sangat luar biasa dan saya yakin ia akan menjadi lebih baik. Alhamdulilah atas segala urusan yang dipermudahkan oleh-Nya.

Wassalam.

Aminah Saad

Kursus Gaharu Mac 2013

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga anda semua bergembira dan menghabiskan masa cuti anda bersama keluarga tersayang. Saya juga memperuntukkan cuti hujung minggu kali ini bersama keluarga di kampung. Walaupun hanya sebentar, tetapi masa yang sedikit jika digunakan secara lebih berkualiti akan lebih bermakna. Jika pulang ke kampung tetapi mengadap TV dan laptop 24 jam sama sahaja seperti kita tidak pulang.

*Praktikal kaedah menanam 


*Next time mungkin kita perlu buat kursus carving kayu gaharu :)


Ok, kembali kepada topik asal kita iaitu berkenaan dengan kursus gaharu. Walaupun ramai yang sudah mahir dan mengetahui berkenaan dengan gaharu namun masih banyak yang baru mengetahui berkenaan gaharu dan ingin mempelajari dengan lebih dekat perihal gaharu ini. Saya bukanlah orang yang pakar dalam bidang ini, tetapi sekadar perkongsian pengalaman bagi saya tidak menjadi masalah. Ilmu yang sedikit jika dikongsikan akan bertambah, mudah-mudahan.Disebabkan ada permintaan untuk mengadakan kursus ini, maka saya susunkan satu hari untuk kita sama-sama berkongsi ilmu. Selepas kursus ini, adalah seminar gaharu di Pekan Baru, Indonesia. Jadi mungkin saya tidak akan lagi mengadakan sebarang kursus berkaitan gaharu ini kerana tuntutan hal-hal lain yang perlu diselesaikan.

Maklumat kursus adalah seperti dibawah :

Tarikh   : 23 Mac 2013
Tempat : Kg Sungai Serdang, Klang
Masa    : 9 pagi - 5.30 petang
Yuran   : RM 200
Tahap   : Permulaan

Tentatif adalah seperti kursus yang dilaksanakan sebelum ini. Namun begitu, kursus ini akan dijalankan secara lebih santai agar komunikasi berlaku antara dua hala dengan lebih relaks :)

8.30 - 9.00       : Pendaftaran Peserta
9.00 - 9.20       : Teori : Pengenalan Gaharu
9.20 - 10.40     : Praktikal : Pembangunan Ladang dan Silvikultur
10.40 - 11.00   : Minum Pagi
11.00 - 12.00   : Teori : Pembangunan Ladang dan Silvikultur
12.00 - 12.30   : Sesi Soal Jawab
12.30 - 2.00     : Makan dan Solat
2.00 - 2.30       : Teori : Analisis Kewangan dan Pasaran
2.30 - 3.00       : Teori : Teknik Inokulasi
3.00 - 4.30       : Praktikal : Inokulasi
4.30 - 5.00       : Minum Petang sambil soal jawab
5.30                 : Tamat

* Sila berpakaian yang bersesuaian

Kepada yang ingin menyertai sila berhubung dengan saya melalui email atau telefon seperti yang terdapat disebelah kanan blog ini :)

Yang Benar,
Aminah Saad