Permulaan Untuk Gaharu

0

Labels:

Assalamualaikum semua,

Sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Sibuk mungkin bukan alasan yang sesuai kan?? Semua orang mempunyai agenda yang berbagai, namun masih mempunyai kesempatan untuk mengemaskini blog mereka. Hoho...Sungguh hebat orang-orang ini.

Baiklah, saya hanya ingin berkongsi tentang industri gaharu yang sedang saya usahakan. Walaupun hanya menjalankan sekitar kawasan rumah saya ( di Felda Trolak Utara) namun bagi saya itu permulaan yang baik. Buat masa ini, di sekitar rumah saya, saya telah menanam sebanyak 50 pokok, dan pagi tadi saya baru membuat tempahan sebanyak 150 pokok lagi untuk ditanam di kawasan berhampiran rumah jiran yang mempunyai kawasan yang agak luas.

Untuk pengetahuan anda, pokok Gaharu ini amat sesuai di jadikan tanaman sampingan ataupun tanaman selingan. Ia tidak memerlukan penjagaan yang begitu rumit, hanya setahun awal yang pertama memerlukan penjagaan yang agak teliti. Kemudian, pokok dibiarkan membesar sendiri ( namun untuk mendapatkan pokok yang besar anda perlulah memberikan ia baja). Setelah 5 tahun, pokok disuntik dengan menggunakan vaksin khas untuk menyakitkan pokok tersebut bagi membentuk teras di dalam pokok. Selepas setahun daripada tarikh suntikan, pokok tersebut sudah boleh dituai dan dijual. 6 tahun seperti lama, namun jika kita lihat sekeliling kawasan rumah...Hanya terdapat pokok bunga yang berusia hampir 5 tahun dan hanya sebagai hiasan tanpa pulangan yang menguntungkan. Namun saya tidak bermaksud menghalang penanaman pokok bungga kerana ia mencantikkan kawasan halaman rumah, namun jika diselingkan dengan penanaman gaharu kan satu bonus yang lebih baik..hehe.

Ok lah, dibawah ini gambar2 penanaman pokok gaharu di kawasan rumah saya. Check it out!!!




Talian internet agak lambat malam ini. Mungkin saya akan berkongsi gambar-gambar penglibatan saya dalam tanaman gaharu ini.

Selamat Menanam !!




Perintis Usahawan Gaharu Malaysia