Gaharu Coffee With Apricot (Lestary Brand)

2

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga kita semua dalam keadaan bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba ini. Esok je ye semua umat Islam akan berpuasa. Sebab itu minggu ini saya sangatlah sibuk menyiapkan urusan-urusan di luar kerana pada bulan puasa nanti kita akan beroperasi di kilang sahaja. Urusan-urusan penanaman atau penyuntikan hanya akan bergerak semula selepas Hari Raya nanti. Kami daripada Gaharu Lestari Reosurces ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua yang bakal menjalani ibadah puasa ini.



Beberapa hari yang lepas, kami telah mengeluarkan produk terbaru jenama Lestary. Alhamdulilah setakat ini sambutan amatlah menggalakkan. Syukur. Kopi gaharu dengan aprikot sangat enak di minum pada bila-bila masa dan kaya dengan khasiat yang tinggi. InshaAllah dalam masa terdekat ini saya akan mengeluarkan maklumat rasmi berkenaan dengan agen. Selepas perlantikan agen, sebarang pembelian boleh terus kepada agen dikawasan masing-masing. Kita bukan setakat kopi dan teh tetapi Gaharu Lestari Resources juga membekalkan pelbagai lagi produk berasaskan gaharu. Jika agen juga berminat untuk mempromosikan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh syarikat juga boleh. 

Antara kelebihan Kopi Gaharu ini ialah :

1) Mengawal paras gula dalam darah
2) Mengawal tekanan darah tinggi
3) Meningkatkan kecergasan fizikal lelaki dan wanita
4) Awet muda
5) Melancarkan peredaran darah
6) Kaya dengan vitamin B17 yang berfungsi untuk melawan sel-sel kanser dsb


Gaharu Coffee With Apricot :)

Puan Habsah dan suami dari Johor yang datang ke Gaharu Lestari (Trolak). Terus mendaftar sebagai agen walaupun maklumat rasmi berkenaan agen masih belum dikeluarkan.


Saya tak reti bawa moto. Eksen ja lebih ni.Ketika lawatan ke salah satu lokasi penanaman pokok Gaharu milik En Razi.

Sekarang ini musim buah gaharu, jadi apa kata siapa-siapa yang ada kebun tu boleh lah mula menyemai biji gaharu tersebut. Walaupun mungkin anda tidak berniat untuk buat secara komersial, namun anda boleh tanam kelak di sekitar kawasan rumah anda. Dah tak perlu lagi untuk membeli anak pokok. Sayang ja kalau pokok yang berbuah tu dibiarkan begitu sahaja. Saya pernah kongsikan dulu berkenaan kaedah semaian biji gaharu. Boleh lah cari pada entri-entri yang lepas ya. InshaAllah memberi manfaat kepada anda. 

Semaian biji gaharu di Nursery Gaharu Lestari Resources


Kepada yang masih belum mengetahui berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Gaharu Lestari Resources, hari ini saya ingin kongsikan secara ringkas apakah perkhidmatan yang kami tawarkan. Masih ada yang email dan tanya apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Gaharu Lestari Resources.

1) Jika anda berminat untuk mempunyai kebun/ladang gaharu, kami menawarkan perkhidmatan membekalkan anak pokok gaharu sekali dengan perkhidmatan menanam. Dengan kos yang minimum anda tidak perlu lagi pening kepala memikirkan sumber anak pokok dan siapakah yang boleh menanam pokok anda.

2) Jika anda mempunyai pokok gaharu yang tumbuh subur dalam kebun anda, kami menawarkan perkhidmatan menyuntik pokok gaharu bagi menghasilkan teras atau kayu minyak. 

3) Jika anda ingin terlibat dengan minyak gaharu, kami juga mempunyai kilang penyulingan minyak gaharu di Kelantan dan InshaAllah selepas Raya kami akan membangunkan tempat pemprosesan minyak Gaharu di Trolak. Anda boleh menjual kayu minyak. Dan anda boleh membeli minyak gaharu daripada kami. 

4) Jika anda sudah mempunyai ladang/kebun gaharu tetapi tidak tahu apa yang boleh dilakukan bagi menjana hasil jangka pendek, kami di Gaharu Lestari Resources juga membeli daun gaharu untuk memproses produk-produk hiliran gaharu. Namun buat masa ini kami hanya menerima spesis sub-integra. InshaAllah dalam masa terdekat kami akan mula membeli daun-daun daripada spesis yang lain.

5) Jika anda berminat untuk terlibat dengan trading produk, ya anda boleh menjadi agen pemasaran kami. Pelbagai produk berasaskan gaharu yang telah dan bakal dikeluarkan. Tunggu pengumuman rasmi berkenaan agen yang bakal saya keluarkan. 

Ok, saya rasa setakat ini dulu perkongsian saya pada kali ini. Ok ada 2 appoinment saya pagi sabtu ni. Dah lah sakit perut ni salah makan apa pun xtau lah. 

Bye !!

Produk Gaharu & Promosi Ramadhan

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Kepada yang sedang bercuti, selamat bercuti. Kepada yang sedang bekerja macam saya, semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. Komited dan serius dalam setiap pekerjaan yang diusahakan.

Bersempena Ramadhan yang bakal tiba ini, Gaharu Lestari Resources telah mengadakan Promosi Ramadhan. Dengan setiap pembelian produk daripada Gaharu Lestari Resources bernilai RM 50 anda akan mendapat sekotak Teh Gaharu Herba Extra Sachet secara PERCUMA. Dan bersempena Promosi ini juga harga bagi sekotak Teh Gaharu Herba Extra Sachet hanyalah RM 10. Memang sangat berbaloi-baloi.

Teh Gaharu Herba ini diformulasikan dengan herba terpilih iaitu misai kucing, pecah beling dan daun gaharu yang berkhasiat tinggi. Meningkatkan imunisasi badan dalam keadaan cuaca yang semakin tidak menentu dan penyebaran penyakit yang begitu mudah terkena pada orang-orang awam seperti kita. Selain itu, ia dapat menyingkirkan asid urik berlebihan dalam badan yang boleh menyebabkan gout. Anti-stress dan juga anti-kanser. Jadikan ia minuman harian. Juga baik untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi. Boleh dijadikan minuman harian keluarga.

Teh Gaharu Herba Lestary Extra Sachets. Cubalah sekarang !!

Dengan setiap pembelian mana-mana barangan bernilai RM 50 yang terdapat di Gaharu Lestari juga anda boleh mendapatkan PERCUMA sekotak Teh Gaharu Herba. Produk boleh dicampur. Antara produk yang anda boleh dapatkan ialah : -

Tasbih Gaharu 
33 biji 10mm = RM 45
33 biji 12mm = RM 50
99 biji 10mm = RM 120


Kopi Gaharu 4 in 1
RM 25 
( Beli 2 kotak kopi Gaharu PERCUMA 1 kotak Teh Gaharu Herba)

InshaAllah, minggu hadapan anda juga boleh menikmati Kopi terbaru jenama Lestary. Enak dan sesuai diminum seisi keluarga untuk berbuka puasa. Gabungan hebat premix kopi, ekstrak daun gaharu dan aprikot yang kaya dengan khasiat untuk tubuh badan anda. 



Teh Gaharu Madu (3in1)
RM 10

Minyak Wangi Gaharu Kasturi Syifa'
Ekonomi Pack
RM 25 

Minyak Wangi Gaharu Kasturi Syifa'
Ekonomi Pack
RM 50 


Minyak Wangi Gaharu (Exclusive)
RM 200

Minyak Wangi Gaharu (Exclusive)
RM 150

Minyak Wangi Gaharu (Exclusive)
RM 100


Untuk minyak wangi Exclusive terdapat 5 wangian iaitu :-
1) Soft Flower
2) Night Flower
3) Hill
4) Jungle
5) Alamanda

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan secara online, kami boleh menguruskan proses penghantaran dengan kos yang sangat minima. Buat pembelian mana-mana produk dan dapatkan PERCUMA Teh Gaharu Herba Extra Sachets. Promosi sehingga 27 Julai 2014.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan kami :-

Pejabat : +605-4321002
H/P : +6013-4335541

Whatsapp/Wechat : +6016-2335394





Macam-macam Gaharu

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Dikurniakan kesabaran dalam setiap usaha yang sedang dilakukan. Sebenarnya saya yang sedikit down. Penat sangat rasa. Urusan perniagaan dan urusan keluarga. Dua-dua perkara yang sangat penting dalam hidup saya.

Ada orang cakap dekat saya, nak buat sesuatu buat dengan ikhlas. Kalau merungut nanti sia-sia je.

Ada orang cakap dekat saya, jangan mengharap balasan daripada manusia. Nanti saya akan kecewa.

Saya sedang belajar untuk buat semua perkara seikhlas hati. Sesabar mungkin. Tanpa mengharap apa-apa balasan. Cuma saya berdoa agar Allah permudahkan segala urusan saya. Allah bantu beri saya jalan yang terbaik dan penyelesaian dalam setiap kekusutan yang sedang dialami. Allah berikan saya kecerdasan fikiran dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Ya Allah, hanya padaMu ku sandarkan pengharapan. Mungkin ini caranya Allah ingin memberikan saya pahala. Untuk menghapuskan dosa-dosa kecil.










Kedai Gaharu di Batu Feringgi. Jemput datang semua !!


Menanam Pokok Gaharu




Lawatan untuk suntik pokok & site menanam

InshaAllah beberapa urusan untuk membangunkan tempat penyulingan gaharu di Trolak Utara telah mendapat feedback positif dan mudah-mudahan kami dapat memulakan proses tersebut secepat mungkin. Ya Allah, berikan aku kemudahan. Berikan aku kekuatan untuk merealisasikan dan menghadapi apa jua cabaran yang pastinya tidak mudah. 



Aktiviti 25-31 Mei 2014

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setengah tahun sudah berlalu di tahun 2014. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik Pejam celik sudah setengah tahun. Rasa macam banyak lagi urusan yang belum selesai. Antara aktiviti saya pada minggu lepas ialah ke Tanjung Balai Karimun. Banyak pokok-pokok gaharu yang besar di sana. Memang sangat penat apabila program terus bersambung-sambung.

Sejak terlibat dengan gaharu ini saya rasa banyak sangat perkara-perkara berlaku seperti satu kebetulan. Namun yang nyata, Allah telah aturkan sebaik mungkin apa yang berlaku. Antara syarikat dari Indonesia yang bekerjasama rapat dengan Gaharu Lestari ialah Gaharu Plaza. Kebetulan Gaharu Plaza beroperasi dari Pekan Baru. Ia kampung saya. Jadi saya dapat balik kampung melawat Datuk dengan lebih kerap. Dua dalam satu.

Manakala kerjasama yang dibuat di Karimun pula merupakan tempat Pak Cik saya. Adik emak. Memang sudah lama tak bersua. Jadi apabila kami dapat membuat kerjasama di Karimun sekaligus menjadikan urusan lebih lancar dan juga hubungan yang lama bersambung kembali. Alhamdulilah.

Allah sebaik-baik perancang. Allahu Akbar !!






 



Pada 31 Mei 2014 yang lepas juga saya ke Perlis untuk majlis perkahwinan adik lelaki saya, Taufik & Shazlin. Semoga bahagia hingga ke Syurga. Jadilah suami yang dapat memimpin keluarga ke arah keluarga sakinah. Love u both !!


Ok babai.