Gaharu Coffee With Apricot (Lestary Brand)

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga kita semua dalam keadaan bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba ini. Esok je ye semua umat Islam akan berpuasa. Sebab itu minggu ini saya sangatlah sibuk menyiapkan urusan-urusan di luar kerana pada bulan puasa nanti kita akan beroperasi di kilang sahaja. Urusan-urusan penanaman atau penyuntikan hanya akan bergerak semula selepas Hari Raya nanti. Kami daripada Gaharu Lestari Reosurces ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua yang bakal menjalani ibadah puasa ini.



Beberapa hari yang lepas, kami telah mengeluarkan produk terbaru jenama Lestary. Alhamdulilah setakat ini sambutan amatlah menggalakkan. Syukur. Kopi gaharu dengan aprikot sangat enak di minum pada bila-bila masa dan kaya dengan khasiat yang tinggi. InshaAllah dalam masa terdekat ini saya akan mengeluarkan maklumat rasmi berkenaan dengan agen. Selepas perlantikan agen, sebarang pembelian boleh terus kepada agen dikawasan masing-masing. Kita bukan setakat kopi dan teh tetapi Gaharu Lestari Resources juga membekalkan pelbagai lagi produk berasaskan gaharu. Jika agen juga berminat untuk mempromosikan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh syarikat juga boleh. 

Antara kelebihan Kopi Gaharu ini ialah :

1) Mengawal paras gula dalam darah
2) Mengawal tekanan darah tinggi
3) Meningkatkan kecergasan fizikal lelaki dan wanita
4) Awet muda
5) Melancarkan peredaran darah
6) Kaya dengan vitamin B17 yang berfungsi untuk melawan sel-sel kanser dsb


Gaharu Coffee With Apricot :)

Puan Habsah dan suami dari Johor yang datang ke Gaharu Lestari (Trolak). Terus mendaftar sebagai agen walaupun maklumat rasmi berkenaan agen masih belum dikeluarkan.


Saya tak reti bawa moto. Eksen ja lebih ni.Ketika lawatan ke salah satu lokasi penanaman pokok Gaharu milik En Razi.

Sekarang ini musim buah gaharu, jadi apa kata siapa-siapa yang ada kebun tu boleh lah mula menyemai biji gaharu tersebut. Walaupun mungkin anda tidak berniat untuk buat secara komersial, namun anda boleh tanam kelak di sekitar kawasan rumah anda. Dah tak perlu lagi untuk membeli anak pokok. Sayang ja kalau pokok yang berbuah tu dibiarkan begitu sahaja. Saya pernah kongsikan dulu berkenaan kaedah semaian biji gaharu. Boleh lah cari pada entri-entri yang lepas ya. InshaAllah memberi manfaat kepada anda. 

Semaian biji gaharu di Nursery Gaharu Lestari Resources


Kepada yang masih belum mengetahui berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Gaharu Lestari Resources, hari ini saya ingin kongsikan secara ringkas apakah perkhidmatan yang kami tawarkan. Masih ada yang email dan tanya apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Gaharu Lestari Resources.

1) Jika anda berminat untuk mempunyai kebun/ladang gaharu, kami menawarkan perkhidmatan membekalkan anak pokok gaharu sekali dengan perkhidmatan menanam. Dengan kos yang minimum anda tidak perlu lagi pening kepala memikirkan sumber anak pokok dan siapakah yang boleh menanam pokok anda.

2) Jika anda mempunyai pokok gaharu yang tumbuh subur dalam kebun anda, kami menawarkan perkhidmatan menyuntik pokok gaharu bagi menghasilkan teras atau kayu minyak. 

3) Jika anda ingin terlibat dengan minyak gaharu, kami juga mempunyai kilang penyulingan minyak gaharu di Kelantan dan InshaAllah selepas Raya kami akan membangunkan tempat pemprosesan minyak Gaharu di Trolak. Anda boleh menjual kayu minyak. Dan anda boleh membeli minyak gaharu daripada kami. 

4) Jika anda sudah mempunyai ladang/kebun gaharu tetapi tidak tahu apa yang boleh dilakukan bagi menjana hasil jangka pendek, kami di Gaharu Lestari Resources juga membeli daun gaharu untuk memproses produk-produk hiliran gaharu. Namun buat masa ini kami hanya menerima spesis sub-integra. InshaAllah dalam masa terdekat kami akan mula membeli daun-daun daripada spesis yang lain.

5) Jika anda berminat untuk terlibat dengan trading produk, ya anda boleh menjadi agen pemasaran kami. Pelbagai produk berasaskan gaharu yang telah dan bakal dikeluarkan. Tunggu pengumuman rasmi berkenaan agen yang bakal saya keluarkan. 

Ok, saya rasa setakat ini dulu perkongsian saya pada kali ini. Ok ada 2 appoinment saya pagi sabtu ni. Dah lah sakit perut ni salah makan apa pun xtau lah. 

Bye !!

Comments (2)

Sesuai ke nk tanam pokok gaharu di laman rumah dalam sebatan dua (konon nk dptkn minyak gaharu le.. rumah semi d corner...ada laman seluas 1500 sq ft

Boleh sangat-sangat En Khairul. Walaupun satu pokok masih mendatangkan hasil.

Selamat mencuba :)

Post a Comment