Kawasan Gaharu Dunia

0

Labels:


Pokok gaharu boleh dijumpai di hanya 14 buah negara di dunia. Namun begitu, pokok gaharu telah di ancam kepupusan di beberapa buah negara apabila penerokaan pokok gaharu berlaku secara berleluasa dan tidak terkawal. Hal ini disebabkan oleh harga pokok gaharu yang semakin meningkat sedangkan sumber yang ada sangatlah terhad.

Pokok gaharu pelbagai spesis boleh dijumpai di negara,

1. Bangladesh
2. Bhutan
3. Brunei
4. Kemboja
5. China
6. Filipina
7. India
8. Indonesia
9. Laos
10. Malaysia
11. Myanmar
12. Papua New Guinea
13. Singapura
14. Thailand

Research Proposal On PHD

0

Labels:

Salam ceria buat semua,

Pada malam ini saya agak sibuk dengan pembacaan (artikel dan jurnal) untuk menyiapkan research proposal saya bagi pengajian PHD saya. Saya dalam proses ingin menyambung pengajian di UPM, Serdang di bawah Fakulti Perhutanan. Saya sangat berharap agar permohonan saya ini berjaya, kerana saya agak gusar sedikit memandangkan bidang pengajian ketika master dan degree saya amatlah berbeza dengan bidang yang akan saya ambil ini.

Namun apa yang paling penting ialah saya memulakan sesuatu bagi mendapatkan apa yang saya inginkan. Allah yang lebih berkuasa menentukan segalanya. Jika saya telah ditakdirkan untuk meneruskan pengajian di bawah Fakulti ini, maka saya amatlah bersyukur dan berharap inilah yang terbaik buat saya.

Pada hari khamis ini,, saya akan ke MARDI Serdang bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan pokok karas di samping menambahkan ilmu pengetahuan untuk mempersiapkan diri jika diterima masuk bagi pengajian PHD nanti ( saya bercadang membuat penyelidikan berkaitan dengan pokok karas). Saya juga mungkin akan singgah ke UPM untuk menghantar permohonan PHD terus ke Sekolah Siswazah UPM, mudah-mudahan dipermudahkan.

Agak banyak juga informasi baru yang saya dapat dari pembacaan pelbagai sumber pada malam ini. Namun saya tidak berniat untuk mengulas lanjut memandangkan terasa begitu penat dan hanya ingin menulis secara santai. Saya akan kongsikan maklumat-maklumat tersebut pada post yang akan datang. Semoga melalui perkongsian ini lebih ramai yang mendapat manfaat.


Ikhlas,

Aminah Saad