Super Max- G

1

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Hari Jumaat penghulu segala hari. Semoga segala usaha yang dilakukan pada hari ini beroleh keberkatan dan keredhaan Allah. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya ingin menguar-uarkan berkenaan produk terbaru daripada Gaharu Lestari Resources iaitu " Super Max-G".

"Ingat Superman, Ingat Super Max". Hehe :)



Apakah Kelebihan Super Max-G ?
Super Max G boleh digunakan untuk menghasilkan teras gaharu dalam tempoh dua tahun. Untuk penghasilan kayu minyak dalam tempoh 6 bulan. Sesuai digunakan pada pokok ladang :)

Kaedah penggunaan Super Max-G ?
Kaedah yang digunakan bagi Super Max G adalah menggunakan kaedah tiub. Kaedah, teknik dan gambar langkah demi langkah akan saya update pada entri akan datang.

Adakah Super Max-G selamat digunakan?
100% berasaskan bahan organik dan tidak merbahayakan. Tidak menggunakan bahan kimia.

Berapakah harga Super Max-G ?
Untuk saiz 2liter = RM 400 (khidmat nasihat secara percuma)

Salam Jumaat dan Semoga berjumpa lagi :)


Thailand Trip 19-25 Februari 2013

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Rasa lama kali tidak menulis disini. Dan trip kali ini memang saya rasa agak lama, mungkin kerana baru selesai ke Kalimantan sambung ke Thailand pula. Namun alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Sedikit perkongsian ringkas berkenaan dengan program yang kami jalankan di Chiang Rai, Thailand. Mungkin lebih banyak gambar kerana sangat penat nak menaip. Haha.

Walaupun mengikut perancangan awal saya tidak mengikuti program ini, namun atas alasan2 tertentu saya turut menyertainya. Alhamdulilah banyak yang saya perolehi daripada perjalanan kali ini. Benar kata pepatah " Jauh berjalan, luas pengalaman, tambah pengetahuan".

Trip kali ini gabungan daripada Indonesia, Malaysia dan Brunei. Walaupun datang dari tempat yang berbeza, namun alhamdulilah semua berjalan lancar. Berkumpul di Dong Muang Airport dan sambung perjalanan ke stesen bas untuk ke Chiang Rai yang mengambil masa lebih kurang 11 jam. Teksi ke stesen bas 120 baht. (Aminah bijak kena byr 400 baht..ohhh) Bahasa agak menjadi masalah, namun ia bukanlah satu masalah besar kan? Perjalanan harus diteruskan.

Bu Galuh, Adi, Ali, Pak Budi, Pak John dan Pak Rusia ( Saya fotographer)

Dalam bas ke Chiang Rai. 540 baht seorang. Minuman + biskut dan selimut disediakan :)

Tiba di Chiang Rai dalam jam 7 pagi. Mr Witsawa menjemput kami. Orang yang sangat rendah hati dan baik sangat. Next time saya akan buat entri khas buat Mr Witsawa. Hehe. Berjanji entri Witsawa yang di Bali tempoh hari pun masih tak tertulis. Haha.

Semua sudah lapar...bersedia untuk ke restoran halal :)

Dibawa berjalan dulu melihat sekitar kawasan Chiang Rai, kerana hari ini tiada program 

Cik Aminah muka serius sungguh, bincang apa tuh ? Hmmm

Cute kan? Haha

White temple 

Please dont try this at home :P

Lawatan ladang (spesis : crassna )

Penerangan ringkas bersama dengan kumpulan dari Selatan Thailand (Surathani)


Sedikit praktikal kepada yang belum mengetahui teknik bamboo stick 


Having "squirell coffee" at Yadoii, Central Plaza 



Lawatan bersambung ke Nakhon Nayok lebih kurang sejam daripada Bangkok. Melihat tempat penyulingan dan juga ladang. 


Bersama Mr Thomas dari Siamtree


Perkongsian ringkas sahaja. Nampak macam banyak aktiviti santai kan? Nak timba ilmu tak boleh stress2, kena gembira selalu. Ok, esok-esok saya update maklumat yang lebih berinformasi ya.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Mr Witsawa dan keluarga atas sambutan yang sangat baik.

Selamat Malam semua :)

Teaser

0

Labels:


Nantikan kemunculan produk daripada Gaharu Lestari Resources pada 28 Februari 2013 selepas pulang dari program di Chiang Rai, Thailand.


Laporan Kalimantan - Jakarta - Lampung - Bogor

0

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua,

Alhamdulilah, selamat sampai ke Kuala Lumpur pukul 10.30 pagi tadi (13 Februari 2013). Perjalanan yang agak panjang kali ini dan tidak dapat dinafikan memang sangat penat. Tambah-tambah bila sampai dirumah dan berehat, kepenatan tu makin bertambah. Rasa malas dan ingin tidur sokmo (walaupun sepanjang perjalanan saya mmg asyik tidur naik flight, kereta, train, feri semua boleh je saya tidur)...Hehe.

5 Februari 2013

Tiba di Pekan Baru pada jam 4.30pm. Cuaca sangat sejuk dan hujan turun dengan lebat sekali. Perjalanan dari KL-PKU juga sangat mendebarkan kerana hujan. Sampai pula ada sedikit masalah kereta jadi perjalanan sedikit tergendala, tapi alhamdulilah selamat tiba di rumah Datuk saya pada jam 5.30pm selepas menjamu selera makanan padang. Emak saya memang berasal dari Pekan Baru, jadi setiap kali ke sini macam balik kampung la kan. Ada datuk, ibu saudara dan sepupu2 :)

Datuk risau cucu dia ni aktif sangat ke sana sini. Saya pujuk datuk supaya sentiasa doakan cucunya ni selamat dan dilindungi walau dimana jua berada. Saya bukan pergi bercuti suka-suka, saya pergi mencari ilmu dan pengalaman, menambah kenalan dalam bidang gaharu.


6 Februari 2013

Sambung perjalanan seawal 6.30 pagi ke Banjarmasin. Transit di Jakarta selama 2 jam sebelum menyambung perjalanan ke Banjarmasin. Sampai dalam 1.30 pm. Di jemput oleh Pak Muhiddin di Lapangan Terbang. Sampai di Banjarbaru berjumpa dengan Bu Galuh dan anaknya. Alhamdulilah. Perancangan pertama tercapai iaitu ke Kalimantan. Kawasan di Kalimatan Selatan. Kami hanya berbincang berkenaan gaharu secara santai. Macam dah lama tak jumpa dan macam dah kenal lama. Sedangkan saya sendiri pernah berjumpa dengan Bu Galuh pada seminar di Bali tempoh hari sahaja. Kami juga jarang berhubung, hanya SMS sekali sekala. Alhamdulilah, silaturahim ini berpanjangan.

*Pak Muhiddin (berbaju biru) berpengalaman luas dalam bidang gaharu yang liar dan juga penanaman :)



7 - 9 Februari 2013

Bertolak seawal 7.30 pagi ke Balangan, Batu Mandi. Perjalanan lebih kurang 4 jam menaiki kereta. Berhenti sekali sekala makan makanan tempatan. Memang sangat best. Saya pula semua makan, semua sedap sahaja. Haha. Sampai di Balangan dalam jam 2.30pm, selepas solat keluar melawat pokok-pokok gaharu yang telah disuntik dikawasan berhampiran. Juga melawat pokok-pokok yang ditanam dikawasan ini. Spesis tempatan dan utama ialah spesis A.microcarpa. Pokok-pokok liar juga masih banyak dikawasan ladang-ladang getah di kawasan ini. Jadi Bu Galuh menggalakkan penanaman gaharu dikalangan masyarakat disini. Buat praktikal suntikan pokok gaharu.



*Hadiah Anugerah KALPATARU 2012 Bu Galuh Saly :)

*Jalan-jalan di pasar 

*Pokok gaharu yang telah disuntik sejak 2002 bagi tujuan kajian. Pokok yang memberikan kesan positif pembentukan gaharu akan berlaku penyusutan diameter.

*Pokok yang disuntik dilabel agar proses pengambilan data lebih tersusun :)

*Pemilihan anak liar daripada ibu pokok yang berkuliti. Penghasilan untuk setiap ibu pokok adalah 20,000 atau lebih. Pemeliharaan ibu pokok adalah penting bagi kelangsungan penghasilan anak pokok yang berkualiti.

* Bu Gauh walaupun usia sudah 65 tahun namun masih aktif dan semangat kalah saya. Malu dan nangis sebab muda-muda pun tak dapat nak fit macam Bu Galuh :(




Perjalanan pulang dari Balangan ke Banjarbaru. Singgah di Barabai untuk melawat ladang gaharu yang ditanam dan berusia dalam 8 tahun. Namun kerana cuaca yang hujan kami tidak dapat pergi ke ladang gaharu tersebut. Pasantren Al-Hidayah seluas 23 hektar. InsyaAllah akan datang semula bagi tujuan suntikan inokulan.

10 Februari 2013

Sambung perjalanan ke Jakarta dari Banjarbaru. Sampai awal dan kami bertiga (Saya, Pak Budi -Gaharu Plaza dan Bu Galuh- Gaharu Persada) terus ke Tanahabg dulu untuk shopping2. Bas kami ke Lampung jam 8 malam jadi kami berehat dan membeli belah dahulu. Saya la tu yang membeli belah. Tapi tak delah shopping sangat sebab tujuan datang sini pun sebab lain kan? Saya kena berhemat di rantauan, sebab tak tahu apa yang mungkin berlaku dan kecemasan.

Perjalanan kali ini semua jenis pengangkutan saya dapat rasai bas, kerata, bajaj, keretapi kelas 1 dan ekonomi, feri dan angkut. Flight pun Garuda, Lion, Mandala dan Airasia. Pakat borong semua. Jika sebelum ini, saya di Pekan Baru, mak cik saya sangat protektif dan tidak membenarkan saya keluar menggunakan pengangkutan awam. Beliau risau. Tapi kali ini saya dapat rasai, terima kasih kepada "tourist guide" saya Gaharu Plaza dan Gaharu Persada :)

Jam 8 malam kami bertolak ke Lampung bagi urusan pembelian gaharu. Dari jam 8 malam sampai di Lampung jam 4 pagi. Sakit pinggang saya. Mengalahkan orang tua.

11 Februari 2013

Meninjau kawasan di Lampung. Penanaman gaharu, penjualan bibit. Rancangan awal untuk pembelian gaharu tertunda kerana salah komunikasi. Pihak yang ingin menjual datang terlalu lewat yang pada awalnya ingin datang pagi tapi sampai ke lewat petang kami menunggu baru tiba. Jadi perbincangan agak terbatas dan mungkin akan berbincang dilain masa kerana kami perlu bergegas ke stesen untuk ke Jakarta semula kerana telah membuat temujanji ke Kilang minyak gaharu di Bogor. Agak kecewa kerana beberapa program tergendala kerana masalah yang tidak menepati masa ini. Tapi itulah cabaran kan??

12 Februari 2013

Sampai di Jakarta dalm 10.30, feri tergendala sehingga 4 jam. Hmmm, memang sakan saya tidur dalam feri. Haha. Terus bergegas membeli tiket train ke Bogor. Sudah tengahri juga baru sampai ke Bogor dan ke tempat yang direncanakan. Setelah berbincang dan atas kekangan masa, kami juga tidak dapat berbincang lanjut. InsyaAllah, segala urusan nanti akan dilanjutkan perbincangan menggunakan email. Juga berjumpa dengan beberapa pengusaha dan penanam kecil.


*spesis gyrinops yang banyak ditanam di sekitar kawasan kilang

Sekian sudah laporan ringkas lawatan saya kali ini.

Ok, saya penat tapi masih juga didepan laptop cari semangat nak buat kerja. Saya kena siapkan kerja dengan pantas sebelum trip ke Chang Rai, Thailand 19-25 Feb ini. Ya Allah, permudahkan segala urusan hambamu ini.

Terima kasih atas persahabatan dan juga hubungan yang terjalin ini. Semoga dapat berurusan lagi dimasa hadapan.


Ok, bye semua :)

Aminah Saad

Kalimantan Trip

0

Labels:


 
 Salam dari Kalimantan :)
*Blog akan diupdate nanti okeh

Jemputan sebagai ahli PENGHARUM

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga dalam keredhaan Allah atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Buat kesekian kalinya, saya meuar-uarkan kepada semua penanam gaharu, pengusaha gaharu, yang berminat gaharu, pengilang dan siapa yang berkaitan dengan gaharu untuk menjadi ahli PENGHARUM. Penglibatan anda sebagai ahli PENGHARUM adalah penting bagi merealisasikan dan memartabatkan industri gaharu di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF PENGHARUM (Persatuan Pengusaha Gaharu Bumiputera Malaysia)

Objektif Am

1. Memastikan perdagangan gaharu terus menyumbang kepada sosioekonomi Negara.
2. Menjamin Malaysia terus dan tetap unggul sebagai salah sebuah pengeluar gaharu di pasaran antarabangsa.

Objektif Khusus

1. Menjaga kepentingan pengusaha-pengusaha gaharu bumiputera dalam bersaing didalam mahupun di luar Negara.
2. Menyemaikan perasaan berpersatuan serta meningkatkan semangat dikalangan pengusaha gaharu bumiputera.

Segala aktiviti yang dijalankan akan dikemaskini dari masa ke semasa kerana jawatankuasa baru aktiviti telah ditubuhkan dan maklumat yang penuh akan dimaklumkan. Laman web pengharum yang baru akan dimaklumkan kepada semua.

Untuk pendaftaran keahlian

a) Ahli Seumur Hidup 
Yuran Pendaftaran RM 50
Yuran seumur hidup RM 1000

b) Ahli Biasa
Yuran Pendaftaran RM 50
Yuran Tahunan RM 30

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Presiden Persatuan Dato Dahlan Taha ditalian 0192882669 atau email kepada saya di [aminah.mdsaad@gmail.com].

Yang Benar,

Aminah Saad
Setiausaha PENGHARUM 2013/14


Saiz Pokok untuk Suntikan

0

Labels:

Assalamualaikum dan semua,

Semoga anda dalam keadaan sihat sejahtera. Pada ketika ini mungkin saya sedang berada di Kalimantan. Saya sengaja tulis entri siap-siap dan set masa untuk dipublish di blog ini. Saya sedang membaca "Proceeding of Gaharu Workshop", jadi rasa ingin tulis sesuatu. Kalau publish sekarang, sedangkan semalam baru publish entri baru. Eh rajin sungguh saya update blog sekarang :)

Ok, hari ini jom kita belajar matematik. Letak calculator sebelah untuk sama-sama kita buat kira-kira :)

Pertamanya, pokok gaharu boleh mula diinokulasi seawal tahun ke-5 atau apabila diameter pokok telah mencapai 15cm. Jika pada usia 3 tahun, anda sudah ingin membuat suntikan tiada masalah. Cuma dicadangkan pada usia 5 tahun dan ketika diameter telah mencapai 15cm adalah lebih baik. Pokok tidak terlalu muda. Kaedah suntikan terpulang pada anda. Namun begitu, jika anda ingin menginokulasi pokok yang muda, buatkan secara berperingkat. Jangan terus memberikan stress yang terlalu tinggi kepada pokok, jika pokok tidak dapat bertahan bukan setakat ia tidak membentuk gaharu malah mungkin menyebabkan kematian pokok.


Daripada rajah di atas, anda bolehlah mengukur saiz pokok anda dan memulakan proses inokulasi. Jika pokok masih muda, buat secara berperingkat. Selepas 6 bulan atau 12 bulan, anda boleh menambah kuantiti inokulan yang digunakan. Daripada saiz yang diberikan ini menunjukkan pertumbuhan pokok gaharu setahun adalah 3cm/tahun.

Cara pengiraan (MAI) = diameter/tahun
                                   = 15cm/ 5 tahun
                                   = 3cm/tahun atau 1.18inch/tahun

Jika pokok anda terbantut, proses ini mungkin menjadi lebih lambat. Jadi anda perlu membuat satu pelan bagi pokok-pokok yang sihat, terbantut dan yang perlu diganti. Dengan perancangan ini, anda dapat membuat satu jadual tuaian kelak. Lebih memudahkan anda untuk membuat perancangan kewangan yang diperlukan dan yang boleh dijana mengikut masa. Pihak Gaharu Lestari Resources ada juga menjalankan percubaan inokulasi terhadap pokok ladang berusia 3 tahun dengan diameter 11cm (kurang daripada yang dicadangkan iaitu 15cm). Ini adalah sebagai ujikaji yang dilakukan bagi meilhat kesan kepada pembentukan teras gaharu tersebut di masa akan datang. Tempoh suntikan dipercepatkan namun tempoh tuaian hasil dilambatkan. Ia memberikan tempoh masa yang panjang kepada pokok untuk membentuk gaharu.

*pokok yang tidak dilakukan pruning pada peringkat awal. Daun lebat dan berat membuatkan pokok mudah tumbang. 


Ok, hasil yang boleh dijana bagi setiap pokok nanti kita sambung lagi. 

Selamat membaca dan Jumpa lagi :)

p/s : Doakan perjalanan saya dipermudahkan dan sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T



Salam Perantauan (budget jauh dari kampung halaman..haha) --> tak kesampaian nak study sampai oversea kalau tak boleh buat salam perantauan bila time hari raya :)

Aminah Saad


Penentuan Kualiti Gaharu

0

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat malam,

Orang dah tidur, saya masih berjaga. Tapi saya tahu masih ramai yang belum tidur atas sebab tugasan yang masih belum selesai.

Ya saya menulis ini dimalam hari bila mata sudah mengantuk tapi masih tidak boleh tidur sebab banyak kerja jadi saya merehatkan diri dengan menulis di blog ini. Ok, sambil saya membaca satu laporan CITES berkenaan perdangan gaharu di UAE, terdapat beberapa kriteria mereka dalam menentukan kualiti gaharu. Kepada yang sudah mengetahui, anggaplah ia sebagai "refreshment" ya. Saya berkongsi kepada mereka yang sering bertanya bagaimana menentukan kualiti gaharu, terlalu subjektif kerana ia terletak pada pembeli itu sendiri. Kita kata ia Gred A, belum tentu ia Gred A bagi pembeli. Gred bukanlah satu isu yang penting, yang penting ialah kita memberikan barang yang disukai oleh pembeli. Bukan syok sendiri cakap Gred A tetapi tidak berjaya dijual ke mana-mana :)

Jual apa yang pelanggan mahukan, bukan apa yang kita suka. Ok, berbalik kepada tajuk kita pada hari ini. Kaedah penentuan kualiti gaharu yang ditetapkan bagi Negara Arab ialah :


Sumber : Google


1) Aroma - aroma adalah berbeza bergantung kepada pelanggan yang menghidunya. Point ini bagi saya sangat complicated untuk kita menentukan harga bagi aroma gaharu yang kita ada. Kita bau dah OK tapi jika pelanggan kata tidak OK so terpaksalah kita mencari pelanggan yang lain. Namun begitu, aroma ini berkait rapat dengan kadar resin yang terdapat pada gaharu (gred gaharu kita tentukan dengan kandungan resin) jadi mungkin gred-gred yang saya kongsikan sebelum ini boleh dijadikan satu panduan. Negara pengeluar gaharu tersebut juga memainkan peranan penting. Bagi pengusaha yang telah berpuluh tahun berkecimpung dalam industri gaharu ini, bau yang dihasilkan mampu dikaitkan dengan negara pengeluar tersebut.

2) Negara asal gaharu - Seperti yang saya nyatakan dalam point pertama, negara pengeluar mempengaruhi kualiti gaharu yang dihasilkan. Negara mengikut keutamaan bagi UAE ialah :

a. India    b. Cambodia  c. Malaysia  d. Laos  e. Myanmar   f. Indonesia

Kita berada ditangga ketiga bagi pasaran UAE, not bad ya ??? Tetapi jika kita merujuk semula kepada data perdagangan daripada India, India merupakan Negara pengeksport semula gaharu-gaharu yang di import daripada Malaysia. Hmmm, mungkin status perdagangan India yang sangat diyakini dan mempunyai nama yang kukuh di pasaran UAE maka hasil-hasil gaharu dari India mendapat perhatian tinggi. Mungkin jika kita mampu berusaha lebih, kita mampu menyaingi India dan Cambodia..Nothing Imposibble kan?

3) Tempoh bau - tempoh bau yang mampu bertahan lama adalah antara kualiti yang dicari oleh para pembeli dan pengusaha daripada UAE. Gaharu yang dibakar dapat memberikan aroma yang berterusan dan menyenangkan. Bagi bau yang boleh bertahan dalam tempoh 3 hari adalah antara yang berkualiti tinggi.

4) Warna gaharu - semakin gelap warna gaharu tersebut, maka ia lagi disukai. Oleh sebab itu, terdapat sesetengah pihak yang menambahkan warna pada kepingan-kepingan gaharu bagi meningkatkan harganya. Tambahan dengan kesukaran mendapatkan gaharu berkualiti yang hitam solid warnya :)

5) Ketebalan dan Saiz gaharu - saiz dan ketebalan gaharu tidak menjadi faktor utama penentuan kualiti gaharu yang dicari. Ia bergantung kepada keperluan pelanggan. Pelanggan yang mempunyai satu majlis khas atau akan menerima tetamu yang istimewa lebih cenderung untuk membeli gaharu yang bersaiz besar dan tebal. Apabila dibakar dalam majlis ia akan lebih bertahan. Berbanding dengan saiz yang kecil, digunakan untuk kegunaan harian bagi mewangikan rumah.

Ok, setakat ini perkongsian hari ini. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda :)

Aminah Saad