Penentuan Kualiti Gaharu

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat malam,

Orang dah tidur, saya masih berjaga. Tapi saya tahu masih ramai yang belum tidur atas sebab tugasan yang masih belum selesai.

Ya saya menulis ini dimalam hari bila mata sudah mengantuk tapi masih tidak boleh tidur sebab banyak kerja jadi saya merehatkan diri dengan menulis di blog ini. Ok, sambil saya membaca satu laporan CITES berkenaan perdangan gaharu di UAE, terdapat beberapa kriteria mereka dalam menentukan kualiti gaharu. Kepada yang sudah mengetahui, anggaplah ia sebagai "refreshment" ya. Saya berkongsi kepada mereka yang sering bertanya bagaimana menentukan kualiti gaharu, terlalu subjektif kerana ia terletak pada pembeli itu sendiri. Kita kata ia Gred A, belum tentu ia Gred A bagi pembeli. Gred bukanlah satu isu yang penting, yang penting ialah kita memberikan barang yang disukai oleh pembeli. Bukan syok sendiri cakap Gred A tetapi tidak berjaya dijual ke mana-mana :)

Jual apa yang pelanggan mahukan, bukan apa yang kita suka. Ok, berbalik kepada tajuk kita pada hari ini. Kaedah penentuan kualiti gaharu yang ditetapkan bagi Negara Arab ialah :


Sumber : Google


1) Aroma - aroma adalah berbeza bergantung kepada pelanggan yang menghidunya. Point ini bagi saya sangat complicated untuk kita menentukan harga bagi aroma gaharu yang kita ada. Kita bau dah OK tapi jika pelanggan kata tidak OK so terpaksalah kita mencari pelanggan yang lain. Namun begitu, aroma ini berkait rapat dengan kadar resin yang terdapat pada gaharu (gred gaharu kita tentukan dengan kandungan resin) jadi mungkin gred-gred yang saya kongsikan sebelum ini boleh dijadikan satu panduan. Negara pengeluar gaharu tersebut juga memainkan peranan penting. Bagi pengusaha yang telah berpuluh tahun berkecimpung dalam industri gaharu ini, bau yang dihasilkan mampu dikaitkan dengan negara pengeluar tersebut.

2) Negara asal gaharu - Seperti yang saya nyatakan dalam point pertama, negara pengeluar mempengaruhi kualiti gaharu yang dihasilkan. Negara mengikut keutamaan bagi UAE ialah :

a. India    b. Cambodia  c. Malaysia  d. Laos  e. Myanmar   f. Indonesia

Kita berada ditangga ketiga bagi pasaran UAE, not bad ya ??? Tetapi jika kita merujuk semula kepada data perdagangan daripada India, India merupakan Negara pengeksport semula gaharu-gaharu yang di import daripada Malaysia. Hmmm, mungkin status perdagangan India yang sangat diyakini dan mempunyai nama yang kukuh di pasaran UAE maka hasil-hasil gaharu dari India mendapat perhatian tinggi. Mungkin jika kita mampu berusaha lebih, kita mampu menyaingi India dan Cambodia..Nothing Imposibble kan?

3) Tempoh bau - tempoh bau yang mampu bertahan lama adalah antara kualiti yang dicari oleh para pembeli dan pengusaha daripada UAE. Gaharu yang dibakar dapat memberikan aroma yang berterusan dan menyenangkan. Bagi bau yang boleh bertahan dalam tempoh 3 hari adalah antara yang berkualiti tinggi.

4) Warna gaharu - semakin gelap warna gaharu tersebut, maka ia lagi disukai. Oleh sebab itu, terdapat sesetengah pihak yang menambahkan warna pada kepingan-kepingan gaharu bagi meningkatkan harganya. Tambahan dengan kesukaran mendapatkan gaharu berkualiti yang hitam solid warnya :)

5) Ketebalan dan Saiz gaharu - saiz dan ketebalan gaharu tidak menjadi faktor utama penentuan kualiti gaharu yang dicari. Ia bergantung kepada keperluan pelanggan. Pelanggan yang mempunyai satu majlis khas atau akan menerima tetamu yang istimewa lebih cenderung untuk membeli gaharu yang bersaiz besar dan tebal. Apabila dibakar dalam majlis ia akan lebih bertahan. Berbanding dengan saiz yang kecil, digunakan untuk kegunaan harian bagi mewangikan rumah.

Ok, setakat ini perkongsian hari ini. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda :)

Aminah Saad

Comments (0)

Post a Comment