Fasiliti Pembangunan Produk

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

Masa berlalu begitu cepat. Rasanya baru hari jumaat, sudah bertemu semula hari Jumaat. Dengan kerja yang semakin bertambah, saya selalu rasa masa tidak cukup. Sedangkan Allah dah beri semuanya 24 jam sehari. Tiada yang lebih, tiada yang kurang. Jika kita rasa tidak cukup waktu, pasti kitalah yang bersalah kepada tidak dapat menguruskan masa dengan baik, atau dengan kata lain tidak dapat menguruskan diri dengan baik. Kehidupan perlu seimbang, untuk beribadah, untuk perniagaan dan juga untuk keluarga dan kawan-kawan disekeliling.

Ok, pagi ini saya ambil masa sedikit untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan fasiliti yang disediakan oleh Technology Park Malaysia, Raub bagi membantu para pengusaha yang ingin memulakan pembangunan produk sendiri. Jika anda tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membina kilang, anda boleh bekerjasama dengan pihak TPM bagi membangunkan produk anda sendiri, jenama anda sendiri. Terpulang kepada anda. Namun pastikan anda mempunyai perancangan pemasaran yang teliti dan kuat sebelum anda meneruskan untuk pembangunan produk. Banyak produk yang terhasil tetapi tidak dapat dipasarkan kerana kelemahan dari faktor pemasaran.



Saya bukan pakar pemasaran, jadi sy juga tidak dapat mengulas lanjut hal ini. Kerana saya telah berjumpa beberapa rakan yang telah membangunkan produk tetapi akhirnya tidak dapat dijual dan projek menemui kegagalan. Jadi pada pendapat saya buat permulaan, jika kita daripada syarikat yang kecil dimana pengurusan kewangan perlu diurus dengan bijak, cthnya pihak TPM membangunkan produk anda, gunakan sampel yang ada untuk membuat pemasaran. Produktiviti pula dibuat bergantung kepada permintaan. Anda tidak perlu maintainance kilang kerana ketika produk masih ada, walaupun kilang tidak beroperasi anda tidak perlu membayar pekerja, pengurusan kilang dan sebagainya. Jika anda syarikat yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh pun, lebih baik bermula secara berskala kecil dulu, apabila pasaran sudah kukuh anda boleh membuat kilang anda sendiri :)

Saya selalu ingat kata-kata ini " Start small, Finish Big "

Ok berbalik kepada tajuk utama kita. Jika anda ingin membangunkan produk anda boleh mendapatkan konsultansi daripada pihak TPM. Saya dimaklumkan produk utama yang dihasilkan adalah jenis-jenis minuman. Walaupun kelak, anda ingin membangunkan produk lain yang bukan gaharu, mereka juga menyediakan perkhidmatan tersebut.


Kelengkapan yang terdapat di TPM, Raub

Bersama usahawan berjaya, saya kena ikut jejak langkah mereka ni ( En Jamar - Agarwood Biotech Expert, Pak Budi - Gaharu Plaza)


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan pegawai TPM yang menguruskan hal ini iaitu En Tariq. Anda akan mendapat maklumat yang lebih lengkap daripada mereka, insyaAllah.

Secara ringkas proses pembangunan produk di TPM ;

1) Anda perlu menghantar sampel bagi melalui analisis ( Heavy metal dan mikrob)
2) Jika sampel yang dihantar lulus daripada analisis yang dijalankan anda boleh berbincang lanjut untuk produk yang ingin dibangunkan.
3) Proses permohonan lesen tertentu yang diperlukan bagi pembangunan produk akan diuruskan semuanya oleh pihak TPM (proses yang agak panjang).
4) Packaging bagi produk disediakan oleh pengusaha sendiri.



Selain itu, salah seorang pengusaha yang saya kenali daripada seminar ini juga ada menawarkan perkhidmatan seperti ini. Beliau juga telah mempunyai semua kelengkapan yang diperlukan namun begitu ia dijalankan hanya untuk kapasiti yang besar. Jika anda buat dalam kuantiti yang kecil, agak merugikan kerana kapasiti mesin-mesin yang terdapat disini adalah besar. InsyaAllah, pada entri yang lain saya akan menulis lebih banyak berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini.


Akhir kata,

Selamat Maju Jaya dalam setiap usaha yang dijalankan :)


Aminah Saad

Comments (0)

Post a Comment