Gred Gaharu

Labels:

Assalamualaikum dan Salam hari minggu,

Pasti ramai yang sedang bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga. Kepada yang bekerja, selamat bekerja. Saya sedang bercuti sambil bekerja :)

Ok, pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit berkenaan dengan harga gaharu berdasarkan gred. Walaupun tiada satu gred khusus bagi gaharu, namun kita boleh jadikan ia sebagai rujukan. Kepada penjual gaharu dan pembeli gaharu. Sumber rujukan bagi gred gaharu ini saya ambil daripada Buku Gaharu Khazanah Komoditi yang ditulis oleh En Ismail daripada UPM.






Jika anda menjual kepada end-user maka anda bolehlah menggunakan harga gred seperti di atas. Namun begitu, jika anda menjual kepada orang tengah pastilah harganya tidak sama seperti di atas. Mungkin anda perlu tolak 30-60% handling cost. Bergantung kepada siapa anda berurusan. Saya begitu yakin bahawa kos pemasaran adalah amat tinggi. Tambahan ia melibatkan pasaran antarabangsa. Proses urusniaga yang dilakukan pasti melibatkan banyak kos terutamanya travelling kos.

Bagi Gaharu Lestari Resources, buat masa sekarang kami memperuntukan bagi tujuan pembelian kayu racik bagi tujuan penyulingan minyak. Harga adalah seperti yang dinyatakan diatas namun pembelian selalunya pada harga RM6/kilo. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Moga entri ini dapat menjadi panduan buat anda. Opsss lupa, satu lagi kaedah menentukan gred gaharu berdasarkan kadar tenggelam gaharu tersebut (berkaitan dengan ketumpatan).



Ikhlas,
Aminah Saad

Comments (4)

Terima kasih Puan Aminah Saad atas panduan yg diberi. Inshaa Allah usah Puan dibalas Allah dengan berlipat ganda keberkatan

Sama-sama. Semoga dapat dijadikan panduan dalam menentukan harga gaharu yang terdapat di pasaran. Walaupun gred sentiasa berubah dari masa ke semasa, namun buat masa ini gred ini boleh digunakan.

Terima kasih :)

KAMI MENJUAL 1200 POHON GHARU UMUR 14 TAHUN HARGA RP. 1,5 JUTA/ POHON LOKASI KALIMANTAN TIMUR HUB 085222440659 / ANTO_BUNYU@YAHOO.COM

kami ada menjual pokok gaharu tumbuh sendiri dari hutan. usia lebih 20 tahun. harga akan dibincang bersama2. berat satu pokok mencecah 5 tan. pokok boleh dapat lebih kalau betul2 nak cari. boleh whatsup/mcg 0127627639(abu).

Post a Comment