Semoga Keadaan Sejahtera :)

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua? Mungkin ramai yang dalam keadaan yang tidak berapa sihat memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu ditambah dengan keadaan jerebu pada tahap yang agak membimbangkan. Saya juga tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini.  Walaupun dalam keadaan yang tidak menentu ini, saya berharap agar menjelang tarikh seminar kita pada 29, 30hb Jun 2013 ini keadaan akan menjadi seperti sedia kala. InshaAllah.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Lahir" buat Tuan Pengurus Pengeluaran saya, Ridzuan Bin Md Saad yang banyak membantu saya sejak akhir-akhir ini. Semoga panjang umur, di murahkan rezeki dan berjaya dalam kerjaya yang sedang dibina.


Walaupun banyak cabaran dan dugaan, jangan mudah mengalah ya. Allah sedang menguji kita. Akhir kata, jumpa di Pekan Baru ya 29-30hb Jun 2013 ini :)


Yang Benar,
Aminah Saad

Pembicara Seminar Cara Cepat & Tepat Berkebun Gaharu Emas

1

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Agak lama rasanya saya tidak menulis entri di blog ini. Agak sibuk dengan beberapa urusan berkaitan dengan seminar cara cepat dan tepat berkebun gaharu, dengan sibuk untuk menghantar laporan study, perbincangan dengan beberapa pihak berkaitan gaharu, kenduri kendara semuanya dalam bulan ini. Tu yang agak kelam kabut sedikit.

Walaupun tarikh pendaftaran telah ditutup bagi seminar cara cepat dan tepat berkebun gaharu emas, tetapi masih ada juga yang ingin membuat pendaftaran. Kami agak fleksibel dan masih menerima pendaftaran.

Perkongsian sedikit daripada Facebook - Gaharu Plaza

1) Perkongsian Baru : Baja Perangsang Pembentukan Resin Gaharu " HALIGROW BOOSTER" khusus dirancang oleh Proffesor dari USA.



2) Formulasi Edisi Baru : Bamboo Satay Stick oleh Witsawa (Thailand)




3) Pengasas Inokulan Gaharu Biotech (IGB) En Jamar ( Malaysia)



4) Penulis buku " Gaharu Khazanah Komoditi" Encik Ismail


5) Pemenang Kalpataru Indonesia 


Kenali juga dengan ramai rakan-rakan baru peserta yang akan menyertai seminar ini nanti. InshaAllah, ia amat berbaloi. InshaAllah saya akan berada di Pekan Baru dari 26 Jun 2013 sehingga 2 Julai 2013.

Jumpa di sana :)

Aminah Saad

Siaran Ulangan

0

Labels:

Assalamualaikum semua,

Apabila membelek dan membaca semula buku/bahan-bahan rujukan berkaitan gaharu ternyata ia memberikan kesan yang berbeza. Buku yang saya baca tiga tahun dahulu, apabila saya ulang semula ternyata begitu banyak ilmu-ilmu baru yang diperolehi. Kadang-kadang rasa macam tak pernah pula jumpa maklumat penting tersebut dalam buku yang dibaca.

Adakah memang tidak perasan atau ketika itu tidak dapat mencerna ilmu dengan lebih baik?

Begitu juga dengan buku-buku motivasi yang sudah berulang kali dibaca. Setiap kali dibaca pasti ada perkara baru yang diperolehi. Antara buku yang kerap saya ulang baca apabila dalam keadaan mood yang tidak baik ialah "Dare To Fail" oleh Billi Lim . Ini buku yang sangat memberikan kesan jika saya membacanya. Kalau buku versi BM saya suka mengulang baca buku "Jutawan Senyap" dari Chef Li. Sangat memberikan inspirasi. Ye, perjalanan saya masih jauh. Perjalanan yang penuh dengan cabaran. Saya perlu kuat dan mampu memberikan motivasi kepada diri sendiri.


Pernah tak anda rasa  "give up" pada sesuatu perkara yang penting dalam hidup anda?

Haha..Saya memang selalu rasa begitu. Nasib baik saya ada begitu ramai insan-insan sekeliling yang begitu memberikan semangat dan motivasi kepada saya. Kepada yang mengenali saya secara rapat, selalu rasa saya seorang yang sangat bersemangat. Tapi sebenarnya saya yang mengambil semangat daripada mereka. Biasalah hidup UP and Down. Alhamdulilah, saya cepat recover bila dalam keadaan yang sangat "negative". 

Tetapi manusia tidak dapat menyelesaikan masalah kita pun. Sebagai umat Islam, mengadulah pada Yang Esa, Yang Maha Mengetahui. Dia akan sentiasa ada untuk kita. Serahkan segalanya pada Yang Maha Kuasa. InshaAllah, masalah kita akan selesai. Yakin. 




Aminah Saad


Tarikh Tutup Pendaftaran 15 Jun 2013

0

Labels:

Untuk pengetahuan semua,

Tarikh tutup pendaftaran bagi "Seminar Cara Cepat dan Tepat Berkebun Gaharu Emas" di Pekan Baru, Indonesia akan tutup pada 15 Jun 2013.


*klik pada gambar untuk paparan lebih jelas :)

Terima kasih.


See you there !!