Assalamualaikum semua,
Apabila membelek dan membaca semula buku/bahan-bahan rujukan berkaitan gaharu ternyata ia memberikan kesan yang berbeza. Buku yang saya baca tiga tahun dahulu, apabila saya ulang semula ternyata begitu banyak ilmu-ilmu baru yang diperolehi. Kadang-kadang rasa macam tak pernah pula jumpa maklumat penting tersebut dalam buku yang dibaca.
Adakah memang tidak perasan atau ketika itu tidak dapat mencerna ilmu dengan lebih baik?
Begitu juga dengan buku-buku motivasi yang sudah berulang kali dibaca. Setiap kali dibaca pasti ada perkara baru yang diperolehi. Antara buku yang kerap saya ulang baca apabila dalam keadaan mood yang tidak baik ialah "Dare To Fail" oleh Billi Lim . Ini buku yang sangat memberikan kesan jika saya membacanya. Kalau buku versi BM saya suka mengulang baca buku "Jutawan Senyap" dari Chef Li. Sangat memberikan inspirasi. Ye, perjalanan saya masih jauh. Perjalanan yang penuh dengan cabaran. Saya perlu kuat dan mampu memberikan motivasi kepada diri sendiri.

Pernah tak anda rasa "give up" pada sesuatu perkara yang penting dalam hidup anda?
Haha..Saya memang selalu rasa begitu. Nasib baik saya ada begitu ramai insan-insan sekeliling yang begitu memberikan semangat dan motivasi kepada saya. Kepada yang mengenali saya secara rapat, selalu rasa saya seorang yang sangat bersemangat. Tapi sebenarnya saya yang mengambil semangat daripada mereka. Biasalah hidup UP and Down. Alhamdulilah, saya cepat recover bila dalam keadaan yang sangat "negative".
Tetapi manusia tidak dapat menyelesaikan masalah kita pun. Sebagai umat Islam, mengadulah pada Yang Esa, Yang Maha Mengetahui. Dia akan sentiasa ada untuk kita. Serahkan segalanya pada Yang Maha Kuasa. InshaAllah, masalah kita akan selesai. Yakin.
Aminah Saad
Comments (0)
Post a Comment