Siapa Pembeli Kayu Gaharu?

0

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Dimudahkan segala urusan dan diberkati atas setiap langkah yang diatur. Kembali kepada tajuk entri pada hari ini, ini adalah antara soalan yang sangat sering ditanyakan oleh penanam pokok Gaharu iaitu Siapakah Pembeli Kayu Gaharu ini? Dimana nak jumpa Pembeli Kayu Gaharu ini? 


Tak susah mencari pembeli tetapi yang sukar ialah mencari pembeli yang boleh membeli pada harga yang kita ingini. Hihi. Tambahan kayu yang dihasilkan daripada kaedah suntikan sering kali mendapat pandangan yang agak "rendah" dibandingkan dengan kayu alami. Ye la kn, nak bandingkan proses pembentukan yang mungkin ambil puluhan tahun dengan usia pokok yang sudah tua pastilah menghasilkan hasil yang lebih baik. Namun begitu, dengan pelbagai teknik suntikan dan inokulan yang ada dipasaran ia menjadi suatu yang tidak mustahil lagi. Cubaan demi cubaan para pengkaji inokulan menghasilkan chip gaharu yang semakin baik. Ok, bila sudah dapat chip yang bagus dan minyak yang bagus dekat mana nak jual?

Saya juga sentiasa mencuba untuk mencari pembeli pada harga yang lebih baik. Bila kita dapat menjual pada harga yang lebih baik maka kita dapat membeli pada harga yang lebih baik (mahal). Petani tentu akan lebih tersenyum lebar. Usaha yang dicurahkan rasa lebih berbaloi. Kerana saya juga merasai itu. Menanam, menjaga, gangguan makhluk perosak, angin ribut, kering kontang dan sebagainya bukanlah satu ujian yang kecil. 



Semuanya saling berkaitan untuk mendapatkan satu harga yang akan membuatkan kita tersenyum lebar. Kesabaran, jujur dan istiqamah dalam menjalankan perniagaan ini. Banyak "player" yang sudah hilang dari gelanggang. Mungkin terlalu sibuk atau telah menukar bidang yang lain. Akhirnya, siapa yang masih istiqamah dalam sesuatu bidang maka dia lah yang akan menjadi pemenang. Akan menjadi tumpuan pembeli dengan harga yang bagus. Jika kita seperti chipsmore kejap ada kejap tiada maka pembeli pun tidak yakin dengan keupayaan kita. Ataupun seperti maggi 2 minit dah hbs hilang dari pandangan. Muncul entah dari mana, memberikan cerita yang best2, mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa sendiri yang hanya memandang simbol kekayaan sebagai tanda kejayaan seorang peniaga. Sudah dapat yang dimahukan lesap.

Image result for cute cartoon vampire

Janganlah merosakkan industri ini. Stop being vampire. Jadilah buyer/seller yang betul2 tulen. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bukan awk seorang yang terkena tempiaskan bahkan semua yang berada dalam bidang ini. Ok, nampaknya membebel saya dah terkeluar tajuk. 

Oklah, nak makan dulu. Lapar tu yang merepek tu. Akhir kata, Jangan lupa deh Mesyuarat Agung Tahunan PENGHARUM pada 7 Mei 2016 ini di UPM. 









Pembersihan Kawasan Bagi Penanaman Gaharu

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga semuanya sihat dan ceria memulakan tugasan di hari permulaan minggu ini. Sempena pagi isnin yang cerah berseri ni saya nak tulis berkenaan dengan pembersihan kawasan bagi penanaman Gaharu. Ok, part ni sebenarnya semua jenis tanaman pun kalau kita nak laksanakan maka perlukan kita lakukan pembersihan kawasan terlebih dahulu. Kalau lagi bagus jika kita dapat buat sedikit analisis bagi tanah tersebut. Bukan apa lebih senang jika kita hendak merancang secara lebih terperinci berkenaan sistem pembajaan kelak. Tahu sedikit latar belakang kawasan yang kita akan bangunkan ini, adakah pernah banjir, adakah laluan angin, apakah pokok-pokok yang tumbuh dikawasan ini dan sebagainya. Semua maklumat ini dapat membantu kita membangunkan ladang dengan lebih baik.

Beberapa hari yang lalu, saya ada pergi melawat sebidang tanah milik sebuah syarikat yang berminat untuk membangunkan perladangan gaharu. Kawasan seluas 28 ekar disebelah jalan utama. Tiada sejarah banjir dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Jumlah hujan yang tinggi. Tanah liat berpasir. Tumbuhan sedia ada ialah pokok kelapa. Kawasan pokok kelapa selalunya berhampiran dengan laut dan kebarangkalian tanah di bahagian dalam mempunyai air masin. Oleh yang demikian, sample tanah diambil bagi memastikan kesesuaian tanah tersebut dan juga sebagai rujukan untuk sistem pembajaan kelak. Atau sebarang permasalahan yang mungkin timbul dikemudian hari.


Jom semak beberapa tips memulakan pembersihan kawasan :

1) Musim Panas

Musim panas memang adalah masa yang sangat sesuai untuk melakukan proses pembersihan tanah. Kiranya sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk melakukan proses pembersihan tanah. Jika melakukan proses pembakaran, sila pastikan anda mengawal proses pembakaran tersebut. Jangan bakar dan tinggal kerana musim panas ini boleh menyebabkan api merebak ke kawasan yang tidak sepatutnya. Jentera berat juga mudah melakukan kerja kerana tiada lopak dan selut yang kadang kala menganggu proses pembersihan oleh jentera berat ini. Pilihlah jentera yang bersesuaian dengan kawasan anda. Cas yang dikenakan bergantung kepada keluasan (lumpsum) atau kira berdasarkan jumlah hari.

 



2) Sediakan longkang/parit bagi saliran air

Ketika proses pembersihan dilakukan, inilah masanya juga anda merancang untuk membuat saliran longkang/parit sebagai sistem pengaliran kelak. Minta jentera melakukannya. Jangan buat masa apabila terlupa dan perlu membuatnya dikemudian hari. 

3) Gembur Tanah

Jika kawasan tanah adaalah terlalu padat boleh la juga anda melakukan proses pengemburan selepas proses pembersihan dilakukan. Ini bagi memudahkan proses penanaman kelak dan membantu akar untuk berkembang dengan lebih cepat dan baik. 

4) Sistem Air 


Kenalpasti kaedah pengairan yang akan anda aplikasikan dikawasan tersebut. Adakah anda akan menggali telaga air untuk proses penyiram kelak atau anda menggunakan kaedah dripping/Sprinkler. Jika sumber air adalah sukar mungkin mengorek beberapa telaga air adalah baik bagi menakung air apabila hujan. Dengan keadaan cuaca/musim yang semakin tidak menentu perancangan yang teliti berkaitan proses pengairan ini adalah sangat penting. Musim kemarau mungkin berlarutan lebih lama daripada jangkaan. Jika kaedah ini telah dirancang lebih awal, InshaAllah kadar kerugian akan dapat dikurangkan. 

Oklah, rasanya sampai disini dulu entri pada hari ini. Walaupun entri yang agak sama pernah saya tuliskan diblog ini namun sesekali refresh semula tak salah kan? Hehe. Oklah, sampai sini dulu. Semoga kita semua sentiasa berjaya dalam segala usaha yang sedang dilakukan.

Akhir kata, saya ingin menjemput anda semua ahli atau bukan ahli PENGHARUM untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan 2015 pada 7 Mei 2016 ini. Jom datang bagi memeriahkan suasana. 


Terima Kasih semua kerana membaca posting ini :)