Motivation of the Day

0




Mesyuarat Agung Tahunan PENGHARUM 2017

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, 

Untuk makluman semua Mesyuarat Agung Tahunan PENGHARUM 2017 akan diadakan pada 2 April 2017 bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang bermula jam 10pagi - 1 tengahari. Jemput datang kepada semua ahli dan juga yang berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan Gaharu. 


Jom datang memeriahkan program ini. Sambil bersilaturahim boleh juga tengok-tengok pameran produk-produk Gaharu yang ada. 

Jom bermesyuarat.


Foodex 2017 Chiba, Jepun 7-10 Mac 2017

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Masuk blog dah penuh sawang dah. Dulu cakap orang lain kenapa dah tak aktif blog, Tengok-tengok sekarang saya sendiri pun dah makin kurang kemaskini blog. Ye la rasa macam sangatlah pack tiada masa nak duduk molek ngadap laptop update blog. Hihi. Ok kita terus ke entri hari ni saya nak kongsi sedikit pengalaman di Pameran Foodex d Chiba Jepun pada 7-10 Mac 2017 yang lalu.

Daripada Malaysia yang join dibawah Mision Accelaration ialah 10 buah syarikat dan salah satunya ialah Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd. Walaupun dah banyak kali ke Luar Negara, tetapi ini adalah pengalaman pertama kami join exhibition di Luar Negara. Pameran ini adalah anjuran Matrade dengan kadar bayaran per person ialah RM 800. Pengalaman yang sangat berharga buat saya. Memandangkan ini juga adalah trip pertama saya ke Japan jadi saya ambil keputusan untuk pergi lebih awal dan explore kawasan pameran. Dan disebabkan beli tiket agak lambat jadi kami pergi pada 4hb Mac 2017. Mission adalah berbeza dengan booth kerana kawasan yang terhad dan berkongsi dengan syarikat lain juga.

Saya share semua maklumat ini mungkin ada yang berpeluang untuk join dimasa hadapan dan ada sedikit info berkenaan hal ini.

4hb Mac 2017

Kami bertolak dari KLIA pada jam 10.30 pagi dan seawal 5 pagi kami dah gerak daripada Sungkai sebab takut ada masalah di imigresen. Haha. Sebab hari tu saya ada masalah dengan PTPTN dan takut nama sy masih di blacklist. Alhamdulilah lepas dengan jayanya. Sampai di Narita Airport dalam pukul 5.30 petang lebih kurang.



Kami ambil bas ke Hotel 1000 yen/seorang. Sampai di Hotel memang dah penat dan terus tido. Nasib le hotel memang cantik dan selesa sangat. Saya cari di booking.com kebanyakkan hotel di Chiba agak kecil saiznya, tapi bilik hotel kami sangatlah luas dan selesa pada harga yang lebih murah. Wink wink (aminah gembira dapat harga murah dan berjimat). Daripada awal, kami dah bersedia untuk makanan halal yang agak sukar diperolehi disekitar kawasan ini jadi dah bawa siap-siap bekalan makanan. Tapi di Hotel masih boleh request untuk makanan vegetarian.



Sebenarnnya terpaksa pilih hotel ini sebab hotel-hotel yang berhampiran dengan exhibition hall dah penuh. Daripada hotel ke Makuhari Messe kami perlu ambil 1 train dan 1 bas termasuk jalan kaki sejauh 20 minit sebelum sampai ke exhibition hall. I is so excited but saya faham husband tak berapa sihat sebab baru lepas operation jadi kami perlu bergerak lebih santai. Sebab itu kami decide untuk pergi lebih awal untuk make sure kami boleh arrange masa dengan lebih santai dan sampai pada masa yang ditetapkan. 


5hb Mac 2017

Subuh seawal 4.40pagi. So hari ni misi untuk explore train dan bas. Dan juga ada masa lebih kami terus ke Disneyland Tokyo. Yang ni saya malas la cerita lebih-lebih. Haha. Dah lari dari topik sangat pulak dah kan?




6hb Mac 2017

Pagi ni kami akan setup booth kecil kami dan pada jam 12 tenghari akan ada sedikit briefing daripada pihak Matrade Tokyo. Alhamdulilah disebabkan kami sudah explore train dan bas semalam jadi hari ini berjalan lancar. Walaupun kami sahaja satu satunya syarikat yang stay di hotel yang agak jauh daripada tempat pameran tapi kami sampai yang paling awal.

*Daripada atas hall 8, kesemuanya ada 11 hall. Penat ooo nak round semua

*En husband yang membantu untuk setup booth

Comel tak poster lestarybrand. Hehe. Saya lah yang design last minit sebab dah tak sempat nak minta tolong designer buat dalam jangka waktu yang terhad. Selesai design terus email pada kedai printing. Selesai satu hal. Pada sebelah petang, kami dibawa ke Jusco untuk mendengar penerangan daripada pihak Jusco Tokyo berkaitan peluang memasukkan produk Halal ke Jusco. Mereka sedang mempersiapkan diri bagi Olimpik 2020 yang akan diadakan di Tokyo. Persediaan bagi tourism muslim juga. Nampaknya banyak peluang untuk diteroka di sana. 


*Wakil daripada Matrade Tokyo En Shah dan Mr Kitaro yang menguruskan segala keperluan kami disana. Arigatogozaimasu. 



7hb- 10hb Mac 2017

Hari ini ialah hari pembukaan Foodex 2017. Kami sampai lebih awal untuk lebih bersedia dengan pameran pertama kami ini. Kami sediakan teh gaharu herba untuk sampling rasa. Matrade Tokyo menyediakan kami dengan 4 interpreter yang mana interpreter syarikat Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd ialah Eriko san. Alhamdulilah sangat sangat membantu. Hari pertama lebih kepada saya menerangkan kepada Eriko apakah produk yang kami tawarkan dan kelebihan-kelebihan produk tersebut.

Yang lawaknya poster saya tu tersalah perkataan Jin-kou (agarwood) tetapi ditulis kanten (agar-wood) iaitu sejenis jelly. Pelik sangat kot kan kopi kanten (kopi campur jelly). Orang pelik dan datang tanya. Eriko ada masa untuk explain lebih lanjut apakah produk kami. Mereka sambil gelak-gelak sebab kesilapan tersebut. Saya salahkan google translate. Haha. Tapi tak mengapalah very minor error.



Pada mulanya, sebelum ke Japan saya sangatlah kurang yakin adakah Japan akan menjadi menyukai produk ini. Sebab awalnya saya plan nk ke Gulfood di Dubai tapi tak ada rezeki sebab banyak syarikat yang nak ke Dubai. Saya redha dan ambil peluang ini ke Japan. Allah tahu yang terbaik untuk GLRSB. Sambutan sangatlah baik dan diluar jangkaan saya. Saya rasa sangat happy dengan sambutan tersebut.

Produk utama yang kami bawa ialah Teh Gaharu Herba, Kopi Gaharu, Gaharu Green Tea dan madu kelulut. Kayu gaharu saya bawa sikit sahaja sebagai sample jika ada yang tidak faham apakah itu gaharu.

*Bersama potential buyer dan my interpreter, Eriko


*Sambil melawat dan ambil idea daripada booth lain juga





*Bersama Pn Khairul from DDEC


Alhamdulilah dapat beberapa request daripada setiap produk yang dibawa. InsyaAllah saya cuba follow up untuk close the deal. Jadi atau tidak belakang kira, yang penting kita dh usaha yang sehabis baik. Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sentiasa mendoakan kami. Kami cuba buat yang terbaik untuk semua. Mudah mudahan dalam tahun ini saya akan ke Tokyo lagi untuk berurusniaga disana.


Terima kasih banyak En Husband yang sudi temankan saya ke exhibition ni. Walaupun saya tahu dia sangat sangatlah tak berapa sihat. Terpaksa layan lagi Pn Isteri nak ke Disneyland. Saya sangatlah menghargai segala yang dilakukan layan isteri yang terlebih excited about so many things ni. 


Yang benar,
Aminah Saad