Akhiran dan Awalan

0

Labels:

Assalamualaikum semua,

31 Disember 2011

Penghujung 2011 yang lepas, saya tutup dengan lawatan sempena kajiselidik yang saya jalankan ke tempat penanam gaharu di Selangor. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Zainal dan En Zaini yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan kajiselidik ini. Semoga ia memberikan manfaat untuk generasi akan datang dan juga kepada pembangunan industri gaharu khasnya :)


Bersama dengan En Zainal dan isteri di Kg Sg Serdang, Klang



Bersama dengan En Zaini (kiri) dan juga sahabatnya di Pekan Meru 

Banyak ilmu pengetahuan yang dikongsikan apabila berjumpa dengan orang-orang yang sudah berpengalaman ni. InsyaAllah, dari masa ke semasa saya akan kongsikan ilmu-ilmu baru ini buat pembaca sekalian juga :)

1 Januari 2012 

Perjalanan saya bersambung pada 1 Januari 2012 dengan lawatan ke Rawang berjumpa dengan En Mustafa Sareh yang juga merupakan pemilik syarikat Arowana Gold. Tanaman gaharu yang diusahakan adalah disekeliling kawasan kolam ikan arowannya. Sungguh menarik kn?? Terima kasih yang tidak terhingga kerana dapat meluangkan masa untuk kajiselidik ini walaupun orang lain sibuk menyambut sambutan Tahun Baru 2012 :)

Pokok gaharu yang ditanam pada awal 2011 

En Mustafa bersama isteri dan anak :)

Saya berharap agar perhubungan yang terjalin berterusan dalam perniagaan gaharu yang sedang dijalankan ini juga. Semoga dengan kerjasama yang terjalin dapat menyumbangkan sesuatu kepada industri gaharu kita.

p/s : Minggu ini beberapa temujanji lagi sedang diatur dan diharap semuanya berjalan lancar.


Ikhlas,
Aminah Saad

PERHATIAN : Penanam Gaharu

0

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Malam,

Kepada penanam-penanam Gaharu di sekitar Selangor saya memerlukan penglibatan anda dalam kajiselidik awalan yang sedang saya lakukan. Saya berharap agar anda dapat membantu saya bagi menyelesaikan tugasan ini. Semoga ini merupakan satu permulaan yang baik untuk kita berkenal-kenalan sesama pihak yang terlibat dalam industri ini.

Semoga kajian ini akan memberikan satu kebaikan untuk semua yang terlibat dan bakal-bakal penanam pada masa akan datang.

Terima kasih semua !!



Kursus Gaharu 2012

0

Labels:


Sempena tahun baru 2012 yang akan menjelma, Gaharu Lestari Resources mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 dengan penuh kesyukuran dan azam untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik dari segala aspek. Kepada yang sudah menanamkan azam sempena maal hijrah yang lepas, semoga kita berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan segala yang dirancang.

Pada tahun 2012, Gaharu Lestari Resources (GLR) akan mengadakan kursus gaharu kepada individu yang berminat untuk terlibat dengan industri ini. Ini merupakan salah satu perancangan GLR untuk tahun 2012 akan datang. InsyaAllah, kursus pertama GLR adalah pada bulan Februari akan datang bertempat di Jengka Pahang. Saya akan update maklumat terkini berkaitan dengan kursus ini dari masa ke semasa. 

Saya berharap agar kursus yang akan diadakan ini dapat membantu individu-individu yang berminat untuk terlibat dengan industri ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. 

Semoga Allah mempermudahkan perancangan ini :)

*kepada orang-orang jengka, jemput datang ke kursus gaharu GLR :)

****************************************************************************
UPDATE
Tarikh : 25 Februari 2012
Masa : 8 - 5.30 petang
Tempat : Auditorium 2, UITM Jengka, Pahang
Yuran : RM 250

*Pembayaran boleh dibuat kepada Nazariah Zainal Abidin - Maybank (151306735784) / CIMB (14300073652520)
*Kepada peserta yang jauh, kami boleh menguruskan penginapan anda mengikut jenis penginapan yang ada (sewa penginapan tidak termasuk dalam kadar yuran yang dikenakan).
*Untuk peserta yang telah mendaftar, jika anda ingin membatalkan penyertaan, anda boleh refund yuran yang telah dibayar jika pembatalan dibuat 10 hari sebelum tarikh kursus.


****************************************************************************
Ikhlas,
Aminah Saad

Bersatu Kita Lebih Kuat

4

Labels:


Industri gaharu merupakan satu industri yang memerlukan satu kerjasama yang kuat antara pihak-pihak yang terlibat dalam bidang ini. Tanpa kerjasama mungkin kita tidak dapat pergi jauh dan harapan untuk menjadikan Malaysia sebagai gaharu centre mungkin hanya akan tinggal sebagai angan-angan kosong. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui sepanjang terlibat dalam industri ini, namun kita tidak boleh mudah untuk berputus asa dan menarik diri dengan cepat.

Jatuh bangun, tipu daya dan 1001asam garam perniagaan perlu kita lalui.

Gaharu merupakan industri international. Pasarannya sangat besar diluar berbanding didalam Negara sendiri. Jadi jika kita bergerak bersendirian dan yakin boleh berjaya dengan kekuatan yang ada mungkin kita perlu perbetulkan semula tangkapan tersebut. Kekuatan yang perlu kita bina ialah kerjasama.

Kerjasama dalam membangunkan perladangan karas yang berkualiti tinggi.

Kerjasama R&D dalam pelbagai bidang.

Kerjasama dan perkongsian ilmu yang dimiliki.

Kerjasama dalam membina pasaran dan produk yang berkualiti tinggi.

Jangan terlalu bongkah dan sombong jika kita rasa kita kuat sekarang. Mungkin hari ini kita diatas, namun tanpa kerjasama yang kuat dengan mudah kita boleh jatuh tersungkur ke bawah. Sokongan daripada ramai pihak dalam bentuk kerjasama menjadikan kita lebih mudah untuk bangun berbanding jatuh tersungkur sendirian.

Ok, akhir kata semoga kita dapat bekerjasama untuk masa depan yang lebih gemilang.

Ikhlas,
Aminah Saad




Anggaran Penghasilan Gaharu Per Pokok

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Semoga anda semua sentiasa sihat dan sejahtera. Sy tidak berapa sihat, mungkin kerana selalu meredah hujan apabila lupa membawa payung. Itulah orang cakap " sediakan payung sebelum hujan" jika tak nanti anda yang demam :P

Ok lah, berbalik kepada tajuk entri pada hari ini, anggaran penghasilan gaharu per pokok yang boleh dihasilkan apabila ingin menuai kelak. Kepada yang sedang atau akan menceburi bidang ini pasti ingin mendapatkan satu anggaran (walaupun tidaklah tepat 100%) namun sekurang-kurangnya ada satu anggaran yang boleh dijadikan sandaran.



Satu kajian yang telah dijalankan oleh Forestry Research and Development Agency (FORDA), Indonesia memberikan kita satu anggaran penghasilan gaharu per pokok yang boleh dihasilkan. Kajian ini melibatkan 3 kumpulan diameter iaitu >15->25cm, >25->35cm dan >35cm-40cm. Dianggarkan pokok yang akan disuntik berusia 5 tahun ke atas. Namun begitu dalam kajian ini, umur pokok tidak diambil kira sebaliknya diameter pokok yang dijadikan ukuran.


Jangkamasa selepas inokulasi
Diameter >15-<25cm
Diameter >25-<35cm
Diameter >35-40cm
Penghasilan (kg/pokok)
Penghasilan (kg/pokok)
Penghasilan (kg/pokok)
1 tahun
0.60
3.00
0.75
4.00
0.90
5.00
2 tahun
0.75
4.00
0.90
5.00
1.00
6.00
3 tahun
0.90
5.00
1.05
6.00
1.15
7.00


Hasil yang diperolehi dicatat berdasarkan penghasilan selepas setahun, dua tahun dan tiga tahun selepas inokulasi. Hasil bagi penghasilan gaharu berkualiti tinggi dan gred rendah (berwarna oren) dicatatkan seperti yang telah ditunjukkan oleh jadual diatas. Harga bagi kualiti tinggi dan rendah dinyatakan dalam jadual dibawah :-


Harga tuaian selepas inokulasi
Harga gaharu (RM)
Kualiti tinggi
Kualiti rendah
Selepas 1 tahun
318
79.5
Selepas 2 tahun
795
79.5
Selepas 3 tahun
2544
79.5
Selepas 4 tahun
4770
79.5
Selepas 5 tahun
6360
79.5


Namun begitu, kesan mungkin berbeza terhadap jenis inokulan yang digunakan. Semakin baik inokulan yang digunakan, hasil yang digunakan mungkin lebih baik. Saya tidak pasti jenis inokulan yang digunakan dalam kajian yang dilakukan ini.

FRIM, Malaysia juga ada membuat anggaran bagi penghasilan gaharu per pokok bagi spesis A.malaccencis yang berusia 10 tahun iaitu dapat menghasilkan 1kg gaharu gred C dengan harga pasaran RM1000 per kilo. Namun saya yakin ukuran gred bagi FORDA dan FRIM adalah pada satu standard yang tidak sama, ini kerana penentuan gred adalah berbeza.

Bersambung ke entri akan datang. Sejak akhir-akhir ini sy agak malas untuk menulis di blog. Sedang sibuk dengan studi :)



Ikhlas,
Aminah Saad



Credit to : 
1) Proceeding of Gaharu Workshop Bioinduction Technology For Sustainable Development and Conservation of Gaharu
2) Tapping the Wealth From Karas Tree