Industri Gaharu 2015

0

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Hari isnin. Permulaan minggu yang baik dan minggu terakhir bagi tahun ini. 2015 bakal menjelma tidak berapa hari lagi. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi tahun 2015 yang semestinya lebih mencabar. Walaupun bagi Malaysia tahun 2014 ini penuh dengan ujian dan bencana. Moga kita jadikan segala perkara yang berlaku ini sebagai iktibar untuk sama-sama memperbaiki diri. Pasti ada kesilapan yang kita lakukan menyebabkan Allah turunkan ujian yang sedemikian rupa.

Sebagai umat Islam, kita perlu yakin bahawa segala yang terjadi telah ditentukan. Telah ditakdirkan untuk berlaku dengan izin Allah SWT. Tiada perkara yang terlepas daripada perancangan yang Maha Esa. Jika Allah berkehendakkan sesuatu pasti terjadi. Sebagai hambanya, kita perlu redha dengan segala yang Allah rancangkan untuk kita. Semoga Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan buat semua mangsa banjir di Pantai Timur, Kedah dan Perak, begitu juga mangsa pesawat AirAsia QZ 8501 dan seluruh ahli keluarga. Sesungguhnya anda memang insan terpilih untuk diuji dan pastilah anda mampu untuk menghadapinya. Dengan begitu banyak ujian yang Allah turunkan ini memberi pengajaran kepada kita bahawa Allah boleh menarik sekelip mata sahaja apa yang kita miliki. Sesungguhnya kepada Nya lah kita akan kembali.

Melihat kepada industri gaharu 2014 ini juga penuh dengan cabaran. Bagi saya sendiri begitu banyak cabaran demi cabaran yang dilalui. Memang kadang kala saya sendiri terasa lemah untuk mengharunginya. Dengan pelbagai kekangan diri pastilah sekali sekala terasa tidak mampu untuk meneruskan. Dan saya begitu yakin tanggungjawab yang lebih besar menanti pada tahun 2015. Bersediakah kita untuk melaluinya? Adakah saya sudah bersedia? Saya juga sering berfikir bahawa adakah saya kuat untuk mengharunginya. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Tenaga kerja masih belum mencukupi. Perancangan masih banyak yang perlu dilaksanakan. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mengharungi apa jua yang telah engkau rencanakan untuk kami di masa akan datang.

Memang saya masih "mentah" dalam industri ini. Ada yang ingin mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Tapi saya yakin orang yang selalu mengambil kesempatan atas kekurangan dan kelemahan orang lain ini tidak akan bertahan lama dalam industri. Saya nak lupuskan dari fikiran orang-orang seperti ini. Saya tak mahu ia terus berada dalam fikiran saya. Saya perlu gantikan dengan perkara-perkara yang lebih positif dan bermanfaat. Saya maafkan jika ada yang memang berniat untuk mengambil kesempatan dan menipu kami. Terpulanglah. Saya ada Allah. Moga Allah ganti dengan yang lebih baik. Saya akan terus bertahan kerana terlalu banyak tanggungjawab yang belum selesai.



Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd di dalam sisipan Utusan. 

Apakah yang perlu kita lakukan bagi menjayakan industri gaharu 2015 yang bakal tiba?

1) Bekerjasama. Kita tak akan boleh berjaya selagi kita mahu bolot segalanya sorang-sorang. Diam-diam ingin lakukan segalanya seorang diri. Mana boleh kan? Jika kita punyai modal yang banyak sekalipun, kita masih perlukan kerjasama pembekal gaharu/daun/dsb. Marilah bersama-sama demi masa depan industri yang lebih baik. Individu, syarikat dan juga kerajaan perlu berganding bahu untuk menjayakan. 

2) Jangan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Ini sangat penting. Jika kita masih juga terus nak menipu sana sini, alamatnya kita akan terus merosakkan industri ini. Yang memberikan persepsi negatif kepada industri ini. Orang melebel macam-macam daripada pengalaman lalunya. Mudah mudahan tahun 2015 akan memberikan persepsi yang lebih baik tentang industri ini.

3) Menyebarkan maklumat yang betul. Apabila orang sekeliling mendapat maklumat yang betul berkenaan industri ini, mereka akan lebih faham dan memahami bagaimana sesuatu proses itu berjalan. Bukan senang senang menunding jari menyalahkan orang lain. 

Ok, sebenarnya banyak lagi nak tulis tetapi ada urusan lain yang perlu diutamakan. Lagi beberapa hari nak menjelang 2015, saya nak tulis lah impian/azam Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd. 

Jin keluar dari teko strawbery 

Ikhlas,
Aminah Saad



Sudah Gaharu, Gaharu Lagi

1

Labels:

Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Minggu,

Masuk office hujung minggu sebab nak update blog? Hihi. Tak adalah dah beberapa hari saya di luar kawasan. Jadi hari ini masuk office sebab nak sambung kerja-kerja yang tertunggak. Memang saya kerja 7 hari seminggu pun. Untung Gaharu Lestari Resources ada pekerja rajin macam saya kan. Angkat bakul sendiri sebab tak ada orang nak puji pun. Haha. Sekarang di rumah ada mak cik saya yang sakit, dia pun asyik tanya saya kerja apa hari-hari ke luar. Macam tak ada cuti pun. Gila kerja? Tak juga sebab saya rasa enjoy je hari-hari kena kerja pun. Alhamdulilah setakat ini saya tiada masalah untuk buat apa juga tugasan yang diberikan. Nak masuk hutan tengok pokok, nak kena turun menanam pokok, nak kena turun suntik pokok, nak kena turun jaga booth, nak kena jumpa client, nak kena jadi driver, nak kena buat design dan update online , kena pergi urusan2 rasmi, memang serba boleh ni..Siapa nak ambil saya kerja?? Hehe. Eh terlebih sudah...

Minggu lepas minggu makanan Arab. Petanda nak travel ke sebelah2 Arab kot :P


Ok, berbalik kepada topik kita pada hari ini. Macam biasa saya ingin menulis pada gaharu lah. Lebih spesifik berkenaan dengan minyak wangi gaharu. Boleh bayangkan tak bau minyak gaharu?? Ada yang pernah bau dan pasti ada juga yang belum berkesempatan untuk bau kan? Kalau belum pernah bau minyak Gaharu boleh buat pembelian dengan Lestary Brand. Wink Wink. Sempat promote sat. Haha. Sekarang kami juga ada mengeluarkan dalam bentuk vials (1ml) bagi yang berminat untuk mencuba Pati Minyak Gaharu yang tulen setulennya.


Sumber : http://www.pure-perfume-oils.com/
Punya la malas nak ambil gambar sendiri. Tapi Tuan/Puan boleh buat perbandingan sendiri dengan company ni. Harga semasa RM 108 untuk 0.25g. 


Harga vials yang dikeluarkan oleh Lestary Brand bermula RM 50- RM 100 bagi 1ml. Ada 3 jenis buat masa ini. InshaAllah saya akan kemaskini di laman web lestary brand yang sudah lama tidak dikemaskini. Bagi pek pengguna saiz biasa 3ml dengan botol kristal yang sangat mudah di bawa untuk ke mana sahaja. Bau yang tidak akan dilupakan. Jadikan ia salah satu koleksi minyak wangi anda. Di jamin tidak akan menyesal :)

Minyak Gaharu Tulen dengan Botol 3ml 
Harga bermula RM 100 hingga RM 350

Wangian baru campuran bunga-bungaan yang akan saya kemaskini di laman web kami. 



Botol bagi pembelian borong. Harga boleh di bincangkan. 1 tola=12ml.

Ketika Pameran Koperasi Bahagian Tanjung Malim. Sedang buat penerangan sedikit kepada YB Khusairi.

  
Buat perbincangan untuk penambahbaikan kedai sahabat di Batu Feringgi. Memang best bab-bab kasi idea ni. Banyak benda-benda baru akan di update InshaAllah dah siap saya kongsikan dengan semua di sini. 


Di mana Pasaran Gaharu ? Part 3

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Isnin.

Alhamdulilah saya masih mampu untuk masuk ke office hari ini walaupun badan sangat-sangatlah lemah. Badan kurang sihat. Aktiviti yang bersambung-sambung. Penat tetapi menyeronokkan. Banyak ilmu baru di perolehi. Teman-teman baru. Alhamdulilah. 

Ok hari ini kita nak sambung berkenaan entri Di manakah Pasaran Gaharu

Pasaran memang satu topik yang akan terus menerus dibincangkan. Ada yang terus bertanyakan soalan yang sama sejak 5 tahun yang lalu. Ada yang tersenyum sinis dengan pengusaha/penanam gaharu dalam hati berkata " Sampai bila pun industri gaharu ini tidak akan berjaya..kau tunggu lah bila tiba masanya". Orang-orang begini tak sabar untuk melihat kejatuhan orang lain sambil berkata " Kan aku dah kata dulu, industri gaharu ini tidak akan ke mana...kau degil"

Saya juga pernah menerima soalan begini. Ada seorang  hamba Allah yang datang ke kedai kami membeli produk-produk Lestary Brand. Beliau menyatakan bahawa beliau sangat suka dengan haruman yang berasaskan gaharu ini. Dan beliau juga teruja dengan produk-produk hiliran gaharu yang lainnya. Ketika membuat bayaran, beliau akhiri dengan kata-kata " Boleh ke jadi jutawan buat gaharu ni " sambil tersenyum sinis. Saya tak berkecil hati pun kerana saya yakin beliau pun mungkin tidak faham dan tidak mempunyai maklumat yang cukup berkenaan dengan industri ini. Saya cuma tanyakan kembali " Tuan sudah menanam gaharu kah?" Beliau menjawab saya tidak yakin dengan industri ini jadi saya tidak menanam walau sebatang pokok pun. Saya yakin industri ini akan berakhir seperti yang lainnya yang penuh dengan kisah bulan dan bintang. 



Hmm...saya terdiam. Saya tidak sempat menjawab lebih panjang seperti dalam blog. Itu bukanlah pertama kali. Dan saya pasti itu bukanlah yang terakhir. Persoalan-persoalan itu akan datang bertali arus selagi kami masih di dalam industri ini. InshaAllah Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd akan terus bertahan. Minggu lepas juga kami menerima kunjungan sahabat-sahabat gaharu daripada Indonesia. Menguatkan lagi silaturahim yang terbina. Kami mula berkenalan pada Agarwood Business Gathering di Bali pada 27-29 November 2012. Hampir 2 tahun tidak bertemu. Alhamdulilah banyak yang kami kongsikan moga perhubungan yang terbina terus berlarutan. InshaAllah.

Pada 2-3 Disember 2014 yang lalu pula, saya menghadiri satu program "Agarwood Technology Talk" anjuran pihak FRIM. Alhamdulilah banyak ilmu yang saya perolehi dan dapat berkenalan dengan lebih ramai orang-orang di dalam industri. 






Apakah kaitan antara kisah ini dengan pasaran gaharu? Hihi.

Ok kaitannya ialah dalam satu siri ceramah yang disampaikan, penceramah memaklumkan berkenaan permintaan terhadap kopi dan teh gaharu yang diperolehi ialah 50 kontena sebulan. Ok mari kita sama-sama mengira keperluan bagi penghasilan produk ini. Ini baru hasil daripada daun ye. Belum lagi teras atau pati minyak gaharu. Belum lagi hampas gaharu. Belum lagi air suling gaharu. 

Perolehan data daripada MTIB menyatakan jumlah pokok gaharu yang telah didaftarkan dengan MTIB adalah berjumlah 856,453 batang (Bil pokok yang telah diaudit oleh MTIB sehingga 2012) dengan pelbagai anggaran umur pokok. Jika kita mengambil purata setiap pokok boleh di ambil sebanyak 500 gram daun maka untuk 856,453 pokok kita berjaya mengumpulkan 428 tan. Untuk 1 kontena (20ft) Teh Gaharu memerlukan 2 tan daun. Oleh yang demikian keperluan bahan mentah daun gaharu bagi 50 kontena Teh Gaharu ialah 100 tan. Bagi 50 kontena kopi pula ialah sebanyak 100 tan lagi. Berbaki lagi 228 tan lagi. Maknaanya jika semuanya boleh bersatu hati, perkara ini dapat direalisasikan. Ini baru 2 produk info daripada satu syarikat. Mungkin lebih banyak lagi syarikat yang tidak mendedahkan maklumat tersebut. 

Nilaian industri daun sahaja (bahan mentah) :
1 kg = RM 3
1 tan = RM 2500
150 tan = RM 375,000 sebulan
Setahun = RM 4.5 juta 

Anggaran nilai industri Teh Gaharu pula ialah RM 15 x 50000 = RM 750,000 (untuk 1 kontena). Jika supply ability kita ialah 50 kontena sebulan menjadikan nilainya ialah RM 37.5 juta sebulan. Jika ini berjaya direalisasikan maka baru lah betul-betul kita menjadi sebuah industri dengan anggaran jualan tahunan RM 450 juta. 

Kenapa masih belum dapat direalisasikan?

Ia tidaklah semudah menulis dan bercakap. Kerana masih belum ada "kepercayaan" antara para penanam dan pengusaha. Tiada kerjasama. Tapi saya yakin ia akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi. Apabila terwujudnya SOP yang lengkap yang dapat dimaklumkan kepada lebih ramai orang maka ia akan menjadi satu realiti. Mudah mudahan ia menjadi satu kenyataan. 

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa market is there. Sama ada kita mampu untuk memenuhi permintaan tersebut atau pun tidak. Mungkin syarikat-syarikat besar mampu merealisasikan dengan tanaman beribu ekar/hektar. Tetapi kita hanyalah syarikat kecil yang berhasrat untuk membantu pengusaha-pengusaha kecil yang lain agar ia betul2 menjadi satu industri yang dapat meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia khasnya. 

Buka lah minda bahawa gaharu bukan sekadar teras. Bukan sekadar pati minyak gaharu. Tetapi kini pasarannya lebih meluas. Dan Negara Arab bukanlah semata-mata pasaran yang wujud masa kini, sebaliknya terdapat pasaran-pasaran baru yang muncul dengan kesedaran kajian yang semakin banyak di kalangan pengkaji. 


Janganlah terus bergaduh hal yang tidak-tidak. Tidak bersuara tidak semestinya bersalah. Kadang kala berdiam diri lebih baik daripada menyuarakan sesuatu yang akan menimbulkan ketegangan di antara rakan seperjuangan. Mungkin saya sebagai perempuan lebih suka mengambil pendekatan slow and steady, dan tidak turut serta dalam perbincangan-perbincangan panas. Saya lebih mudah menjadi pemerhati dari jauh. Lagi pula dengan ilmu setahun jagung ni, mungkin inilah langkah terbaik saya. Saya doakan kita buang segala persengketaan antara para penggiat industri. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apabila kita merasakan kita yang paling hebat, maka kita akan menjadi lebih ego untuk mendengar pandangan dan nasihat daripada orang lain. 



InshaAllah, pada masa akan datang kita akan membincangkan pasaran gaharu yang lain. Teras, Pati Minyak Gaharu, Hampas, Air Suling, Ukiran, Tunggul kayu dan sebagainya :)

Salam Sayang,
Aminah Saad


Dimanakah Pasaran Gaharu ? Part 2

2

Labels: ,

Sebelum ini saya pernah menulis berkenaan dengan pasaran gaharu. Entri tersebut sudah lama. 3 tahun yang lalu. Tetapi nampaknya memang topik pasaran sentiasa menjadi persoalan yang sering kali berlegar-legar di minda setiap pengusaha gaharu, dan juga kepada yang bakal melibatkan diri dengan industri gaharu.

Entri tersebut di sini.

Saya akui pasaran gaharu ini bukannya mudah. Walaupun pada kenyataannya begitu banyak lagi yang belum mampu kita penuhi. Segalanya saling berkait. Penanam, Pencari , Pengusaha, Pemasar dan semua individu yang terlibat dalam jaluran ini. Mana mungkin kita bergerak sendiri dalam industri yang serba mencabar ini. Cabarannya bukan kecil-kecil. Bukan hendak menakutkan tetapi itulah kenyataannya. Tanpa rangkaian yang kuat kita tidak mampu memenuhi permintaan ini.

Betulkah ada pasaran gaharu ini ?

Soalan ini soalan yang paling kerap saya terima. Sebagai pengusaha gaharu saya juga pening hendak menjawab persoalan yang kerap datang yang kadang kala saya sendiri tidak punya jawapan. Jika saya katakan ya, soalan seterusnya ialah di mana? Jika saya katakan di Negara X, soalan seterusnya siapa kah pembeli tersebut? Soalan berangkai seperti ini memang tidak mampu untuk saya jawab keseluruhannya. Kadang kala bukan kerana tidak punya jawapan tetapi saya memang tidak akan menjawabnya atas sebab-sebab tertentu. Semakin lama saya berada di dalam industri ini saya semakin matang untuk menilai dan menimbang tara setiap persoalan yang saya terima. Bukan mudah untuk memuaskan hati setiap orang dalam industri ini.

Hubungan penjual-pembeli ini bukan terbina dalam satu hari. Ia merupakan satu proses yang mengambil masa. Ia memerlukan modal masa, kewangan dan juga tenaga. Silaturahim yang terbina bukan sekadar kerana urusan jual beli sahaja.

Seperti biasa point utama yang ingin saya tekan kan ialah " Kepercayaan". Bagi saya, faktor ini adalah faktor terpenting jika kita ingin terus bertahan dalam industri ini. Jika kita inginkan satu pulangan segera silakan. Tiada paksaan. Anda boleh menipu untuk mengaut keuntungan RM 100,000 sekarang tetapi anda terlepas untuk mendapatkan RM 500,000 pada masa akan datang. Apabila telah terbina kepercayaan antara kedua-dua belah pihak ini, yakinlah lebih banyak ruang dan peluang yang akan kita perolehi. Kepada yang ditipu, banyakkan berdoa semoga Allah ganti dengan yang lebih baik. Mungkin itu yuran yang kita perlu bayar untuk pelajaran tersebut.

Persaingan antara pemain Gaharu?

Saya yakin pada rezeki yang telah Allah tentukan untuk saya dan begitu juga rezeki yang Allah berikan untuk Gaharu Lestari Resources. Alhamdulilah, setakat ini saya tidak pernah terfikir bahawa rakan-rakan industri yang lain sebagai pesaing saya. Saya sangat yakin bahawa peluang sangat-sangat besar dalam industri ini. Jika kita bergabung semua pengusaha Gaharu dalam Malaysia sekalipun, kita masih gagal untuk memenuhi permintaan yang ada. Jadi kenapa perlu risau. Teruskan berusaha InshaAllah jika ada bahagian kita pasti kita akan perolehi.

Tak perlu nak bandingkan saya dengan sesiapa. Saya akui sendiri bahawa saya sendiri masih baru dalam industri ini. Saya sentiasa bersedia untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu baru dalam bidang ini. InshaAllah, saya tidak lokek mencari ilmu. Dan sebagai balasannya saya juga tidak pernah merasa rugi untuk berkongsi ilmu dengan orang lain. Cuma saya mohon maaf kerana kadang kala saya memang tidak sempat untuk menjawab segala persoalan dengan cepat dan yang lebih teruk saya terus lupa untuk menjawab.

Cik Min belilah pokok yang telah kami suntik dengan inokulan X kalau Cik Min cakap ada pasaran...

Memang pasaran Gaharu itu besar. Tetapi ia terbahagi kepada banyak bahagian. Teras untuk bakar, blok untuk ukiran, Pati Minyak Gaharu, Produk hiliran, Perfume, Untuk tujuan perubatan dan kosmetik dan banyak lagi. Saya sendiri tidak mempunyai pasaran untuk keseluruhan sub pasaran tersebut. Saya perlu kenal pasti dulu pasaran yang bersesuaian dengan produk yang Tuan/Puan tawarkan. Ia mengambil masa. Percayalah saya memang ingin membantu Tuan/Puan tetapi semuanya perlukan kesabaran.

Siapa yang tak nak untung cepat kan? Dan memandangkan pasaran tersebut merupakan rangkaian yang dibina oleh Gaharu Lestari Resources, maka ia juga perlu dijaga dengan sekemasnya. Tidak mungkin lah saya tangkap muat segala perkara yang berkaitan gaharu untuk dipasarkan. Jika pokok Tuan/Puan disuntik dengan inokulan X saya juga perlu mengenalpasti latar belakang inokulan X. Jika terdapat apa-apa masalah dikemudian hari maka syarikat GLR lah yang dipertanggungjawabkan.

Jangan begitu mudah menghukum orang lain atas kesilapan kita.

Ala Cik Min tu cakap je lebih, sedangkan dia sendiri pun terkapai-kapai mencari pasaran....

Seperti yang saya jelaskan di atas, semuanya berkait rapat. Memang mencari pasaran itu tidak lah semudah makan jagung rebus. Tambahan saya orang baru dalam industri. Pemain gaharu yang besar2 mungkin ambil masa untuk mempercayai dan mengetahui kewujudan saya. Saya akur. Dan saya juga ambil masa untuk membina team yang saling mempercayai antara satu sama lain. Part ini memang dugaan untuk saya. Rupanya bukan mudah mencari Team yang jujur dan bertanggungjawab. Carilah team yang betul walaupun bukanlah yang terbaik. Kerana daripada keserasian tersebutlah akan terbina team yang terbaik.

" Find the right people. Not the best people"

Orang cakap teras gaharu ini tidak laku, minyak gaharu pun tidak berbaloi diusahakan. Tiada pasaran?

Kerana terlalu ramai orang bercakap la, kita masih di takuk yang sama. Orang sana cakap itu. Orang sini cakap ini. Tetapi siapakah orang-orang yang bercakap itu? Memang senang bercakap daripada membuat sesuatu perkara itu. Kalau anda masih dengar-dengar cakap orang, mungkin lagi 5 tahun, 10 tahun atau sampai bila-bila anda masih setia mendengar cakap-cakap orang tentang kegagalan.

Jika saya tidak bermula 4 tahun yang lepas dan masih terus mendengar cakap-cakap orang mungkin saya masih di situ. Walaupun saya belum berjaya hingga ke puncaknya, syukur alhamdulilah saya sudah sangat bersyukur dengan apa yang telah GLR bangunkan. Saya orang susah (sekarang pun belum senang lagi, cuma tidak lah susah macam dulu, hihi). Jadi sudah biasa bersusah-susah.

So, kesimpulannya pasaran Gaharu ni dimana?

Jangan tanyakan kesimpulan jika anda masih belum bergerak selangkah pun. InshaAllah saya akan jawab dalam entri Part 3 yang akan datang.

Kagum tak bila Cik Aminah menulis tanpa gambar? Haha.