Industri Gaharu 2015

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Hari isnin. Permulaan minggu yang baik dan minggu terakhir bagi tahun ini. 2015 bakal menjelma tidak berapa hari lagi. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi tahun 2015 yang semestinya lebih mencabar. Walaupun bagi Malaysia tahun 2014 ini penuh dengan ujian dan bencana. Moga kita jadikan segala perkara yang berlaku ini sebagai iktibar untuk sama-sama memperbaiki diri. Pasti ada kesilapan yang kita lakukan menyebabkan Allah turunkan ujian yang sedemikian rupa.

Sebagai umat Islam, kita perlu yakin bahawa segala yang terjadi telah ditentukan. Telah ditakdirkan untuk berlaku dengan izin Allah SWT. Tiada perkara yang terlepas daripada perancangan yang Maha Esa. Jika Allah berkehendakkan sesuatu pasti terjadi. Sebagai hambanya, kita perlu redha dengan segala yang Allah rancangkan untuk kita. Semoga Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan buat semua mangsa banjir di Pantai Timur, Kedah dan Perak, begitu juga mangsa pesawat AirAsia QZ 8501 dan seluruh ahli keluarga. Sesungguhnya anda memang insan terpilih untuk diuji dan pastilah anda mampu untuk menghadapinya. Dengan begitu banyak ujian yang Allah turunkan ini memberi pengajaran kepada kita bahawa Allah boleh menarik sekelip mata sahaja apa yang kita miliki. Sesungguhnya kepada Nya lah kita akan kembali.

Melihat kepada industri gaharu 2014 ini juga penuh dengan cabaran. Bagi saya sendiri begitu banyak cabaran demi cabaran yang dilalui. Memang kadang kala saya sendiri terasa lemah untuk mengharunginya. Dengan pelbagai kekangan diri pastilah sekali sekala terasa tidak mampu untuk meneruskan. Dan saya begitu yakin tanggungjawab yang lebih besar menanti pada tahun 2015. Bersediakah kita untuk melaluinya? Adakah saya sudah bersedia? Saya juga sering berfikir bahawa adakah saya kuat untuk mengharunginya. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Tenaga kerja masih belum mencukupi. Perancangan masih banyak yang perlu dilaksanakan. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mengharungi apa jua yang telah engkau rencanakan untuk kami di masa akan datang.

Memang saya masih "mentah" dalam industri ini. Ada yang ingin mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Tapi saya yakin orang yang selalu mengambil kesempatan atas kekurangan dan kelemahan orang lain ini tidak akan bertahan lama dalam industri. Saya nak lupuskan dari fikiran orang-orang seperti ini. Saya tak mahu ia terus berada dalam fikiran saya. Saya perlu gantikan dengan perkara-perkara yang lebih positif dan bermanfaat. Saya maafkan jika ada yang memang berniat untuk mengambil kesempatan dan menipu kami. Terpulanglah. Saya ada Allah. Moga Allah ganti dengan yang lebih baik. Saya akan terus bertahan kerana terlalu banyak tanggungjawab yang belum selesai.



Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd di dalam sisipan Utusan. 

Apakah yang perlu kita lakukan bagi menjayakan industri gaharu 2015 yang bakal tiba?

1) Bekerjasama. Kita tak akan boleh berjaya selagi kita mahu bolot segalanya sorang-sorang. Diam-diam ingin lakukan segalanya seorang diri. Mana boleh kan? Jika kita punyai modal yang banyak sekalipun, kita masih perlukan kerjasama pembekal gaharu/daun/dsb. Marilah bersama-sama demi masa depan industri yang lebih baik. Individu, syarikat dan juga kerajaan perlu berganding bahu untuk menjayakan. 

2) Jangan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Ini sangat penting. Jika kita masih juga terus nak menipu sana sini, alamatnya kita akan terus merosakkan industri ini. Yang memberikan persepsi negatif kepada industri ini. Orang melebel macam-macam daripada pengalaman lalunya. Mudah mudahan tahun 2015 akan memberikan persepsi yang lebih baik tentang industri ini.

3) Menyebarkan maklumat yang betul. Apabila orang sekeliling mendapat maklumat yang betul berkenaan industri ini, mereka akan lebih faham dan memahami bagaimana sesuatu proses itu berjalan. Bukan senang senang menunding jari menyalahkan orang lain. 

Ok, sebenarnya banyak lagi nak tulis tetapi ada urusan lain yang perlu diutamakan. Lagi beberapa hari nak menjelang 2015, saya nak tulis lah impian/azam Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd. 

Jin keluar dari teko strawbery 

Ikhlas,
Aminah Saad



Comments (0)

Post a Comment