Di mana Pasaran Gaharu ? Part 3

Labels: ,

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Isnin.

Alhamdulilah saya masih mampu untuk masuk ke office hari ini walaupun badan sangat-sangatlah lemah. Badan kurang sihat. Aktiviti yang bersambung-sambung. Penat tetapi menyeronokkan. Banyak ilmu baru di perolehi. Teman-teman baru. Alhamdulilah. 

Ok hari ini kita nak sambung berkenaan entri Di manakah Pasaran Gaharu

Pasaran memang satu topik yang akan terus menerus dibincangkan. Ada yang terus bertanyakan soalan yang sama sejak 5 tahun yang lalu. Ada yang tersenyum sinis dengan pengusaha/penanam gaharu dalam hati berkata " Sampai bila pun industri gaharu ini tidak akan berjaya..kau tunggu lah bila tiba masanya". Orang-orang begini tak sabar untuk melihat kejatuhan orang lain sambil berkata " Kan aku dah kata dulu, industri gaharu ini tidak akan ke mana...kau degil"

Saya juga pernah menerima soalan begini. Ada seorang  hamba Allah yang datang ke kedai kami membeli produk-produk Lestary Brand. Beliau menyatakan bahawa beliau sangat suka dengan haruman yang berasaskan gaharu ini. Dan beliau juga teruja dengan produk-produk hiliran gaharu yang lainnya. Ketika membuat bayaran, beliau akhiri dengan kata-kata " Boleh ke jadi jutawan buat gaharu ni " sambil tersenyum sinis. Saya tak berkecil hati pun kerana saya yakin beliau pun mungkin tidak faham dan tidak mempunyai maklumat yang cukup berkenaan dengan industri ini. Saya cuma tanyakan kembali " Tuan sudah menanam gaharu kah?" Beliau menjawab saya tidak yakin dengan industri ini jadi saya tidak menanam walau sebatang pokok pun. Saya yakin industri ini akan berakhir seperti yang lainnya yang penuh dengan kisah bulan dan bintang. 



Hmm...saya terdiam. Saya tidak sempat menjawab lebih panjang seperti dalam blog. Itu bukanlah pertama kali. Dan saya pasti itu bukanlah yang terakhir. Persoalan-persoalan itu akan datang bertali arus selagi kami masih di dalam industri ini. InshaAllah Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd akan terus bertahan. Minggu lepas juga kami menerima kunjungan sahabat-sahabat gaharu daripada Indonesia. Menguatkan lagi silaturahim yang terbina. Kami mula berkenalan pada Agarwood Business Gathering di Bali pada 27-29 November 2012. Hampir 2 tahun tidak bertemu. Alhamdulilah banyak yang kami kongsikan moga perhubungan yang terbina terus berlarutan. InshaAllah.

Pada 2-3 Disember 2014 yang lalu pula, saya menghadiri satu program "Agarwood Technology Talk" anjuran pihak FRIM. Alhamdulilah banyak ilmu yang saya perolehi dan dapat berkenalan dengan lebih ramai orang-orang di dalam industri. 






Apakah kaitan antara kisah ini dengan pasaran gaharu? Hihi.

Ok kaitannya ialah dalam satu siri ceramah yang disampaikan, penceramah memaklumkan berkenaan permintaan terhadap kopi dan teh gaharu yang diperolehi ialah 50 kontena sebulan. Ok mari kita sama-sama mengira keperluan bagi penghasilan produk ini. Ini baru hasil daripada daun ye. Belum lagi teras atau pati minyak gaharu. Belum lagi hampas gaharu. Belum lagi air suling gaharu. 

Perolehan data daripada MTIB menyatakan jumlah pokok gaharu yang telah didaftarkan dengan MTIB adalah berjumlah 856,453 batang (Bil pokok yang telah diaudit oleh MTIB sehingga 2012) dengan pelbagai anggaran umur pokok. Jika kita mengambil purata setiap pokok boleh di ambil sebanyak 500 gram daun maka untuk 856,453 pokok kita berjaya mengumpulkan 428 tan. Untuk 1 kontena (20ft) Teh Gaharu memerlukan 2 tan daun. Oleh yang demikian keperluan bahan mentah daun gaharu bagi 50 kontena Teh Gaharu ialah 100 tan. Bagi 50 kontena kopi pula ialah sebanyak 100 tan lagi. Berbaki lagi 228 tan lagi. Maknaanya jika semuanya boleh bersatu hati, perkara ini dapat direalisasikan. Ini baru 2 produk info daripada satu syarikat. Mungkin lebih banyak lagi syarikat yang tidak mendedahkan maklumat tersebut. 

Nilaian industri daun sahaja (bahan mentah) :
1 kg = RM 3
1 tan = RM 2500
150 tan = RM 375,000 sebulan
Setahun = RM 4.5 juta 

Anggaran nilai industri Teh Gaharu pula ialah RM 15 x 50000 = RM 750,000 (untuk 1 kontena). Jika supply ability kita ialah 50 kontena sebulan menjadikan nilainya ialah RM 37.5 juta sebulan. Jika ini berjaya direalisasikan maka baru lah betul-betul kita menjadi sebuah industri dengan anggaran jualan tahunan RM 450 juta. 

Kenapa masih belum dapat direalisasikan?

Ia tidaklah semudah menulis dan bercakap. Kerana masih belum ada "kepercayaan" antara para penanam dan pengusaha. Tiada kerjasama. Tapi saya yakin ia akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi. Apabila terwujudnya SOP yang lengkap yang dapat dimaklumkan kepada lebih ramai orang maka ia akan menjadi satu realiti. Mudah mudahan ia menjadi satu kenyataan. 

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa market is there. Sama ada kita mampu untuk memenuhi permintaan tersebut atau pun tidak. Mungkin syarikat-syarikat besar mampu merealisasikan dengan tanaman beribu ekar/hektar. Tetapi kita hanyalah syarikat kecil yang berhasrat untuk membantu pengusaha-pengusaha kecil yang lain agar ia betul2 menjadi satu industri yang dapat meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia khasnya. 

Buka lah minda bahawa gaharu bukan sekadar teras. Bukan sekadar pati minyak gaharu. Tetapi kini pasarannya lebih meluas. Dan Negara Arab bukanlah semata-mata pasaran yang wujud masa kini, sebaliknya terdapat pasaran-pasaran baru yang muncul dengan kesedaran kajian yang semakin banyak di kalangan pengkaji. 


Janganlah terus bergaduh hal yang tidak-tidak. Tidak bersuara tidak semestinya bersalah. Kadang kala berdiam diri lebih baik daripada menyuarakan sesuatu yang akan menimbulkan ketegangan di antara rakan seperjuangan. Mungkin saya sebagai perempuan lebih suka mengambil pendekatan slow and steady, dan tidak turut serta dalam perbincangan-perbincangan panas. Saya lebih mudah menjadi pemerhati dari jauh. Lagi pula dengan ilmu setahun jagung ni, mungkin inilah langkah terbaik saya. Saya doakan kita buang segala persengketaan antara para penggiat industri. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apabila kita merasakan kita yang paling hebat, maka kita akan menjadi lebih ego untuk mendengar pandangan dan nasihat daripada orang lain. 



InshaAllah, pada masa akan datang kita akan membincangkan pasaran gaharu yang lain. Teras, Pati Minyak Gaharu, Hampas, Air Suling, Ukiran, Tunggul kayu dan sebagainya :)

Salam Sayang,
Aminah Saad


Comments (0)

Post a Comment