5 Kaedah Memulakan Penanaman Gaharu Dengan Modal Rendah

5

Labels:

Assalamualaikum semua,

Apa khabar semua, lama betul saya tak menulis di blog. Semoga kita semua dalam keadaan yang terbaik dan sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik.

Memulakan Penanaman Gaharu Dengan Modal Rendah - Memang ramai yang bertanyakan kepada saya bagaimana untuk memulakan penanaman gaharu dengan modal yang sangat-sangat terhad. Iyelah kan, bagi generasi muda dan sedang membina kerjaya, penglibatan dalam bidang penanaman gaharu memerlukan modal yang tinggi. Mereka melahirkan rasa minat dan keterujaan untuk sama-sama terlibat dengan penanaman gaharu namun pada fikiran logik mereka penanaman gaharu mesti memerlukan modal puluhan malahan mungkin ratusan ribu ringgit. Untuk beli atau pajak tanah, untuk pembelian anak pokok, kos penjagaan lagi dan yang mungkin paling memeningkan kepada mereka ialah kos suntikan pokok kelak. Bagi yang tidak mempunyai latar belakang pertanian perkara ini pastilah lebih merumitkan keadaan. Akhirnya impian tersebut terkubur begitu sahaja. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsikan 5 Kaedah Memulakan Penanaman Gaharu Dengan Modal Yang Rendah.

1. Menanam Gaharu di Sekitar Kawasan Rumah

Mungkin ada yang memandang sebelah mata bagi individu-individu yang menanam pokok di sekitar kawasan rumah mereka. Ye lah kan, macam tak de kelas je. Namun begitu, memulakan penanaman gaharu di sekitar kawasan rumah adalah langkah yang sangat bijak. Tambahan bagi mereka yang kurang modal dan kurang ilmu. Walaupun ilmu penanaman adalah sama sahaja namun setiap pokok mempunyai keunikan dan permasalahan yang tersendiri. Jiwai dulu pokok gaharu yang ditanam di sekitar rumah. Anda akan rasa lebih dekat dan belajar sedikit demi sedikit ragam pokok gaharu ni. Dan yang paling penting anda sudah boleh bermula walaupun pada modal yang begitu rendah.

Kos Penanaman Gaharu Sekitar Rumah 
Anak Pokok 40 x 8 (pokok 2 kaki) = RM 320
Baja (untuk tempoh 7 tahun) = RM 500
Upah Siram = FREE (sebab buat sendiri)
Merumput = FREE (sebab buat sendiri)
Pruning + Maintenance = FREE (sebab buat sendiri)
JUMLAH = RM 820

Dengan modal tidak sampai RM1000, anda sudah boleh terlibat dengan penanaman Gaharu. Yeay..Kalau anda rasa kaedah pertama ini sudah bersesuaian dengan anda, jangan tunggu lagi boleh buat tempahan anak pokok anda sekarang (Promote sat Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd ada membekalkan anak pokok gaharu pelbagai spesis dan ketinggian).

2. Membeli Anak Pokok Yang Masih Kecil

Ini kaedah kedua yang boleh anda lakukan iaitu membeli anak pokok dengan saiz yang lebih kecil daripada yang sepatutnya. Jika anda ingin menanam pada hujung tahun, anda boleh mula membeli anak pokok bersaiz kecil untuk dibesarkan sendiri. Jika anda membeli saiz anak pokok yang lebih kecil, anda membuat penjagaan sendiri iaitu penyiraman sehingga pokok sesuai untuk dipindahkan ke kebun/kawasan yang ingin ditanam.

Saiz Pokok 4inch = RM 2 
Tempahan SEKARANG WA/Wechat/Line ke 013-4335541

Kos Penanaman 
Anak Pokok 40 x RM 2 (pokok 4inch) = RM 80
Baja di Nursery = RM 40
Baja (untuk tempoh 7 tahun) = RM 500
Upah Siram = FREE (sebab buat sendiri)
Merumput = FREE (sebab buat sendiri)
Pruning + Maintenance = FREE (sebab buat sendiri)
JUMLAH = RM 620

3. Buat Sistem Sharing 

Aik Tanam Gaharu pun boleh buat konsep Sharing ek? Mestilah boleh. Nak atau tak nak je. Hehe. Jika anda mempunyai sebidang tanah contohnya satu ekar anda boleh membuat penanaman pokok sebanyak 1000 pokok. Pecahkan kepada untuk disertai oleh (10+ anda =11 orang)  bermakna setiap orang perlu membayar untuk 100 pokok. Anda sebagai pemilik tanah dan yang akan mengusahakan tanah tersebut. Combinekan konsep sharing dan konsep anak pokok kecil maka anda boleh dapatkan anggaran RM800 untuk 1 lot (100 pokok) bagi tempoh 7 tahun. Tetapi konsep sharing ini tidaklah dapat hasil serta merta. So dengan bermodalkan RM 800 sahaja bagi setiap orang anda sudah boleh memiliki 100 batang pokok gaharu. Kaedah ini dianjurkan dijalankan antara sahabat handai atau kaum keluarga terdekat. Jadi proses penjagaan boleh dilakukan bersama-sama. Hujung minggu boleh ke kebun beriadah sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. Wee :)

4. Program Kerjasama Penanaman Gaharu Dengan Sekolah

Buat cadangan kepada pihak sekolah untuk membuat projek penanaman pokok gaharu di sekitar kawasan sekolah. Alamak, kaedah ni kalau anda cikgu atau pelajar yang mungkin berpindah atau bertukar kerja tidak dapat menikmati hasilnya kelak. Ok kita cancel point ini (nampak sangat pemalas cari idea kan, point cancel pun masih dikekalkan..Haha).



5. Mulakan Dengan Apa Yang Anda Ada

Inilah kaedah yang terbaik sebenarnya. Kerana persepsi setiap orang mungkin berbeza. Ada yang menganggap RM10,000 adalah nilai yang kecil dan ada yang menganggap RM 500 modal yang besar. Jadi sebaiknya kita ukur baju di badan sendiri. Mana yang kita selesa, mana yang kita mampu. Jika kita memang tidak mampu untuk terlibat dengan penanaman mungkin kita boleh mencuba bidang gaharu yang lain. Iya industri ini banyak cabangnya. Banyak peluang dan ruang yang boleh kita gunakan.

Contohnya jika anda mendaftar sebagai Agen Lestary Brand, hanya RM 300 sahaja anda sudah meletakkan sebelah kaki dalam bidang ini. Anda buat betul-betul maknanya anda telah meletakkan kedua-dua belah kaki dalam bidang ini. Daripada keuntungan jualan bagi pakej agen ini, anda boleh mulakan untuk menanam 10 pokok paling kurang. Mulakan dari rumah dan InshaAllah semakin anda melangkah jauh anda pula bakal memiliki kawasan yang lebih luas untuk melaksanakan penanaman gaharu anda dengan jumlah yang lebih banyak.

Tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini. Bekalkan diri dengan keberanian untuk melalui onak duri dihadapan. Jika kita tidak bersedia untuk menghadapinya, jangan mulakan langkah.

" Setakat tanam banyak tu berapa je hasil saya nak dapat Cik Aminah?"

Kalau nak tahu potensi hasil yang kita boleh hasilkan walaupun dengan menanam hanya 10 pokok disekitar rumah, jangan lupa ikuti entri saya akan datang. InshaAllah, semangat dan kerterujaan anda akan lebih berganda :)

p/s : Anda rasa macam pelik tak baca entri saya kali ni. Setelah 5 tahun menulis blog, minggu lepas saya baru belajar menulis blog jadi menulis penuh sopan santun rasanya :P


Ikhlas,
Aminah Saad
Pengurus Pemasaran
Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd