5 Sebab Akak Bengkek Gile Hadir Program Zero Kos Marketing #DAO

0

Labels: ,



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Ini sebenarnya posting sy di Facebook. Tapi sebab panjang berjela saya nak abadikan dekat Blog. Hehe. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebetulan akak ada meeting malam sabtu dekat Shah Alam dengan partner business di Guangdong. Dah banyak kali nak belanja sebelum Ramadhan katanya. 
So akak terus lah daftar sekali untuk program #zkm ni. Lagipun rasa macam dah lama tak attend program. Dah lama berhibernate. So need some new energy and refreshing ideas. 
Sebenarnya banyak juga dengar dan baca negative comment tentang DAO ni tapi why not give a try. Tapi dari pagi smpi dh nak balik rasa bengkek je dengan sharing & talk dalam program ni ðŸ˜‚😂😂

1) Bila program bermula je, emcee masuk dan tanya khabar, tiba-tiba kebanyakkan peserta semua naik atas kerusi. “Dah kenapa korang ni” Akak cakap dalam hati je la kan. Semua nampak bersemangat gila la kan. Macam dah sorang-sorang dah dapat jadi jutawan. Akak relaks and steady je duduk dkt bawah. Dalam hati lantak korang la, malas akak nak poyo-poyo. 
Haha. Ini lah kebengkekan akak yang pertama. Baru akak sedar akak dah kurang energy and excitement. Buat keje pun dah so-so je. Dah tak terlalu eager dan redha je dengan semua yang berlaku, ye la dah takat tu je rezeki Allah bagi. Syukur je la kan. No extra hard work. 
Akak baru perasan yang sebenarnya, akak tak all out sangat pun sebenarnya. Masih dok malas-malas dan maintain slow and steady. Kadang-kadang rasa lemau je. Stamina pun dah makin kurang, berat je yang makin bertambah. Haa…hambek kau. 

2) Bila Doc mulakan kelas, dia banyak sharing berkenaan student-student yang dah berjaya. Dalam hati “Eh, yang tak berjaya tak nak cite ker”. Kau nampak tak akak negatif sungguh kan gara-gara banyak naw cite-cite negatif pasal Doc.
Ini kebengkekan akak yang kedua. Akak terasa sangat-sangat yang dah semakin kurang aura positif dalam diri. Sedangkan siapa yang kenal akak sebelum ni mesti tahu how excited and motivatednya akak bila buat atau bercakap tentang business ni kan? 
How you do anything, is how you do everythings. Right ? Nasib la sempat disedarkan sebelum melarat. 

3) Masa dalam kelas, salah satu point yang sangat ditekankan ialah sasaran pelanggan. Alahai, yang ni dah berkurun-kurun dah akak tahu. Belajar BMC berapa banyak dah kan. Rasanya macam semua dihujung jari je. 
Yang akak bengkek sangat tu tetiba akak rasa “Kak, kau betul-betul kenal sasaran pelanggan kau ke?” Errkkk krik krik 
Sebab tiba-tiba rasa tak leh nak define who is really my customer. Sebabnya dalam Gaharu ni, ada beberapa cabang yang Gaharu Lestari buat. Antaranya kita keluarkan produk, jadi ada orang yang membeli produk sedangkan dia tak tahu langsung apakah itu gaharu. Mereka membeli sebab kelebihan produk tersebut atau nak cuba. 
Selain itu, Gaharu Lestari pun jual anak pokok yang mana saasaran pelanggannya pasti berbeza dengan yang ingin membeli produk. Juga ada yang perlukan perkhidmatan yang lain seperti suntikan pokok, OEM produk dan juga dalam kerjasama di Guangdong kami merupakan pengilang dan pembekal Pati Minyak Gaharu yang mana pelanggan lebih kepada B2B. All this sasaran pelanggan dah jadi berkecamuk sebab akak tak define and categorize dengan betul. 
Kalau orang call, akak pun dah pening sebab too many numbers and facts to be recalled. Last2 akak mls jawab telefon which is my biggest mistakes towards my business. 
Ya ya, I admit it. That's my mistake. 

4) Betul ke boleh buat marketing percuma ni (kalau tak percuma pun almost percuma la kan). Jangan sembang lebat last-last kau promote lagi satu kelas kau. 
Kebengkekan keempat, kadang-kadang kita sibuk pandang sisi negatif orang lain. Orang tu untung berapa. Itu ini. Sedangkan kenapa kita tak nilai, apa ilmu dan nilai yang kita dapat. Kenapa kita tak fokus dan upgrade business kita macam business orang lain. ðŸ˜‚😂😂
And seriously until end of the program, banyak rupanya perkara yang boleh buat dengan zero Kos. Ada yang memang akak dh buat tapi tak konsisten. Hangat2 tahi kucing je ðŸ˜»ðŸ˜»

5) Seterusnya kebengkekan akak ialah gagal membina team yang kuat. Selama ni, akak tak pandai nak train staff untuk pandai jawap soalan kalau orang tanya. Kalau boleh semua akak nak jawap sebab semua jawapan tu ada dalam otak akak. Tapi macam akak cakap kat no 3 tadi tu, last-last akak yang gelabah stress bila semua nak jawap sendiri. Hambek kau sapa suruh tamak sangat. 
InsyaAllah, akak akan cuba restructure balik team akak termasuk agen-agen juga. 
Sebenarnya kalau nak tulis banyak lagi kebengkekan yang akak tak sedar akak buat dan mungkin akan melenyapkan business yang telah dibina bertahun-tahun. Kadang kadang kita rasa idea kita dah tahap brilliant super genius sangat kan, tapi tanpa pandangan orang lain kita tak nampak dari sisi kebodohannya. 

Alhamdulilah akak beri peluang pada diri dan hadir program ni. Banyak akak belajar yang akak nak share nanti terutama dengan staff dan agen-agen. 
Tak guna kan nampak gah tapi sebenarnya business kita rugi. Kita tak de duit pun. Walaupun orang nampak kita banyak duit. Haha. 
Akak is insaf.