Gaharu & Sabar

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Hari ni nak buat sesi luahan perasan sikit. Haha. Ini adalah antara medium meluahkan perasaan yang paling efektif untuk saya. Walaupun tak tahu pun siapa yang akan baca dan obviously tak de pun yang akan calm me down. But I feel so good when I write here. Sebab saya bukanlah senang nak luahkan perasaan directly, jenis pendam perasaan gitu. Pastu sendiri stress. Haha.

Sejak akhir-akhir ni, memang saya merasai tekanan yang agak tinggi berkaitan menguruskan perniagaan Gaharu saya ni. Rasa macam tak boleh nak bertahan dan sampai ke satu tahap rasa nak stop. Yes, stop. Dan mungkin start all over new business or maybe apply je la kerja kan. Rasanya masih valid kot my master and degree certification.


Bila hadapi keadaan macam ni, saya akan take my time and get rest. Kadang kadang jadi macam ni sebab bila dh terlalu sibuk dengan urusan perniagaan, kita dah makin jauh dengan Allah. Solat pun dh hujung-hujung. Doa pun laju-laju je. Bila dah penat sangat, jangan mimpi la nak bangun solat Tahajud dan solat sunat lainnya. Dhuha pun dah start celop-celop. Ikut mood je kan.

Hmmm, bila hati dah mula libang libu dan resah, itu petanda awal la yang Allah rindu pada esak tangisan hambanya ini. Muhasabah diri balik. Selain tu, kena tengok balik hubungan kita dengan ibu bapa dan suami (bagi isteri). 3 orang yang sangat penting dalam kita mendapatkan keberkatan hidup kita.

Allah nak kita minta pada Nya, bukan mengharap kepada manusia. Lagi banyak kita meminta lagi sayang Allah pada kita. Teruskan syukur dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. Sebab Allah sayang kita, dia berikan apa yang kita perlukan dalam hidup ini.

Satu kelebihan saya, walau dalam keadaan super stress pun kerja-kerja mesti diteruskan. Cuma balik kerja saya akan off kan dan buat benda lain yang totally different from Gaharu. So ini progress kilang penyulingan kecik kami di Trolak. Alhamdulilah, tinggal nak pasang dapur sahaja. Moga-moga pertengahan bulan 3 dah boleh beroperasi. Dah ramai yang menunggu untuk ditebang pokoknya.





Manakala yang dibawah ini ialah layout kilang di Shenzen. Akan bermula buat kilang yang kecil dahulu, dan akan upgrade dari masa ke semasa. Saya jadi agak stress sebab perlu handle berkaitan Gaharu ni di dua Negara yang berbeza. Nasib boleh guna teknologi jadi segala perbincangan menjadi lebih mudah. Namun certain part yang susah untuk dibincangkan secara online tu yang agak tertekan tu. 




Saya senang menulis di sini progress dan segala yang berkaitan dengan Gaharu. Senang saya nak refer next time. Bukti perjalanan perniagaan Gaharu ni tidak mudah sebab visi saya tu terlalu besar. Haha. Tu la, buat visi besar-besar pastu diri sendiri yang stress.

Eh, pokok Gaharu kalau stress dapat hasilkan Gaharu yang sangat berkualiti tau. Kot-kot saya stress selalu ni boleh la dapat hasil macam "kynam" kot nanti. Haha


Ok, sambung lain kali pula.

Selamat Maju Jaya Maju Kaya. 

Gaharu No.1 Stop Center in Malaysia

0

Labels: ,

Kakak saya cakap siapa yang certified Gaharu Lestari ni sebagai Gaharu No.1 Stop Center di Malaysia.

Saya cakap, tak depun yang certified. Saya mengaku sendiri. Haha ( Buruk beno perangai Puan Min ni kan?) Haha.

Actually itu ialah visi saya. Nak jadi Gaharu No.1 Stop Center di Malaysia menjelang tahun 2020. So rasanya tak salah la kan saya guna ayat tu. Lepas tu tahun 2025, jadi Gaharu No.1 Stop Center di Asia. Lepas tu di dunia. Haha. Gelak jahat. Berangan No.1, tak leh lawan punya.


Saya setkan dalam kepala otak saya macam tu. Supaya nanti otak dan fikiran saya akan bekerja seperti mana dia faham apa yang saya setkan. 

Orang percaya atau tidak memang tak penting langsung pun. 
Yang penting saya yakin sangat-sangat saya boleh capai. 

Hangpa percaya tak dalam saya ni dok berangan tinggi melangit ni, tak tahu mana hala nak cari dana yang diperlukan untuk buat satu-satu plan bagi 2018 ni ha. Kot2 ada yang terlebih duit ka, meh la contact saya mana tahu boleh jadi rangka kongsi (alamak, rangka pulak dah ni dh mcm zombie kampung pisang). Salah taip tu, rakan kongsi sebenarnya. 




Okey lah, ni je nak cakap. Nantilah saya update entri panjang-panjang lagi.

Lapar nak makan dulu.

Bye. 

Proses Upgrade GMP Kilang Teh Gaharu

0

Labels: , ,

Banyak betul budget nak guna bermula tahun 2018 ni. Tapi saya yakin Allah akan bantu datangkan dari pelbagai sumber. 

Dan moga Allah mudahkan untuk selesaikan hutang yang masih berbaki. Ya Allah, lapangkan dan berikan aku kemudahan Ya Allah. 



Siapkan bahagian belakang bengkel untuk pengeringan daun. 





Kursus GMP yang diadakan untuk staff Gaharu Lestari di Kilang Teh. InsyaAllah lepas ni boleh lah kami terbang lebih tinggi. Kami dalam proses menyiapkan certification yang diperlukan bagi membolehkan syarikat export ke luar Negara. Horeeyy. 



Ok, dah babai. 

Saya nak tumpang letak gambar kenangan je dekat blog. So jangan komen tulis sikit sangat tau. 

Rumah Penyulingan Gaharu Trolak

0

Labels:

Selamat Petang semua,

Lama tak update sebab saya lupa password email saya. Haha. Saya memang bermasalah untuk ingat semua password yang ada. Haha.

Sebenarnya hari ni saya bukanlah nak update apa sangat pun. Disebabkan banyak gambar yang hilang daripada handphone saya maka saya akan upload semua kenangan-kenangan tersebut di blog kan. Harapnya blog ni akan berkekalan. Susah payah yang diharungi untuk menyiapkan tempat ni. Ye la, dengan dana yang limited, lepas tu diuji dengan macam-macam lagi. Tapi Alhamduilah kami masih teruskan juga.




Jalan masuk ke tempat pemprosesan sangat teruk. Lori tak dapat masuk. Beberapa kali paksa masuk akhirnya lori tersangkut sampai Hardware pun serik tak nak hantar barang. Sebenarnya kami dah order batu utk jalan, hardware tu jugak yang salah hantar jenis batu. Tapi akhirnya dapat order batu besar dari kuari. Syukur alhamdulilah. Dapatlah lori hantar barang-barang untuk binaan tersebut.






Bangunan yang dibina secara berperingkat. Untuk kolah dan juga tempat rendaman kayu gaharu nanti. Walaupun kecil je tapi harapan kami besar. Moga Allah mudahkan.

Bukan senang nak senang, kena bersusah payah dahulu.
Kena kuat dan tabah menghadapi semua ujian dan dugaan.

Bulan satu dah berakhir. Bulan dua pun dah hampir dipertengahan. Masih banyak urusan yang belum selesai. Ya Allah, bantulah aku Ya Allah.