Gaharu & Sabar

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Hari ni nak buat sesi luahan perasan sikit. Haha. Ini adalah antara medium meluahkan perasaan yang paling efektif untuk saya. Walaupun tak tahu pun siapa yang akan baca dan obviously tak de pun yang akan calm me down. But I feel so good when I write here. Sebab saya bukanlah senang nak luahkan perasaan directly, jenis pendam perasaan gitu. Pastu sendiri stress. Haha.

Sejak akhir-akhir ni, memang saya merasai tekanan yang agak tinggi berkaitan menguruskan perniagaan Gaharu saya ni. Rasa macam tak boleh nak bertahan dan sampai ke satu tahap rasa nak stop. Yes, stop. Dan mungkin start all over new business or maybe apply je la kerja kan. Rasanya masih valid kot my master and degree certification.


Bila hadapi keadaan macam ni, saya akan take my time and get rest. Kadang kadang jadi macam ni sebab bila dh terlalu sibuk dengan urusan perniagaan, kita dah makin jauh dengan Allah. Solat pun dh hujung-hujung. Doa pun laju-laju je. Bila dah penat sangat, jangan mimpi la nak bangun solat Tahajud dan solat sunat lainnya. Dhuha pun dah start celop-celop. Ikut mood je kan.

Hmmm, bila hati dah mula libang libu dan resah, itu petanda awal la yang Allah rindu pada esak tangisan hambanya ini. Muhasabah diri balik. Selain tu, kena tengok balik hubungan kita dengan ibu bapa dan suami (bagi isteri). 3 orang yang sangat penting dalam kita mendapatkan keberkatan hidup kita.

Allah nak kita minta pada Nya, bukan mengharap kepada manusia. Lagi banyak kita meminta lagi sayang Allah pada kita. Teruskan syukur dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. Sebab Allah sayang kita, dia berikan apa yang kita perlukan dalam hidup ini.

Satu kelebihan saya, walau dalam keadaan super stress pun kerja-kerja mesti diteruskan. Cuma balik kerja saya akan off kan dan buat benda lain yang totally different from Gaharu. So ini progress kilang penyulingan kecik kami di Trolak. Alhamdulilah, tinggal nak pasang dapur sahaja. Moga-moga pertengahan bulan 3 dah boleh beroperasi. Dah ramai yang menunggu untuk ditebang pokoknya.





Manakala yang dibawah ini ialah layout kilang di Shenzen. Akan bermula buat kilang yang kecil dahulu, dan akan upgrade dari masa ke semasa. Saya jadi agak stress sebab perlu handle berkaitan Gaharu ni di dua Negara yang berbeza. Nasib boleh guna teknologi jadi segala perbincangan menjadi lebih mudah. Namun certain part yang susah untuk dibincangkan secara online tu yang agak tertekan tu. 




Saya senang menulis di sini progress dan segala yang berkaitan dengan Gaharu. Senang saya nak refer next time. Bukti perjalanan perniagaan Gaharu ni tidak mudah sebab visi saya tu terlalu besar. Haha. Tu la, buat visi besar-besar pastu diri sendiri yang stress.

Eh, pokok Gaharu kalau stress dapat hasilkan Gaharu yang sangat berkualiti tau. Kot-kot saya stress selalu ni boleh la dapat hasil macam "kynam" kot nanti. Haha


Ok, sambung lain kali pula.

Selamat Maju Jaya Maju Kaya. 

Comments (0)

Post a Comment