Gaharu & March

Labels:

Salam Jumaat semua,

Kejap je kan dah nak habis bulan Mac. Dah nak masuk bulan April. Dah sebulan lebih nampaknya saya tidak aktif di facebook. Ada je yang pm tanya kenapa dah lama mendiamkan diri. Ada masalah kah? Dah berhenti buat Gaharu kah? Sakitkah?

Terima kasih kepada semua yang mengambil berat. Walaupun ada yang hanya kenal di alam maya. Tidak pernah bersua muka tetapi masih terus bertanya khabar. Terima kasih.

Memanglah ada banyak masalah sikit lately tapi bukanlah kerana hal tersebut 100% saya menyepikan diri. Lebih kepada ingin fokus kepada kerja-kerja hakiki dan keluarga. Mulanya rasa macam tak sangka, mcm mn life without facebook ni kaaannnn...Pernah try uninstall facebook tak sampai 3 hari dah install balik. So far belum la lagi deactivate. Just uninstall sahaja dekat handphone. Bila perlu still boleh check through laptop. Sebelum ni kalau boleh nak update semua dengan rakan-rakan difacebook. Itulah dunia zaman sekarang kan? Until I realized that I need some privacy for myself, my family and my business.

Kagum betul tak posting apa-apa almost sebulan lebih. Syabas bete....

Rupanya my life getting better without Facebook. Haha. Tapi still rasa bersalah sebab waktu birthday pada 23hb Mac hari tu tak ucap thank you pun pada yang wish gara2 ingin elakkan ketagihan facebook bermula kembali.

Terima kasih semua yang mendoakan.
Terima kasih mak yang bersusah payah melahirkan 33 tahun yang lalu.
Terima kasih En suami yang buatkan kek dan makan-makan untuk keluarga.
Terima kasih keluarga yang meraikan.
Terima kasih semua yang whatsapp, pm dan sebagainya.

Saya sayang anda semua. Sayang sangat-sangat.

Semoga doa-doa kalian Allah perkenan.

Semoga dipanjangkan umur.
Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
Semoga mendapat zuriat yang soleh & solehah.
Semoga business berjaya.
Semoga jadi isteri solehah.
Semoga jadi anak yang terus mengembirakan hati ibunya.
Semoga menjadi bos yang prihatin.

Salam Sayang,
Ameena 

Comments (0)

Post a Comment