Anugerah dari Kecederaan

0

Labels:

Salam ceria buat semua,

Sy terjumpa satuperkataan yang menarik perhatian sy berkaitan gaharu iaitu --> Anugerah Dari Kecederaan . Sungguh menarik untuk diulas.

Memang benar, gaharu ( karas) merupakan anugerah yang tidak terhingga dikurniakan oleh Allah kepada hambanya untuk digunakan. Namun yang sangat menarik, gaharu yang sungguh bernilai itu diperolehi daripada kejadian kecederaan dan kesengsaraan pokok karas tersebut. Jika diterjemahkan dalam kehidupan kita, sesuatu usaha yang bersusah payah pasti lebih manis hasilnya.

Kejadian alam pasti boleh dikaitkan dengan kehidupan manusia. Ambillah pengajaran dari alam sekitar, jangan terlampau rakus mengejar dunia sehingga mengabaikan anugerah alam ini.



Ikhlas,

Aminah Saad

Inokulan Yang Berkesan

0

Labels:

Inokulan ialah bahan yang disuntik pada pokok karas bagi menghasilkan teras atau damar yang sangat berharga. Terdapat pelbagai jenis inokulan yang dijual di pasaran. Ada yang memberikan kesan yang cepat, dan ada yang memberikan kesan yang agak lambat. Ada yang mahal dan ada juga yang murah.
Saya juga masih dalam proses mencari inokulan yang berkesan dengan harga yang berpatutan. Namun mungkin saya boleh berkongsikan di sini maklumat yang saya perolehi dari proses googling saya. Marilah sama-sama kita berkongsi maklumat yang saya perolehi ini :
1) Gaharu Nano Tech Marketing
Kaedah Teknologi Allergic Stress- Strain merupakan teknologi yang terbaru dan telah terbukti keberkesananya serta telah menghasilkan resin atau teras dalam masa 3 bulan hingga 18 bulan.Penemuan dan kajian telah dijalankan oleh syarikat Gaharu Nano Tech Marketing(KT 0250183-P) selama 8 tahun.
Kos Inokulan :
Kelantan : RM 40/cm
Luar Kelantan : RM 50/cm
Sabah/Sarawak : RM 60 / cm
Harga boleh dirunding apabila ukurlilit melebihi 1000 cm
2) Green World Aroma Enterprise

Vaksin Inokulan PLT FEED

Gred A ( Hasil sekitar 4 - 6 bulan )
1 liter = RM 750
Gred B ( Hasil sekitar 7 - 12 bulan )
1 liter = RM 560
Gred C ( Hasil 12 - 15 bulan )
1 liter = RM 360
* minima tempahan 4 liter
* harga yg dijual utk semenanjung
* harga tidak termasuk caj penghantaran
------------------------------------
Vaksin Inokulan NanotechNV1
1 Liter = RM750
* Minimum order 10 Liter
* Harga tidak termasuk caj penghantaran.
Buat masa ini, saya kongsikan berkenaan harga inokulan yang ditawarkan oleh 2 syarikat ini. Kepada sesiapa yang berminat boleh terus menghubungi syarikat yang berkenaan (saya bukan agen atau wakil syarikat ini tau). Sekadar berkongsi maklumat yang diperolehi. Saya akan terus mencari untuk berkongsikan maklumat di sini.
Ikhlas,

Maklumat Yang Tepat

0

Labels:

Apabila rakyat Malaysia mula didedahkan dengan nilai lumayan bagi pokok karas, semakin ramai yang mula berminat untuk menanam pokok karas secara perladangan komersial atau secara kecil-kecilan. Ini merupakan satu perkembangan positif bagi industri gaharu di Malaysia. Kesedaran tentang potensi pokok karas ini dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi Negara. Namun pendedahan yang lebih tepat perlu dilakukan oleh badan-badan kerajaan yang terlibat agar maklumat yang diperoleh oleh individu yang berminat adalah tepat, tidak meragukan dan dapat menjalankan penanaman gaharu secara betul.
Adakah demam gaharu sudah melanda Malaysia?
Ya mungkin juga Malaysia sudah dilanda demam gaharu. Walaupun masih ramai yang tidak mendapat maklumat tepat namun apabila gaharu dikaitkan dengan nilai RM yang lumayan, maklumat yang tepat adalah menjadi perkara yang tidak penting lagi. Bagi sesetengah individu, inilah peluang bagi mereka untuk menambahkan satu lagi pelaburan dalam hidup mereka. Mereka tidak mendapat maklumat yang tepat dan hanya dengar-dengar di kedai kopi. Mereka mula yakin dengan desas desus di kedai kopi bahawa pokok gaharu boleh buat duit.
“Aku mesti tanam juga. Lagipun aku ada modal, duit dan juga tanah. Tapi di mana ya aku nak dapatkan anak pokok gaharu ini? Siapa yang menjual?”
Beberapa persoalan mula menerjah ke fikiran. Jika tidak bernasib baik dan berjumpa dengan penjual yang hanya ingin mengambil kesempatan, mereka ini mudah menjadi mangsa. Semangat untuk terlibat dengan industri gaharu menggunung tinggi namun apabila ditipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab maka semangat yang dulu menggunung mula kecundang.
Saya mencadangkan kepada sesiapa yang berminat dalam industri gaharu agar menghubungi agensi kerajaan yang dipercayai seperi FRIM, MARDI atau Jabatan Pertanian untuk mendapatkan maklumat yang tepat. FRIM sendiri telah menjalankan penyelidikan berkaitan pokok gaharu ini bermula tahun 1992, jadi pasti banyak maklumat yang boleh anda perolehi jika bertanya terus ke FRIM. Jika anda tidak mendapat maklumat yang diharapkan, minta jabatan-jabatan ini memberikan contact number bagi usahawan yang terlibat dengan industri ini. InsyaAllah, ini dapat mengurangkan kadar anda mendapat maklumat yang tidak tepat. Selain itu, dapatkan maklumat daripada beberapa sumber agar anda boleh membandingkan maklumat yang diperolehi. Anda juga boleh melayari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan, namun di internet terlampau banyak informasi yang kadang-kala menambahkan kekeliruan bagi yang baru ingin bermula.
Kepada yang baru bermula, Semoga Berjaya.
Satu Perkongsian,

Yang Mana Satu?

0

Labels:

Jika diberi pilihan, spesis manakah yang menjadi pilihan anda?

A. Aquilaria crassna

B. Aquilaria hirta

C. Aquilaria Sub-Integra

D. Aquilaria malaccencis

Sila buat pilihan anda. Atas dasar apakah anda membuat pilihan tersebut. Adakah kerana nama tersebut lebih best dari biasa atau sekadar teka-teka sahaja. Pada hari ini, saya ingin berkongsikan satu maklumat dengan semua pembaca.

Menurut persidangan Gaharu Sedunia yang berlangsung di Vietnam (2004), spesis sub-integra telah di isytiharkan sebagai spesis yang menghasilkan gaharu yang bermutu tinggi dengan gred tertinggi. Jadi mungkin anda boleh memilih spesis ini untuk dipertimbangkan sebagai tanaman diladang gaharu anda.

Namun begitu, tiada kajian spesifik yang menunjukkan bahawa spesis sub-integra ini juga mampu menghasilkan gaharu bermutu tinggi jika di tanam di Malaysia. Perbezaan cuaca dan juga ciri-ciri persekitaran mungkin mempengaruhi pertumbuhan pokok gaharu ini. Di sebabkan hal ini, masih terdapat ramai penanam yang ragu-ragu dengan keadaan ini. Jika di lihat secara pemerhatian kasar, spesis gaharu liar yang banyak terdapat di Malaysia ialah malaccencis dan juga crassna. Mungkin juga spesis ini adalah spesis yang paling sesuai ditanam di Malaysia. Tetapi persoalannya pula, adakah spesis ini menghasilkan gaharu bermutu tinggi dan banyak? Secara peribadinya, saya memilih spesis sub-integra bagi tujuan tanaman perladangan.




Anda bagaimana? Pilihan ditangan anda.


Ikhlas,

Gaharu di ancam Kepupusan

0

Labels:


Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh Convention of International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES), terdapat 20 negara yang terlibat dalam perdagangan Gaharu. Indonesia dan Malaysia merupakan pengekport terbesar bahan mentah gaharu dengan jumlah perdagangan 340 ton (Semenanjung Malaysia) dan 530 ton (Sarawak) dalam tahun 1995-1997. Namun begitu, masih terdapat perdagangan yang dijalankan secara illegal menyebabkan jumlah sebenar hasilan eksport gaharu ini tidak dapat dipastikan dengan jelas. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan perdagangan gaharu telah berlaku secara meluas di Malaysia.

Penuaian secara agresif dan tidak terkawal ini membawa kesan buruk kepada spesis Aquilaria ini. Dari sehari ke sehari, jumlah pokok karas liar semakin di ancam kepupusan. Manusia rakus mengejar ganjaran pulangan yang tinggi dari hasilan hutan itu. Tiada lagi istilah belas kasihan kepada spesis yang kian diancam kepupusan itu.

Pada tahun 1995, CITES telah menyenaraikan Aquilaria malacensis dalam kategori terkawal iaitu penuaian dan perdagangannya liar tidak boleh dilakukan dengan sesuka hati. International Union for Conservation of nature (IUCN) pada 2002 juga telah menyenaraikan beberapa spesis Aquilaria di bawah kategori Red List iaitu dalam status “ terancam” dan memerlukan perlindungan.

Di Malaysia, setiap kerajaan negeri mensyaratkan permit khas yang perlu diperolehi dari Jabatan Hutan Negeri bagi sesiapa yang terlibat dengan aktiviti penuaian dan perdagangan gaharu. Semua negeri melarang penuaian gaharu dari Taman Negara dan kawasan perlindungan hidupan liar.

Demi melindungi spesis gaharu daripada terus terancam, marilah kita sama-sama membuat penanaman pokok gaharu secara kecil-kecilan atau jika mempunyai modal yang lebih maka bolehlah membuat dengan skala yang lebih besar. Semoga industri gaharu akan terus berkembang di Malaysia dan menjadi yang terbaik di rantau ini.

Ikhlas,

Kegunaan Daun Pokok Karas

0

Labels:

Salam ceria dan gembira buat semua,
Pada hari ini saya ingin berkongsikan suatu maklumat buat anda di luar sana. Maklumat ini berkaitan dengan daun pokok karas yang boleh digunakan bagi membuang angin. Daun pokok karas ini memang telah dijadikan teh untuk dikomersialkan namun saya sendiri masih belum berkesempatan untuk membeli seterusnya mencuba air teh dari daun pokok karas ini. Namun begitu, saya telah menjalankan satu "mini eksperimen" terhadap daun pokok karas ini.

Saya telah mendapat maklumat bahawa pokok karas ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Namun kerana saya bukan dalam bidang ini, saya tidak pasti secara saintifiknya bagaimana tindakbalas ini berlaku. Jadi saya dan ibu sekadar mencuba dan mendapati bahawa air rebusan daun pokok karas ini dapat membuang angin. Selepas meminum air rebusan daun pokok karas ini, anda akan mengeluarkan angin ( kepada yang banyak angin).
Apa kata anda mencubanya, insyaAllah jika diamalkan dapat memberikan kesegaran kepada badan anda. Jadi sementara anda menunggu tempoh matang pokok karas anda, anda sudah boleh mendapatkan manfaatnya.
Jom cuba !
Perkongsian ikhlas,