Misi Terbang Tinggi 2018

0

Labels: ,

Ya Allah bercitanya nak tulis dekat blog ni. Mood tu entah ke mana terbangnya.

Ada tak pembaca yang tertunggu-tunggu untuk membaca blog yang dah bersawang ni? Haha. Kalau lebih lama mahu jadi haunted blog dah. Post berkenaan Dubai tu pun dah tak terupdate lagi sampai sekarang. Mood nak menulis tu jenuh nak seru.

Disebabkan lagi beberapa hari nak masuk 2018 jadi Puan Min still la kena paksakan diri untuk tulis dekat blog. Ye la, penting tahu untuk awk-awk semua jelas dengan misi 2018 kami ni. Actually walaupun dah lama tak update, banyak sangat aktiviti yang dilakukan oleh Gaharu Lestari. Pameran, lawatan kerjasama, kursus dan macam-macam lagi.

InsyaAllah tahun depan Gaharu Lestari akan terbang lebih tinggi lagi. Semua perniagaan pun mesti ada target kan? Nak terbang lebih tinggi. Nak berjaya lebih lagi dari sebelumnya. Begitulah juga kami. Walaupun sebelum ni kami bergerak apa adanya, tapi kami tetap yakin bahawa Allah telah tentukan bahagian masing-masing. Yang penting jangan putus ada dan teruskan berusaha.



Sasaran kami bagi tahun 2018 ialah pasaran secara intensif ke luar negara dan mempunyai showroom sendiri di Luar Negara. 4 lokasi utama yang kami sasarkan pada tahun hadapan ialah Kuala Lumpur, Hong Kong, China dan Dubai. Namun pemasaran akan dilakukan secara menyeluruh. Kami mensasarkan untuk menjadi pengeluar dan pemborong pelbagai produk Gaharu, bahan mentah dan juga segala hasil kraft tangan yang dihasilkan daripada Gaharu. Seperti yang selalu saya highlight sebelum ini iaitu "Agarwood Stop Center". Semoga Allah permudahkan segala urusan Gaharu Lestari. Moga dapat membantu lebih ramai lagi pengusaha Gaharu di Malaysia.



Salah satu langkah yang telah dilakukan pada tahun ini ialah dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat di China. Semoga dipermudahkan satu persatu. Ye la, kita merancang kan hanya Allah yang menentukan. Hebat macam mana pun rancangan kita, kalau Allah tak izinkan tetap tidak akan berlaku.





Alhamdulilah juga tahun ini kita dapat completekan geran Tradex dengan jayanya. Terima kasih DDEC yang banyak membantu memberikan imej packaging yang lebih baik kepada produk Lestary Brand. Moga-moga dapat lagi tahun depan. Hehe. 





SASARAN MISI 2018 

+ Pengilang Teh Gaharu No 1 di Malaysia lengkap GMP, HACCP

+ Pengilang Pati Minyak Gaharu dengan teknologi moden dan terkawal menghasilkan Pati Minyak Gaharu yang berkualiti tinggi

+ Mampu membeli daun-daun Gaharu yang dimiliki oleh penanam-penanam karas di Malaysia

+ Membuka showroom di Kuala Lumpur, Hong Kong, Dubai dan Paris

+ Menghasilkan oud perfume yang unik dan tidak terjangkau oleh fikiran

+ Menandatangani kontrak pembekalan Pati Minyak ke Middle East dan Europe

+ Gudang Penyimpanan Kayu Gaharu, Hampas dan Akar

+ Dapat melatih agen-agen pemasaran produk lestary brand dengan kaedah yang terbaik dan mereka mampu menjana pendapatan berbisnes dengan Gaharu Lestari

+ Mewujudkan group Elit Agarwood Network (EAN)


Okey sebenarnya ni lebih kepada angan-angan Puan Min je. Haha. Saya tak segan pun kalau korang nak fikir apa pun. InsyaAllah akan diusahakan untuk direalisasikan. Saya pun dah present pada En Husband tentang angan-angan business dan juga angan-angan personal saya. Alhamdulilah mempunyai pasangan yang sangat menyokong setiap langkah.


Okeylah, siap juga posting terakhir bagi tahun 2017 ni. Harap2 tahun 2018 lebih rajin menulis pengalaman-pengalaman yang lebih hebat. 

We walk the talk.

Puan Min yang comel ngat

Jalan-jalan Dubai Part 1

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya mood agak ke laut dalam ni. Rasa macam-macam sangat yang perlu difikirkan. Tapi alhamdulilah masih cool dalam mengharungi segala ujian dan cubaan yang mendatang. Alhamdulilah semakin tenang menghadapi sebarang permasalahan yang berlaku dalam kehidupan peribadi dan juga syarikat. I am so proud of myself, I am getting matured in solving problems. I can handle stress in better way I guess. Its totally a new me. Ye ah, dah tua tau. 32 tahun sudah...Walaupun perangai childish tu masih ada dalam diri. Hehe.


First time saya berkesempatan ke sebelah Timur Tengah memberikan gambaran suasana sebenar disana. Syukur sangat-sangat, walaupun diuji dengan pelbagai ujian sebelum pergi namun saya masih ada kekuatan untuk meneruskan misi kali ni. Alhamdulilah. Syukur sangat pada Yang Maha Esa. Semuanya dengan izinNya. Terima kasih En suami yang memberikan keizinan walaupun tidak dapat turut serta. No words can describe how lucky I am to have you in my life.

Ye la kan, orang selalu kaitkan Gaharu dengan Timur Tengah. Tapi saya sebagai player Gaharu sendiri tidak pernah melihat secara real keadaan disana. Saya yakin sekali pergi InsyaAllah lepas ini akan ada rezeki lagi untuk datang. Doakan saya dapat pergi umrah tahun depan ye. Target nak pergi dalam bulan Ramadhan. Seronok sangat tengok begitu banyak kedai-kedai Gaharu di sini. Mall besar. Di tempat borong. Di tepi-tepi jalan. Ada yang murah. Ada yang mahal. Masuk hotel pun bau gaharu semerbak. I am so excited.

Sempat snap gmbar dekat Al-Jumeirah sekejap


Selain chip kayu gaharu, bakhoor juga banyak dijual di sini. Pelbagai wangian yang berbeza. Tekstur dan harga pun berbeza. Saya pun banyak dapat idea untuk improved produk muattar saya sedia ada. InsyaAllah banyak manfaatnya saya ke sini.


Gambar bakhoor ketika Transit di Muscat, Oman

Kedai perfume pun banyak sangat-sangat. Dan banyak kedai perfume yang juga membakar bakhoor atau kayu gaharu dikedai mereka. Walaupun mereka menjual perfume. Dan mereka memberikan banyak pilihan perfume berasaskan Gaharu dan non-alcohol. Best betul kalau saya dapat berkomunikasi dalam bahasa Arab kan? Tengah belajar sekarang. Haha. Poyo kan saya ni. Bahasa Mandarin pun tak lepas-lepas walaupun dah ke China banyak kali. Tapi start blaja bahasa Arab ni saya rasa mungkin lebih mudah untuk saya menuturkan bahasa Arab berbanding bahasa mandarin. Tambahan kita pun dah familiar dengan tulisan Arab (baca al quran).

Okeylah, nanti lah saya sambung lagi entri berkenaan Dubai ni ye.

Salam Sayang,
Puan Aminah

Pengedar Teh Gaharu Botol

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Semoga anda semua yang baca blog ini dalam keadaan sihat sejahtera. Entri pasal Dubai Halal Expo 2017 nanti saya update ye. Saya update berkenaan dengan Teh Gaharu ni dulu. Alhamdulilah balik hari tu tak delah jetlag pun, sampai-sampai Malaysia pergi pos barang dan masuk office dulu. Lepas tu baru balik rumah tidur kejap. Entri kali ni saya nak cari untuk pengedar Teh Gah. Teh Gaharu yang boleh terus minum. Senang sangat kalau rasa malas nak cari air panas tunggu 2 minit pastu baru boleh minum. Hehe.

Si kecik molek di Burj Khalifa, Dubai :)

Teh Gah dalam botol 300ml
1 Carton 20 botol


Kami ingin mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan Teh Gah ini. Sasaran pasaran ke kedai-kedai makan, mini market, pasaraya dan jualan terus kepada pengguna. Jika anda berminat untuk memasarkan produk ini boleh terus berhubung dengan Pegawai Produk kami iaitu Pn Janatul Firdaus di talian 014-3494734. 

InsyaAllah, Teh Gah ini pilihan Teh RTD yang lebih sihat dan berkhasiat untuk anda sekeluarga. 

Teh Gah di Guangzhou, China

Teh Gah di Hari Peneroka, Putrajaya 

Kami sentiasa bersedia untuk membekalkan Teh Gah terus kepada anda. Hubungi kami segera.

InsyaAllah, kami dalam usaha memasarkan produk di bawah koperasi Gaharu. Semoga Allah permudahkan. 

ALK Koperasi Gaharu 


Ok rasanya sampai sini dulu coretan saya. Nanti kita sambung lagi ye. 


Yang tidak jemu menulis,
Puan Aminah yang slim melim :)


Dubai Halal Expo 2017

0

Labels: , ,

Selamat Pagi.

Dengar tak bunyi burung berkicau-kicau. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut. Dah..dah tak payah berangan. Cepat bangun tidur. Tu mesti mimpi bersantai ditepian pantai kan? Haha.

Mai nak habaq mai sikit.

InsyaAllah 18-19 September 2017 ni, GLRSB akan join Dubai Halal Expo di Roda Al-Bustan Convention Center, Dubai UAE. InsyaAllah, saya akan gunakan pengalaman-pengalaman sebelum ni untuk tambahbaik bagi exhibition kali ni.


HOFEX di Hong Kong




IFE, Canton Fair Guangzhou



 InsyaAllah, kami cuba memberikan yang terbaik untuk menjayakan exhibition kali ni. 3 exhibition yang lalu memang agak last minit. Tiada persedian yang proper. Tapi alhamdulilah kami dapat menjayakan juga.

Yang penting kita berikan komitmen yang tinggi pada setiap usaha yang kita lakukan.

Jika anda mempunyai produk Gaharu, saya ingin mengalu-alukan untuk join saya untuk program ini. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk tiket kapal terbang, hotel dan perbelanjaan lain. Dengan yuran bayaran yang minima kami akan bantu anda untuk cuba memasarkan ke pasaran Timur Tengah. Duha akan melibatkan lebih daripada 5000 serius buyer yang melibatkan industri Halal. Ini merupakan B2B exhibition jadi sangatlah sesuai untuk kita yang mensasarkan untuk melebarkan sayap ke sana.

Jika anda berminat untuk turut serta boleh email kepada saya : gaharulestary@gmail.com dengan SUBJECT : DUHA 2017.

Nama :
Syarikat :
Produk :

Okey, rasanya sampai sini dahulu coretan saya. Semoga segala yang kita usahakan ini akan membuahkan hasil.

Salam Sayang,
Puan Aminah Saad

Gaharu Lestari di Perdana Jurnal TV1

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Sarapan apa tu? Jangan skip sarapan tau nanti jadi lemah longlai nak kerja pun tak bersemangat. Saya memang jenis heavy punya breakfast. Kalau tak makan, memang mood ke laut. Haha. Muka monyok macam hape. Kalau puasa elok pun muka ceria je. Tu lah power nya niat tu. Kalau kita niat baik pun Allah akan mudahkan InsyaAllah.

Saja nak share sikit berkenaan shooting bersama pihak Jakim RTM baru-baru ni. Kebetulan waktu husband pergi kenduri kawin terjumpa la crew Jakim RTM ni. Sembang punya sembang termasuk la bab Gaharu, last-last dia cakap nak shooting sikit dekat GLRSB untuk tajuk Wangian Sunnah. Yang mana kita tahu Gaharu ni antara bauan yang paling disukai oleh Nabi Muhammad SAW.





Di sebabkan agak ad-hoc persedian daripada pihak GLRSB pun agak simple. Kami pun buat sekadarnya. Dan crew yang datang pun sempoi jadi urusan pun berjalan lancar dan mudah. Tak banyak kerenah orang cakap. 





First ditayangkan 26 Julai 2017 yang lulu di RTM TV1 pada pukul 6 petang dalam Rancangan Jurnal Perdana. Mungkin dia ada buat ulangan juga kot. Sebab ada je yang contact lagi cakap tengok daripada Rancangan Jurnal Perdana. Apa pun, terima kasih sangat-sangat kerana memberi peluang kepada GLRSB untuk muncul di TV. InsyaAllah lepas ni mungkin lebih banyak peluang yang hadir.  Allah bantu sedikit demi sedikit. 

Syukur padamu Ya Allah atas nikmat yang diberikan. 

Oud Perfume Adam & Hawa

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum saya sambung entri jalan-jalan, saya nak update sikit berkenaan produk terbaru lestarybrand ni. Serius memang saya terlupa nak update dekat blog. Saya just update dekat facebook dan juga page. Produk ini kita keluarkan sebulan sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Alhamduilah sambutan sangat sangat luar biasa. Tambahan nak Raya, ramai yang nak wangi-wangi dari pagi sampai petang untuk beraya bersama keluarga dan sanak-saudara tercinta. So ramai yang beli untuk diri sendiri, tak kurang juga yang beli untuk dihadiahkan buat ahli keluarga. 

Oud Perfume ini kami namakan Adam & Hawa. 

Untuk kaum lelaki (Adam) dan untuk kaum Wanita (Hawa). Memang sesuai sangat kan memandangkan ini antara produk pioner kami dalam bidang perfumery. Bau yang lebih modern bersesuaian dengan pengguna di Malaysia.




Di datangkan dalam pek kecil molek 10ml (spray)
Harga Runcit : RM 30
Nak dapatkan harga yang lebih murah sila jadi Agen #lestarybrand ye :)


Syukur Alhamdulilah Adam & Hawa mendapat perhatian ramai. Ada yang cakap bauan tahan lama betul, dari pagi pergi kerja balik selalu dah busuk-busuk tapi dengan Adam& Hawa bau masih maintain wangi. Balik nak terus cium isteri pun boleh ye, tak delah bau masyam kan :)



Di sebabkan Adam&Hawa kecik molek so memang selalulah mengikut saya ke mana saja. Letak je dalam handbag dan boleh bawa ke mana saja. Di sebabkan saya suka bauan yang lebih feminin tentulah Hawa akan menjadi pilihan kan? Hawa ni dah ikut saya ke Japan, Hong Kong, China dan bulan depan mungkin la mengekor sekali pergi ke Dubai. En Husband pun tak dapat ikut ke mana-mana saya pergi. Tapi En Husband sentiasa terpahat kukuh di hati. Hehe. 


Bestkan orang Malaysia dapat beli oud perfume pada harga RM 30 sahaja sebotol


Dan nak tambah rencah betapa bestnya beli Adam&Hawa sekarang, setiap pembelian 1 botol '(RM 30)  anda berpeluang menang wang tunai bernilai RM 100 (cabutan setiap 2 minggu di Page Lestarybrand HQ) dan juga hujung tahun ni kita ada cabutan untuk 2 tiket percutian ke Krabi. Wow mana nak dapat kan?? Dah le dapat wangian gaharu yang sangatlah mampu milik, ada peluang nak dapat cash dan percutian lagi. 

Tapi yang nak beli produk-produk lestary yang lain pun jangan risau ok, boleh juga berpeluang dapat kupon untuk cabutan ni. Best kan? Kalau best apa lagi boleh la beli produk lestary brand daripada agen/stokis kami atau boleh beli dekat website. 



Okey rasanya sampai sini dulu entri produk kali ni. Boleh follow kami di Page Gaharu Lestari Resources untuk dapatkan info-info terbaru aktiviti syarikat dan juga Page Lestarybrand HQ untuk maklumat produk dan juga promosi-promosi yang dijalankan. 

Ikhlas Menulis,
Puan Aminah Saad

Gaharu Lestari Go Global - Hainan

0

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca yang dirindui,

Lama betul saya tak update posting di blog. Saya rindu nak tulis dekat blog. Tapi sebab ada masalah dengan email saya jadi tak boleh nak login dan menulis di blogger. Alhamdulilah masalah dah selesai. Jadi hari ni boleh spend masa lebih sikit menulis di blog. Kot-kot lah ada yang rindu nak baca coretan saya di blog ni. Kalau tak ada yang nak baca pun, saya tak kisah pun. Haha.

Di sebabkan dah lama tak update jadi saya update secara borong terus. Aci lah kan? Nak tulis posting satu-satu maleh la pulak. Lagipun nanti banyak-banyak posting bukan korang baca pun kan. Orang cakap orang Malaysia ni malas membaca..Eh ye ke? Saya rajin apa. Hehe.

Beberapa bulan kebelakangan ini, GLRSB banyak menyertai program-program di Luar Negara bagi mempromosikan produk-produk Gaharu keluaran GLRSB. Ye la kan, dah ada peluang dan ruang apa lagi kita ambil je lah. So selepas ke Chiba, Jepun tempoh hari pada bulan Mei kami ke Hong Kong dan bulan June ke Guangzhou. Dan yang terbaru kami baru pulang daripada Haikou, Hainan. Macam best kan orang tengok jalan sana sini, tapi uttt penat sangat-sangat. Muka mesti maintain cool je kan?

Doakan segala usaha kami membuahkan hasil.



Uishh gemook sungguh. Dah bertahun berazam bertekad tapi misi yang satu ni belum lagi berhasil

  Kerjasama dengan Team Agarwood Biotech Expert untuk projek Inokulasi di Haikou, Hainan



Nanti saya sambung entri ni. Maleh beno nak cari gambar-gambar yang best untuk upload kat sini. Rasanya tak boleh kot buat entri borong sebab banyak sangat nak update. Gila tamak entri kan bila dah berzaman tak update. 

Haha (Gelak tamak)

Mesyuarat Agung Tahunan PENGHARUM 2016

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sedikit upddate berkenaan mesyuarat PENGHARUM pada 2 April 2017 yang lalu. Alhamdulilah majlis berjalan lancar dengan kehadiran hampir 40 orang. 2 kali ganda kehadiran berbanding mesyuarat yang lalu. Pelbagai isu dan agenda yang dirancang bagi merancakkan lagi perkembangan industri Gaharu untuk masa hadapan.






InsyaAllah jika kita bergerak bersama-sama kita akan mencapai kata sepakat untuk lebih maju lagi.

" If you want to go fast go alone, If you want to go far then go together "

Selamat Maju Jaya Maju Kaya.

Ahli PENGHARUM ASH 003
Pn Aminah Saad

Motivation of the Day

0




Mesyuarat Agung Tahunan PENGHARUM 2017

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, 

Untuk makluman semua Mesyuarat Agung Tahunan PENGHARUM 2017 akan diadakan pada 2 April 2017 bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang bermula jam 10pagi - 1 tengahari. Jemput datang kepada semua ahli dan juga yang berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan Gaharu. 


Jom datang memeriahkan program ini. Sambil bersilaturahim boleh juga tengok-tengok pameran produk-produk Gaharu yang ada. 

Jom bermesyuarat.


Foodex 2017 Chiba, Jepun 7-10 Mac 2017

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Masuk blog dah penuh sawang dah. Dulu cakap orang lain kenapa dah tak aktif blog, Tengok-tengok sekarang saya sendiri pun dah makin kurang kemaskini blog. Ye la rasa macam sangatlah pack tiada masa nak duduk molek ngadap laptop update blog. Hihi. Ok kita terus ke entri hari ni saya nak kongsi sedikit pengalaman di Pameran Foodex d Chiba Jepun pada 7-10 Mac 2017 yang lalu.

Daripada Malaysia yang join dibawah Mision Accelaration ialah 10 buah syarikat dan salah satunya ialah Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd. Walaupun dah banyak kali ke Luar Negara, tetapi ini adalah pengalaman pertama kami join exhibition di Luar Negara. Pameran ini adalah anjuran Matrade dengan kadar bayaran per person ialah RM 800. Pengalaman yang sangat berharga buat saya. Memandangkan ini juga adalah trip pertama saya ke Japan jadi saya ambil keputusan untuk pergi lebih awal dan explore kawasan pameran. Dan disebabkan beli tiket agak lambat jadi kami pergi pada 4hb Mac 2017. Mission adalah berbeza dengan booth kerana kawasan yang terhad dan berkongsi dengan syarikat lain juga.

Saya share semua maklumat ini mungkin ada yang berpeluang untuk join dimasa hadapan dan ada sedikit info berkenaan hal ini.

4hb Mac 2017

Kami bertolak dari KLIA pada jam 10.30 pagi dan seawal 5 pagi kami dah gerak daripada Sungkai sebab takut ada masalah di imigresen. Haha. Sebab hari tu saya ada masalah dengan PTPTN dan takut nama sy masih di blacklist. Alhamdulilah lepas dengan jayanya. Sampai di Narita Airport dalam pukul 5.30 petang lebih kurang.



Kami ambil bas ke Hotel 1000 yen/seorang. Sampai di Hotel memang dah penat dan terus tido. Nasib le hotel memang cantik dan selesa sangat. Saya cari di booking.com kebanyakkan hotel di Chiba agak kecil saiznya, tapi bilik hotel kami sangatlah luas dan selesa pada harga yang lebih murah. Wink wink (aminah gembira dapat harga murah dan berjimat). Daripada awal, kami dah bersedia untuk makanan halal yang agak sukar diperolehi disekitar kawasan ini jadi dah bawa siap-siap bekalan makanan. Tapi di Hotel masih boleh request untuk makanan vegetarian.



Sebenarnnya terpaksa pilih hotel ini sebab hotel-hotel yang berhampiran dengan exhibition hall dah penuh. Daripada hotel ke Makuhari Messe kami perlu ambil 1 train dan 1 bas termasuk jalan kaki sejauh 20 minit sebelum sampai ke exhibition hall. I is so excited but saya faham husband tak berapa sihat sebab baru lepas operation jadi kami perlu bergerak lebih santai. Sebab itu kami decide untuk pergi lebih awal untuk make sure kami boleh arrange masa dengan lebih santai dan sampai pada masa yang ditetapkan. 


5hb Mac 2017

Subuh seawal 4.40pagi. So hari ni misi untuk explore train dan bas. Dan juga ada masa lebih kami terus ke Disneyland Tokyo. Yang ni saya malas la cerita lebih-lebih. Haha. Dah lari dari topik sangat pulak dah kan?




6hb Mac 2017

Pagi ni kami akan setup booth kecil kami dan pada jam 12 tenghari akan ada sedikit briefing daripada pihak Matrade Tokyo. Alhamdulilah disebabkan kami sudah explore train dan bas semalam jadi hari ini berjalan lancar. Walaupun kami sahaja satu satunya syarikat yang stay di hotel yang agak jauh daripada tempat pameran tapi kami sampai yang paling awal.

*Daripada atas hall 8, kesemuanya ada 11 hall. Penat ooo nak round semua

*En husband yang membantu untuk setup booth

Comel tak poster lestarybrand. Hehe. Saya lah yang design last minit sebab dah tak sempat nak minta tolong designer buat dalam jangka waktu yang terhad. Selesai design terus email pada kedai printing. Selesai satu hal. Pada sebelah petang, kami dibawa ke Jusco untuk mendengar penerangan daripada pihak Jusco Tokyo berkaitan peluang memasukkan produk Halal ke Jusco. Mereka sedang mempersiapkan diri bagi Olimpik 2020 yang akan diadakan di Tokyo. Persediaan bagi tourism muslim juga. Nampaknya banyak peluang untuk diteroka di sana. 


*Wakil daripada Matrade Tokyo En Shah dan Mr Kitaro yang menguruskan segala keperluan kami disana. Arigatogozaimasu. 



7hb- 10hb Mac 2017

Hari ini ialah hari pembukaan Foodex 2017. Kami sampai lebih awal untuk lebih bersedia dengan pameran pertama kami ini. Kami sediakan teh gaharu herba untuk sampling rasa. Matrade Tokyo menyediakan kami dengan 4 interpreter yang mana interpreter syarikat Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd ialah Eriko san. Alhamdulilah sangat sangat membantu. Hari pertama lebih kepada saya menerangkan kepada Eriko apakah produk yang kami tawarkan dan kelebihan-kelebihan produk tersebut.

Yang lawaknya poster saya tu tersalah perkataan Jin-kou (agarwood) tetapi ditulis kanten (agar-wood) iaitu sejenis jelly. Pelik sangat kot kan kopi kanten (kopi campur jelly). Orang pelik dan datang tanya. Eriko ada masa untuk explain lebih lanjut apakah produk kami. Mereka sambil gelak-gelak sebab kesilapan tersebut. Saya salahkan google translate. Haha. Tapi tak mengapalah very minor error.



Pada mulanya, sebelum ke Japan saya sangatlah kurang yakin adakah Japan akan menjadi menyukai produk ini. Sebab awalnya saya plan nk ke Gulfood di Dubai tapi tak ada rezeki sebab banyak syarikat yang nak ke Dubai. Saya redha dan ambil peluang ini ke Japan. Allah tahu yang terbaik untuk GLRSB. Sambutan sangatlah baik dan diluar jangkaan saya. Saya rasa sangat happy dengan sambutan tersebut.

Produk utama yang kami bawa ialah Teh Gaharu Herba, Kopi Gaharu, Gaharu Green Tea dan madu kelulut. Kayu gaharu saya bawa sikit sahaja sebagai sample jika ada yang tidak faham apakah itu gaharu.

*Bersama potential buyer dan my interpreter, Eriko


*Sambil melawat dan ambil idea daripada booth lain juga





*Bersama Pn Khairul from DDEC


Alhamdulilah dapat beberapa request daripada setiap produk yang dibawa. InsyaAllah saya cuba follow up untuk close the deal. Jadi atau tidak belakang kira, yang penting kita dh usaha yang sehabis baik. Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sentiasa mendoakan kami. Kami cuba buat yang terbaik untuk semua. Mudah mudahan dalam tahun ini saya akan ke Tokyo lagi untuk berurusniaga disana.


Terima kasih banyak En Husband yang sudi temankan saya ke exhibition ni. Walaupun saya tahu dia sangat sangatlah tak berapa sihat. Terpaksa layan lagi Pn Isteri nak ke Disneyland. Saya sangatlah menghargai segala yang dilakukan layan isteri yang terlebih excited about so many things ni. 


Yang benar,
Aminah Saad