Gaharu Lestari di Perdana Jurnal TV1

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Sarapan apa tu? Jangan skip sarapan tau nanti jadi lemah longlai nak kerja pun tak bersemangat. Saya memang jenis heavy punya breakfast. Kalau tak makan, memang mood ke laut. Haha. Muka monyok macam hape. Kalau puasa elok pun muka ceria je. Tu lah power nya niat tu. Kalau kita niat baik pun Allah akan mudahkan InsyaAllah.

Saja nak share sikit berkenaan shooting bersama pihak Jakim RTM baru-baru ni. Kebetulan waktu husband pergi kenduri kawin terjumpa la crew Jakim RTM ni. Sembang punya sembang termasuk la bab Gaharu, last-last dia cakap nak shooting sikit dekat GLRSB untuk tajuk Wangian Sunnah. Yang mana kita tahu Gaharu ni antara bauan yang paling disukai oleh Nabi Muhammad SAW.





Di sebabkan agak ad-hoc persedian daripada pihak GLRSB pun agak simple. Kami pun buat sekadarnya. Dan crew yang datang pun sempoi jadi urusan pun berjalan lancar dan mudah. Tak banyak kerenah orang cakap. 





First ditayangkan 26 Julai 2017 yang lulu di RTM TV1 pada pukul 6 petang dalam Rancangan Jurnal Perdana. Mungkin dia ada buat ulangan juga kot. Sebab ada je yang contact lagi cakap tengok daripada Rancangan Jurnal Perdana. Apa pun, terima kasih sangat-sangat kerana memberi peluang kepada GLRSB untuk muncul di TV. InsyaAllah lepas ni mungkin lebih banyak peluang yang hadir.  Allah bantu sedikit demi sedikit. 

Syukur padamu Ya Allah atas nikmat yang diberikan. 

Comments (0)

Post a Comment