Gaharu Lestari Go Global - Hainan

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca yang dirindui,

Lama betul saya tak update posting di blog. Saya rindu nak tulis dekat blog. Tapi sebab ada masalah dengan email saya jadi tak boleh nak login dan menulis di blogger. Alhamdulilah masalah dah selesai. Jadi hari ni boleh spend masa lebih sikit menulis di blog. Kot-kot lah ada yang rindu nak baca coretan saya di blog ni. Kalau tak ada yang nak baca pun, saya tak kisah pun. Haha.

Di sebabkan dah lama tak update jadi saya update secara borong terus. Aci lah kan? Nak tulis posting satu-satu maleh la pulak. Lagipun nanti banyak-banyak posting bukan korang baca pun kan. Orang cakap orang Malaysia ni malas membaca..Eh ye ke? Saya rajin apa. Hehe.

Beberapa bulan kebelakangan ini, GLRSB banyak menyertai program-program di Luar Negara bagi mempromosikan produk-produk Gaharu keluaran GLRSB. Ye la kan, dah ada peluang dan ruang apa lagi kita ambil je lah. So selepas ke Chiba, Jepun tempoh hari pada bulan Mei kami ke Hong Kong dan bulan June ke Guangzhou. Dan yang terbaru kami baru pulang daripada Haikou, Hainan. Macam best kan orang tengok jalan sana sini, tapi uttt penat sangat-sangat. Muka mesti maintain cool je kan?

Doakan segala usaha kami membuahkan hasil.



Uishh gemook sungguh. Dah bertahun berazam bertekad tapi misi yang satu ni belum lagi berhasil

  Kerjasama dengan Team Agarwood Biotech Expert untuk projek Inokulasi di Haikou, Hainan



Nanti saya sambung entri ni. Maleh beno nak cari gambar-gambar yang best untuk upload kat sini. Rasanya tak boleh kot buat entri borong sebab banyak sangat nak update. Gila tamak entri kan bila dah berzaman tak update. 

Haha (Gelak tamak)

Comments (0)

Post a Comment