Dubai Halal Expo 2017

Labels: , ,

Selamat Pagi.

Dengar tak bunyi burung berkicau-kicau. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut. Dah..dah tak payah berangan. Cepat bangun tidur. Tu mesti mimpi bersantai ditepian pantai kan? Haha.

Mai nak habaq mai sikit.

InsyaAllah 18-19 September 2017 ni, GLRSB akan join Dubai Halal Expo di Roda Al-Bustan Convention Center, Dubai UAE. InsyaAllah, saya akan gunakan pengalaman-pengalaman sebelum ni untuk tambahbaik bagi exhibition kali ni.


HOFEX di Hong Kong




IFE, Canton Fair Guangzhou



 InsyaAllah, kami cuba memberikan yang terbaik untuk menjayakan exhibition kali ni. 3 exhibition yang lalu memang agak last minit. Tiada persedian yang proper. Tapi alhamdulilah kami dapat menjayakan juga.

Yang penting kita berikan komitmen yang tinggi pada setiap usaha yang kita lakukan.

Jika anda mempunyai produk Gaharu, saya ingin mengalu-alukan untuk join saya untuk program ini. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk tiket kapal terbang, hotel dan perbelanjaan lain. Dengan yuran bayaran yang minima kami akan bantu anda untuk cuba memasarkan ke pasaran Timur Tengah. Duha akan melibatkan lebih daripada 5000 serius buyer yang melibatkan industri Halal. Ini merupakan B2B exhibition jadi sangatlah sesuai untuk kita yang mensasarkan untuk melebarkan sayap ke sana.

Jika anda berminat untuk turut serta boleh email kepada saya : gaharulestary@gmail.com dengan SUBJECT : DUHA 2017.

Nama :
Syarikat :
Produk :

Okey, rasanya sampai sini dahulu coretan saya. Semoga segala yang kita usahakan ini akan membuahkan hasil.

Salam Sayang,
Puan Aminah Saad

Comments (0)

Post a Comment