Anggaran Penghasilan Gaharu Per Pokok

Labels: ,

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Semoga anda semua sentiasa sihat dan sejahtera. Sy tidak berapa sihat, mungkin kerana selalu meredah hujan apabila lupa membawa payung. Itulah orang cakap " sediakan payung sebelum hujan" jika tak nanti anda yang demam :P

Ok lah, berbalik kepada tajuk entri pada hari ini, anggaran penghasilan gaharu per pokok yang boleh dihasilkan apabila ingin menuai kelak. Kepada yang sedang atau akan menceburi bidang ini pasti ingin mendapatkan satu anggaran (walaupun tidaklah tepat 100%) namun sekurang-kurangnya ada satu anggaran yang boleh dijadikan sandaran.



Satu kajian yang telah dijalankan oleh Forestry Research and Development Agency (FORDA), Indonesia memberikan kita satu anggaran penghasilan gaharu per pokok yang boleh dihasilkan. Kajian ini melibatkan 3 kumpulan diameter iaitu >15->25cm, >25->35cm dan >35cm-40cm. Dianggarkan pokok yang akan disuntik berusia 5 tahun ke atas. Namun begitu dalam kajian ini, umur pokok tidak diambil kira sebaliknya diameter pokok yang dijadikan ukuran.


Jangkamasa selepas inokulasi
Diameter >15-<25cm
Diameter >25-<35cm
Diameter >35-40cm
Penghasilan (kg/pokok)
Penghasilan (kg/pokok)
Penghasilan (kg/pokok)
1 tahun
0.60
3.00
0.75
4.00
0.90
5.00
2 tahun
0.75
4.00
0.90
5.00
1.00
6.00
3 tahun
0.90
5.00
1.05
6.00
1.15
7.00


Hasil yang diperolehi dicatat berdasarkan penghasilan selepas setahun, dua tahun dan tiga tahun selepas inokulasi. Hasil bagi penghasilan gaharu berkualiti tinggi dan gred rendah (berwarna oren) dicatatkan seperti yang telah ditunjukkan oleh jadual diatas. Harga bagi kualiti tinggi dan rendah dinyatakan dalam jadual dibawah :-


Harga tuaian selepas inokulasi
Harga gaharu (RM)
Kualiti tinggi
Kualiti rendah
Selepas 1 tahun
318
79.5
Selepas 2 tahun
795
79.5
Selepas 3 tahun
2544
79.5
Selepas 4 tahun
4770
79.5
Selepas 5 tahun
6360
79.5


Namun begitu, kesan mungkin berbeza terhadap jenis inokulan yang digunakan. Semakin baik inokulan yang digunakan, hasil yang digunakan mungkin lebih baik. Saya tidak pasti jenis inokulan yang digunakan dalam kajian yang dilakukan ini.

FRIM, Malaysia juga ada membuat anggaran bagi penghasilan gaharu per pokok bagi spesis A.malaccencis yang berusia 10 tahun iaitu dapat menghasilkan 1kg gaharu gred C dengan harga pasaran RM1000 per kilo. Namun saya yakin ukuran gred bagi FORDA dan FRIM adalah pada satu standard yang tidak sama, ini kerana penentuan gred adalah berbeza.

Bersambung ke entri akan datang. Sejak akhir-akhir ini sy agak malas untuk menulis di blog. Sedang sibuk dengan studi :)



Ikhlas,
Aminah Saad



Credit to : 
1) Proceeding of Gaharu Workshop Bioinduction Technology For Sustainable Development and Conservation of Gaharu
2) Tapping the Wealth From Karas Tree

Comments (0)

Post a Comment