Industri gaharu merupakan satu industri yang memerlukan satu kerjasama yang kuat antara pihak-pihak yang terlibat dalam bidang ini. Tanpa kerjasama mungkin kita tidak dapat pergi jauh dan harapan untuk menjadikan Malaysia sebagai gaharu centre mungkin hanya akan tinggal sebagai angan-angan kosong. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui sepanjang terlibat dalam industri ini, namun kita tidak boleh mudah untuk berputus asa dan menarik diri dengan cepat.
Jatuh bangun, tipu daya dan 1001asam garam perniagaan perlu kita lalui.
Gaharu merupakan industri international. Pasarannya sangat besar diluar berbanding didalam Negara sendiri. Jadi jika kita bergerak bersendirian dan yakin boleh berjaya dengan kekuatan yang ada mungkin kita perlu perbetulkan semula tangkapan tersebut. Kekuatan yang perlu kita bina ialah kerjasama.
Kerjasama dalam membangunkan perladangan karas yang berkualiti tinggi.
Kerjasama R&D dalam pelbagai bidang.
Kerjasama dan perkongsian ilmu yang dimiliki.
Kerjasama dalam membina pasaran dan produk yang berkualiti tinggi.
Jangan terlalu bongkah dan sombong jika kita rasa kita kuat sekarang. Mungkin hari ini kita diatas, namun tanpa kerjasama yang kuat dengan mudah kita boleh jatuh tersungkur ke bawah. Sokongan daripada ramai pihak dalam bentuk kerjasama menjadikan kita lebih mudah untuk bangun berbanding jatuh tersungkur sendirian.
Ok, akhir kata semoga kita dapat bekerjasama untuk masa depan yang lebih gemilang.
Ikhlas,
Aminah Saad
Apakah sudah ada kesatuan bagi penanam/ pemain industri gaharu di malaysia? Sedangkan swiftlet pun dah ada kesatuan,,, gaharu x ade ker?
Ada...
Persatuan Gaharu Malaysia (PGM), Persatuan Pengusaha Gaharu Bumiputera Malaysia atau PENGHARUM.
Ohh ada rupanya... makasih :)
Untuk maklumat lanjut, ini facebook page mereka :
PENGHARUM -http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Pengusaha-Gaharu-Bumiputera-Malaysia-PENGHARUM/114177031932468
PGM - http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Gaharu-Malaysia/354721449058?ref=ts