Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,
Semoga semuanya sihat dan ceria memulakan tugasan di hari permulaan minggu ini. Sempena pagi isnin yang cerah berseri ni saya nak tulis berkenaan dengan pembersihan kawasan bagi penanaman Gaharu. Ok, part ni sebenarnya semua jenis tanaman pun kalau kita nak laksanakan maka perlukan kita lakukan pembersihan kawasan terlebih dahulu. Kalau lagi bagus jika kita dapat buat sedikit analisis bagi tanah tersebut. Bukan apa lebih senang jika kita hendak merancang secara lebih terperinci berkenaan sistem pembajaan kelak. Tahu sedikit latar belakang kawasan yang kita akan bangunkan ini, adakah pernah banjir, adakah laluan angin, apakah pokok-pokok yang tumbuh dikawasan ini dan sebagainya. Semua maklumat ini dapat membantu kita membangunkan ladang dengan lebih baik.
Beberapa hari yang lalu, saya ada pergi melawat sebidang tanah milik sebuah syarikat yang berminat untuk membangunkan perladangan gaharu. Kawasan seluas 28 ekar disebelah jalan utama. Tiada sejarah banjir dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Jumlah hujan yang tinggi. Tanah liat berpasir. Tumbuhan sedia ada ialah pokok kelapa. Kawasan pokok kelapa selalunya berhampiran dengan laut dan kebarangkalian tanah di bahagian dalam mempunyai air masin. Oleh yang demikian, sample tanah diambil bagi memastikan kesesuaian tanah tersebut dan juga sebagai rujukan untuk sistem pembajaan kelak. Atau sebarang permasalahan yang mungkin timbul dikemudian hari.
Jom semak beberapa tips memulakan pembersihan kawasan :
1) Musim Panas
Musim panas memang adalah masa yang sangat sesuai untuk melakukan proses pembersihan tanah. Kiranya sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk melakukan proses pembersihan tanah. Jika melakukan proses pembakaran, sila pastikan anda mengawal proses pembakaran tersebut. Jangan bakar dan tinggal kerana musim panas ini boleh menyebabkan api merebak ke kawasan yang tidak sepatutnya. Jentera berat juga mudah melakukan kerja kerana tiada lopak dan selut yang kadang kala menganggu proses pembersihan oleh jentera berat ini. Pilihlah jentera yang bersesuaian dengan kawasan anda. Cas yang dikenakan bergantung kepada keluasan (lumpsum) atau kira berdasarkan jumlah hari.
1) Musim Panas
Musim panas memang adalah masa yang sangat sesuai untuk melakukan proses pembersihan tanah. Kiranya sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk melakukan proses pembersihan tanah. Jika melakukan proses pembakaran, sila pastikan anda mengawal proses pembakaran tersebut. Jangan bakar dan tinggal kerana musim panas ini boleh menyebabkan api merebak ke kawasan yang tidak sepatutnya. Jentera berat juga mudah melakukan kerja kerana tiada lopak dan selut yang kadang kala menganggu proses pembersihan oleh jentera berat ini. Pilihlah jentera yang bersesuaian dengan kawasan anda. Cas yang dikenakan bergantung kepada keluasan (lumpsum) atau kira berdasarkan jumlah hari.
2) Sediakan longkang/parit bagi saliran air
Ketika proses pembersihan dilakukan, inilah masanya juga anda merancang untuk membuat saliran longkang/parit sebagai sistem pengaliran kelak. Minta jentera melakukannya. Jangan buat masa apabila terlupa dan perlu membuatnya dikemudian hari.
3) Gembur Tanah
Jika kawasan tanah adaalah terlalu padat boleh la juga anda melakukan proses pengemburan selepas proses pembersihan dilakukan. Ini bagi memudahkan proses penanaman kelak dan membantu akar untuk berkembang dengan lebih cepat dan baik.
4) Sistem Air
Kenalpasti kaedah pengairan yang akan anda aplikasikan dikawasan tersebut. Adakah anda akan menggali telaga air untuk proses penyiram kelak atau anda menggunakan kaedah dripping/Sprinkler. Jika sumber air adalah sukar mungkin mengorek beberapa telaga air adalah baik bagi menakung air apabila hujan. Dengan keadaan cuaca/musim yang semakin tidak menentu perancangan yang teliti berkaitan proses pengairan ini adalah sangat penting. Musim kemarau mungkin berlarutan lebih lama daripada jangkaan. Jika kaedah ini telah dirancang lebih awal, InshaAllah kadar kerugian akan dapat dikurangkan.
Oklah, rasanya sampai disini dulu entri pada hari ini. Walaupun entri yang agak sama pernah saya tuliskan diblog ini namun sesekali refresh semula tak salah kan? Hehe. Oklah, sampai sini dulu. Semoga kita semua sentiasa berjaya dalam segala usaha yang sedang dilakukan.
Akhir kata, saya ingin menjemput anda semua ahli atau bukan ahli PENGHARUM untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan 2015 pada 7 Mei 2016 ini. Jom datang bagi memeriahkan suasana.
Terima Kasih semua kerana membaca posting ini :)
Comments (0)
Post a Comment