Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat malam saya ucapkan pada semua. Mungkin ada yang sedang tidur, menonton TV, melayari internet, makan dan menulis blog macam saya (menulis dalam kelaparan) sementara menunggu untuk bertemu dengan rakan yang akan membantu saya untuk design beberapa perkara termasuk untuk wrapper chocolate saya.
Saya dapat rasanya bahawa tahun 2013 ini saya sangat sibuk dengan urusan berkaitan dengan gaharu. Bulan Januari ini sahaja, hampir setiap hari ada hal yang berkaitan dengan gaharu. Berkesan nampaknya saya menulis dalam buku impian saya untuk fokus dalam bidang gaharu, jumpa orang-orang yang hebat dalam gaharu, dapat peluang-peluang yang baik dalam gaharu, pendek kata semua berkaitan dengan gaharu (walaupun ada juga yang tak berkaitan gaharu saya buat...hehe).
Selepas pulang dari Pekan Baru pada 13 Jan 2013 , sambung beberapa aktiviti melawat ladang, jumpa orang nak jual kayu (sebenarnya saya bukan pembeli teras/gubal, hanya kayu minyak untuk memproses minyak), pembangunan nurseri baru, jumpa orang untuk tanam gaharu, mengikuti kursus pembangunan produk (fokus pada sabun), dan mesyuarat PENGHARUM. Semakin banyak benda yang perlu diuruskan, kadang-kadang rasa janganlah siang sebab malam boleh fokus buat kerja. Kadang-kala pula rasa cepatlah siang sebab banyak kerja untuk diuruskan pada siang hari. Dan bila saya terlalu bersemangat memang susah nak tidur (walaupun pada hakikatnya kaki tidur).
Pada 5 Februari 2013 ini saya akan ke Pekan Baru lagi. Tapi kali ini sebagai transit sahaja sebelum ke Kalimantan pada 6 Februari 2013. Tempoh saya tidak pasti lagi bergantung kepada urusan di sana, jika cepat selesai maka cepatlah saya pulang. Saya berharap semoga segala urusan saya disana kelak dipermudahkan Allah. Alhamdulilah ibu saya sentiasa mengizinkan saya untuk mencari ilmu ke mana jua, saya yakin doa ibu itu penting yang menjaga saya walau ke mana saya pergi walaupun sendirian. Mungkin saya mewarisi sifat ibu waktu muda-muda yang suka merantau, ibu borek anak rintik (boleh x?).
Saya sangat berterima kasih kepada semua yang mengikuti blog ini. Walaupun saya tidak mengenali anda, dan anda juga tidak mengenali saya tetapi proses pemberian maklumat (perkongsian ilmu) itu berlaku. Saya sangat gembira. Saya tahu juga ramai pembaca-pembaca blog ini orang yang hebat dan berjaya sama ada dalam bidang gaharu atau bidang lainnya, saya sentiasa mengalu-alukan perkongsian pengalaman anda untuk dimanfaatkan bersama. Saya masih terlalu baru dan masih begitu banyak benda yang sedang saya cari dan pelajari :)
Pada pertengahan bulan Februari ini, insyaAllah projek inokulasi akan bermula. Kami telah membuat beberapa kerjasama dengan pemilik ladang untuk suntikan inokulan. Jika ada yang berminat untuk terlibat dengan projek inokulasi ini sebagai pelabur boleh berhubung dengan saya di email seperti di sidebar blog [aminah.mdsaad@gmail.com] untuk mendapatkan maklumat lanjut.
" A gem cannot be polished without friction, nor man perfected without trying "
Saya yakin dengan perancangan yang jelas dan kerja keras yang dilakukan insyaAllah segala cabaran yang berada dihadapan akan dapat di atasi. Tidak dapat dinafikan apa jua bidang yang akan diceburi pasti anda tidak dapat lari daripada begitu banyak halangan dan cabaran. Yang penting jangan berhenti untuk terus berusaha. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat orang-orang disekeliling saya yang selalu bagi semangat untuk saya berjaya dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Saya sentiasa menghargai tanpa anda semua saya pasti tidak dapat bertahan.

Lawatan ladang di Melaka (lupa nama kampung ni) - pokok diserang sap sucker
Pembangunan nurseri baru. Alhamdulilah. Kami bermula dengan apa adanya :)
Kelas buat sabun. InsyaAllah, sedang merangka sabun gaharu sendiri :)
I love learn new things. Sangat excited !!
Mesyuarat Agung Tahunan PENGHARUM di UPM. Alhamdulilah, semua berjalan lancar.
Pada 5 Februari 2013 ini saya akan ke Pekan Baru lagi. Tapi kali ini sebagai transit sahaja sebelum ke Kalimantan pada 6 Februari 2013. Tempoh saya tidak pasti lagi bergantung kepada urusan di sana, jika cepat selesai maka cepatlah saya pulang. Saya berharap semoga segala urusan saya disana kelak dipermudahkan Allah. Alhamdulilah ibu saya sentiasa mengizinkan saya untuk mencari ilmu ke mana jua, saya yakin doa ibu itu penting yang menjaga saya walau ke mana saya pergi walaupun sendirian. Mungkin saya mewarisi sifat ibu waktu muda-muda yang suka merantau, ibu borek anak rintik (boleh x?).
Pekan Baru, Indonesia
Saya sangat berterima kasih kepada semua yang mengikuti blog ini. Walaupun saya tidak mengenali anda, dan anda juga tidak mengenali saya tetapi proses pemberian maklumat (perkongsian ilmu) itu berlaku. Saya sangat gembira. Saya tahu juga ramai pembaca-pembaca blog ini orang yang hebat dan berjaya sama ada dalam bidang gaharu atau bidang lainnya, saya sentiasa mengalu-alukan perkongsian pengalaman anda untuk dimanfaatkan bersama. Saya masih terlalu baru dan masih begitu banyak benda yang sedang saya cari dan pelajari :)
Pada pertengahan bulan Februari ini, insyaAllah projek inokulasi akan bermula. Kami telah membuat beberapa kerjasama dengan pemilik ladang untuk suntikan inokulan. Jika ada yang berminat untuk terlibat dengan projek inokulasi ini sebagai pelabur boleh berhubung dengan saya di email seperti di sidebar blog [aminah.mdsaad@gmail.com] untuk mendapatkan maklumat lanjut.
" A gem cannot be polished without friction, nor man perfected without trying "
Saya yakin dengan perancangan yang jelas dan kerja keras yang dilakukan insyaAllah segala cabaran yang berada dihadapan akan dapat di atasi. Tidak dapat dinafikan apa jua bidang yang akan diceburi pasti anda tidak dapat lari daripada begitu banyak halangan dan cabaran. Yang penting jangan berhenti untuk terus berusaha. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat orang-orang disekeliling saya yang selalu bagi semangat untuk saya berjaya dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Saya sentiasa menghargai tanpa anda semua saya pasti tidak dapat bertahan.
Stress Aquilaria tree produce a flowers :)
Ok, akhirnya saya menjemput kepada pengusaha-pengusaha gaharu di seluruh Malaysia untuk menjadi ahli PENGHARUM (Persatuan Pengusaha Gaharu Bumiputera Malaysia) agar kita dapat bergerak bersama-sama dalam memacu industri gaharu ini. Tanpa penglibatan anda, persatuan tidak dapat merealisasikan segala perancangan yang telah diatur. Kepada yang berminat boleh email kpd saya [aminah.mdsaad@gmail.com] untuk maklumat lanjut dan borang permohonan ahli. Kepada yang berada di Sabah dan Sarawak, saya sangat mengalu-alukan penglibatan anda juga kerana saya dapat banyak permintaan daripada sana untuk kursus, pembekalan anak benih dan sebagainya. InsyaAllah, jika anda boleh terlibat sebagai ahli PENGHARUM kita boleh merancang program di sana :)
Ke Kalimantan bersama Pak Budi (Gaharu Plaza) ke tempat Bu Galuh --> Geng Bali :)
Sekian, terima kasih.
Aminah :)
Comments (0)
Post a Comment