Lawatan ke Gaharu Plaza, Pekan Baru

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Pada tanggal 13-16hb Januari 2013 yang lalu saya telah membuat kunjungan balas ke Gaharu Plaza di Pekan Baru, Riau, Indonesia. Walaupun hanya sebentar namun saya sangat gembira dengan pengalaman yang diperolehi. Sangat best!! Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak Budi Hamidi dan juga karyawannya yang banyak membantu sepanjang kami di sana. Alhamdulilah semua berjalan lancar.InsyaAllah, apabila berkesempatan saya akan datang lagi, InsyaAllah. Memang tak sempat dengan hanya 2 hari lawatan. Tapi oklah kan :)

Pada hari pertama, perancangan agak tergendala apabila terdapat sedikit masalah kereta tapi dapat diselesaikan dengan mencari kereta ganti untuk ke destinasi.

Menunggu di Bengkel sambil berkenal-kenalan dengan rakan-rakan baru :)
(Mas Syarul, Mas Adi, Pak Akim, Pak Budi, En Shuib, Saya dan Pak Sopri)

Perjalanan ke lokasi pertama mengambil masa 4 jam, kami terus ke Penghidupan melihat tapak semaian dan juga melihat pokok-pokok gaharu di sana.

Stok kayu gaharu (kemedangan) yang digunakan bagi tujuan ukiran. Ketika lawatan tiada stok ukiran kerana telah di hantar ke Jakarta.

Tapak semaian yang membekalkan spesis microcarpa dan juga malaccencis (kebanyakkan adalah microcarpa)

Tanaman pokok gaharu berusia 7 tahun dibelakang rumah salah seorang penduduk. Konsep tanam tinggal kerana tidak dibaja, namun pokok masih boleh hidup dengan baik kerana tanah yang subur.

Perjalanan diteruskan ke Rumbai yang mengambil masa lebih kurang 1 jam dari lokasi pertama. Di lokasi ini, pokok gaharu ditanam bersama-sama dengan pokok buah-buahan. Usia dalam lingkungan 15tahun ke atas dan melibatkan spesis microcarpa dan malaccencis. Terdapat beberapa pokok yang telah diinokulasi namun kesan kurang memberangsangkan. InsyaAllah, suntikan inokulan yang baru akan digunakan di kawasan ini dengan bantuan Gaharu Plaza. 




Kesan inokulan terdahulu yang digunakan. Keputusan agak mengecewakan namun semua tidak patah semangat untuk terus berusaha mencari solusi kepada permasalahan ini.

Pada hari kedua, perjalanan di sambung ke Rokan Hulu yang mengambil masa lebih kurang 5jam untuk lawatan ladang. Kami hanya membuat lawatan ke kawasan yang sempat sahaja kerana melibatkan banyak kawasan. Jumlah kawasan ladang gaharu ialah berjumlah lebih 100 hektar. Kawasan berkelompok. 


Ladang getah + gaharu berusia 6 bulan di Dalu-Dalu 

Ladang getah (usia 15tahun) + microcarpa (7 tahun) di Rambah Muda


Penerangan ringkas oleh Pak Budi kepada pengusaha gaharu di Rambah Muda

Kelapa sawit + gaharu 

InsyaAllah, jika berkesempatan masih bisa ke Riau lagi. Tambah pengalaman, tambah rangkaian dan juga menambah lebih ramai kenalan. Gaharu Lestari Resources berharap hubungan antara Negara ini dapat diteruskan untuk mengembangkan industri gaharu. 

Wassalam.

Ikhlas,
Aminah Saad

P/S : Pada 26 Januari 2013 akan di adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pengharum, ahli dan yang berminat untuk menyertai persatuan di jemput hadir. Sebarang persoalan boleh menghubungi saya 018-2306585.

Comments (0)

Post a Comment