Pokok Yang Stress Membentuk Gaharu

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua,

Pokok karas diyakini dapat membentuk gaharu apabila dalam keadaan yang tertekan (stress). Dalam keadaan stress, ia diberi satu kelebihan dengan membentuk gaharu yang bernilai tinggi dan mendapat perhatian ramai. Konsepnya sama seperti manusia, dalam keadaan tertekan kita akan dapat mengeluarkan idea-idea yang lebih baik, kita dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan lebih cepat, kita mampu melakukan sesuatu yang tidak mampu kita lakukan dalam keadaan yang selesa (comfort zone).

Satu kajian yang dilakukan, pembentukan gaharu secara semulajadi meningkat apabila ketinggian sesuatu kawasan itu meningkat. Ia dipercayai terkesan dengan keadaan yang semakin ekstrim dan cabaran yang perlu dihadapi oleh pokok karas tersebut. Jadi mungkin juga pendapat yang mengatakan candan gunung itu dapat menghasilkan gaharu secara semulajdi tanpa perlu diaruhkan. Saya percaya mungkin inilah antara faktor yang membantu candan gunung membentuk gaharu secara semulajadi kerana keadaan persekitaran yang lebih ektrim berbanding kawasan tanah pamah. Pokok-pokok yang hidup sihat, subur, cukup makan minum dan segalanya mungkin kurang keupayaan menghasilkan gaharu secara semulajadi dan kualitinya juga mungkin berbeza dengan pokok yang stress dari awal.

Terutamanya dalam perladangan yang kita jalankan. Segala keperluan dijaga rapi, baja, sistem pengairan, merumput, pruning dan segalanya dilakukan mengikut jadual yang tersusun. Kawasan kebun Gaharu Lestari Resources di Sungai Serdang mengalami permasalahan angin yang begitu kuat. Banyak pokok-pokok yang tumbang dan tidak kurang juga yang mati. Namun saya yakin, pokok yang mampu bertahan hingga ke akhirnya kelak mampu memberikan kualiti gaharu yang baik ditambah dengan bantuan inokulan yang bakal digunakan. Tapi janganlah kita langsung tidak membuat penjagaan sehingga pokok karas yang ditanam mati. Itu lagilah tidak dapat memberikan hasil langsung.

Namun begitu, jika sasaran kita adalah kayu racik bagi tujuan penghasilan minyak gaharu bagi saya mungkin penjagaan yang baik perlu dilakukan agar mendapat batang yang besar dan menyumbang ke arah lebih banyak kayu racik. Dibanding dengan teras yang agak subjektif untuk dianggarkan pembentukannya. Untuk 12kg kayu racik dapat menghasilkan 1 tola minyak. Jadi jika pokok lebih besar dapat menghasilkan jumlah kayu yang lebih banyak.


Terpulang kepada perancangan anda. Rancanglah yang terbaik untuk masa depan anda :)

Di sini saya ingin memaklumkan beberapa perkara :-

1) Kepada bekas peserta Seminar Kebangsaan dan Pameran Gaharu 2012 yang masih tidak menerima email slide presentation/ jika perlu untuk dipos sila maklumkan kepada pihak kami.

2) Kepada yang masih belum mengambil sijil anda, saya akan poskan sijil-sijil tersebut pada minggu hadapan (esok, isnin)

3) Kepada mana-mana ahli PENGHARUM anda dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan pada 26hb Januari 2013. Tempat akan dimaklumkan kemudian. Kehadiran anda didahului dengan ucapan terima kasih.


Ikhlas,
Aminah Saad

Comments (0)

Post a Comment