Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,
2012 telah berlalu dan kini 2013 telah menjelma. Pada hari ini telah 4 hari berlalu dalam tahun 2013. Memang cepat sungguh masa berlalu. Jika masa kita tidak di isikan dengan perkara yang baik pasti kita akan menyesal. Azam hanya tinggal azam. Impian bertukar menjadi angan-angan kosong. Ini peringatan untuk saya sendiri agar lebih berdisplin dan juga beristiqamah dalam melaksanakan apa jua perancangan yang telah di rancang. Alhamdulilah, banyak perkara yang berlaku di tahun 2012 ini yang bagi saya memberikan kesan yang baik, namun tidak kurang juga dengan cabaran-cabaran yang dihadapi.
Jom kita review sikit perkara-perkara yang berlaku sepanjang 2012. Gambar-gambar dibawah semuanya yang berkaitan dengan aktiviti Gaharu Lestari Resources yang berlaku sepanjang 2012. Lawatan, Kursus, Seminar, Projek Menanam, Rundingan Perniagaan, Cubaan Inokulasi. It's maybe not too much, but I really appreciate all the moment happen into my life. I hope I will stay until the end :)
Satu perkataan untuk gambar ini ialah " Its All About Gaharu" !!
Saya yakin 2013 adalah tahun yang lebih mencabar dan juga penuh dengan perancangan berkaitan gaharu. Saya harap pengalaman dan usaha pada tahun 2012 menjadi realiti pada tahun ini. InsyaAllah, dengan izin Yang Maha Kuasa tiada apa yang mustahil. Usaha dengan penuh semangat, jangan salahkan sesiapa jika anda menghadapi kebuntuan dalam melaksanakan industri ini. Serahkan segalanya pada Yang Maha Besar.
Ini bukanlah masanya untuk menunding salah siapa, ini adalah masa untuk kita sama-sama bantu membantu mencari jalan penyelesaian kepada segala kekusutan yang masih belum selesai. Jadilah orang yang bertanggungjawab terhadap setiap yang kita lakukan. Kita hidup atas pilihan kita, jadi bertanggungjawablah atas setiap apa yang kita lakukan. Jangan apabila usaha tidak menjadi, mula mencari salah orang. Koreksi diri adalah lebih penting. Bagaimana untuk mengubah permasalahan kepada peluang, kepada penyelesaian. Saya sendiri kadang kala hampir putus asa, berbagai usaha dilakukan tetapi tidak berhasil. Saya yakin ramai diluar sana begitu. Tapi itulah cabaran yang perlu kita hadapi apabila berkecimpung dalam industri ini. Bangkit dan terus mencuba. Jangan jadikan ia alasan untuk berhenti kerana apabila anda berhenti, anda gagal. Memang mencabar kerana ia baru bermula.
Jangan putus asa. Teruskan usaha.
Kepada para pembaca blog ini (silent reader terutamanya), saya harap anda boleh subscribe, jadi follower atau just follow by email supaya anda tidak ketinggalan untuk mengikuti program dan projek yang akan dijalankan pada 2013. Saya dapati terdapat pembaca-pembaca yang ketinggalan dengan maklumat yang ingin disampaikan. Lagipun saya rasa, entri saya hanya 2,3 entri sahaja sebulan (kadang-kadang xsmpai pun), dan tak akan menganggu inbox email anda.
Kita tak mungkin akan berjaya jika bergerak sendirian. Mungkin boleh, tapi saya yakin cabarannya pasti berkali ganda lebih daripada berkumpulan, masanya pasti lebih lama dan yang pastinya tenaga dan wang yang dicurahkan tidak terkira. Lebih baik kita gerak bersama-sama. Mungkin kadang-kadang kita rasa jika orang lain mengetahui peluang yang kita ada, kita akan rugi. Rugi berkongsi peluang. Rugi berkongsi ilmu pengetahuan. Yakinlah segalanya hak Yang Maha Pemberi. The more you give, the more you get :)
Ikhlas,
Aminah Saad
p/s : Kepada yang berminat untuk join PENGHARUM (Persatuan Gaharu Bumiputera Malaysia) sila datang ke perjumpaan esok. Pukul 11 pagi di Green Wood.
2012 telah berlalu dan kini 2013 telah menjelma. Pada hari ini telah 4 hari berlalu dalam tahun 2013. Memang cepat sungguh masa berlalu. Jika masa kita tidak di isikan dengan perkara yang baik pasti kita akan menyesal. Azam hanya tinggal azam. Impian bertukar menjadi angan-angan kosong. Ini peringatan untuk saya sendiri agar lebih berdisplin dan juga beristiqamah dalam melaksanakan apa jua perancangan yang telah di rancang. Alhamdulilah, banyak perkara yang berlaku di tahun 2012 ini yang bagi saya memberikan kesan yang baik, namun tidak kurang juga dengan cabaran-cabaran yang dihadapi.
Jom kita review sikit perkara-perkara yang berlaku sepanjang 2012. Gambar-gambar dibawah semuanya yang berkaitan dengan aktiviti Gaharu Lestari Resources yang berlaku sepanjang 2012. Lawatan, Kursus, Seminar, Projek Menanam, Rundingan Perniagaan, Cubaan Inokulasi. It's maybe not too much, but I really appreciate all the moment happen into my life. I hope I will stay until the end :)
Satu perkataan untuk gambar ini ialah " Its All About Gaharu" !!
Ini bukanlah masanya untuk menunding salah siapa, ini adalah masa untuk kita sama-sama bantu membantu mencari jalan penyelesaian kepada segala kekusutan yang masih belum selesai. Jadilah orang yang bertanggungjawab terhadap setiap yang kita lakukan. Kita hidup atas pilihan kita, jadi bertanggungjawablah atas setiap apa yang kita lakukan. Jangan apabila usaha tidak menjadi, mula mencari salah orang. Koreksi diri adalah lebih penting. Bagaimana untuk mengubah permasalahan kepada peluang, kepada penyelesaian. Saya sendiri kadang kala hampir putus asa, berbagai usaha dilakukan tetapi tidak berhasil. Saya yakin ramai diluar sana begitu. Tapi itulah cabaran yang perlu kita hadapi apabila berkecimpung dalam industri ini. Bangkit dan terus mencuba. Jangan jadikan ia alasan untuk berhenti kerana apabila anda berhenti, anda gagal. Memang mencabar kerana ia baru bermula.
" A diamond is a chunk of coal that made good under pressure "
Jangan putus asa. Teruskan usaha.
Kepada para pembaca blog ini (silent reader terutamanya), saya harap anda boleh subscribe, jadi follower atau just follow by email supaya anda tidak ketinggalan untuk mengikuti program dan projek yang akan dijalankan pada 2013. Saya dapati terdapat pembaca-pembaca yang ketinggalan dengan maklumat yang ingin disampaikan. Lagipun saya rasa, entri saya hanya 2,3 entri sahaja sebulan (kadang-kadang xsmpai pun), dan tak akan menganggu inbox email anda.
Kita tak mungkin akan berjaya jika bergerak sendirian. Mungkin boleh, tapi saya yakin cabarannya pasti berkali ganda lebih daripada berkumpulan, masanya pasti lebih lama dan yang pastinya tenaga dan wang yang dicurahkan tidak terkira. Lebih baik kita gerak bersama-sama. Mungkin kadang-kadang kita rasa jika orang lain mengetahui peluang yang kita ada, kita akan rugi. Rugi berkongsi peluang. Rugi berkongsi ilmu pengetahuan. Yakinlah segalanya hak Yang Maha Pemberi. The more you give, the more you get :)
Ikhlas,
Aminah Saad
p/s : Kepada yang berminat untuk join PENGHARUM (Persatuan Gaharu Bumiputera Malaysia) sila datang ke perjumpaan esok. Pukul 11 pagi di Green Wood.
Comments (0)
Post a Comment