Showing posts with label Gred Gaharu. Show all posts
Showing posts with label Gred Gaharu. Show all posts

Pembeli Kayu Gaharu

50

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Saya alhamdulilah sihat selalu. Biasalah bila duduk dengan mak makanan terjaga jadi saya semakin gemuk. Terima kasih mak. I love you :)

Ok kembali ke tajuk entri hari ini. Siapakah Pembeli Kayu Gaharu? Hmm, ramai yang mencari pembeli kayu gaharu kan. Tetapi daripada pengamatan saya masih ramai yang tidak faham apa yang ingin dijual. Ok, jom saya buat penerangan sedikit. Ini daripada pengalaman saya lah ye. Pengalaman dan pengetahuan orang lain mungkin berbeza.

" Salam Cik, saya ingin menjual gaharu? Berapa harga gaharu?"

Soalan berkonsep begini antara yang paling banyak saya terima. Susah sebenarnya nak menjawab sebab terlalu umum. Gaharu ini ada pelbagai jenis. Tetapi yang orang tahu gaharu itu mahal. Harganya puluhan ribu malahan ke ratusan ribu. Tak ramai yang tahu ada kayu gaharu yang berharga hanya RM 5. Bila dari harga pun dah terlalu banyak bezanya, maka sudah tentulah terdapat banyak perbezaan antara gaharu-gaharu tersebut. Saya sendiri pun akui saya tidak mahir hal yang satu ini. Kebanyakkan otai-otai yang mahir pengelasan kayu gaharu ini terlibat dalam industri gaharu bukannya sekejap, tetapi memakan masa puluhan tahun. Keluar masuk hutan. Menjelajah ke sana sini. Barulah ilmu tersebut sebati didalam diri. Saya yang setakat setahun jagung ni lagilah kurang mahir.

Ok, daripada satu baris soalan tersebut boleh diterjemahkan kepada banyak benda. Ada yang maksudkan gaharu tersebut ialah Pokok Karas. Memang kebanyakkan maksudkan pokok karas. Pokok karas tanpa suntikan. Pokok karas yang ditanam atau pun liar. Kebanyakkan bertanya untuk menjual pokok gaharu/karas ini begitu saja. Ramai yang salah faham mereka menganggap Gaharu = Pokok Gaharu/Karas. Sedangkan ia perkara yang berbeza.

Gaharu 
(Gaharu Cip, Agarwood Chips)
Sumber : Google


VS

Pokok Gaharu 
(Pokok Karas/ Depu)
Lokasi : Bangkok, Thailand

Ia memang adalah 2 perkara yang sangat berbeza. Dan harganya pun memang berbeza. Gaharu terdapat di dalam pokok karas atau depu tersebut. Tidak semua pokok karas mengandungi gaharu. Sebab itulah pokok tersebut perlu di suntik terlebih dahulu supaya gaharu boleh terbentuk. Pokok karas/depu yang tiada pembentukan gaharu bernilai rendah manakala gaharu adalah hasil daripada pokok karas/depu yang bernilai tinggi. Rasanya boleh faham tak penerangan saya ini? Kadang-kala saya rasa serba salah bila ada yang ingin menjual gaharu (yang sebenarnya dia maksudkan pokok gaharu) pada harga yang sangat tinggi.  Sebab katanya pokok ini sudah sebesar pemeluk dan tentulah harganya mahal. Jika pokok tersebut sudah berisi "gaharu" memang wajarlah dibeli pada harga yang mahal. Tetapi perlulah diambil kira kos-kos lain juga. 

Tafsiran kedua bagi soalan di atas ialah gaharu yang dimaksudkan ialah kayu minyak. Yang ini sebenarnya konsep pemahaman tu tak salah cuma yang salah apabila harga kayu minyak di samakan dengan harga teras. Tidak dapat di nafikan kayu minyak juga berbau wangi apabila dibakar kerana ia sudah mempunyai minyak. Tetapi bukan sekadar bau yang menentukan harga gaharu tersebut.  Saya pernah berkongsikan berkenaan gred kayu gaharu di sini. Walaupun gred yang saya kongsikan sebelum ini berdasarkan gred daripada kayu secara semulajadi namun ia masih boleh dijadikan rujukan walaupun tidaklah 100% tepat. Dan daripada gred sebelum ini saya rasa harga sudah jauh berubah. Ini kerana sumber kayu yang diperoleh secara semulajadi adalah sangat terhad dan sukar untuk diperolehi. 

Contoh kayu minyak untuk pemprosesan Pati Minyak Gaharu

Ada yang ingin menjual kayu minyak dengan harga RM 500 dan ke atas. Jika harga kayu minyak sudah RM 500 ke atas berapa pemproses minyak gaharu hendak menjual minyak. 12kg boleh menghasilkan anggaran 1 tola. Jika harga pasaran setola minyak gaharu RM 500. Kalau sumber kayu sahaja RM 6000 ? Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini harga bagi kayu minyak adalah anggaran RM 5 - RM 100 sahaja. Namun begitu, bagi syarikat kecil saya hanya membeli kayu minyak berharga dalam lingkungan RM 5-10 sahaja sekilo. Ini kayu yang dihantar oleh pencari kayu. Ada juga sesetengah pihak yang memasak kayu yang berkualiti dan bernilai tinggi, tetapi pastilah kayu yang dibeli juga setaraf dengan harga yang ditawarkan. 

Kadang kala, sebelum membuat sebarang pembelian pembeli akan meminta gambar awalan terlebih dahulu bagi menganggarkan jenis gaharu yang ingin ditawarkan oleh pembeli. Namun begitu, itu tidak bermakna transaksi tersebut akan berjaya kerana gambar dan realiti adalah sangat berbeza. Kdg kala mmg ada gambar yang di edit semata-mata untuk menunjukkan kualiti gaharu tersebut bagus. Tetapi apabila berjumpa 4 mata, barulah terbongkar bahawa gaharu yang ditawarkan adalah tidak seperti yang di gambarkan. Macam cara dan kaedah yang digunakan bagi pembeli dan juga penjual. Ada juga bila kita dah setuju dan gaharu A tetiba bila berjumpa cakap yang A dah jual tinggal yang B. Hmm, macam-macam :) 

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak tulis tetapi nanti saya sambung lagi ye. Kita cerita karenah dan trick pembeli gaharu pula. Cuma entri kali ini saya nak tekankan sebelum kita cari pembeli gaharu kita perlu faham dulu apakah yang ingin kita jual. 

Terima Kasih.

Wassalam.












Penentuan Kualiti Gaharu

0

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat malam,

Orang dah tidur, saya masih berjaga. Tapi saya tahu masih ramai yang belum tidur atas sebab tugasan yang masih belum selesai.

Ya saya menulis ini dimalam hari bila mata sudah mengantuk tapi masih tidak boleh tidur sebab banyak kerja jadi saya merehatkan diri dengan menulis di blog ini. Ok, sambil saya membaca satu laporan CITES berkenaan perdangan gaharu di UAE, terdapat beberapa kriteria mereka dalam menentukan kualiti gaharu. Kepada yang sudah mengetahui, anggaplah ia sebagai "refreshment" ya. Saya berkongsi kepada mereka yang sering bertanya bagaimana menentukan kualiti gaharu, terlalu subjektif kerana ia terletak pada pembeli itu sendiri. Kita kata ia Gred A, belum tentu ia Gred A bagi pembeli. Gred bukanlah satu isu yang penting, yang penting ialah kita memberikan barang yang disukai oleh pembeli. Bukan syok sendiri cakap Gred A tetapi tidak berjaya dijual ke mana-mana :)

Jual apa yang pelanggan mahukan, bukan apa yang kita suka. Ok, berbalik kepada tajuk kita pada hari ini. Kaedah penentuan kualiti gaharu yang ditetapkan bagi Negara Arab ialah :


Sumber : Google


1) Aroma - aroma adalah berbeza bergantung kepada pelanggan yang menghidunya. Point ini bagi saya sangat complicated untuk kita menentukan harga bagi aroma gaharu yang kita ada. Kita bau dah OK tapi jika pelanggan kata tidak OK so terpaksalah kita mencari pelanggan yang lain. Namun begitu, aroma ini berkait rapat dengan kadar resin yang terdapat pada gaharu (gred gaharu kita tentukan dengan kandungan resin) jadi mungkin gred-gred yang saya kongsikan sebelum ini boleh dijadikan satu panduan. Negara pengeluar gaharu tersebut juga memainkan peranan penting. Bagi pengusaha yang telah berpuluh tahun berkecimpung dalam industri gaharu ini, bau yang dihasilkan mampu dikaitkan dengan negara pengeluar tersebut.

2) Negara asal gaharu - Seperti yang saya nyatakan dalam point pertama, negara pengeluar mempengaruhi kualiti gaharu yang dihasilkan. Negara mengikut keutamaan bagi UAE ialah :

a. India    b. Cambodia  c. Malaysia  d. Laos  e. Myanmar   f. Indonesia

Kita berada ditangga ketiga bagi pasaran UAE, not bad ya ??? Tetapi jika kita merujuk semula kepada data perdagangan daripada India, India merupakan Negara pengeksport semula gaharu-gaharu yang di import daripada Malaysia. Hmmm, mungkin status perdagangan India yang sangat diyakini dan mempunyai nama yang kukuh di pasaran UAE maka hasil-hasil gaharu dari India mendapat perhatian tinggi. Mungkin jika kita mampu berusaha lebih, kita mampu menyaingi India dan Cambodia..Nothing Imposibble kan?

3) Tempoh bau - tempoh bau yang mampu bertahan lama adalah antara kualiti yang dicari oleh para pembeli dan pengusaha daripada UAE. Gaharu yang dibakar dapat memberikan aroma yang berterusan dan menyenangkan. Bagi bau yang boleh bertahan dalam tempoh 3 hari adalah antara yang berkualiti tinggi.

4) Warna gaharu - semakin gelap warna gaharu tersebut, maka ia lagi disukai. Oleh sebab itu, terdapat sesetengah pihak yang menambahkan warna pada kepingan-kepingan gaharu bagi meningkatkan harganya. Tambahan dengan kesukaran mendapatkan gaharu berkualiti yang hitam solid warnya :)

5) Ketebalan dan Saiz gaharu - saiz dan ketebalan gaharu tidak menjadi faktor utama penentuan kualiti gaharu yang dicari. Ia bergantung kepada keperluan pelanggan. Pelanggan yang mempunyai satu majlis khas atau akan menerima tetamu yang istimewa lebih cenderung untuk membeli gaharu yang bersaiz besar dan tebal. Apabila dibakar dalam majlis ia akan lebih bertahan. Berbanding dengan saiz yang kecil, digunakan untuk kegunaan harian bagi mewangikan rumah.

Ok, setakat ini perkongsian hari ini. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda :)

Aminah Saad

Gred Gaharu

4

Labels:

Assalamualaikum dan Salam hari minggu,

Pasti ramai yang sedang bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga. Kepada yang bekerja, selamat bekerja. Saya sedang bercuti sambil bekerja :)

Ok, pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit berkenaan dengan harga gaharu berdasarkan gred. Walaupun tiada satu gred khusus bagi gaharu, namun kita boleh jadikan ia sebagai rujukan. Kepada penjual gaharu dan pembeli gaharu. Sumber rujukan bagi gred gaharu ini saya ambil daripada Buku Gaharu Khazanah Komoditi yang ditulis oleh En Ismail daripada UPM.






Jika anda menjual kepada end-user maka anda bolehlah menggunakan harga gred seperti di atas. Namun begitu, jika anda menjual kepada orang tengah pastilah harganya tidak sama seperti di atas. Mungkin anda perlu tolak 30-60% handling cost. Bergantung kepada siapa anda berurusan. Saya begitu yakin bahawa kos pemasaran adalah amat tinggi. Tambahan ia melibatkan pasaran antarabangsa. Proses urusniaga yang dilakukan pasti melibatkan banyak kos terutamanya travelling kos.

Bagi Gaharu Lestari Resources, buat masa sekarang kami memperuntukan bagi tujuan pembelian kayu racik bagi tujuan penyulingan minyak. Harga adalah seperti yang dinyatakan diatas namun pembelian selalunya pada harga RM6/kilo. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Moga entri ini dapat menjadi panduan buat anda. Opsss lupa, satu lagi kaedah menentukan gred gaharu berdasarkan kadar tenggelam gaharu tersebut (berkaitan dengan ketumpatan).



Ikhlas,
Aminah Saad