Laporan Kalimantan - Jakarta - Lampung - Bogor

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua,

Alhamdulilah, selamat sampai ke Kuala Lumpur pukul 10.30 pagi tadi (13 Februari 2013). Perjalanan yang agak panjang kali ini dan tidak dapat dinafikan memang sangat penat. Tambah-tambah bila sampai dirumah dan berehat, kepenatan tu makin bertambah. Rasa malas dan ingin tidur sokmo (walaupun sepanjang perjalanan saya mmg asyik tidur naik flight, kereta, train, feri semua boleh je saya tidur)...Hehe.

5 Februari 2013

Tiba di Pekan Baru pada jam 4.30pm. Cuaca sangat sejuk dan hujan turun dengan lebat sekali. Perjalanan dari KL-PKU juga sangat mendebarkan kerana hujan. Sampai pula ada sedikit masalah kereta jadi perjalanan sedikit tergendala, tapi alhamdulilah selamat tiba di rumah Datuk saya pada jam 5.30pm selepas menjamu selera makanan padang. Emak saya memang berasal dari Pekan Baru, jadi setiap kali ke sini macam balik kampung la kan. Ada datuk, ibu saudara dan sepupu2 :)

Datuk risau cucu dia ni aktif sangat ke sana sini. Saya pujuk datuk supaya sentiasa doakan cucunya ni selamat dan dilindungi walau dimana jua berada. Saya bukan pergi bercuti suka-suka, saya pergi mencari ilmu dan pengalaman, menambah kenalan dalam bidang gaharu.


6 Februari 2013

Sambung perjalanan seawal 6.30 pagi ke Banjarmasin. Transit di Jakarta selama 2 jam sebelum menyambung perjalanan ke Banjarmasin. Sampai dalam 1.30 pm. Di jemput oleh Pak Muhiddin di Lapangan Terbang. Sampai di Banjarbaru berjumpa dengan Bu Galuh dan anaknya. Alhamdulilah. Perancangan pertama tercapai iaitu ke Kalimantan. Kawasan di Kalimatan Selatan. Kami hanya berbincang berkenaan gaharu secara santai. Macam dah lama tak jumpa dan macam dah kenal lama. Sedangkan saya sendiri pernah berjumpa dengan Bu Galuh pada seminar di Bali tempoh hari sahaja. Kami juga jarang berhubung, hanya SMS sekali sekala. Alhamdulilah, silaturahim ini berpanjangan.

*Pak Muhiddin (berbaju biru) berpengalaman luas dalam bidang gaharu yang liar dan juga penanaman :)



7 - 9 Februari 2013

Bertolak seawal 7.30 pagi ke Balangan, Batu Mandi. Perjalanan lebih kurang 4 jam menaiki kereta. Berhenti sekali sekala makan makanan tempatan. Memang sangat best. Saya pula semua makan, semua sedap sahaja. Haha. Sampai di Balangan dalam jam 2.30pm, selepas solat keluar melawat pokok-pokok gaharu yang telah disuntik dikawasan berhampiran. Juga melawat pokok-pokok yang ditanam dikawasan ini. Spesis tempatan dan utama ialah spesis A.microcarpa. Pokok-pokok liar juga masih banyak dikawasan ladang-ladang getah di kawasan ini. Jadi Bu Galuh menggalakkan penanaman gaharu dikalangan masyarakat disini. Buat praktikal suntikan pokok gaharu.



*Hadiah Anugerah KALPATARU 2012 Bu Galuh Saly :)

*Jalan-jalan di pasar 

*Pokok gaharu yang telah disuntik sejak 2002 bagi tujuan kajian. Pokok yang memberikan kesan positif pembentukan gaharu akan berlaku penyusutan diameter.

*Pokok yang disuntik dilabel agar proses pengambilan data lebih tersusun :)

*Pemilihan anak liar daripada ibu pokok yang berkuliti. Penghasilan untuk setiap ibu pokok adalah 20,000 atau lebih. Pemeliharaan ibu pokok adalah penting bagi kelangsungan penghasilan anak pokok yang berkualiti.

* Bu Gauh walaupun usia sudah 65 tahun namun masih aktif dan semangat kalah saya. Malu dan nangis sebab muda-muda pun tak dapat nak fit macam Bu Galuh :(




Perjalanan pulang dari Balangan ke Banjarbaru. Singgah di Barabai untuk melawat ladang gaharu yang ditanam dan berusia dalam 8 tahun. Namun kerana cuaca yang hujan kami tidak dapat pergi ke ladang gaharu tersebut. Pasantren Al-Hidayah seluas 23 hektar. InsyaAllah akan datang semula bagi tujuan suntikan inokulan.

10 Februari 2013

Sambung perjalanan ke Jakarta dari Banjarbaru. Sampai awal dan kami bertiga (Saya, Pak Budi -Gaharu Plaza dan Bu Galuh- Gaharu Persada) terus ke Tanahabg dulu untuk shopping2. Bas kami ke Lampung jam 8 malam jadi kami berehat dan membeli belah dahulu. Saya la tu yang membeli belah. Tapi tak delah shopping sangat sebab tujuan datang sini pun sebab lain kan? Saya kena berhemat di rantauan, sebab tak tahu apa yang mungkin berlaku dan kecemasan.

Perjalanan kali ini semua jenis pengangkutan saya dapat rasai bas, kerata, bajaj, keretapi kelas 1 dan ekonomi, feri dan angkut. Flight pun Garuda, Lion, Mandala dan Airasia. Pakat borong semua. Jika sebelum ini, saya di Pekan Baru, mak cik saya sangat protektif dan tidak membenarkan saya keluar menggunakan pengangkutan awam. Beliau risau. Tapi kali ini saya dapat rasai, terima kasih kepada "tourist guide" saya Gaharu Plaza dan Gaharu Persada :)

Jam 8 malam kami bertolak ke Lampung bagi urusan pembelian gaharu. Dari jam 8 malam sampai di Lampung jam 4 pagi. Sakit pinggang saya. Mengalahkan orang tua.

11 Februari 2013

Meninjau kawasan di Lampung. Penanaman gaharu, penjualan bibit. Rancangan awal untuk pembelian gaharu tertunda kerana salah komunikasi. Pihak yang ingin menjual datang terlalu lewat yang pada awalnya ingin datang pagi tapi sampai ke lewat petang kami menunggu baru tiba. Jadi perbincangan agak terbatas dan mungkin akan berbincang dilain masa kerana kami perlu bergegas ke stesen untuk ke Jakarta semula kerana telah membuat temujanji ke Kilang minyak gaharu di Bogor. Agak kecewa kerana beberapa program tergendala kerana masalah yang tidak menepati masa ini. Tapi itulah cabaran kan??

12 Februari 2013

Sampai di Jakarta dalm 10.30, feri tergendala sehingga 4 jam. Hmmm, memang sakan saya tidur dalam feri. Haha. Terus bergegas membeli tiket train ke Bogor. Sudah tengahri juga baru sampai ke Bogor dan ke tempat yang direncanakan. Setelah berbincang dan atas kekangan masa, kami juga tidak dapat berbincang lanjut. InsyaAllah, segala urusan nanti akan dilanjutkan perbincangan menggunakan email. Juga berjumpa dengan beberapa pengusaha dan penanam kecil.


*spesis gyrinops yang banyak ditanam di sekitar kawasan kilang

Sekian sudah laporan ringkas lawatan saya kali ini.

Ok, saya penat tapi masih juga didepan laptop cari semangat nak buat kerja. Saya kena siapkan kerja dengan pantas sebelum trip ke Chang Rai, Thailand 19-25 Feb ini. Ya Allah, permudahkan segala urusan hambamu ini.

Terima kasih atas persahabatan dan juga hubungan yang terjalin ini. Semoga dapat berurusan lagi dimasa hadapan.


Ok, bye semua :)

Aminah Saad

Comments (0)

Post a Comment