Aktiviti 25-31 Mei 2014

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setengah tahun sudah berlalu di tahun 2014. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik Pejam celik sudah setengah tahun. Rasa macam banyak lagi urusan yang belum selesai. Antara aktiviti saya pada minggu lepas ialah ke Tanjung Balai Karimun. Banyak pokok-pokok gaharu yang besar di sana. Memang sangat penat apabila program terus bersambung-sambung.

Sejak terlibat dengan gaharu ini saya rasa banyak sangat perkara-perkara berlaku seperti satu kebetulan. Namun yang nyata, Allah telah aturkan sebaik mungkin apa yang berlaku. Antara syarikat dari Indonesia yang bekerjasama rapat dengan Gaharu Lestari ialah Gaharu Plaza. Kebetulan Gaharu Plaza beroperasi dari Pekan Baru. Ia kampung saya. Jadi saya dapat balik kampung melawat Datuk dengan lebih kerap. Dua dalam satu.

Manakala kerjasama yang dibuat di Karimun pula merupakan tempat Pak Cik saya. Adik emak. Memang sudah lama tak bersua. Jadi apabila kami dapat membuat kerjasama di Karimun sekaligus menjadikan urusan lebih lancar dan juga hubungan yang lama bersambung kembali. Alhamdulilah.

Allah sebaik-baik perancang. Allahu Akbar !!






 



Pada 31 Mei 2014 yang lepas juga saya ke Perlis untuk majlis perkahwinan adik lelaki saya, Taufik & Shazlin. Semoga bahagia hingga ke Syurga. Jadilah suami yang dapat memimpin keluarga ke arah keluarga sakinah. Love u both !!


Ok babai.


Comments (0)

Post a Comment