Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,
Nampaknya kesibukan bertali arus. Saya selalu berdoa agar cepatlah berakhir sesuatu minggu yang sangat sibuk. Rupanya minggu yang mendatang tersebut lebih sibuk. Mungkin selepas ini saya perlu sentiasa tekadkan dalam diri sentiasa buat yang terbaik untuk setiap minggu yang di lalui.Tidak kiralah minggu yang sibuk atau tidak. InshaAllah.
Pada hari ini saya ingin menulis serba sedikit berkenaan dengan Candan Gunung. Candan gunung merupakan salah satu jenis gaharu yang terdapat di Malaysia juga. Ia mudah didapati di kawasan tanah tinggi dan amat sukar hidup di tanah pamah. Walaupun secara peribadi saya belum pernah menanam spesis ini, namun melalui temubual dengan orang-orang yang terdahulu menyatakan bahawa gaharu yang terhasil daripada spesis candan ini adalah antara katgeori yang berkualiti tinggi dan mahal. Walaupun ia tidak mempunyai saiz batang yang besar, namun penghasilan gaharu di dalam candan lebih menyeluruh berbanding spesis tempatan yang lain. ada juga yang menyatakan gaharu pada candan lebih mudah terbentuk secara semulajadi. Tidak perlu di suntik.
Candan Gunung
Candan Gajah/ Candan Bulu
Kepada yang berminat untuk membuat pembelian anak pokok candan gunung/gajah ini boleh hubungi saya ye. Ada kawan yang dapat membekalkan spesis ini. Memang sangat susah nak dapatkan. Jika kebetulan kawasan Tuan/ Puan adalah berbukit atau tanah tinggi eloklah cuma menanam spesis ini. InshaAllah sangatlah berbaloi. Harga sepokok adalah RM 25 sahaja bagi pokok bersaiz 3-4kaki. Memang sangat-sangat murah dan berbaloi-baloi. Tetapi harga tidak termasuk penghantaran. Memandangkan sekarang saya tiada lagi kawasan yang bersesuaian, jadi saya hanya cuba menanam di dalam pasu/polibeg besar. So far pertumbuhan adalah sangat baik.Namun begitu, jika di bandingkan dengan spesis lain maka haruslah candan kalah. Daripada segi ketinggian dan saiz batang.
A.hirta --> A.malaccencis --> A.subintegra
(A.sinensis tak dapat masuk dalam gambar pertumbuhannya berada antara malaccencis dan subintegra)
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli gaharu daripada spesis candan ini boleh hubungi saya atau email [aminah.mdsaad@gmail.com] . Ada kawan yang ingin menjual kayu gaharu candan ini. Stok sangat terhad kepada yang berminat boleh hubungi saya dengan segera.
Oklah, sebenarnya banyak lagi nak tulis tapi simpan dulu nanti langsung tak ada idea lagi nak menulis untuk entri-entri akan datang. Hehe. Sebelum mengakhiri entri saya pada hari ini, nak promosikan sikit. Kami ada menjual Super Max-G dalam bentuk trial pack 200ml hanya RM 50 sahaja. Cara penggunaan akan diberikan kepada setiap pengguna bagi mengelakkan penerimaan maklumat yang salah. Nampaknya malam ni banyak saya promosi barang :P
Babai. Selamat Malam.
Aminah Saad.
super max ni dah terbukti belum, result yang dahulu puan cakap macam mana ada berkesan tak? kalau berkesan boleh tak puan posting untuk akan datang, saya berminat nak tengok dan kalau boleh nak melawat pokok puan yang menjadi hasil dengan super max dulu tu. tq.
InshaAllah Tuan, saya akan update berkenaan hal ini.
Terima Kasih.
salam...
sekedar berkonsi pengetahuan
Menurut Hemat saya berbeda candan gajah disebut juga A. beccariana saya banyak punya jenis ini hidup didataran rendah dan rawa-rawa, kadar air tinggi dan kayunya lembut dibandingkan dengan Hirta.
Sedangkan candan Gunung atau candan bulu ialah A. Hirta, Ditemukan didataran tinggi,
candan gunung di Indonesia ditemukan di daerah Riau dan Kepulauan Riau, Aceh dan di kalimantan. Pada daun muda terdapat bulu-bulu halus dan demikian juga pada buah yang masih muda selain itu kayunya keras.
untuk kawan di Indonesia yang membutuhkan buah candan gajah ataupun bibit candan gunung bisa hubungi saya di +6285355498758 atau kunjungi blog saye http://gaharu84.blogspot.com/
macamaner saya nak hubungi tuan.
Salam Tuan,
Boleh hubungi saya di 0182306585. Untuk candan gunung ini kita sudah tidak menjual lagi. Harap maklum.