Gaharu & Suntikan

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Selamat hari pekerja saya ucapkan walaupun sudah terlambat beberapa hari. Kepada yang bekerja pastikan anda bekerja bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik buat majikan anda. Manakala kepada majikan yang mempunyai pekerja, hargailah pekerja anda kerana sesebuah perniagaan itu berjaya atas kerjasama yang baik antara pekerja dan juga majikannya. Kalau semuanya kita kena buat sendiri nampaknya perniagaan kita hanya akan pada tahap yang sama sahaja. Silap hari bulan bertambah teruk dan teruk kerana semakin lama kudrat kita semakin berkurangan dan perniagaan yang berjaya ialah apabila ia boleh bergerak sendiri walaupun pemiliknya tiada di situ. Mudah mudahan Gaharu Lestari menuju ke arah perniagaan sebegitu.


Di pagi sabtu yang indah ini, saya ingin menulis berkenaan dengan suntikan inokulasi.  Pentingnya suntikan kepada pokok gaharu memang tidak dapat dinafikan. Beberapa tahun sebelum ini banyak kes-kes penipuan berlaku hanya kerana ubat suntik ini. Ada yang benar-benar menjalankan perkhidmatan dan pembekalan ubat suntik ini secara jujur, namun tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk menipu penanam-penanam gaharu yang kebanyakkannya berada di kampung dan tidak mendapat maklumat yang tepat. Ramai yang kerugian beribu malahan berpuluh ribu. Pokok yang disuntik mati. Orang yang bertanggungjawab lari entah ke mana. Hilang setelah bayaran dibuat. Terasa seperti sudah jatuh di timpa tangga. Kesan daripada kes-kes penipuan ini, ramai yang berpandangan negatif pada industri gaharu yang dikatakan sinonim dengan penipuan. Semua terkena tempias gara-gara mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Hendak membina semula kepercayaan masyarakat perlu mengambil masa semula. Seolah bermula dengan kosong. Sabarlah wahai pengusaha gaharu sekalian :)

Namun bagi saya, dalam ramai-ramai yang sudah memandang negatif kepada industri ini masih ramai juga yang terus menanam dan berminat dalam gaharu. Keyakinan yang tinggi tidak luntur walau cabaran dan dugaan silih berganti.

Daripada kesusahan manusia belajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Kini, Gaharu Lestari Resources telah menghasilkan inokulan dalam bentuk cecair dan juga bamboo stick. Jika sebelum ini, saya pernah menulis berkenaan dengan inokulan Gaharu Lestari iaitu Super Max-G yang kebanyakkannya kami gunakan untuk suntikan-suntikan berbentuk JV (Joint Venture) dengan penanam-penanam Gaharu. Kami banyak menjalankan kaedah JV memandangkan ramai yang sudah trauma dengan suntikan pokok gaharu selain tidak mempunyai modal untuk membeli ubat suntikan ini. Buat masa ini kami menghentikan dulu konsep JV dengan penanam sehinggalah semua perjanjian yang telah dipersetujui di habiskan.

Bagi yang trauma untuk terlibat dengan suntikan ini, saya hanya dapat katakan jangan patah semangat. Allah sedang menguji kita sebelum kita menjumpai ubat suntikan yang terbaik. Manakala kepada yang menyatakan masalah modal untuk membeli ubat suntikan ini menjadi satu kekangan, maka saya mencadangkan agar anda melakukan proses suntikan secara berperingkat. Tidak perlu terus menyuntik 1000 pokok, buat secara berdikit-dikit. Lagi lama ditangguh, lagi anda rugi. Lebih baik suntik sedikit daripada tunggu modal selonggok barulah hendak mula. 5 pokok yang telah disuntik lebih awal akan dapat membantu anda menjana modal untuk menyuntik pokok-pokok yang seterusnya. InshaAllah.


                                      
*Super Max-G Bamboo & Cecair


*Kesan suntikan 2 minggu 


*Kesan suntikan 3 bulan 

InshaAllah, saya akan lebih kerap mengemaskini berkenaan dengan kesan-kesan suntikan menggunakan Super Max-G dari masa ke semasa. Tidak boleh letakkan sekaligus. Semuanya perlu berperingkat kan. Ini merupakan perkongsian saya berkenaan Super Max-G. Terpulang kepada anda untuk menilai. Dan tolong jangan tanya saya inokulan yang manakah paling baik dan paling teruk di pasaran? Saya yakin setiap penjual inokulan punya point yang tersendiri. Anda berhak untuk mencuba mana-mana inokulan yang anda rasakan baik dan anda yakin dengan hasil yang akan dikeluarkan. Saya sendiri juga mencuba inokulan-inokulan lain yang ada di pasaran. Bukan bertujuan untuk menjatuhkan tetapi sebagai satu penanda aras untuk kita sentiasa mencari yang terbaik. Kerana dalam industri ini kita sentiasa inginkan yang terbaik. Kajian-kajian akan sentiasa dilakukan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik, InshaAllah.

*Kaedah Double Method 

* Single Method

Untuk maklumat lanjut berkenaan Super Max-G ( Cecair / Bamboo), boleh emailkan kepada gaharulestary@gmail.com atau boleh juga email secara langsung kepada saya di aminah.mdsaad@gmail.com. Saya lebih senang jika anda menghubungi saya menggunakan email atau PM di Facebook/Fanpage kerana saya akan lebih fleksibel untuk menjawab persoalan-persoalan anda.

Ok, akhir kata saya ingin menjemput anda semua untuk menghadiri dan memeriahkan program Gaharu Komuniti di Felda Trolak Utara pada 08 Mei 2014 ini. Jemputlah datang ye.


* Antara persediaan yang sedang dilakukan oleh Team GLR

Doakan program kami berjalan lancar ye :)

Terima kasih.Wassalam. 

Aminah Saad 

Comments (0)

Post a Comment