Peluang Memiliki Pokok Gaharu

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Pada hari ini saya ingin menulis berkenaan peluang kepada anda-anda diluar saya yang ingin memiliki pokok gaharu tanpa perlu memiliki tanah terlebih dahulu dan yang paling penting anda tidak perlu menunggu untuk satu tempoh masa yang lama. Ya, peluang yang memang tidak sewajarnya dilepaskan.

Masa kini, ramai pihak yang ingin menjual pokok yang sudah ditanam dalam satu tempoh yang agak lama ( 5tahun ke 8tahun) untuk dijual kepada pihak yang berminat. Bagi memeriahkan lagi industri gaharu ini, kami juga amat mengalu-alukan kepada individu atau syarikat yang berminat untuk memiliki pokok gaharu ini. Kepada yang serius anda boleh menghubungi pihak Gaharu Lestari Resources bagi mengatur pertemuan.

*Gambar hiasan. Hanya pada yang benar-benar serius yang akan dibawa ke kawasan sebenar

Anggaran harga pokok yang dijual adalah RM 500- RM 700/pokok. Contoh maklumat pokok adalah seperti berikut :

Usia pokok : 8 tahun
Saiz pokok (diameter) : > 15cm
Harga         : RM 600 (Negotiable)
Jumlah pokok   : 1000 pokok
Pembeli : hanya berhak kepada pokok tidak kepada tanah
Jangkamasa tuaian : 2 tahun

Jika kita pecahkan pengiraan kita kepada lebih kecil :-

Kos per pokok/tahun = RM 75/tahun
                                 = RM 6.25/bulan

Dan yang paling PENTING adalah anda jimat 8 TAHUN !!

Anda boleh memulakan suntikan pokok dan hanya perlu menunggu maksimum selama 2 tahun. Dengan kaedah stick dalam tempoh 12 bulan anda boleh tersenyum gembira menuai hasil pokok gaharu anda.

Jangan lepaskan peluang ini !!

Ok, sampai sini dahulu. Kepada yang memerlukan maklumat lanjut boleh email kepada saya aminah.mdsaad@gmail.com.

****************************************************************************

Kepada yang ingin menyertai kursus pada 23 Mac 2012 ini, anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Atau boleh baca lebih lanjut disini. Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila berhubung dengan saya.

Alamat :
Lot 20826, Kampung Sungai Serdang, Klang, Selangor
(Berhampiran Sek Keb Sungai Serdang)


* Anda boleh nampak bangunan ini disebelah kanan selepas masuk ke Kg Sg Serdang dan jumpa dengan Sek Keb Sungai Serdang dahulu.


Ini merupakan kursus terakhir yang akan diadakan oleh Gaharu Lestari Resources. Kami tidak lagi akan mengadakan kursus selepas ini kerana kekangan waktu. Mungkin selepas ini, saya akan bergerak untuk bengkel dan kursus gaharu dibawah PENGHARUM sahaja, inshaAllah.

Kepada yang memerlukan penginapan, hotel yang terdekat ialah Grand Kapar Hotel. Boleh hubungi 03-32592020.



Jumpa anda Sabtu ini :)

Kepada yang ingin membeli buku berkaitan gaharu sila klik kedai buku di sebelah. Judul akan dikemaskini dari masa ke semasa. Saya juga dalam pembangunan kedai online bagi penjualan produk-produk berasaskan gaharu mungkin selepas ini pembelian buku juga boleh dilakukan menggunakan shopping cart sahaja. Mudah bukan??

Wassalam.

Aminah Saad



Comments (7)

Mahal tu cik aminah.. cik aminahkan lm dlm bidang gaharu xbrminat me.. setahu sy pokok yg xde isi mmg xde harga.. kalau dapat jual rm 500-700 sepokok byk pokok org nk jual.. fikir-fikirkanlah..

Kepada Anonymous,

Terima kasih atas komen anda. Betul tu pendapat encik yang mengatakan pokok yang tiada isi tiada harga. Itu dari segi harga pasaran teras gaharu memang pokok yang belum membentuk sebarang gaharu tidak mempunyai harga. Namun begitu pasti ada kos yang terlibat untuk membesarkan pokok tersebut (merujuk kepada pokok perladangan).

Bagi saya, harga tersebut adalah munasabah dengan usaha yang dicurahkan bermula proses penyediaan tanah, penanaman dan kos-kos lain yang terlibat. Saya memang sangat berminat tetapi saya sedar keupayaan syarikat saya dimana. Kami bergerak apa adanya. InshaAllah satu hari nanti saya pula akan beli pokok-pokok gaharu yang ingin dijual ini. Tolong doakan saya dapat bantu banyak pengusaha-pengusaha kecil yang lain tidak kira untuk penjualan pokok yang sudah besar, suntikan inokulan dan penjualan hasil.

Terima kasih :)

A'kum & salam sejahtera. Merujuk komen & artikel diatas sykt kami berminat dgn cr perkongsian. Kami hanya mmerlukan 3@5 pokok shj utk djadikan rujukan @ contoh kpd pelanggan kami dikaw selangor dan kuala Lumpur, memandangkan kami tdk mempunyai pokok @ kenalan yg tanam gaharu terutama sekitar Kuala Lumpur.

Pokok tersebut akan di inoculate utk melihat perjalanan resin teras gaharu dlm tempoh 45hari @ 2bln dan masa utk tuaian 1 @ 2thn. Nisbah perkongsian 2:1 berpihak kpd sykt kami.

Sekian terima kasih - MMB-TP

Wslm Anonymous,

Untuk pengetahuan Encik lokasi yang ditawarkan diatas diluar kawasan Kuala Lumpur. Jika encik berminat, pihak Gaharu Lestari Resources boleh mencadangkan pokok di Klang dengan usia 4 tahun ( > 15 cm diameter). Boleh datang lihat dulu dan berbincang lebih lanjut. Sila hubungi saya untuk mengaturkan pertemuan.

Terima kasih.

Terima kasih.

Ok.. Dlm masa terdekat pihak kami akan berada di KL. Sila nyatakan cara untuk dihubungi. Pihak kami akan hubungi selewat-lewatnya 3 hari sebelum. Terima kasih. MMB-TP

Boleh hubungi saya 018-2306585 atau email aminah.mdsaad@gmail.com

Terima kasih :)

salam...sila beri pandangan.. 7 tahun yang lalu saya ada menanam pokok gaharu sebanyak 1000 pokok pada keluasan tanah 2 ekar. pokok sekarang hanya tinggal 9++ sahaja kerana akibat cuaca..pokok belum di suntik...boleh beri apa2 pandangan. atau saya menjadi rakan kongsi. sila email ke aieed04@yahoo.co.uk atau 0193537988

Post a Comment