Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga semua sihat dan menjalani kehidupan harian dengan penuh semangat dan keceriaan. Sudah terlalu lama saya tidak mengupdate entri terbaru. Terdapat beberapa kekangan yang menghalang saya dari menulis. Alhamdulilah diberi kesempatan pada hari ini untuk menulis sesuatu iaitu berkaitan dengan teknik membaja. Walaupun topik ini agak mudah dan saya pasti sudah ramai yang mengetahuinya, anggaplah ia sebagai refresh ilmu yang telah dimiliki.
Pembajaan merupakan faktor penting dalam menghasilkan pokok yang sihat dengan menerima nutrient yang secukupnya. Apabila pokok yang ditanam tidak mendapat nutrient yang secukupnya, ia tidak dapat membesar dengan baik dan sihat. Inilah antara salah satu sebab mengapa pokok terbantut. Teknik pembajaan ini boleh diaplikasikan kepada pelbagai jenis tumbuhan tidak terhad kepada pokok karas sahaja.
KAEDAH MEMBAJA
1. Pastikan kawasan ladang anda bersih dari rumpai sebelum baja di tabur. Ini bertujuan agar pokok mendapat baja yang ditabur secara maksimum.
2. Baja ditabur pada kawasan (2) iaitu secara membulat mengelilingi pokok. No (1) pada gambarajah menunjukkan kaedah menentukan bulatan membaja pada setiap pokok. Ia tiada satu ukuran yang tepat dan berbeza mengikut saiz pokok.
Setakat ini dulu perkongsian pada hari ini. Semoga kita mempraktikkan teknik membaja yang betul agar dapat menyumbang kepada pembesaran pokok yang baik.
Sekian, Wassalam.
Ikhlas,
Aminah Saad

3. Kenapakah baja perlu ditabur pada bulatan tersebut? Hal ini bertujuan bagi membantu akar menyerap baja dengan lebih efisien. Jika baja ditabur pada pangkal pokok, akar yang telah berkembang tidak dapat menyerap baja secara efektif seterusnya tidak dapat membesar dengan baik. Ia juga merugikan para peladang yang telah berusaha membaja namun tidak menunjukkan hasil yang positif.
Setakat ini dulu perkongsian pada hari ini. Semoga kita mempraktikkan teknik membaja yang betul agar dapat menyumbang kepada pembesaran pokok yang baik.
Sekian, Wassalam.
Ikhlas,
Aminah Saad
Comments (0)
Post a Comment